31 March 2012

PTPTN : Cadangan PR untuk memansuhkannya wajar mendapat sokongan

PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Saya telah menulis isu pembiayaan pelajaran ini banyak kali kerana isu pelajaran dan pendidikan adalah isu teras dalam pembangunan negara. Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju.

Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi.

Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi.Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka.

Alasan Menteri Pelajaran Tinggi, Khaled Nordin, yang PTPTN tidak boleh dilupuskan kerana ianya akan mengurangkan daya saing siswazah-siswazah kita adalah tidak munasabah. Khaled seterusnya bertanya jika hutang PTPTN itu dilupuskan, siapa yang hendak membayar hutang-hutang itu? DAN jika itu dilakukan juga maka IPTS akan tutup kerana pelajar-pelajar akan hanya bertumpu kepada IPTA.

Saya benar-benar tidak percaya menteri itu memberikan alasan yang tidak berlandaskan kepada kekuatan pemikiran seorang penggubal dasar. Apa yang susah sangat kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini? Bukankah pelajaran dan pendidikan itu merupakan elemen asas untuk membentuk negara maju? Apa yang tidak dapat diterima ialah kerajaan tidak peka langsung tentang nasib anak-anak bangsa yang sudah sedia berhutang semasa muda mereka.

Pendidikan ini ibarat nafas kita. Nafas kita memerlukan udara untuk hidup dan udara itu percuma. Begitu jugalah pelajaran. Pelajaran itu tersangat penting untuk mengekalkan kewujudan sesebuah negara yang maju. Negara kita telah membazir dengan ketirisan yang sudah mencapai ke angka trillion ringgit, kenapa pula tidak ada kudrat untuk membiayai pelajaran rakyat jelata?

Jika rakyat boleh membayar hutang hanya seorang anak Perdana Menteri sehingga RM1.8 billion ringgit pada tahun 1998 dahulu, kenapa kita tidak boleh menanggung pembiayaan pelajaran rakyat yang ramai ini? Kenapa rakyat yang ramai terlalu susah untuk mendapatkan bantuan bebanan membayar hutang sedangkan pemimpin-pemimpin atau kroni mereka amat mudah untuk mendapatkan ‘bailout’ dari kerajaan dalam angka yang beratus billion ringgit itu.

Apa peliknya jika rakyat kita mendapat pelupusan hutang PTPTN ini serta memansuhkan terus PTPTN ini? Jika Tajuddin Ramli diberikan gerenti untuk tidak perlu membayar hutang kepada kerajaan yang berbillion ringgit itu, kenapa hutang anak-anak bangsa yang baru masuk ke alam pekerjaan itu tidak dilupuskan? Jika Tony Fernandez yang sudah hampir terlungkup dengan berbillion ringgit itu boleh di selamatkan oleh kerajaan dengan bertenggek kepada MAS itu?

Kenapa Mirzan Mahathir yang tidak berjaya dalam perniagaannya boleh menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan beliau dari tersungkur dan tersembam ke bumi kerana kegagalannya?. Kenapa susah sangat untuk memikirkan nasib ratusan ribu siswazah yang baru keluar dari universiti itu tidak boleh diselamatkan dari tindakan undang-undang kerana tidak mampu untuk membayar hutang PTPTN ini?

Isu PTPTN ini melibatkan hampir kesemua keluarga di seluruh negara maka cadangan PR untuk melupuskan dan memansuhkan terus PTPTN ini amat wajar diberikan sambutan dan sokongan. Jika semua masyarakat memberikan dorongan untuk menghapuskan terus sekim PTPTN ini maka ia akan berjaya dilakukan hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi, iaitu semasa berada di dalam bilik mengundi serta saluran yang rakyat akan pergi untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini.

Saya yakin alasan yang diberikan untuk menolak penghapusan hutang PTPTN ini merupakan satu alasan yang meleset apabila PR buktikan yang penghapusan itu boleh dilakukan tanpa sebarang masalah besar.

