Selangor menjadi negeri idaman BN khususnya UMNO. Setiap malam dan siang negeri Selangor menjadi bahan umpatan dan kritikan BN yang menggunakan TV3 mencaci dan menghina kepimpinan Selangor. Ini memang tidak menjadi kehairanan kerana UMNO dan BN sedar bahawa Selangor merupakan negeri yang terkaya di negara ini.
Kekayaan negeri Selangor itulah yang menyebabkan UMNO tidak kering peluh mencari jalan dan berusaha untuk merampas kembali negeri ini. Memang sifat pemimpin UMNO begitu. Di mana ada wang di situ mereka menyerang, seolah-olah kita hidup pada zaman lampau; di mana negeri yang kaya, negeri itu akan diperangi mereka untuk mendapatkan harta rampasan jika menang peperangan itu.
Barulah tiga empat tahun ini rakyat Selangor hendak merasakan pentadbiran yang baik dan 'transparent', rasuah yang minima dan kecurian wang dan harta rakyat yang berbillion oleh pimpinan BN dahulu. Rakyat Selangor baru sahaja hendak merasakan situasi di mana Menteri Besarnya tidak membina rumah yang berharga RM25 juta walaupun MB semasa itu hanya daripada keluarga yang biasa.
Baru tiga empat tahun inilah rakyat Selangor terhindar daripada kecurian harta benda mereka yang berbillion ringgit seperti apa yang berlaku dalam kes PKFZ. Baru sekaranglah rakyat Selangor tahu bagaimana wang Yayasan Selangor kehilangan setengah billion ringgit semasa pentadbiran UMNO dahulu.
Barulah sekarang rakyat dan kerajaan Selangor hendak merasakan sebuah kerajaan yang mempunyai bajet yang ‘surplus’ sebanyak RM1.5 billion. UMNO pernah saya labelkan sebagai sebuah parti ‘vandalism’ yang tegar. Apa yang baik hendak dirosakkannya. Mana yang berduit dan banyak wang disitulah mereka berhempas pulas untuk merampasnya. MAS yang pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang premium sekarang sudah diletakkan di bawah ketiak Air Asia.
Berbillion billion ringgit kerugian MAS semasa syarikat penerbangan itu diswastakan kepada Tajudin dahulu, dan kerajaan telah mengambilalih syarikat itu dengan harga yang sama semasa penswastaan syarikat itu kepada Tajuddin dahulu. Semua punah ranah oleh kepimpinan UMNO semasa itu yang kini dianggap sebagai negarawan pula.
Proton diambilalih oleh kroni pemimpin yang sama kerana aset Proton yang berbelas billion nilainya bukan kerana hendak memperbaiki prestasi Proton. Harga belian kepada pegangan Khazanah sebanyak 42% itu hanya dibayar dengan harga RM1.4 billion sahaja.
Peneroka Felda sedang diambang penipuan pimpinan kerana Felda itu kaya-raya. Di mana-mana UMNO hanya pandai merosakkan yang baik. Sekarang kerajaan negeri Selangor pula menjadi sasarannya, juga kerana Selangor mempunyai kekayaan yang paling besar di negara ini.
UMNO ini ibarat semut, di mana ada gula di situlah mereka berkerumun. Itulah sebabnya saya pernah memberikan cadangan supaya kita memilih parti yang pemimpinnya mempunyai air liur yang pekat sedikit. Kalau air liur pemimpin itu telalu cair seperti pemimpin UMNO air liur itu akan senang meleleh jika nampak wang dan harta yang banyak.
BN sedang menggunakan media perdana seperti TV3 untuk melakukan segala kempen kotor mereka. Kalau mereka benar-benar daripada pimpinan yang baik masakan rakyat Selangor menolak mereka dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang sama yang mencari kesalahan TS Khalid seperti orang mencari kutu di dalam rambut.
Satu sahaja formula untuk memberikan penilaian untuk mengambil keputusan dalam pilihanraya yang akan datang; iaitu kita nilai berapa billion yang dirugikan wang rakyat oleh kerajaan BN dahulu. Bagi mereka yang berfikir ambil hanya satu isu sahaja, iaitu PKFZ yang melibatkan skandal yang sampai ke tahap RM12 billion.
Bagi saya rakyat Selangor supaya tidak lagi mendekati pimpinan parti yang telah terbukti memporak-perandakan rakyat Selangor dahulu. Tindakan rakyat Selangor memberikan mandat kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh TS Khalid itu merupakan tindakan yang betul dan berpadanan.
Kesempatan ini saya memohon agar rakyat Selangor tidak lagi melakukan kesilapan dengan mengembalikan mandat kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang. Malahan seluruh rakyat di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh BN mengikuti jejak langkah rakyat Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya yang lalu.
