Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil telah rasmi meninggalkan UMNO. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato Seri Adnan Mansor. Tindakan beliau itu telah dijangkakan dari awal lagi kerana beliau telah meluahkan banyak perkara yang beliau tidak persetujui berlaku didalam UMNO. Beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1956 dan bersama-sama menyertai UMNO baru pada bulan Februari 1988 yang lalu.
Saya memahami apa yang dirasakan oleh TS Kadir itu kerana beliau sudah begitu lama terlibat didalam kedua-dua parti (UMNO asal dan UMNO baru), dan tentulah beliau nampak dan merasakan perbezaan diantara dahulu dengan sekarang. Saya menganggap dan boleh mengagak yang beliau lebih selesa berada diluar UMNO untuk bersama-sama menyatukan Melayu diluar parti yang kian hari kian lemah itu.
Tindakan TS Kadir keluar dari parti itu merupakan bayangan menifestasi sebenarnya yang berlaku didalam UMNO. Sebagai seorang yang telah bersama dengan parti itu selama 5 dekad lebih itu, tindakan beliau itu tentunya didasarkan kepada masalah-masalah yang berlaku didalam UMNO kerana saya secara peribadi merasakan apa yang diresahkan oleh TS Kadir itu.
Meninggalkan parti itu adalah satu-satunya pilihan TS Kadir kerana tidak ada maknanya jika berada didalam parti yang meresahkan beliau. Tentulah berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan kepada beliau oleh penyokong dan penjilat pimpinan parti itu tetapi biarkan sahaja mereka berbuat apa yang mereka suka. Kita sahaja yang tahu perbezaan berada diluar parti yang kini sedang menuju kepada penghujung perjuangannya.
Saya telah dihubungi oleh ramai juga rakan-rakan kenalan dan yang tidak saya kenali bertanyakan tentang tindakan TS Kadir ini untuk mendapat komen saya. Saya hanya memberikan pandangan yang berlainan. Orang lain biarlah dengan pandangan mereka. Ia bergantung kepada matlamat masing-masing. Jika matlamatnya ialah untuk meneruskan agenda memusnahkan rasuah tegar dan menjauhi dari penjajahan pemikiran oleh pimpinan yang hanya mementing perut mereka sahaja, meninggalkan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik.
Menentang kegiatan rasuah didalam parti dan kerajaan didalam UMNO akan hanya mengundang diri kita dihina dan dinesta kerana mereka didalam parti itu tidak lagi mahu melihat rasuah itu dihapuskan. Saya pernah menyatakan dengan jelas yang UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing yang saling menyandar diantara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang pesat tanpa UMNO dan UMNO pula tidak akan hidup tanpa rasuah. Rasuah itu sudah menjadi pakaian kepada pemimpin-pemimpin UMNO disetiap peringkat.
Isu negara sejak 3 dekad dahulu adalah rasuah. Rasuah inilah yang membawa kepada masalah-masalah yang lain kerana apabila pemimpin politik dan pelaksana mengamalkan rasuah mereka tidak akan membuat keputusan dengan baik lagi. Bagi melindungi rasuah maka pimpinan terpaksa berbohong dengan rakyat. Mereka terpaksa berbohong beribu kali kerana bohong mereka yang pertama dahulu.
Dulu mereka boleh berbohong sekehendak hati, tetapi apabila rakyat sudah menjadi rakyat yang bermaklumat maka pimpinan sudah tidak lagi boleh melindungi perkara mungkar yang mereka lakukan.
Kini TS Kadir meninggalkan parti dan beliau tidak kesaorangan. Ratusan ribu ‘card carrying members’ UMNO tidak memberikan sokongan terhadap parti itu lagi. Mereka adalah diantara ahli yang sudah merasa jemu dengan kerenah pemimpin-pemimpin mereka. Minggu ke minggu, tahun berganti tahun, pemimpin-pemimpin UMNO telah memberikan masalah kepada parti. Sepatutnya pemimpin yang menahan ragam ahli-ahli yang ramai ini.
Tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin-pemimpin mereka pula yang memberi masalah kepada parti. Pemimpin parti sekarang tidak berkelayakan untuk dituakan (hormati). Sepatutnya kita ikut perbilangan; yang muda membuat ragam dan yang tua menahan ragam. Banyak kritikan terhadap TS Kadir ini datangnya dari orang-orang baru, yang sedang cuba-cuba mengenali UMNO itu.
Kebanyakkan dari mereka ini jika diperbandingkan dengan usia dan pengalaman dalam UMNO ini tidak lebih dari orang yang masih belum mengenali yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana tangan kiri untuk beristinjak. UMNO kata orang, UMNO kata mereka. Tetapi mereka tidak tahu dan masih belum mengenali UMNO yang sebenarnya.
