Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.
Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu. Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuk beliau lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat di dalam kabinet negara.
Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu. Semua keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.
Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini. Perbezaan antara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.
Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai ke hari ini. Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.
Masing-masing saling membantu antara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya. Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ di kalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.
Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini. Kita hendak juga melihat samada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu..Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia……ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…
Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan. Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.
Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ke taraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.
Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama Blankert (ejaan nama tak pasti) telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.
Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara. Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.
Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.
Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya. Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.
Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang. Tetapi di sini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.
Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun,” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar-kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.
Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula. Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada di dalam pemikiran pihak BN khususnya UMNO.
Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti di mana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan silu selama 15 minit.
Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka. Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.
Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga.
salam bro aa,
ReplyDeleteterimakasih kerana menghidangkan tulisan yang sangat mantap selama ini...TAPI...re. SHAHJILAT RESIGN INI , saya agak keliru sikit...BUKAN KAH PENGGAL(TERM) DIA SEBAGAI SENATOR AKAN TAMAT , JADI APA PULAK RESIGN NYA ???...tlg komen sikit...terimakasih
kalau benarlah tsmy terlibat dalam meluluskan projek nfc, sebagai seorang muslim, beliau sepatutnya meletakkan jawatan.
ReplyDeleteMenteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia……ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…
ReplyDeletesifulan itu warlord pagoh, johor...bernama moohideen muka berlebam tu..yg i melayu first tu. yg tengah cirit i hope..
Salam
ReplyDeleteBerhujah dengan fakta sudah tentu kalah..
maka bertindaklah dengan kuasa kerana ianya lebih mudah..
Sdr. AA
ReplyDeleteShahrizat bukan sahaja patut letak jawatan dari Kabinet malahan dari semua jawatan dalam UMNO/BN/politik kerana dia dipilih/dilantik oleh Parti UMNO/Wanita UMNO.
Dalam Kabinet Shahrizat sudah tiada kredibiliti macam mana dia hendak terus pegang jawatan sebagai ketua Wanita UMNO? Apa kredibiliti yang dia ada lagi?
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2012/03/anu-arr-juara-persepsi-najib-juara.html
ReplyDeleteOvey, here we go witch-hunting.
ReplyDeleteOrang UMNOpun tertanya-tanya bila Tok Guru nak resign kerana menantunyapun berbuat macam NFC? Tapi dia tetap disanjung sebagai khalifah di muka bumi ni.
Yang seeokor lagi - ehem my BFF- pula ada moral issues tapi tetap nak jadi PM. Disanjung pula sebagai Imam Mahadi.
Double standard meh, you guys.
Nak cari orang lain pula untuk dibuang. Cukuplah tu. She has quit in indignity. Today have to accompany hubby to court. Tapi takde orang berdemo kan.
Janganlah pijak orang yang dahpun jatuh.
Jangan bimbanglah tentang jawatan Ketua Wanitanya. In a matter of time, it will be gone too.
We have two aunties, Noraesah and Kamilia waiting in the wings.
These two are UMNO supreme council members. Bet you, after the GE, they will both be made ministers. Hilang satu, tumbuh dua.
Politics is expediency, my friends.
Pakatan suka buang orang. Tak tahu masa depan ada pula yang melayang dan nak masuk balik UMNO.
Pemimpin2 yg tak beretika jgn tunggu hingga disuruh berhenti. ..jenis jenis begini hendaklah dibuang sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan
DeleteTuan AA, terima kasih pencerahan minda anda, satu penjelasan yang amat nyata dan mudah difahami.Kalau tak faham juga tak tahu la... sian saya tengok tulisan saudara qd diatas nun...menulis tanpa fakta,ikut perasaan.
ReplyDeleteSalam AA dan bloggers,
ReplyDeleteMemang susah nak membela dan menegakkan benang basah,lebih2 lagi kalau ditunjangi ketuanan melayu atau lebih tepat kepuanan rosmah..
Ingat lagi kata2 ijat yang bertanya pemimpin umno mana yg tak bermasalah?
Itu berupa amaran kalau korang jatuhkan aku aku akan tarik semua sekali kebawah..
