28 March 2012

Kalau sudah 55 tahun memperjuangkan Melayu gagal, UMNO akan terus gagal

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) ramai rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk ‘survival’ nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

Ramai mahukan saya memberikan mereka sebab kenapa tidak lagi mahu bersama UMNO. Ada setengahnya saya jawab sambil berjenaka dan ada kalanya saya menjawab dengan serius dan memberikan dalil-dalil yang UMNO akan berada dalan persada politik negara hanya sebentar sahaja lagi. Ramai diantara mereka telah pun memberikan sokongan moral kepada saya dan mereka tidak lagi menyimpan sebarang prejudis terhadap DAP lagi.

Tidak ada siapa yang melonggarkan sokongan ramai terhadap UMNO itu, sebaliknya semuanya disebabkan oleh ‘conduct’ UMNO itu sendiri. UMNO itu kian lemah bukan kerana pihak lain. Sebenarnya UMNO itu sendiri seolah-olah terminta-minta parti itu ditinggalkan oleh ahlinya, setidak-tidaknya kepada mereka yang berfikir secara mendalam.

Kenapa saya berkata UMNO itu sendiri terminta-minta untuk ditinggalkan?

Pertamanya UMNO telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat sebegitu lama sehinggakan apa sahaja yang dilakukan UMNO sekarang menjadi persoalan kepada rakyat ramai. Oleh kerana terlalu lama memegang kuasa, UMNO sudah mengambil kelembutan orang Melayu dan rakyat ‘for granted’ kerana mereka berfikiran yang orang Melayu tidak akan pergi kemana dan akan terus menyokong UMNO walaupun UMNO telah membinasakan peluang orang Melayu untuk maju dalam dunia yang serba berubah dan moden ini

UMNO memandang rendah kepada ahli-ahlinya serta rakyat jelata yang mereka akan tetap berkuasa, waimma setelah memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang telah begitu kental terbentuk dalam negara ini. Pendeknya UMNO telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinoda tanpa reaksi negatif dari mereka.

Dimana letaknya kemunasabahan yang orang Melayu masih tercicir sedangkan negara ini diperintah oleh UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu? Kenapa UMNO gagal untuk melaksanakan dasar-dasar yang terbentuk pre Dr Mahathir yang begitu kukuh dengan sokong setiap kaum dinegara ini? Kenapa UMNO tidak melakukan pelaksanaan kepada dasar memperkukuhkan orang Melayu dengan sempurna.

Apa lagi yang UMNO mahukan kepada orang Melayu sedangkan orang Melayu telah memberikan segala sokongan kepada UMNO sejak merdeka sehingga tahun 2008 dahulu apabila orang Melayu sudah mula merasakan yang UMNO tidak mungkin berjaya membela bangsanya lagi? Sekarang ahli-ahli UMNO menyalahkan bangsa lain dan parti lain pula diatas segala kegagalan mereka.

Segala-galanya, kuasa, sokongan dan kesabaran Melayu dan rakyat keseluruhannya itu diambil kesempatan untuk membina budaya kronism untuk kepentingan perut dan nafsu-nafsi pimpinan sahaja. Sekarang mundar mandir kembali Perdana Menteri menabur janji dan mengingatkan orang Melayu supaya memberikan sokongan kepada parti Melayu UMNO ini demi masa depan orang Melayu.

Bukankah semuanya itu telah diberikan oleh orang Melayu tetapi kenapa UMNO masih tidak berjaya melakukan sesuatu yang berkesan untuk Melayu yang ramai ini? Sebaliknya parti itu hanya memberikan keuntungan kepada segelintir yang berada dikeliling pimpinan atasan sahaja. Kalau diberikan lagi mandat ini, kita sudah pasti keadaan akan masih sama malah orang Melayu akan ketinggalan dari segi pemikiran dan persepsi terhadap kehidupan secara negatif.

Setengah abad adalah terlalu lama untuk membiarkan UMNO memerintah dan waktu untuk UMNO duduk dipetak pembangkang sudah sampai supaya UMNO tahu dan merasakan betapa pedihnya perasaan rakyat khususnya orang Melayu selama ini. Orang Melayu sudah bersabar begitu lama dan tahap kesabaran mereka sudah sampai kepenghujungnya.

Apa yang ramai orang Melayu sekarang berfikir ialah selagi UMNO masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk UMNO mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami.