Itu lah sebabnya ramai diantara yang menulis dialam maya ini menulis mempertahankan UMNO itu bukan kerana mereka mengenali parti itu sebaliknya kerana mempertahankan apa yang mereka ada atau apa yang mereka boleh perolehi. Malahan setengahnya mendapat imbuhan untuk mencarut dan menggunakan bahasa yang tidak menunjukkan ketamaddunan mereka.
Tindakan TS Kadir keluar parti itu merupakan cebisan dari perasaan tidak puas hati dengan ‘conduct’ UMNO sekarang ini. Perasaan itu dirasakan juga oleh ramai ahli-ahli UMNO yang lain. Hanya meeka tidak berani bersuara kerana salah satu kejayaan UMNO ialah untuk membentuk sindrom bisu dikalangan ahli-ahlinya. Ada mata pandang ada telinga dengar sahaja.
Dalam keadaan beginilah yang membuatkan orang Melayu terbantut daya pemikiran mereka. Itu jelas merupakan sumbangan besar UMNO terhadap orang Melayu. Saya berkeyakinan ramai lagi ahli-ahli UMNO akan mengikut jejak langkah TS Kadir itu. Seperti pilihanraya 2008 yang lalu, lebih dari sejuta ahli UMNO keluar parti di dalam bilik mengundi disaluran masing-masing nanti.
Lain-lain perkataan TS Kadir sempat keluar sebelum parti itu diketepikan oleh rakyat tidak lama lagi.
Keluar parti, masuk parti.
ReplyDeleteKeluar parti, masuk parti.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteAllahu akbar! Syukur, alhamdulillah! Suatu perkembangan yang begitu menggembirakan! Saya turut terharu dengan tindakan berani dan agresif TS Kadir ini. Ya, memang benar, beliau pernah memegang jawatan-jawatan tertinggi kabinet, malahan, ketika era pentadbiran Mahathir (maaf, kerana saya tak sudi menyebut panggilan kebesaran dan kehormatannya di sini). Malah, dengan keberaniannya menyerlahkan segala tembelang mungkar regim hampir pencen ini, membuktikan beliau seorang negarawan dan Muslim Mu'min sejati, insha Allah. Bersamalahkita doakan agar penghijrahannya ini berada dalam keredhaan, berkat, rahmat dan maghfirah-Nya.
Sekali lagi, maafkan saya, kiranya pemerhatian saya ini salah. Namun begitu, apa yang boleh saya simpulkan ialah kenazakan UMNO, khasnya dan BN, amnya, tak lain dan tak bukan, berpunca daripada pendidikan doktor yang sebenarnya tak layak jadi PM sejak dulu. Walaupun benar dia boleh berbangga kerana berjaya membawa inspirasi dan idea ke arah pembaharuan, namun, adakah segalanya itu bererti lagi kalau sudah terang-terangan memperlekeh hukum dan undang-undang Allah, hanya kerana perbezaan fahaman dan pendekatan politik? Juga PM yang ada sekarang ni, adakah doktor yang dah tua ganyut ini benar-benar kenal pasti latarbelakang dan identitinya, sedangkan sebelum itu, bukankah dah heboh cerita fasal pembunuhan wanita Mongolia yang dikaitkan dengan projek pembelian kapal selam? Nah, bukankah kita sekarang turut menyaksikan PM bagaikan orang mabuk; bercakap "flip-flop" tak tentu fasal? Mereka yang berkuasa kini patut menginsafi bahawa masyarakat kini bukan macam era doktor tu jadi PM; hanya mampu peroleh maklumat daripada satu sumber aja. Namun, sayang trillionan kali; mereka hanya nak tunggu balasan datang tunai, baru nak beriman, agaknya, kan?
Akhir kata, sekalung ungkapan tahniah kepada saudara-saudari ahli UMNO, khasnya, yang meloloskan diri dari gua gelap pekat itu dalam apa jua keadaan dan dengan apa jua cara, sekaligus membuktikan keazaman kalian berhijrah ke arah perubahan. Teruskanlah, dan yakinlah, walaupun kalian mungkin tak sempat menyaksikan kemenangan pihak yang benar itu, namun setidak-tidaknya, janji-Nya tetap tak akan dimungkiri, di mana, insha Allah, kita sekalian akan beroleh ganjaran selayaknya, tak di dunia, pasti di akhirat. Tak perlulah kita nak jadi macam mereka yang kononnya menawarkan "durian runtuh" kepada peneroka FELDA dengan persetujuan peneraian FGVH ke borsa saham, sekaligus mengorbankan sepenuhnya hak dan keperluan asasi. Memang lumrah, Islam dan keadilan menuntut pengorbanan dan kesungguhan, barulah segalanya akan bermakna bila kemenangan diperolehi. Ulasan ini saya akhiri dengan sekalung emas penghargaan dan jutaan terima kasih khasnya kepada saudara yang sehingga kini sudi menyiarkan semua ulasan saya, juga dengan memohon ampun maaf atas segala yang tidak wajar. Bersamalah kita insafi bahawa yang baik dan sempurna itu hanya daripada dan milik-Nya.