Letak jawatan?Sebenarnya tidak diperbaharui kontrak senatornya..
Mari kita lihat drama apa yang bibawakan uuntuk dilakonkan si salleh kat mahkamah..
Yang mendakwa dirinya malay first lak sah2 keturunan jawa,ditunjangi si najwa yang memperjuangkan r&b soul..
Accountability?
My foot!
Surrogate.
Agama, bangsa dan negara: Tapi keluarga Shahrizat membawa wang rakyat keluar negara.Inilah contoh pengkhianat negara yg sebenar.Biar pengkhianat negara ni jadi ketua wanita UMNO.Dia terpaksa letak jawatan sebab tarikh luput senatornya tidak disambung oleh Jib Tembam.Pandai betul berlakun.Dan menangis......
ReplyDeletekerana tak dapat songlap duit rakyat lagi.
Nampak lembu ingat Sharizat.
ReplyDeleteNampak Sharizat ingat lembu.
kalau tmys berhenti hishamudin jadi TPM ----- budak lembut----
ReplyDeleteCommon sense will tell us that,this large sum amount of money surely involves other person or persons in the cabinet as well.To have any dignity left,the least she could contributes to the rakyat is to tell the whole truth,nothing but the truth.If she doesn't tells the whole truth she will always be remembered as The Cow Minister Of Msia but i don't think she is ashamed of the title cuz she has $$$$millions in many banks that could last her seven generations.
ReplyDeleteMana anak2 PERKASA,mana anak2 JATI?Senyap sunyi tiada kenyataan.Dah terlalu kenyang terus tertidur.NGO apa ni?
ReplyDeletehumban aje umnobn ni... selesai semua masalah., RM 1.8 bilion yang hilang tu langsung tak de siapa nampak ke ? hebat ilmu diorang kan ? bab tu saya setuju dengan statement " kerajaan umnobn adalah kerajaan yang cekap lagi berkesan " kerana cekap merembat wang rakyat dan berkesan untuk menyembunyikan kesalahan mereka
ReplyDeleteBagus juga Sharizat masih pegang Ketua Wanita Umno.Masa kempen pilihanraya, bolih jadi issue....Inilah Ketua Wanita UMNO yang terkenal sekeluarga kerana memberi kediaman Condominium mewah kepada lembu lembu yang di pelihara.....Kah Kah....Kah ....
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteSaya ada kawan, orang Cha'ah. Dulu dia pi Perth depa panggil utk jadi ustaz. Dia kahwin dan bawa isteri pi sana. Salah seorang anak dia kurang upaya.
Bila saya tanya dia pasai apa minta PR di sana, dia kata gomen ostolia jaga kebajikan rakyat. Anak2 istimewa diberi perhatian, bahkan ibu kepada anak istimewa diberi elaun kerana punyai anak sebegitu.
Saya rasa kalau khazanah yang Allah beri untuk negara kita Malaya ni tidak disonglap oleh penyamun UMNO, kita boleh buat lebih baik dari itu.
Seorang ayah yang bergaji 1000, tapi kaki tikam ekor cuma akan membataskan peruntukan utk keluarga hanya sekitar 500 hengget sebulan, sebab dia nak hora baki yang 500 lagi utk nafsu serakah.
Tapi ayah yang bertanggung jawab dan takut Allah, bukan sekadar beri yang maksima utk keluarga bahkan bahagian yang sepatutnya di ayah guna utk sendiri pun habis dibelanjakan utk anak isteri.
Pemimpin kita umpama ayah yang punyai nafsu serakah yang besar. Kekayaan negara dibolot untuk diri dan keluarga dulu. Baki yang tidak sebanyak mana baru sibuk diagihkan kepada rakyat.
Kepada pemimpin yang takutkan Allah, jika anda mahu nama anda di panggil di akhirat bersama Umar Abdul Aziz, bersama Muhammad Al-Fateh, bersama Salehuddin Al-Ayubi maka JUJURLAH DENGAN RAKYAT.
Saudara AA,
ReplyDeleteThe PM says Sharizat has made a great sacrifice for us. I would say the rakyat have made the greatest sacrifice in having her as a Cabinet Minister because she helped cause the disappearance of RM250m.