Jika mereka yang berkuasa dan kroni kepada pihak yang gagah perkasa dengan kuasa boleh dilupuskan dalam jumlah ratusan billion ringgit, tidak ada sebab kerajaan memberi sebab untuk tidak melupuskan hutang untuk ratusan siswazah yang hanya berjumlah lebih sedikit dari 6 billion ringgit itu.

Jika pihak PR diberikan mandat kali ini maka keuntungannya kepada setiap keluarga akan jauh lebih banyak dari wang ehsan RM500 yang diberikan kerajaan BN baru-baru ini. Masing-masing patah-patahkan lah jari untuk membuat perkiraan itu. Tidak payah pakai mesin pengira yang canggih untuk mendapatkan jawapannya.

Masalah menghadapi tuntutan dari PTPTN ini merupakan masalah yang sangat besar yang dihadapi oleh siswazah dan ibu bapa siswazah-siswazah yang baru bekerja atau yang belum bekerja sekarang ini. PTPTN memberikan masalah kepada hampir semua keluarga yang ingin mendapatkan pelajaran untuk anak-anak mereka.

Yang penting setiap orang wajar bersabar menunggu hari membuat perhitungan ini.

26 comments:

  1. Saya sokong pemansuhan PTPTN. Tetapi kualiti pengajaran & pembelajaran haruslah dijaga. Saya berpengalaman dalam mengajar (pernah menjadi guru ganti untuk beberapa bulan) dan kakak saya merupakan seorang guru di sekolah menengah kebangsaan.

    Masalah pendidikan di Malaysia amat serius kepadaku. Ramai pelajar tidak mengutamakan ilmu pengetahuan (tahap yang amat membimbangkan). Ramai yang bersikap tidak acu terhadap pengajaran di sekolah.

    Saya berharap sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, pendapat kalangan guru, ibubapa & pelajar2 harus dititik berat dan dikaji untuk mereformasi dasar dan kaedah pendidikan Malaysia. =)

    ReplyDelete
  2. Pelajaran adalah salah satu perkara yg amat penting dlm kehidupan dunia masa kini.Menberi pelajaran percuma atau yg paling murah ketahap U adalah menjadi tanggungjawab dan tugas pihak yg berkuasa sesebuah negara.Memberi pelajaran yg terbaik tidak sepatutnya menjadi beban kpd ibubapa.Bila tamat pengajian di U,lebih kurang 30k hingga 60k hutang menunggu.Macam mana nak mulakam alam pekerjaan dgn langkah yg positif.Tambahan sekarang,kerja yg setaraf kelulusan payah di perolehi.

    Majoriti lepasan U masakini hanya bekerja sebagai kerani dan bekerja sebagai pekerja2 sambilan dgn agensi2 kerajaan pusat.Ramai lagi yg masih menganggur,terutama yg tinggal diluar bandar.Umur pencen dinaikkan ke 60 thn,memburukan lagi keadaan.

    Pertumbuhan ekonomi dan penambahan
    populasi rakyat tidak seimbang kerana pentadbiran Ker Pusat yg kurang cekap dan terlalu banyak pembaziran dan rasuah.

    Sebagai ibubapa yg inginkan masa depan anak2 dan cucu2 kita yg lebih cerah dan berjaya,sudah sampai masanya kita ubah kpd alternatif yg lain,iaitu memberi peluang kpd PR menunjukkan kebolehannya memerintah.

    ReplyDelete
  3. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing1 April 2012 at 01:31:00 GMT+8

    Most of the PTPTN loan for IPTS students went to UMNO/BN big-shots pocket,who owned most of the IPTS via their cronies.Even the grades
    and criterias required to enter these IPTS had been downgraded to make sure the IPTS are full,thus profiting the UMNO/BN elites.Such were their greedy nature that even students are not spared,when they also knew most of the students came from poor familes from the rural areas.Heartless.

    Their many slogans of helping the rakyat are just rhetoric, camouflaging their real intention. At the end of the day,the rakyat will be the victim,while the UMNO/BN elites
    become richer.

    Time to vote BN out,and the time is NOW,before its too late.