Ramai diantara orang Melayu sudah mula memahami keadaan yang mereka tidak akan pergi kemana jika masih memberikan dukungan kepada UMNO kali ini. Orang Melayu sudah menyedari mereka tidak boleh lagi menagih ehsan dari pimpinan UMNO seperti menerima RM500 semasa pilihanraya mendatang kerana jiwa Melayu sekarang sudah mula bertambah kaya dan tidak mahu lagi dalam jiwa yang fakir dan jumud.

Ramai orang Melayu sedar bahawa mereka perlu memecahkan tembok yang menghalang mereka untuk berfikir dan bertindak semata-mata untuk generasi mereka yang akan datang. Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada perasaan sentimen terhadap UMNO kerana UMNO yang sebenarnya pun sudah tidak wujud lagi. Orang Melayu sudah merasakan nikmat bersatu padu ini semasa era sebelum Mahathir dahulu.

Maka orang Melayu kini mahu bersatu padu dengan jitu diluar UMNO kerana Melayu sekarang sudah berjumpa dengan pilihan yang secara relatifnya lebih baik diluar UMNO itu.

Orang Melayu mahu melepaskan diri mereka dari dikongkong oleh perasaan sentimen terhadap parti yang kononnya berjuang untuk Melayu. Orang Melayu sudah sedar setelah lebih dari lima dekad diperhambakan oleh pemimpin-pemimpin parti mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin bangsanya selain dari pandai memerah harta benda rakyat untuk kepentingan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata.

Kepada setengah yang menyertai UMNO itu kerana hendak menjadikan modal perniagaan dan bukannya untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Oleh kerana itu biarlah mereka sahaja yang bergiat dengan UMNO itu. Bagi sesiapa seperti saya yang ‘having no business to be in business’ ini meninggalkan parti itu.

“Akhirnya saya bertindak keluar dan menukar wadah saya. Saya bukannya bertukar akidah” kata saya kepada mereka.

14 comments:

  1. Dear Sir,

    " having no business to be in business " to be in umno. Absolutely wise move with integrity. As for the rest having too many businesses not to be in business to leave umno. In conclusion, the people will have to ABU to make sure they have no more business to be in business in umno.
    Thank you.

    ReplyDelete
  2. Sdr AA,
    Saya tengok yg gila-gila menyokong UMNO ini saya tak tahu kenapa. Pemimpin mereka melonggokan harta, mereka hanya jadi broker, bawa surat untuk menteri tenyeh sahaja. Itu sahaja mengapa mereka gila-gila sokong umno ni. Bila dapat komisyen mereka enjoy kat karaoke. habis duit bawa surat projek orang. Dapat lagi komisyen dan ke karaoke lagi. Sampai ketua memanjat pejabat menteri dan menteri besar. Itulah perjuangan mereka.

    Kesian!!

    malek amir, muar

    ReplyDelete
  3. Nyata Tuan Aspan ramai kawan yang concerned and menyayangi saudara.They really mean well.
    Berlainan parti tak bermakna hilang kawan. Parti kita boleh tukar, tapi kawan setia sukar dicari.
    Saya tak kenal Tuan. But I sincerely wish you and bro Sak all the best in your choice.
    But my heart feels that you will come back to UMNO, maybe three years from now. Tops.
    Bro Sak will rejoin UMNO earlier.
    I think I've said this before. But it's a matter of record for me to repeat this.
    Not that I am gonna said I told you so. But to welcome you back to your familiar ground.
    Bak kata oghang Pahang: "Tok saloh nak che try-try dulu. Gone (camne) nok melawen doh oghang tok suke."
    There's really no need for you to justify your joining DAP. Everyone knows why already.
    We want you to make a difference to DAP and show that the party is much more comitted to ALL Malaysians than UMNO.

    ReplyDelete
  4. Sdr Aspan

    Maafkan sedikit teguran ini. Saya ada kawan2 di kalangan org kurang upaya yg terhiris hati dgn singkatan OKU digunakan utk Orang Kuat UMNO. Harap dapat dihentikan.

    Tq
    AAR

    ReplyDelete
  5. YG sedih sekali ialah melihat majoriti ahli2 UMNO biasa dan penyokong2 taksub UMNO.Minda mereka dicengkam dan dipenjara sehinggakan doktrin2 putarbelit UMNO bagaikan kitab2 suci mereka.Diantara ajaran2 sesat UMNO ialah:

    1.Tidak undi UMNO,DAP akan memerintah.

    2.Kalau Cina perintah,Melayu akan tertindas dan merana.

    3.PR menang,Agung+Sultan2 akan digulingkan dan membentuk negara republik.