The whole family must return the RM250m to the people.
sacrifice.....my foot...
DeleteFinally, after raising much hell (and raising her sleeve and "kain" to the much amusement and disgust of ordinary Malaysian) in the last PAU eating session, the strong lady of UMNO resigned or did she? As rightly pointed out by one commentator, resignation and not accepting another term as senator is not the same. But given her and UMNO penchant for hypocrisy and "cakap tak serupa bikin", can we expect anything close to accountability, humility and moral integrity from her and UMNO? Your answer will be the same as mine which is "NO"! Expecting Shahrizat and UMNO to admit guilt and repent is much like hoping that the snatch thieves that stole your handbag will change his heart and return your bag with all of its contents AND surrender himself to the police! Never going to happen, not in your lifetime at least.
ReplyDeleteBut the question remains, what are we to make with this admission of guilt? Do we forgive them (UMNO)? Her (Shahrizat)? The cabinet (no matter how idiotic they may be)? Personally, if we are dealing with a person stealing because of hunger and the crushing poverty, we should be merciful and compassionate, after all that person steals because he or she has no choice and wasn't thinking straight (a hungry stomach will do that to all of us). BUT a minister and his/her family who have been living with fat salaries and lavish allowances from our own pockets (we must remember too that ministers,MPs and aduns have lots of privileges worth tens of thousands monthly to ordinary citizen) and still they resorted to stealing, embezzling and bribery just because they have power and position, SHALL NOT receive any compassion or mercy! Their political party too shall not be spared from our wrath and displeasure since it was they who bred this type of corrupt minister and it is they who created the environment to which these corrupt ministers and "VIP" comfortably grow fat (you know who I'm alluding to) and parasitically flourish on the suffering of Malaysian (what is UMNO but Dedalu as Pak Aspan has wrote before)!
Let us not fall into the trap of "sweet words and promises" spouted by UMNO and its leaders. We should already realized by now that UMNO and its ministers are untrustworthy, corrupt and unrepentant hoodlums. They exist only to serve their greed and lust and not in 50 years or a million years for that matter, would they change. Why won't they change? It simply because a change will kill them or worse put them behind bars and no sane criminals and hoodlums would want that. So what should we do with this turn of event? Simple! All of us should strive to get all of UMNO corrupt leaders in the same situation as with "Madame" Shahrizat and the only way we can get to do that is by voting them out of power! Once out of power, all their abuses, crime and corruption will be revealed. Let's us all open UMNO's Pandora box. Let the evils that reside inside see the light of day and be burn to ashes. Lets ABUkan UMNO! Let's kick despair out of our lives and open our heart to hope and faith! After all, sitting quietly despairing and mumbling is a sure sign of a potential member of a mental institute! So be happy and kick some corrupt people's butt and don't forget, the best way to do it is to "NOT VOTE UMNO!"
Nick.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteInsurans dah luput, cukai jalan pun luput pd hari sama dgn insuranlah! Shahrizat tak payah nak berlakon, rakyat Malaysia celik minda bukannya rabun pemikiran!
Hi Matpenang,
ReplyDeleteI have been touched by your comments in relations with your friend from oustolia compared to what going on now...it is a very very case sensitive due to the unfairness of the disabled, what as a one man influence could do is that...pray to God and change for the better so that ALL have a chance to smell halal prosperity, thats what M'sia is about(or shoud be about) living with mix culture and religous ethinicty with oppourtunity to do business with unlimited natural resources including the human capital, InsaAllah.
Nak jadi negara maju? waduhh nak debat pun di katakan rakyat tak mature lagi (Tak baligh lagi) apa kes lah ni.
ReplyDeleteSemoga AA di berikan kesihatan dan kekuatan untuk melentur kebobrakan penguasa.