Terima kasih dan selamat berjihad!!!
Terpaksa keluar lah, Tuan Aspan. Tiap-tiap malam kat TV ada saja orang UMNO atau orang bukan UMNO yang minta dia keluar.
ReplyDeleteMula-mula deorang mintak he furnished proof on his allegations. But not forthcoming. No proof to show.
What is most important is that he won Kulim seat by giving money. Hahaha.
Sebab mulut, badan binasa. It's not UMNO's style to sack people. Unlike DAP where Karpal now is angry Ramasamany is still in the party.
Alah apa nak kesiankan Mr Bow Tie. Dah banyak duit setinggi gunung afrter 56 years in UMNO.
Tengok sahajalah rumah dia dan adiknya di Kulim dan juga KL. Macam istana. Kira tak kalahlah dengan istana Anwar di Segambut.
Saya tidak mahu tinggalkan UMNO walaupun saya benci UMNO. Sebabnya saya mahu UMNO perasan mempunyai ramai ahli dan bukan penyokong.
ReplyDeleteKisah UMNO rasuah dan bergelumang dengan pelbagai perbuatan maksiat memang cukup disedari semua rakyat. Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan UMNO hanya hendakkan habuan. Jadi, hayat UMNO sudah hampir. Hapuskan UMNO segera.
AA, sempat juga Kadir melompat sebelum kapal UMNO pecah!! Saya pun dah jadi ahli DAP di KL. Dulu saya UMNO di Setiawangsa
ReplyDeleteSaya lompat duludari Kadir.
bekas ahli UMNO setiawangsa.
Tuan,
ReplyDeletePantang saya keluar dari UMNO!!!
Tetapi saya juga pantang mengundi UMNO
Jamal
kalau nak lawan umno jangan lawan perut dan sexnya kerana mereka akan cemburu gila dan akan buat serangan balas.kalau nak lawan, lawan pemikiran nya mereka akan terkucam2 bingong dan bodoh.sekarang maseh nampak kuat lagi umno kerana nafsu dia ada lagi kalau dah keluar nafsu dari badan orang umno dan tinggalkan pemikirannya kita akan nampak kebebalannya dgn nyata.
ReplyDeletesaya maseh umno kerana ada kawan baik diwar2kan akan jadi calon umno kalau kawan baik saya tak lekat jadi calon saya akan sokong pembangkang.inilah ucapan ikhlas saya kpd tuan.saya rasa ramai macam saya punya pendirian.
ReplyDeleteMeninggalkan Umno sudah menjadi kejadian yang biasalah bro. Itu menunjukan Umno tidak dihormati lagi.
ReplyDeleteDalam keluarga saya bro, semuanya ahli Umno, tapi saya tahu hanya seorang sahaja yang mungkin mengundi Umno. 6 yang lain tu akan mengundi DAP, atau PAS.
Encik Aspan, jangan berani berani mengkritik Umno walaupun ulasan sdr itu benar. Nanti penyokong-penyokong nya akan mencarutkan sdr.
ReplyDeleteMereka akan kata sdr kafir, puki mak, pengkhianat bangsa dan macam-macam lagi.
Orang Umno ni tak pandai berbahas kerana otak mereka lesu dan lemah. Bayangkan yg terbaik dikalangan penyokong Umno ialah QD. Kalau QD yg terbaik bayangkan bagaimana boborknya Umno itu. Kesian juga tengok mereka yg nak berbincng tetapi tidak mempunyai daya pemikiran.
Tadi ternampak banner yang Pak Aspan akan berceramah pada 1/4 di Subang Jaya? looking forward to be there...
