18 April 2012

Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah .......

Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan ‘human capital’ seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini.

Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat ‘point’ untuk termasuk ke dalam senarai ‘winnable candidate’ dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang ‘ultimate’ bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini.

Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu ‘pessimistic’ tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana ‘business’ besar kepada kroni-kroni besar dalam ‘industry’ pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini.

Untuk memendekkan cerita yang panjang, PTPTN ini hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha bidang pendidikan swasta negara kita sahaja. Ramai di antara yang berada di dalam Lembaga Pengarah IPTS ini merupakan kroni-kroni dan yang memegang kepentingan peribadi mereka. Budaya berniaga secara senang ini memang sudah sebati didalam pemikiran rakyat. Kebanyakkan daripada IPTS-IPTS ini tidak mencari keuntungan yang berpatutan tetapi mereka merupakan kumpulan ‘profiteers’ gergasi yang mengambil kesempatan atas keperluan asas rakyat ini.

Banyak kali blog ini menulis tentang pelajaran percuma untuk rakyat dan ini bukannya cadangan yang ganjil atau pandangan yang ‘isolated’. Banyak negara memberikan pendidikan kepada rakyatnya secara percuma. Negara-negara itu bukan pun negara pengeluar minyak seperti negara kita.

Malahan pelajaran percuma ini bukannya tidak pernah berlaku di negara ini. Dari awal kemerdekaan sehingga ke tahun tujuh puluhan, mahasiswa kita diberikan biasiswa di peringkat universiti dan mereka telah  ditanggung oleh kerajaan. Semasa itu wujud ‘state scholarship’ dari setiap negeri-negeri dalam Persekutuan ini dan ada juga ‘federal scholarship’ yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Petronas dan Bank Bumiputra telah memperuntukkan banyak biasiswa semasa itu. Ribuan biasiswa telah disediakan oleh Petronas dan BBMB kerana Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai kedua-dua syrikat GLCs ini telah bertegas untuk menjadikan pelajaran sebagai ‘ingredient’ penting untuk pembangunan negara kita.

Jika dahulu sebelum negara kita melalui zaman kemajuannya, kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa, kenapa pula sekarang negara yang dikatakan oeh pemimpin kita sebagai negara hampir maju ini memberhentikan pemberian biasiswa kepada rakyatnya? Pada zaman itu tidak pernah kita mendengar pelajar memohon pinjaman untuk belajar di peringkat universiti.

Sekarang rakyat yang masih muda telah menerima padahnya kerana disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak mampu untuk membayar balik pinjaman yang kesemuanya telah pergi kepada IPTS-IPTS dan kapitalis kroni-kroni pemimpin-pemimpin kita. Kerajaan kita telah mengambil kesempatan atas keperluan yang terdesak rakyat untuk belajar dengan menjadikan pinjaman PTPTN sebagai syarat utama sebelum menerima pelajar masuk ke kampus-kampus mereka.

Kerajaan sepatutnya membayar segala kos pembelajaran rakyat di peringkat universiti ini. PTPTN telah menjadikan graduan-graduan kita tidak ‘marketable’ lagi di dalam pasaran pekerjaan kerana telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Bagaimana graduan- graduan muda ini hendak memajukan diri mereka jika mereka masih terbelenggu dengan hutang seperti menghadapi ‘along-along berlesen’ seperti PTPTN ini.

Saya begitu teruja untuk memberikan pandangan terhadap komen Dr Mahathir yang meminta semua yang tidak bersetuju dengan PTPTN supaya tidak mengambilnya dan meminta supaya mereka memulangkan kembali pinjaman yang telah diambil mereka itu. Ini merupakan komen yang amat menyakitkan yang datang dari seorang pemimpin besar sedangkan mereka yang berdemonstrasi itu adalah mereka yang bakal menghadapi masalah seperti yang sedang dihadapi oleh mereka yang telah keluar dan mendapat ijazah mereka itu.