RAYU
Jom Heboh rm259juta
ReplyDeleteSaya amat setuju 100% dengan kandungan artikel tuan AA. Namun saya ingin membetulkan sedikit tentang kenyataan tuan berkenaan perletakan jawatan kak ijat. Yang sebenarnya kak ijat bukan lah meletak jawatan akan tetapi melengkapkan tempoh senatorshipnya dengan kata lain tempoh itu tamat pada 8 april so selepas itu ia tidak lagi layak menjadi menteri tanpa dilantik semula menjadi senator. Semua pemimpin BN khususnya puak umno memang ingin sangat kita mempercayai uang kak ijat mengambil keputusan meletakkan jawatan tetapi yang sebenarnya tidak sebab apabila kak ijat melengkapkan tempoh senatorshipnya sudah tentulah kak ijat akan dibayar dengan imbuhan yang sepatutnya beliau dapat dan juga gaji akhir sebagai ahli dewan negara.
ReplyDeleteWallahualam!!
Salam Sdr Aspan Dan Pelayar Blok.
ReplyDeleteSaya merasa tekilan dengan perletakan jawatan Mak Ijat.
Umno kehilangan seorang pemimpin wanita yang ulung dan berwibawa, yang sangup menjadi kurang cerdik kerana tidak mengetahui sumber kewangaan keluarga membeli harta berjuta ringgit.
Bagi pihak pembangkang pula mereka kehilangan satu bangku untuk menyekolahkan orang umno.Tamat satu mata pelajaran untuk wanita.
Yang membosankan saya Mak Ijaat telah meningalkan lembu-lembunya merayau pada waktu malam yang menggangu tempat2 ceramah/sekolah PR.
Pihak PR saya cadang buka satu bangku untuk Pak Menteri yang menjaga kenteraman awam kerana nampaknya dia juga kurang cerdik tentang tanggungjawabnya, kita sekolahkannya.
InsyaAllah lepas PRU 13 nanti kita bagi mereka ini sijil2..... Myi
"Dalam Kabinet Shahrizat sudah tiada kredibiliti macam mana dia hendak terus pegang jawatan sebagai ketua Wanita UMNO? Apa kredibiliti yang dia ada lagi?"
ReplyDeleteSaya percaya kak ijat akan berkata khairy ketua pemuda pun tiada jawatan dalam kerajaan kenapa pulak dia kena relinquish jawatan ketua wanita setelah tidak lagi bergelar menteri..
Sharizat 'mengundur' bila dapat tau laki dia kene charge.. 'Baek punya timing..
ReplyDeleteJuragan
Saudara Aspan Alias, seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran yang amat tajam. Semoga saudara dapat menglibatkan diri dalam lebih banyak ceramah dan penulisan..
ReplyDeleteJack Low
QD,,QD.. kecik2 tak nak mampus dah besar buat lawak bodoh. Kalau bodohpun jangan bg tau kat orang.
ReplyDeleteDah tak ada modal lain ke nak kaitkan menantu Pak Nik,
Berhujah guna akal bukan bontot,,
Kalau nak pakai bontot ikut Madey.
Amboi, amboi. It takes one to know one. Kalau sokong BN, bodohkan. Yalah tu. Sekolah mana aok pergi?
ReplyDeleteI am despairing quietly, not loud mumblings like Nick Kelate.
Asal sebut saja High Priest Nicky dan the Messiah Mahadi, naik seh dan melenting. Cool, bro.
GE akan menjawab segalanya. Tak perlu jadi wak heboh.
Semalam syok tengok TV3 bongkar behind the scene support to Selangor by Jewish group which Anu-War idolises.
Memang confirm pendek akal si QD ni....
DeleteKak Pidah melenting pada Kak Ijat...tenguk la pemimpin sesama UMNO.Masing-masing dendam kesumat tak habis2 dek kerana jawatan. macamana Kak Pidah dendam pada Kak Ijat macam tu la Madey dendam Anwar.Takde langsung perasaan tawaduk, redha dalam diri...
ReplyDeleteQD - muga-muga diberi taufik hidayah suatu hari nanti agar dapat melihat UMNO ni haprak... :) tapi kalau betul sepanjang hidup QD ini telah banyak menghabiskan masa diluar negara dan baru hidup di Malaysia (dan baru nak jadi melayu)tak boleh salahkan dia la. Baru hidup 5 tahun di Malaysia dibandingkan dengan kita yang dah 50 hidup tahun di Malaysia..mana lebih makan garam?