    ReplyDelete
  4. Salam hormat Tuan AA. Siapa kata para pemimpin UMNO/BN mahu kan negara ini menjadi negara maju? Mereka ini hanya mahukan keluarga dan kroni mereka sahaja maju dan membolot sebanyak mana yang terdaya segala khazanah dan harta negara ke kantung mereka. Tidak payah mengusung slogan sana-sini bagi menentang dan mengutuk tindakan kejam Israel-Zionis, kerana di negara ini pun ada para pemimpin yang jauh lebih teruk dan celaka lebih dari perangai Zionis. Malah sanggup merompak, menyamun dan mengadai maruah bangsa sendiri demi keluarga dan kroni. Adakah Zionis melakukan begitu juga terhadap bangsa mereka? Kalau bukan...siapa yang lebih teruk kezaliman mereka? Bukankah Munafik itu lebih rendah martabat mereka disisi Allah daripada kaum kafir? Maka berbangga dan berbesar hatilah kita di negara ini kerana berada di bawah naungan spesis tersebut.

    ReplyDelete
  5. Do not blame the government for this. The intention is good.Tujuannya murni untuk membolehkan semua mampu mendapat a good high education.
    But the students abused it. Beli cell-phone baru, beli I-pad, laptop baru. Yang sedihnya ini juga dilakukan oleh anak orang kurang berada.
    Lepas tu mintak duit mak-bapak. Mak bapak pun mengamuk marah kerajaan tak beri enough.
    And of course they don't pay back after graduation. That's so selfish because you are depriving the coming generation from getting loans.
    Bankkruptlah kerajaan jika ini berterusan.
    Yang sebenarnya ramai yang mampu belajar tanpa minta loan tetapi saja tak nak guna duit sendiri kerana nak menghabiskan duit kerajaan.
    Same goes for scholarships especially among the Chinese. Just because poor Malays can get it, they think why not them. That is envy.
    Dulu kita lihat ramai Cina jual sayur atau air soya hantar anak belajar overseas.
    Tapi sekarang anak Cina kaya berebut mendesak nak scholarship JPA sebab Melyu dapat. Bukan kerana tak mampu.
    And then there's political pressures from MCA and MIC.
    Jangan mengutuk saya pulak. Saya bangga saya dan my other siblings belajar atas scholarship mum and Dad.
    It's a matter of priority. Janganlah utamakan kereta besar, rumah besar, luxury goods etc. Then you can finance your child's education.

    ReplyDelete
  6. saya sokong permansuhan PTPTN kerna nyata ianya menjejaskan prestasi pelajar selepas tamat pengajian.buntu dengan hutang yang melambung seolah2, barang tiada tapi hutang ada.kalau beli rumah, nampaklah rumahnya, tapi hutang PTPTN tak nampak bendanya sebab selesai U, bukan terus dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan.Jadik inikan akan memberi tekanan dan impak yang negatif sehingga ada yang murung.PTPTN juga mengenakan interest yang tinggi.mcm ni baik beli kereta atau rumah.....

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan.

    Apabila kita berada dialam bazrah, kita semua akan disoal oleh malaikat kenapa kita tidak memberi pendidikan yang sempurna kepada anak2 kita (fardu kifayah) sedangkan kita mampu berbelanja lebih untuk benda2 yg lain seperti rumah besar, 2-3 biji kereta, melancung kesana kemari dan lain2.

    Didalam kontek keluarga ibubapa adalah pendorong kepada anak2 manakala didalam kontek sesebuah kerajaan kewajipan ini terletak kepada pemimpin2 utama untuk rakyat.

    Sebagai negara islam yang mengutamakanan ilmu sebagai asas pokok didalam agama (sebagaimana surah yg awal diturunkan Allah kpd umat Muhammad Al- Iqra) para pemimpin seharusnya memberi keutamaan dan memikirkan bagaimana untuk memeberi pendidikan percuma kepada rakyat dan bukannya dengan membina mega projek seperti KLIA, KLCC, Litar Formula 1, Putrajaya, Istana2 Besar.

    Di Malaysia Kerajaan BN telah menjadikan "penyebaran ilmu" sebagai barang dagangan dengan membenarkan para2 keroni mereka membuat keuntungan besar.