ReplyDeletebro aspan,
ReplyDeletesaya rasa berita kadir sheik fadzir keluar umno adalah suatu yang biasa kerana beliau bukannya aset kepada umno/barisan. tidak ada suatu kejutan pun untuk dibimbangkan. mungkin ianya akan menjadi kejutan sekiranya dia tidak keluar dari umno. kita kena tanya dia apa yang dia tak dapat dari pm kali ini, hinggakan merajuk. apakah harta yang dimilikinya sekarang tidak cukup untuk dibawa ke liang lahad. saya juga rasa hairan tengku razaleigh boleh percayakan manusia seperti kadir ini.
QD, kamu punya mentality ini tak ada lain mesti cerita pasal personal harta orang.
ReplyDeleteKamu ni macam standard parpukari sahaja. Very personal dan tidak lebih macam orang kampong saya di Tasik Bera. Kamu ni asalnya dari Tasik Bera ke?
Memalukan orang Pahang aje awak ni. Saya harap AA tidak print QD punya komen yang low class ini.
Betul-betu mentality Umno keparat ni. QD, kamu dulu sekolah kat mana ye?
QD,
ReplyDeleteAwak ni Melayu terpelajar ke, atau sakai?
Bukan sahaja TS Kadir patut keluar dari UMNO. Sepatutnya semua orang UMNO patut tinggalkan parti itu.
ReplyDeleteBetulke Tuan akan berceramah di Subang Jaya pada April 1. Sure it's not an April Fool's joke.
ReplyDeletePlease tell us when and where and insya-allah will be there.
Nak sangat dengar Tuan berucap. Sila post di U-tube okay.
Manalah tahu lepas dengar ceramah you nanti, terus I masuk DAP. LOL
bacin dan Anon 21.06
Macam orang sama saja. Anyways Tasik Bera dan pertanyaan samaada saya sakai itu lebih kurang sama.
Kerana ramai orang asli di sana.
My reply: I wish. Bangga I jadi orang asli kerana Bumiputra tulin.
Tasik Berapun cantik dan nyaman.
If I tell you my schooling you will be envious. Might as well not.
Apa makna bacin?? Bahasa sakai ke??
QD, kalau kamu bersekolah yang baik kenapa bercakap macam orang kurang sekolah aje?
ReplyDeleteSalam QD,
ReplyDeleteNampaknya awak ni telalu obses dgn Anwar.Dibawah ini akan didedahkan sedikit rahsia Anwar utk mengembirakan awak supaya tak despair2 lagi.
Sekiranya tiada ANWAR dan PR:
1.MM akan sedut minyak Petronas sehingga kering utk menjadikan dirinya,famili,kroni2 dan saudara mara2 yg diIndia sekali menjadi billionare.
2.Pemipin2 BN akan mencuri duit2 dan harta2 rakyat ketahap yg kritikal.
3.Kemenangan 2/3 tiap2 PRU menyebabkan BN takbur dan lupa diri mengakibatkan kufur nikmat.
4.Rasuah akan berleluasa sehingga ketahap era Suharto.
5.Rakyat,terutama bangsa Melayu akan menjadi jahil politik, Perlembagaan Persekutuan dan hak2 mereka.
6.Putrajaya akan hanya berkisar dikalangan ahli2 keluarga elit UMNO ala feudalism.
7.Bangsa Melayu,terutama di kg2 akan tetap menjadi bodoh dan diperbodohkan lagi oleh UMNO utk dimanipulasi.
8.Daging dan susu hanya utk elit2 BN dan rakan2 niaga mereka,tulang utk rakyat bawahan termasuk penyokong2 BN.
9.Tiada check and balance dan pemimpin2 BN bermaharajalela.
10.Jangan dikatakan rm500,rm5 pun
rakyat bawahan tak merasa.
Dan,
11.Macam2 akta akan diluluskan diparlimen utk menjaga kepentingan BN,bukan utk rakyat.
Sememangnya ANWAR menjadi musuh no.1 UMNO adalah kerana ANWAR membongkar dan memberitahu rakyat segala kedurjanaan yg telah dilakukan oleh pemimpin2 hipokrit BN.Itulah satu kesalahan besar ANWAR terhadap UMNO iaitu bercakap perkara yg benar.
Kita mencari keadilan dan kebenaran,bukannya kemenangan dan kemungkaran.
Dan kerajaan pusat masih lagi belum menjelaskan hutang KWSP rm240billions,iaitu kepunyaan pencarum2 yg bekerja macam nak mampus.
ReplyDeleteBN simply cant afford to lose Putrajaya.Cuz if they do,they'll be living in Bamboo River for most of their life.
ReplyDeleteUmno members must leave Umno. It is no more a party that helps the people. Only a select few are enriched by Umno and the crumbs thrown to the ordinary rakyat.
ReplyDeleteWe need a two-party system. This is good for all Malaysians.
Umno has become liability to the nation.