Dr Mahathir tidak boleh menjawab secara begitu kepada mereka yang sedang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran secara percuma seperti rakyat di kebanyakan negara di dunia ini. Jika kita ambil ‘equation’ yang saya anggap sebagai ‘silly’ ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Mirzan, anak beliau yang telah menggunakan pengaruh bapa beliau mengambil wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang telah digunakannya untuk menyelamatkan perniagaannya pada 1998 dahulu. Tidak ada sebab Mirzan mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya selain daripada sebab dia anak Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sehingga ke pentadbiran Najib ini telah membazirkan wang rakyat sehingga bertrillion ringgit tetapi pinjaman anak-anak muda yang sedang memulakan kehidupan mereka dikejar dan dipintas oleh undang-undang yang menekan seperti tekanan PTPTN ini. Anak-anak muda hanya inginkan pendidikan percuma, bukannya hendak menyelamatkan perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh Mahathir dalam isu menyelamatkan anaknya daripada tersadai dalam perniagaannya.

Slogan ‘rakyat didahulukan’ itu nampaknya hanyalah satu lagi slogan karangan pimpinan UMNO yang tidak mempunyai daya perjuangan yang  kuat. Alasan negara akan bangkrap jika PTPTN dimansuhkan itu adalah alasan hingusan yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. Jika ketirisan yang begitu besar yang berlaku di dalam kerajaan dapat dibendung, tidak ada masalah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana pendidikan percuma itu merupakan perkara yang biasa di kebanyakan negara yang tidak menghadapi ketirisan dalam kerajaan mereka.

Apabila pihak pembangkang menjanjikan pelajaran percuma, pimpinan UMNO memekik-mekik dan terlolong dan menuduh pembangkang tidak akan dapat mengotakan janji-janji itu dan itu merupakan janji-janji kosong semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir Mohamad menganggapkan pembangkang tidak mempunyai daya pentadbir yang baik seperti mereka. Kerana mereka (BN) tidak mampu menyelesaikannya mereka anggap orang lain pun tidak akan mampu melakukannya.

Pemimpin-opemimpin UMNO begitu kenyang dengan rasuah dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan mereka, maka mereka mengambil pandangan yang pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika diberikan mandat mentadbir negara ini.

Sekarang rakyat setidak-tidaknya mempunyai harapan untuk mendapatkan tuntutan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan alternatif. Jangan hiraukan kutukan pihak UMNO itu kerana kita tidak boleh mengharapkan orang yang terlalu kenyang untuk bekerja keras untuk kita.

UMNO dan BN telah memerintah kita selama 54 tahun dan nampaknya perkara-perkara yang karut marut tetap berlaku dengan percambahan yang begitu ketara. Sekarang BN sudah kita lihat mempunyai ketidakmampuan untuk melakukan perkara yang penting untuk masa depan rakyat ini maka kita berikanlah kepercayaan ini kepada pihak PR untuk melakukannya.

Untuk mendapatkan penghapusan PTPTN ini rakyat terpaksa mengambilalih Putrajaya melalui Pakatan Rakyat. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan ibu bapa kepada mahasiswa-mahasiswa ini untuk mencapai apa yang mereka tuntut pada hari ini. Kita lupakan dan ketepikan sahaja BN kali ini.

BN sudah jelas tidak mampu mentadbir dengan baik lagi kerana pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan saksama. 54 tahun itu sudah terlalu lama untuk sesuatu parti memerintah sesebuah negara.

Pokok kelapa yang berumur 54 tahun itu sudah terlalu tinggi dan merbahaya untuk dikekalkan. Bak kata seorang sahabat saya, “beruk pun takut untuk memanjat pokok kelapa yang terlalu tinggi dan tua itu.”

86 comments:

  1. Salam, Boleh kah abang Aspan tulis satu artikel apa akan jadi kalau BN menang pilihanraya kali.Akibat pada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak encik bagi satu statistik dan kos utk semua pelajar lepasan SPM utk menuntut di Universiti Kerajaan dan berapa bilangan universiti dan penuntut maksima di dalam universiti tersebut. apakah syarat wajib utk kemasukan universiti tersebut?dan berapa kos yang kerajaan perlu tanggung untuk memberi pendidikan diperingkat sijil,diploma dan ijazah?

    tolong encik jawap ye..

    dan minta KERAJAAN SELANGOR HAPUSKAN YURAN UNTUK UNISEL ye.. tunjukkan komitmen dulu ye.. baru nak sembang

    ReplyDelete
  3. Isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di sektor awam dan swasta.

    Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD.

    Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama?

    Siapa yang membenarkannya? Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?

    Siapa yang untung di sini?

    Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia?

    Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM 145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta.

    Siapa yang merasai keuntungan ini?


    Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/04/pemansuhan-ptptn-satu-ancaman-kepada.html#ixzz1sNsNXoYi

    ReplyDelete
  4. Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus kejururawatan di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun.

    Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan.

    Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.

    Siapa yang untung? Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta.

    Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain? Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

    Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. Mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya?

    Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera.

    Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun.

    Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?

    Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10.

    Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah.

    Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti. Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).

    ReplyDelete
  6. Pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan.

    Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka.

    Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut. Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.

    Read more at http://biaqpila.blogspot.com/2012/04/pemansuhan-ptptn-satu-ancaman-kepada.html#ixzz1sNvw7YJI

    ReplyDelete
  7. Setelah lebih 50 tahun UMNO/BN diberikan kuasa untuk memerintah negara dengan harapan negara akan bertambah makmur, aman manakala kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan keselamatan rakyat terjaga.

    Namun apa yang diharapkan dan diimpikan rakyat kini hanya menjadi igauan dan mimpi ngeri yang tidak berkesudahan.

    Pemimpin-pemimpin UMNO samada di Pusat atau di negeri dilihat bertambah rakus dan ganas merompak harta rakyat dengan sesuka hati.

    Mereka dan anak-anak mereka hidup mewah dari hasil titik peluh dan tangisan air mata rakyat. Mereka bukan sahaja boleh berbuat apa saja malahan anak-anak mereka juga kelihatan menunjukan hidup mewah yang diluar kemampuan biasa dan boleh berbuat apa saja hatta memukul, membelasah orang lain tanpa rasa takut.

    Mereka seolah-olah kebal dari undang-undang semata-mata kerana mereka anak pemimpin UMNO.

    Anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading pula dipulas tangan mereka dengan hutang pinjaman seperti PTPTN.

    Semasa belajar mereka berhutang, manakala apabila habis belajar nanti mereka diwajibkan membayar hutang disamping kena pula membayar cukai pendapatan. Itu belum masuk hutang rumah, hutang kenderaan dan lain-lain lagi.

    Golongan elit samada dari kalangan pemimpin UMNO dan tokoh-tokoh koporat yang banyak memberi sumbangan kewangan kepada UMNO selama ini, tidak pula mereka diwajibkan membayar hutang akibat penyelewengan kuasa yang mereka lakukan.

    Mereka boleh sapu wang rakyat, sapu wang bank tanpa perlu bersusah payah membayarnya.

    Apabila ada pelajar yang membantah PTPTN dan mahukan ianya diubah menjadi biasiswa seperti sebelum ini, kedengaran pula kutukan dan cabaran dari pemimpin UMNO supaya pelajar-pelajar jangan memohon PTPTN atau memulangkan kembali wang tersebut jika telah diambil.

    Pelik betul! Puak mereka guna wang rakyat untuk bayar hutang anak beranak tidak pula mereka terasa untuk membayarnya semula?

    ReplyDelete
  8. Realiti isu PTPTN ialah pemimpin UMNO tidak merasa apa-apa kerana kebanyakan IPTS ini mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO.

    Mereka sapu wang rakyat melalui PTPTN dengan menggunakan saluran IPTS. Mereka sapu wang rakyat dengan memangsakan pelajar kerana tahu wang yang mereka sapu itu akan dipaksakan kepada pelajar untuk membayarnya semula kelak. Mereka boleh meminta pelajar yang belajar di IPTS membayar yuran yang tinggi kerana berapa tinggi jumlahnya pun ianya tetap akan dibayar dan ditanggung oleh PTPTN.

    ReplyDelete
  9. Hakikatnya anak-anak pemimpin UMNO mendapat biasiswa dari berbagai agensi kerajaan padahalnya anak-anak mereka sepatutnya tidak layak mendapat biasiswa kerana keluarga sudah pun kaya atau pun sememangnya anak-anak mereka tidak mendapat kelulusan yang selayaknya untuk mereka mendapat biasiswa, tetapi oleh kerana mereka mempunyai kuasa, maka agensi tertentu terpaksa jugalah meluluskan biasiswa itu.