    Wallahualam... Allah is the best knower.

    ReplyDelete
  8. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan khazanah alam. Jika sumber ini diuruskan secara terbaik, Malaysia pastinya akan jauh lebih baik berbanding Singapore yang terbatas sumber alamnya. Namun dunia tahu bahawa MAlaysia sentiasa ketinggalan berbanding negara jiran ini. Dimana salah dan silapnya.

    Lebih mendukacitakan kerana kekayaan negara sejak sekian lama dan sehingga kini tidak agaih secara merata dan adil. Bahagian terbesar kek ekonomi negara dikuasai sekelompok pemimpin dan kroni tertentu manakala sebahagian kecil peruntukan itu terpaksa dikongsi dengan bilangan rakyat teramai. Hasilnya majoriti rakyat tidak berupaya untuk menguruskan keperluan sendiri termasuklah kos membiayai pendidikan.

    Apa yang mendukacitakan ialah dalam situasi pemimpin mencanangkan bahawa ekonomi negara masih utuh tapi peruntukan masih berlegar dikalangan kumpulan kroni. "Anugerah Biasiswa" mudah diberi kepada kumpulan terpilih iaitu kroni2 melibatkan trillion RM duit rakyat. Malah berbillion ketirisan terbukti berlaku seperti mana yang telah diulas Sdr Aspan. Pemimpin UMNO BN sangat pemurah membiarkan berbillion wang rakyat dilupuskan kepada kroni2 mereka yang melibatkan pelbagai projek "berudang sebalik batu", satu jalan dan cara untuk mereka menghalalkan perbuatan kotor melalui manipulasi undang2 sedia ada.

    Pelajar dan mahasiswa sepatutnya tidak perlu dibebankan dengan hutang PTPTN ini jika ketirisan atau kebocoran ini tidak berlaku. Negara sewajarnya mampu memberi pendidikan percuma tetapi disebabkan salah urus dan tadbir kerana ketamakan dan haloba pemimpin UMNO BN, pelajar, mahasiswa dan rakyat kebanyakan yang terpaksa menelan kesukaran dan menanggung bebal sedangkan dalam waktu yang sama, pemimpin serta kroni tertentu mereka terus berbelanja mewah. Tengoklah sendiri gaya hidup keluarga para pemimpin UMNO BN ini serta para kroni mereka. Serba mewah belaka.

    Sebagai rakyat yang sensitif dan bertanggungjawab..kita harus ubah keadaan ini secepatnya sebelum lebih banyak khazanah negara terus dirompak dan diagih sesama lanun2 politik ini. UMNO BN harus ditumbangkan walau dengan apa cara sekali pun. WAJIB !!!!

    ReplyDelete
  9. Salam
    Masyarakat Malaysia jangan dididik menjadi masyarakat penerima ikan.Jadilah masyarakat yang di beri pancing.Kalau sekor markah bagus,mcm menang pertandingan pacinglah=pinjaman = 100% free + kasi hadiah lagi.
    Kalau kureng sikit dapat markah 90% to 70% boleh kasi diskaun.
    Ada masanya kena jadikan benda 'free' tu serampang dua mata.Yg asas2 tu mmg kena free la beb.Dan satu lagi Kadar asas pinjaman(interest rate) tu kureng2 kan sikit.Ada masanya aku pun pelik gak, idea2 yg dok kita pikiak ni mazih nak samakan dgn proses pendirian dizaman kuno.Korang kata korang dah merdeka 50 tahun.Mentaliti masih nak free je semua.Kereta aku tengok kome semua paki tak de lak mengundur ke belakang>> ade ke mike dari dulu naik saga la ni tukar pki nissan 130y?
    Hai ya... pikiak hampa ni tak selari langsung.Cermin2 kan lah pikiran kome ya..
    haha
    stomedt

    ReplyDelete
  10. Betul tu apa yang dicakapkan oleh otak kuning pekasam (11:30:00 GMT+08:00) di atas. Dia asyik dok cerita macam mana Mahathir bercerita pasal jangan beri rakyat ikan, lebih elok beri pancing. Manakala segala khazanah lautan dan termasuk sekali kapal-kapal pukat tunda habis dibolot untuk kroni dan keluarga. Yang mampu diberi sebagai balasan mengundi mereka hanyalah pancing terpakai....