Apabila sudah membuat keputusan yang betul rakyat Selangor seharusnya menjaga mandat yang telah diberikan kepada kerajaan pimpinan TS Khalid ini dengan baik dan beramai-ramailah memberikan perlindungan daripada diperah oleh pimpinan UMNO yang rakus itu.
Menjaga harta benda kita adalah menjadi kewajipan kita semua dan itu adalah kerja yang sangat dituntut oleh agama dan adat kita. Sesungguhnya rakyat Selangor telah membuatkan pimpinan UMNO meroyan dan tidak tahu hendak mengambilalih kuasa selain daripada menggunakan ugutan, membeli undi melalui BR1M, menggunakan samseng dan berbagai-bagai lagi cara yang amat membosankan rakyat ramai.
'Obsession' UMNO untuk mengambilalih Selangor ibarat penagih dadah yang sedang gian kerana dadah yang selalu diambilnya dahulu sudah tidak dapat diperolehi mereka lagi. Maka UMNO sedang merasuk ke sana ke mari untuk mendapatkan ‘supply’ yang sudah empat tahun tidak diperolehi mereka.
Kesinambungan mandat terhadap kerajaan PR sekarang ini merupakan kemestian supaya kita tidak lagi didekati oleh kumpulan yang sentiasa terintai-intai untuk memerah keringat rakyat negara dan Selangor khususnya.
Apabila sudah mendapat kebenaran jangan disia-siakan lagi. Apa yang rakyat Selangor perlu lakukan, ialah untuk membulatkan tekad untuk menjaga kepentingan negeri Selangor yang berdaulat ini. Dengan pengekalan mandat kepada kerajaan PR sekarang ini setidak-tidaknya dapat menghambat penagih tegar rasuah ini daripada mendekati kantung kerajaan negeri Selangor.
Perumpamaan "air liur pekat dengan air liur cair" ini bro yg cipta ke atau karam singh wallia yg cipta dulu?
ReplyDeleteTuan AA,
ReplyDeleteKisah umno ni saya kira ramai yang sudah maklum.Mohon supaya tuan tulis mengenai DAP agar dapat membuka minda orang orang melayu yang masih prejudis dengan DAP, tq
terpulanglah kepada rakyat negeri selangor nak cuka atau pun gula, khusus nya orang melayu fikirkanlah yang terbaik buang kan umno bn undi dan sokonglah pakatan rakyat Oh Yeah.Selangor negeri ku makmur dibawah pakatan rakyat hancur bawah umno bn yahudi.
ReplyDeleteAs-salam Tuan,
ReplyDeleteInsyaallah saya & 70-80% rakan2 (malay or non malay) di office sgt2 & masih menyokong kepimpinan PR wpun dihambat oleh pelbagai dugaan...
Setuju 100% dengan pendapat dan pandangan Aspan.
ReplyDeleteHarap PR boleh jadi kerajaan baru negara kelak.
Sauadara AA,
ReplyDeleteSaya harap dan berdoa agar rakyat bukan sahaja di Negeri Selangor tetapi juga di seluruh negara sedar dan akan memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara kita ini dengan ketelusan.
Adakah teori RAHMAN akan dibuktikan benar?
Huraian dan kupasan yg menarik dalam halaman ini. Saya ingin bertanya mengapa Tuan mengatakan Tun Daim menjadi ahli perniagaan yg berjaya selepas menjadi Menteri Kewangan? Walhal dia sebelum itu sudah menjadi pemaju hartanah sebelum menyertai kabinet.
ReplyDeleteKerajaan harus dibagi balik Wilayah Persekutuan kalau nak jaga Kedaulatan Selangor....
ReplyDeleteKalau duit surplus itu tak diguna untuk kebaikan rakyat Sekarang Juga......jangan harap UMNO akan beri rakyat satu sen. Selangor juga jangan ikut piliharanya UMNO-BN kalau dipanggil awal....
mari ramai2 sokong .... ABU.... Tuan AA you ara the best. Mai kita ramai2 sekeh umno/bn pru 13 ni. Puak2 umno ni lagi lama memerentah lagi jahanam negara.
ReplyDeleteSememangnya kerajaan Sel bukan 100% sempurna tapi dlm waktu yg singkat mereka telah menghembus nafas yg segar dan baru cara mentadbir sesebuah kerajaan.Nampak
ReplyDeletejelas kejujuran mereka menolong rakyat dan yg penting sekali,tahap penyelewengan dana rakyat dan rasuah ditahap yg amat minima.