    4.Melayu akan diKristiankan kalau UMNO kalah.

    Dan yg paling ditanamkan kedalam otak pencacai2 bodoh ialah:

    5.UMNO adalah Melayu,Melayu adalah UMNO dan Msia adalah UMNO.Melayu yg berada diluar UMNO dan mencabar mereka akan digelar sebagai pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara.

    Bagi yg sihat mindanya,perkara2 diatas memang tidak lojik dan tidak boleh dipercayai.Tapi bagi fanatik2 UMNO yg otak dah berlumut 1 inci,mereka percaya dan yakin perkara diatas akan berlaku sekiranya UMNO kalah.

    Pernah berbual dgn seorng guru perempuan di Selangor ketika hari sukan.Cerita sikit2 bab politik.Tiba2,dia mengatakan yg DAP sedang mengkristiankan org2 Melayu diPP.Tanpa fakta2 dan maklumat2 yg benar dia boleh percaya bulat2.Ini mungkin kerana telah di brain-washed lama oleh UMNO.

    Dan selagi media massa utama dimonopoli oleh BN,selagi itulah majoriti Melayu yg bodoh akan terus diperbodohkan.

    ReplyDelete
  6. umur 55tahun bukankah umur pencen,kalau gitu elok bebenolah umno/apco diberi surat resmi dipencenkan pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Apa yang DAP DAN PAKATAN SUDAH LAKUKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU?

    ReplyDelete
  8. sokongngan kepada umno/bn adalah sokongan yang membawa rebah kepada nasib melayu.....jadi kita pakat2 ABU

    ReplyDelete
  9. bukan gagal tapi masih belum selesai sebab bilangan orang melayu di tanah melayu ini dinamik bukan statik..selagi ada orang melayu selagi itulah perjuangan masih dan perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...
    Apa yang DAP DAN PAKATAN SUDAH LAKUKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU?
    ---------

    Laaa... hang ni baru keluaq dari gua ka?

    Kesian hang ni...

    ReplyDelete
  11. Sdr Aspan,

    Kenyataan terbaru Mahathir mengesahkan bahawa parti UMNO BN ketandusan profesional dan parti berkenaan kini sukar untuk menonjolkan calon yang berkaliber dan benar2 layak untuk bertanding dalam GE 13 nanti. Alasan "Kutty" adalah kerana faktor sekatan yang dilakukan oleh pimpinan2 UMNO cawangan / kawasan.

    Sepanjang pemerhatian saya, kata2 "Kutty" itu benar. Ada kecenderungan pimpinan atasan UMNO BN yang lebih suka memberi peluang kepada pimpinan yang kurang berkelayakan atau rendah kelulusannya kerana faktor "kesetiaan". Pemimpin kurang berkelayakan yang diberi peluang akan memberi kesetiaan sepenuhnya kepada atasan mereka dengan harapan mereka terus dikekalkan. Pimpinan jenis ini sanggup melakukan apa saja kerana menyedari kelayakan mereka tidaklah sebaik orang lain. Golongan beginilah yang kuat membodek pemimpin atasan dan mereka sedaya upaya akan menghalang mana2 pemimpin baru yang lebih berkelayakan dari menonjolkan diri. Golong pemimpin beginilah yang membataskan ruang bagi mereka2 yang berkelayakan dari menyertai UMNO BN. Dan pemimpin atasan UMNO BN pun menyedari, mempunyai pemimpin bawahan yang kurang berkelayakan lebih mudah untuk dikawal dan dibuli.

    Selain berpunca dari apa yang dijelaskan oleh "Kutty" itu, apa yang lebih menjadi realiti ialah rakyat yang cerdik dan berkelulusan tinggi hari ini menyedari hakikat sebenar siapa itu UMNO dan pemimpin2 yang mengendalikan parti ini serta memimpin negara Malaysia. Kalau dulu cerita "penyelewengan" pemimpin negara tertutup rapat dan berita tentangnya kalau pun ada hanya cuma segelintir dan hanya boleh diakses dari akhbar utama dan media elektronik dibawah kekangan pemerintah. Tetapi dengan kemajuan teknologi komunikasi dan IT, berita2 negatif mengenai "kerja2 kotor" pemimpin UMNO ini boleh diperolehi dari sumber2 media alternatif. Kerana itu rakyat dan warga yang cerdik, rasional serta golongan profesional berkelulusan tinggi kini berpeluang membuat pertimbangan yang terbaik dan hanya memilih parti atau pemimpin yang benar2 diyakini saja dan tidak cuma terpesona dengan slogan semata2.