    ReplyDelete
  11. Dear Sir,

    Saya bersetuju untuk memansuhkan PTPTN atas dasar 'education is a basic right for all' tetapi saya risau jika isu ini disalah gunakan untuk mendapatkan undi 'mangsa' PTPTN. Saya menggunakan perkataan 'mangsa' kerana ramai pelajar tahu bahawa PTPTN adalah pinjaman yang perlu di bayar balik dan ramai juga pelajar yang mampu tetapi mengambil PTPTN untuk seronok2.
    Ketika saya di IPTA saya mendapat pinjaman PTPTN dan saya mengakui duit pinjaman digunakan untuk hal2 persendirian walaupun saya mampu hidup tanpa PTPTN. Tetapi saya juga mengetahui bahawa ramai juga pelajar yang tidak mampu menanggung kos hidup yang bergantung solely on PTPTN.
    Saya juga tahu bahawa saya perlu membayar balik pinjaman tersebut dan saya in the process of finishing up my PTPTN loan repayment tahun depan.
    Salah satu soalan saya adalah: is it fair for those students who has paid for their PTPTN loans and who are trying hard to pay their loans? Will the future PR Federal gov, reimbursed the paid loans?
    And I saw that DSAI said that if PTPTN is abolished, the staffs will be absorbed in the KPT? Is that a good move as I see that the huge number of gov employees in Malaysia is one of the many reasons why the fed gov spending is so high..TQ

    ReplyDelete
  12. Saya peninglah sdr Aspan. Sokong supaya PPTN dihapuskan. Dalam waktu yang sama nak hapuskan tol lebuhraya,hapuskan tol jambatan Penang dan Link Kedua, turunkan cukai pendapatan, turunkan cukai pintu,turunkan cukai jalan,turunkan harga barangan, turunkan bil letrik, hapuskan bil air, naikkan subsidi, naikkan gaji dan macam2 lagi. Kita cetak duit ke?

    ReplyDelete
  13. PTPTN terbahagi dua fungsi..satu bayar yuran, satu lagi sara hidup.

    PTPTN sarjana muda ijazah berjumlah rm3500 satu semester. Katakan yuran belajar dan yuran kolej berjumlah rm1500 iaitu 10% kos keseluruhan pengajian tinggi RM15K untuk 1 semester, ada baki lagi rm2000 untuk mahasiswa sara diri seperti makan minum, tengok wayang, topup handphone, isi minyak motor, naik teksi, balik kampung.

    Adakah maksud pendidikan percuma turut melibatkan kos sara hidup pelajar, semata-mata untuk pastikan mereka tidak berhutang sebaik tamat belajar? yuran yg kena bayar skrg ni hanya merangkumi 10% daripada keseluruhan kos pengajian tinggi iaitu rm30k setahun (gaji pensyarah, infrasturktur, kos pentadbiran dan lain2)

    Saya cabar PR. Mansuhkan PTPTN dan bagi yuran belajar percuma. Tapi kos sara hidup berjumlah rm2000++ jangan diberi kepada pelajar kerana mereka dah dapat pendidikan percuma, bukan sara hidup percuma. Saya pasti PR akan kalah semula next PRU14.. (kalau menang PRU13 le..byk sgt gula2 ditaburnya...)

    bestnyer klu belajar kat universiti pun makan minum ditanggung kerajaan PR..kat sekolah rendah dan menengah kena beli sendiri pakai duit saku mak ayah bagi..

    adoi la...PR ni tak pikir habis ke bila kata nak hapuskan PTPTN..korang hanya akan menyusahkan diri sendiri dan mengorek lubang kubur sendiri dengan janji bulan bintang ini...wait and see ^_^

    ReplyDelete
  14. anon 18:15

    Jenis ko pasti pening. Jenis ko dlm BN selalu pening. Tak tahu menahu mentadbir. Nak lari dari pening bukannya cetak duit tapi berasuah pulak.