@QD...
ReplyDeletesah..org seperti anda hanya membaca utusex dan menonton tv3suku shj hari2..thats y otak anda seperti typical umnos out there...kalau betol TGNA's son in law salah..y SPRM xdakwa?y husband of mrs moo didakwa?
hello buddy...think out of d box la...smpai bila u nak pertahankan pemimpin u yg corrupt?jgn lari jauh sgt tajuk bro..
Kalau kita guna pemikiran logik Najib akan sedaya upaya menaikkan Hishamuddin sebagai penganti dan kalau Mahathir umur panjang sedaya upaya ia akan terpaksa Mukhris jadi penganti. Isu yag nak saya kongsi ialah selain dari faktor anak turun bekas2 PM penganti maka akan dijadikan permainan politik sahaja. isu ini perlu dijadikan stigma kepada tokoh2 yg berangan2 nak jadi PM. inilah salah satu penyakit besar dalam UMNO yang tersirat . Otak org umno terkongkong dgn Stigma ini dan tak mungkin transformasi dlm hal ini berlaku.
ReplyDeleteJiwa budak2 yang ganggu ceramah Tuan pada malam tempoh hari adalah jiwa yang KACAU dan BERCELARU.kalau kita kutip seorang demi seorang dan buat sesi kaunseling memang kita akan jumpai budak2 tu adalah orang yang kosong dari segi asas2 kenegaraan, asas agama, asas kemanusian dan hanya melayan sedikit soronok. kumpulan ini lah yang ramai menjadi pendokong UMNO kalau mereka ini diberi pandai sedikit mereka akan faham betapa BODOHnya tindakan mereka.nilai mereka hanya ada pada PERUT dan OTAK tak boleh pakai.
ReplyDeleteMacam mana SJ naik ...mcm tu la dia jatuh kena tahi lembu sendiri....padan muka dia....
ReplyDeleteSatu perkembangan menarik...hujah2 otak UMNO mcm QD...dah x diterima orang. Ini menunjukan modal UMNO nak menipu rakyat dah tak laku lg...sebab QD ni cuma 'menyampikan kembali' penipuan UMNO kepada melayu yg disampaikan melalui tv3 dan utusan menipu.....teruskan usaha tuan blog, QD tu kita biarkan...dia makan gaji, nak buat cam no....
ReplyDeletekito nak komen2 banyak pun tak guno apo yg nyato dia orang rasuah, penyalahgunaan kuaso, penyelewengan, mengkayokan keluargo, suku-sakat, kroni. mano pemimpin dan bokeh pemimpin umno yg tak kayo-rayo, jadi yb soponggal dah buek duit puloh juta. kak ijat lotak jawtan pun tak, bergundur pun tak hanyo tempoh perlantikan senator dah tamat kono lah berghonti tak disambung laei tu pun sbb kono dosak. rakyat yg bangang bori kuaso kat penyamun lamo bonar tu lah jadi nyo dio anggap malaysia ni bn yg punyo....... hampeh
ReplyDeleteSemalam syok tengok TV3 bongkar behind the scene support to Selangor by Jewish group which Anu-War idolises.
ReplyDeleteQD..QD..Saya percaya yang tengok tv3 suku, tv1 dan tv2 tu awk sorang jer. Kebanyakan raayat malaysia termasuk orang umno pun dah lama tak tengok tv lebih2 lagi slot berita. Saya sendiri pun dah bertahun tak tengok tv3..tak der pun rasa rugi.
QD..bkn pasai sokong BN ke PR nak jadi bodoh.. tp cara berhujah menunjukkan kebodohan seseorang.
ReplyDeleteKamu hanya beranggapan kamu pandai..
tp... hati yg ikhlas melihat kebodohan kamu..
Jangan marah QD. kena respek dia. itulah contoh orang taat setia, sehati sejiwa hidup dan mati bersama ,tak kira dalam apa jua keadaan. Cinta tanpa syarat :)
ReplyDelete