    Dua faktor ini akan mempercepatkan UMNO BN ini hancur selain dari sikap dan cara buruk lagi tidak beretika pimpinan parti UMNO BN menangani lawan politik mereka iaitu PR. Kalau dulu rakayat kebanyakan hampir dibutakan dari mendapat maklumat sebenar, tapi hari ini hampir mustahil rakyat boleh disekat dari mengakses sumber2 berita yang lebih liberal, adil dan tidak berat sebelah.

    UMNO BN akan hancur juga akhirnya kerana janji Allah bahawa kebatilan itu tidak akan kekal selama2nya. Sebagai rakyat yang prihatin dan sayangkan negara Malaysia..marilah sama2 kita pastikan UMNO BN dan pemimpin2 yang korup dan mementingkan diri ini tidak diberi kuasa lagi untuk menerajui Malaysia. Lakukan ini sebelum segalanya terlambat. Sedang negara dalam krisis hutang kian meruncing, puak2 ini senang2 boleh melupuskan duit negara kepada kroni2 mereka seperti dalam kes Tajuddin Ramli dan Sharizat. Dengar khabar appartment yang dihadiahkan kepada anak Najib di Khazastan bernilai jutaan RM juga adalah dari sebahagian duit NFC yang diperuntukkan pada suami ketua Wanita UMNO BN tu.

    Patut laa..berdolak dalih Najib mahu singkirkan Shahrizat, rupanya ada bahagian dia disitu. Sesungguhnya Najib adalah satu2nya PM Malaysia paling bermasalah dan penuh dengan skandal sekali pun baru saja memegang tampuk kuasa. Dan "Kutty" tetap meminta Najib disokong kerana masing2 bermasalah dan mahu selamatkan diri.

    Mohon semua pembaca dan rakyat yang berfikiran rasional agar pastikan UMNO BN kalah teruk di GE 13. Muda dengan cara ini parti tersebut dan pemimpinnya akan belajar untuk muhasabah diri mereka kerana telah sekian lama mereka lena dan lupa diri kerana berada dipuncak kekuasaan.

    ReplyDelete
  12. Bengapnya Anonymous 29 March 2012 08:33:00 GMT+08:00 !!!

    Tu lerr..asyik baca Utusan Meloya, Berita Hairan, The Stuck, NST dan menonton TV3 Suku serta RTM jer. Elok ko baca laporan Audit Negara tentang prestasi PR di negeri2 bawah pemerintahan mereka tu. Kang aku cakap ko bodoh sombong..marah pula.

    Kalau nak tengok bebenor keupayaan PR membantu rakyat kebanyakan termasuk orang Melayu..berikan kuasa persekutuan kepada Pakatan dalam GE 13 nanti. selepas itu boleh nilaikan sendiri.

    Ini tak...belum pun pakatan memegang kuasa persekutuan, soalan bodoh macam ni ko soalkan. Aku rasa kalau yahudi sekali pun memerintah Malaysia ni..orang macam ko ni tetap akan sokong habis2an.

    Patutnya ko tanya selama 50 tahun lebih berapa kerat orang melayu jadi jutawan, berapa kerat orang Melayu yang mencapai pendapatan 5 angka sebulan. Jangan hanya ko tengok pendapatan per kapita rakyat saja kerana itu belum mampu menjelaskan agihan sama rata.

    Alahai...nak membela UMNO BN pun biarlah berpada2. Soalan bengap betul !.

    ReplyDelete
  13. Hari ni DR M kata UMNO parti orang bodoh!Minggu lepas seorang pemimpin Wanita UMNO kata orang kg panggil diaorang 'UMNO Lembu'....

    ReplyDelete
  14. Anon 29 March 2012 15:50

    kita perlulah sedar dia itu guna reverse psikologi, cabar bodoh sikit, pasti ego bruised, putar balik dari baby steps meninggalkan sampah, terus patah balik mengikut kehendak dia - jadi celik sekejap serta agong- agongkan si dia hero - pat dekat kepala good boy, good boy ! rupa- rupa terpedaya berdekad lagi oleh si dia apa nama !!!!!! tak nak dia rakyat jadi dewasa !!! kenapa ? sebenarnya dia takut diabaikan berkecai !!! ego dia itu sebesar roti tisu XL cukup senang bruised ! nak terus jadi kurang upaya ? ( kita sangat mengasihi OKU ) . Cuba kita renung, apakah tindakan kita selanjutnya ?

    ReplyDelete