    Itulah kalau sudah tak tahu, bagilah yg tahu. Hanyalah yg berilmu boleh mentadbir. Ini bukan cakap kosong. Ko ingat ni janji manis PR aje, ke? Ko ingat zaman sekarang masih zaman BN yg pandai menabur janji-janji? Ini PR bukan BN! Ini zaman maklumat IT, bukti apa yg dijanji sebelum undi mudah dirujuk balik kemudian. Ini zaman tak boleh pandai main cakap aje, tahu?

    ReplyDelete
  15. Pak,

    I for one am sick and tired of UMNO's cyber mercenary trying to shift the blame for all of the failed and abused policies introduced by UMNO, onto the shoulders of the malays, the chinese and everything under the sun. Those money loving soldier of fortune keep on singing the same old tune (and a lame one at that) which is "those policies are good but the implementation was off target or flawed, whatever that means"!. Don't they realized that those exact statement is in fact a confirmation on the uselessness and the sheer incompetence of the government of the day which by no coincident is lead by UMNO? Didn't they realized that by saying that the implementation of the policies are crappy, it literally meant that UMNO led government (that was supposed to implement those policies) are basically made up with CRAPPY people"? Good policies implemented by crappy people will never produce good result! And crappy policies implemented by good people will still produce crappy result and OF COURSE "Crappy policies implemented by even crappier people will produce an even bigger and disastrous results and that's what we have now with PTPTN (a crappy policy implemented by a crop of crappy and corrupt people)!

    UMNO Baru right from the start never has the intention of introducing policies that are meant to help and assist the ordinary people? It's not in their best interest to help the Malays and in general all Malaysian to be highly educated, learned and well of in terms of material. The politic of race, religion and royalty that UMNO uses cannot survive and thrive in a society that is well learned, highly educated, self reliant and coupled with even more developed rational mindset. UMNO will be extinct if the malays and malaysian are rich, bright and alert. UMNO will wither and die when the malays no longer believe in fairy tale, get rich quick scheme and religious bogeyman hocus pocus. UMNO will be poor and destitute when Malaysian are vigilant and mindful of the role of the government as an elected servant and not LORD and Master of the land! UMNO basically does not have a place in a modern and developed society. UMNO is a disease that has no place in a healthy and prosperous society. Basically, UMNO has no place at all in any sane and matured society, anywhere,anytime!

    UMNO Baru from the very beginning has evolved into an entity that view the people as its prey and victim NOT as the master that they serve and protect. UMNO is leeching off the fear and the insecurities of the Malays and Malaysian in general to get fat, filthy rich and well off. UMNO is dividing the Malaysian society to ensure it's strangle hold on power remain and will continue to do so. UMNO will destroy this country if it is in its best interest to do so! UMNO only serve itself and no one else. We would be foolish to assume that UMNO will change its predatory and parasitic nature just because its leader are spewing some sugary promises to change and a give away a few measly hundreds RM bribe money as token of its sincerity. With a destructive rule that lasted decades which left us divided and destitute with the state of our economy in taters and it's future lost in some murky alphabet soup, do we really want these people to continue governing us? No thanks UMNO, you have done enough! We will be fine with someone else at the helm and if GOD willing, we'll see you in jail too! ABU YOU in the next GE!

    Nick

    ReplyDelete
  16. Salam Saudara Aspan

    Saya juga beberapa ramai orang Melayu lain yang sezaman saya telah mendapat pendidikan University percuma ketika emak-bapa saya yang sememangnya tidak berkemampuan. Pada masa itu Kerajaan berkemampuan baik dari segi political will juga ekonomi (PTPTN ketika itu belum/tak difikirkan lagi- itukan sebelum zaman Mahathir) untuk membiayai kami bukan saja terus ke University tetapi juga ke England, USA, Australia, dsbnya!

    Saya mahukan Kerajaan menjadikan dasar pendidikan bahawa pengajian dari masuk pra-sekolah termasuk sekolah tinggi juga vokesional, politeknik hingga ke tahap University mestilah percuma dan dibiayai sepenuhnya dari dana rakyat am melalui kutipan cukai.