Diharap rakyat Sel yg cerdik tidak mudah diperdaya oleh putar belit2 dan prapaganda2 BN menggunakan media massa utama,macam bapak dia org punya.
Selangor tanah air ku.
RM10,RM100,RM500,RM5000,still vote PR.We can argue and debate till NFCs' cows come home.The bottom line is PR is better in governing than BN as proven and shown in the 4 states.
ReplyDeleteThe only way BN can win in Sel is by using PATI with instant citizenship,in other word,CHEATING.
Selangorian..
Kalau BN benar2 ikhlas dan jujur ..apa lah salahnya bantu negeri2 dibawah PR....dengan cara tu rakyat akan hormati mereka...
ReplyDeleteDalam kamus UMNO, rakyat itu 'hamba', untuk dipergunakan apabila perlu. Hamba diberi makan bila ada sesuatu yang perlu hendak dikerjakan. Maka itulah rakyat harus bersyukur kepada UMNO kerana serpihan-serpihan makanan yang ditaburkan.
ReplyDeleteTepat sekali Sdr Aspan,
ReplyDeleteMereka2 yang berdemo dan menyerang PR Selangor ini cuma segelintir saja Balik2 muka sama. Sebab apa cuma segelintir saja ?. Kerana cuma geng2 yang sedikit ini saja yang menyapu sebahagian besar kekayaan negeri Selangor selama ini.
Bila dah tak dapat hampiri timbunan kekayaan khazanah Selangor..meroyan sakan laa puak2 ini, jadi buntu nak cari makan. Dulu makan besar, berak pun besar....sekarang ni susah nak makan untuk kekalkan berak besar mereka.
Geng demo kepala lembu, geng demo isu murtad ole gereja dan banyak lagi geng demo menentang pimpinan PR Selangor adalah dari pimpinan kumpulan dan orang2 yang sama...puak yang frust menungging kerana rezki haram mereka dah lesap.
Jangan bangangkan dan bahlolkan diri sendiri menyokong puak yang jelas mementingkan diri mereka sendiri. Jangan buangkan waktu persiakan perjuangan anda menyokong puak yang sepatutnya dihumban jauh dari khazanah kekayaan Selangor ini.
Tapi tak tau lah kalau memang anda mahu pandirkan diri sendiri dan masih menyokong perjuangan sia2 puak2 pencacai UMNO BN ini demi kepentingan peribadi.
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19616
ReplyDeleteSyahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.
Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"
Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.
Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.
Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.
Dari pemimpin No 1 sampailah ke tahap pemimpin macai bawahan UMNO BN, semuanya kaki mentekedarah khazanah negara, sebat dan berbelanja macam khazanah negara macam harta mak bapak dia.
ReplyDeleteDalam keadaan eknomi dan taraf hidup negara dan rakyat makin kronik, puak2 ni tetap makin bertimbun hata benda mereka.
Kalau dah majlis pertunangan anak pun boleh habis hampir 1/2 juta RM..mana di korek duit sebanyak tu kalau bukan dari duit rakyat dan negara ?.
Cakap berdegar2 minta rakyak jimat kurangkan gula kerana kencing manis hatta berjimat cermat, rupa2nya pemimpin2 UMNO BN ni yang "kencingkan" kepala rakyat dengan "gula2" manis mereka.
Dah gaya hidup terbiasa mewah dab berkelas selama ini, sekali tak dapat nak mendekati khazanah negara termasuk perbendaharaan Selangor..bagai hilang akal puak2 ni.
Kalau suka Najib dan kuncu2nya terus kencingkan kepala korang...teruskanlah sokong pemimpin haprak dan munafik ini ! Dia orang telan puluhan juta malah berbillion, korang cuma syok sendiri dapat tempias sisa jer.
Jangan biarkan diri sendiri terus dibangsatkan pimpinan dan puak macam ini !.
Salam Tn Aspan dan semua,
ReplyDeleteSaya ada 13(PPPPPPPPPPPPP)
sebagai hujah utama yang menyebabkan UMNO dan BN dapat ditumbangkan dalam Pilihanraya 13 nanti.
Kriteria 13(PPPPPPPPPPPPP) ini juga terdapat dan menepati perlakuan UMNO dan BN masakini.
Sungguhpun 13(PPPPPPPPPPPPP) ini dinafikan siapa jua tetapi ianya berfakta jika dikaji satu persatu.
Apa jua yang berkait dengan apa jua kes seperti ketuhanan, gangsterism, NFC, Altantuya, janji pemimpin, permohonan maaf, media, PKFZ, kapal selam, dan lain-lain, semuanya berkait dibawah.
Natijahnya UMNO dan BN akan gagal dan kecundang.