    Rakyat adalah lebih berhak/berkeutamaan kepada pulangan dari kutipan cukai ini dibandingkan dengan pembelanjaan lain atau pembelanjaaan boros dan yang kurang menfaaatnya.

    Bagi pelajar-pelajar yang terunggul, mereka (dari kesemua kaum)berhak kepada biasiswa-biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negera untuk mendapatkan pengajian graduate serta juga post-graduate di Universiti-universiti yang terbilang mashurnya dalam bidang-bidang berkenaan yang diperlukan negara.

    Disinilah berpatutan priority belanjawan kita agar Malaysia bukan sahaja mencapai cepat status negara maju juga negara yang dapat menerajui kegunaan teknologi untuk menyaingi negara-negara dalam kebanyakan bidang keusahawanan moden.

    Kalau subsidi-subsidi perlu dan di kehendaki biarlah bertumpuan kepada pendidikan masyarakat mendapatkan lebih priority daripada kesihatan masyarikat.

    Janganlah ada priority subsidi diberikan pula kepada IPP, Operator Toll, GLC monopoli; jauh lagi pembaziran criminal seperti untuk membayar komisen dalam pembelian-pemblian MRT, kapal selam dan jet pejuang seumpamanya.

    ReplyDelete
  17. bro aspan,
    politicians and diapers have one thing in common. they should be changed regularly, and for the same reason. all the best bro!

    ReplyDelete
  18. Sudah tentu dalam masa 24 jam kalau PR menang, Rakyat boleh pastikan samada harga minyak diturunkan atau tidak.

    Tak perlu tunggu sampai 50 tahun!

    Malahan, Rakyat boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahan PR dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

    Perkara pertama yang akan dilakukan ialah dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

    ReplyDelete
  19. Awek bising suruh masuk meminang tapi kerja tak tetap pak aspan... pening.. pening...

    ReplyDelete
  20. QD.. ko jgn la nak loyer burok..
    berapa ramai anak orang kaya lebih berkemampuan mendapat bantuan percuma kerajaan...

    sekali tipu boleh le.
    nak tipu hari2 sori naik lori la,,,

    ReplyDelete
  21. PTPTN loan is a tool for BN to continue their glory. If the fresh graduate with such loan,have no immediate work,they will can get job in BN company with reasonable salary. If they go for other company, PTPTN will look for them for repayment. For me, a Malaysia Chinese, we had been paying school text books for years and only recently BN scrape this practice. Vote BN out so that our teachers and student will improve their education...

    ReplyDelete
  22. i agree with Red Alfa's comments to be implemented when PK is given the mandate to manage Malaysia by the rakyat for the rakyat.

    Also in agreement to CY's comment, to overhaul the education system.

    Buang yang keruh, ambil yang jernih in our education system, Asians still have the best learning methods in Math and Sciences
    ( in English ). Check it out the top scorers of O - level, A- level, SAT, International Baccalaureate IB program,are from Asia.

    Those educated abroad and Malaysian parents and parents from Singapore, Japan, Taiwan, China planning to send their children abroad
    know the superiority of solid foundation of Asian math and science. It involves lots of hard work, definitely memorization for the basics :

    equations, systematic steps and applications.

    Nevertheless, for the past few years, there are some people against rote learning, but they must actually experience long enough
    to see some students flip-flopping through advanced math and sciences classes in the US and the UK colleges and universities.

    Could it be there is some overly interests and fear against the mastery of the interdisciplinary of both the
    major by Asian students to reprove
    Some Form of rote learning in math and science ?

    Those of us with strong foundations in Math and Sciences, years of tenacious practice while in Malaysia, it is like taking a walk in the
    park in Springtime. Switching to law in not a problem.

    To be honest, we need to enhance rote learning, with application, diversified tangents with fun education pojects and field works,
    from medicine to law, political science, engineering, IT, accountancy, hospitality, care- giving to arts Involving and Making
    Intellect contributions
    to our local communities.

    The American and the UK colleges universities are aware of the known fact to also upgrade their education systems.

    Are we, the rakyat aware of this fact, so much so we want to Move out and Move on, doing more to tell others, call up our relatives in
    the kampongs, assuring them, we, the educated youths, will not neglect them, but to support them in the developments, to tell
    them the truths,to move on together, voting UMNO out ?

    So why are the UMNO leaders sending
    their children abroad for education. Having elite schools ?
    What can be any five reasons ?

    A transparent implementation of the new education system with the best brain of every race and community needs to be in place.
    We can't bluff ourselves, gambling to have a successful education system for our children and our youths by practicing race
    ratio when selecting, training and promoting teachers, educators, lecturers, professors and education officers.

    Engage the best of brain of every race in the revamped education system. In the UK, the US, you will find the best brains from Asia,
    including Malaysian experts with real commitment toward the excellence of education and societies.

    Having agreed with the abolition of PTPTN, however, there is some objection from those who work so hard for academic success,
    without loans and now slogging in their respective careers.

    Now, to be fair - minded, how many of us will not think likewise when placed in the same situation.

    With the cancellation of the PTPT loans, with PK government being competent to further strengthen, and create sustainable
    economics swiftly and tangibly for the rakyat,

    The youths, whose loans are cancelled, will need to sign an agreement to pay back ...... to make positive changes.

    By committing themselves to do tangible community work. As gratitude to God for the blessings of their study loan and its
    cancellation. A well - written article about it, uploaded on all major websites swiftly will put the resistance to
    rest and gain hoorahs for Pakatan.

    The empathetic way is, after the youths have gained employment. And the rational resistance from some rakyat will
    cease. The all round Yays, Yeahs begin for Pakatan !

    ReplyDelete
  23. 6 April 2012 15:33
    Syabas !

    ReplyDelete
  24. Saudara Aspan,

    Discovered this gem from Sakmongkol's blog : YouTube : A Parents' Love

    Listening it in silence might :

    fast - forward, how, youths will be in years to come

    assist us and leaders to plan programs and a caring society ahead of time to share and care for the aging population in Malaysia

    make some people from medical officers, nurses, bus drivers, passengers, adults, grandchildren etc to be helpful and patient to
    the elderly

    will bring lots of fond memories for some or regrettably, sad memories for others, there might be regrets, which is good, for self
    ........

    Enjoy .... take a respite from political blogging and share it with others . Thank you.

    ReplyDelete
  25. Quiet Despair,
    Cina jual sayur atau air soya tak berebut peluang cari makan kais pagi makan pagi, kais petang ? dengan instant indon citizens ?
    Applause, applause, applause. Anak-anak mereka, dan kaum India yang pandai - pandai tidak pula dapat scholarship ?
    Adil kah dari segi agama? Kamu ini tebal dengan sikap rasism.

    Students beli cell- phones, etc, dah terikut, dengan promo agresif ini lah, itu lah melaui artis 2 terhegeh - hegeh melalui media -
    cool bodoh macam mafia umno leaders.

    Orang kaya Cina, India dapat scholarship pasal umno leaders serta kroni korup sampai troposphere.

    ReplyDelete
  26. i personally know five outstanding JPA scholarship holders of Malay, Chinese and Indian ethnicity studying in Australia, England and
    Germany, the most recent two batches, 2011 / 2012. They are studying conscientious daily, with excellent sense of responsibility,
    fully aware of the tax payers' contributions. They enjoy muhibbah camaraderie among themselves during A level,
    AustMat here and when abroad.

    These few that I know of are from deserving families. Speak English eloquently. I must first thank Allah, then the rakyat, PM Najib, PK,
    DAP, MCA for doing the job well, collectively this time round and the fair selection by the discerning JPA officers.

    However, more scrutiny must be enforced on the parents' income and visitation to their home during future selections to ensure only
    truly deserving students from humble background and deserving lower segment of the middle income families but with all round
    achievements and sense of social irresponsibility are selected for the JPA scholarships,
    including those offered by Petronas, Shell, Mara, ATM.

    The last i heard of is they are applying to do light part - time jobs in their respective universities to earn a little more
    pocket money. Accommodation and beef is very expensive.

    Kesian, but very responsible.

    ReplyDelete