Inilah dia 13 (PPPPPPPPPPPPP):-
1. Pencacai,
2. Penganiaya,
3. Pembelot,
4. Penipu,
5. Penyombong,
6. Pemboros,
7. Pemutarbelit,
8. Penyamun,
9. Perosak,
10. Perasuah,
11. Perogol,
12. Pembunuh,
13. Penderhaka,
PEMENANGNYA,
INSYA'ALLAH ABJAD 13 JUGA YAKNI
1P2A3K4A5T6A7N 8R9A10K11Y12A13T ATAU PAKATAN RAKYAT.
"Ilham Pemikir"
TS Khalid seorang teknokrat yang cekap. But his hands are tight with the meddling of Anwar. Sack Anwar as the economic adviser. What does he know about economics.
ReplyDeleteSorry Tuan Aspan, I mean tied not tight.
ReplyDeleteAnon 14.56
Perbelanjaan pertunangan anak Najib kononnya hampir 1/2 juta adalah bidaah besar. Tak masuk akal langsung.
Itulah sebabnya press secretary Najib minta Rafizi yang membuat tuduhan itu meminta maaf.
You cam tak sekarang fesyen minta maaf atau suruh orang minta maaf.
Start dengan pemimpin nombor satu minta maaf. Lepas tu si dia yang nak jadi nombor 1 pulak minta maaf kerana pilih Zahrin bertanding sebagai MP dan menang.
Apology is so cheap. You run your mouth, say sorry and you do it again and again. Like we say when we were kids, sorry is no cure.
Yang mahal ialah bila pula Anwar nak minta maaf kerana menipu 916 debacle and for always running down Malaysia when abroad.
Kena juga minta maaf kerana fail sebagai Menteri Kewangan for the forex losses. Also for his many mistakes when he was Education and Culture minister.
Agaknya tak cukup muka surat newspapers kalau semua tokoh politik kita amalkan budaya say sorry ni.
Luckily our politicians are all peacocks who strut their stuff and think they are always right.
QD,
ReplyDeleteWhat does Anwar know about economics?
Err.. forgive me if I'm wrong.. wasn't Anwar appointed the Minister Of Finance in 1991 in the UMNO infested government?
~ LD
QD no bod** ke apa..aku bukan pun sokong anwar sangat..
ReplyDeletemahathir masa mencalon diri jadik menteri kewangan tu..dia ada degree ekonomi ker..bahl**..ko punys Abdullah Badawi..ada Economics degree dari Harvard ker..n**k? dalam sisttem berkerajaan adalah kabinet ngan penasihat..kalau takde good argument jangan bagi pendapat..pendapat tu kalau argument bagus..so far kau punya argument tak bernas..
Kalaulah Tun Mahathir tiada didalam dunia ini, mungkin UMNO tidak jadi begini. Mungkin rasuah pun berkurangan. mahkamah kita masih bebas.
ReplyDeletetetap apakan daya dah dia hidup dalam dunia ini dan masuk pula UMNO. Mungkin TDM ini dihidupkan untuk menjadi dugaan kepada semat manusi.
setuju dgn pendapat SAA, jadi rakyat selangor mesti membuat pilihan yang terbaik padaPRU13 nanti. jika puak2 UMNO dpt rampas kembali selangor kantong yg dipunyai oleh kerajaan negeri akan disamun oleh mereka, semut2 akan bertaburan untuk mencari gula2 yg ditinggalkan oleh pr. percayalah apa yg kita dpt hari ini akan ditarik balik, pada bagi rakyat baik mereka sapu dan puak2 ini akan berebut untuk mendapatkan projek pbt dan sebagainya. mereka sudah kelaparan selama 4 tahun dan akan menyamun apa yg ada mengikut kehendak nafsu mereka.janganlah kita terus diperbodohkan dan ditipu dgn janji2 manis puak bn, mana bekas mb selangor dari bn yang tidak kaya-raya mereka senang lenang dgn hasil rompakan mereka setelah bersara atau meletak jawatan. wahai rakyat selangor buatlah pilihan yg bijak jgn terus terpedaya dgn janji penyamun2 yg merompak harta dan wang negara......insyaallah
ReplyDelete@QD...
ReplyDeletesee...u masih nak pertahankan corrupt leader....Shagri La kata mmg najib bayar bil...ape pulak bidaahnya?
bro..kalau dah salah..mengaku aje..as per ur qoute...
"Apology is so cheap. You run your mouth, say sorry and you do it again and again."
tidakkah perkataan anda ini terpalit kepada najib n barisan menterinya sekali?maaf n then do it again n again?pathetic...
Sedih sebab UMNO guna yahudi AMPCO untuk tipu Melayu....
ReplyDelete