    ReplyDelete
  10. Cukuplah lebih 50 tahun UMNO diberikan kuasa. Telah terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan telah mereka lakukan.

    Ubahlah segera dalam PRU13 nanti. Kita cuba kerajaan baru dan tengok selama 5 tahun, apakah nanti mereka mampu mengubah nasib kita dan menjaga harta negara.

    Ini kerana yang sedia ada sudah tidak boleh diharapkan lagi. Telah banyak pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negara. Mereka bukan lagi menjadi pentadbir dan penguasa tetapi telah bertukar menjadi perompak dan pendusta yang amat bahaya buat kita dan negara.

    Sudah berapa billion wang rakyat yang hilang dan disalahgunakan semasa zaman Mahathir menjadi PM dulu dan berapa billion wang petronas disapu oleh Mahathir untuk bayat hutang syarikat perkapalan anaknya?

    Berapa ratus juta wang negara dan wang rakyat disapu oleh Tajuddin Ramli dan ramai lagi pemimpin UMNO tetapi mereka tidak perlu membayar balik kerana kerajaan akan tanggung.

    Kenapalah anak-anak kita perlu dimangsakan pada usia yang begitu muda? Rakyat hanya diberikan wang RM100, RM500 maka dikatakan kerajaan prihatin dan tolong ringankan beban rakyat.

    Berapa hari rakyat boleh belanja dengan wang sebanyak itu sedangkan pemimpin menyapu berjuta ringgit wang rakyat?

    Cukup cukuplah tu.

    ReplyDelete
  11. PTPTN has recently announced that they will reduce the interest rate charged from 3% to 1% and requires the borrower to submit their application to get the reduction. After that, the loaner would need to wait for a while before PTPTN will send electronically the new contract for the 1% ujrah scheme. The terms and condition can be seen on the new contract that requires you to sign it and affixed a RM10 stamp duty each for 2 copies.

    Why you should REJECT the 1% ujrah and maintain your 3% payment!! On the surface everything looks nice and dandy as 1% interest is lower than the current 4% interest. HOWEVER, here are the 5 reasons why you would consider to reject it.

    1. The interest calculation for the 1% ujrah is based on fixed interest rate scheme aka something like what you have for a car loan. So if you loan RM10,000, you will need to pay RM10,000 + RM100 for 15 years. I surveyed around and found out that most/all contracts is for 15 years. Current old scheme is at 3% using mortgage reducing calculation (similar to housing loan. In Bahasa Melayu is "baki berkurangan"), where the interest charged monthly will be calculated based on the remaining principal. So if you pay more each month, the interest charged (kos pentadbiran) will be lowered.

    In general, mortgage reducing calculation type will lead to lower total interest rate compared to fixed interest calculation for the same amount of interest charged by PTPTN. And if you suddenly hit jackpot and decided to clear your debt, the mortgage reducing calculation type will help you to save money. That is why it is always a bad idea to clear early your car loan. (since you still need to pay the same amount of interest regardless of when you clear entirely the loan amount).

    For argument sake, 1% is much smaller than 3%, hence the new scheme seems much more beneficial and cost savings for the loaner. However, point number 2 is really punishes those that diligently payback PTPTN and render the new scheme useless & pointless.

    2. I have no idea why PTPTN comes out with this next idea. (Note that ujrah idea was approved in 2008 by the government but took a few years to implement!!)

    Remember that point 1, PTPTN uses fixed interest 1% calculation on your loan. However, the loan amount is based on the remaining amount on June 2008!!! Yes...2008. Not sure why PTPTN don't at least try to use year 2011 or even best best case use the amount when you submitted your new contract.

    For example, lets say your remaining loan at 2008 was at RM10,000. However, in 3 years you diligently pay the minimum required amount and the loan at year 2011 , now stands at RM5,000. So, you will think that the 1% ujrah interest calculation will be based on RM5,000. Then you will be dead WRONG!!!

    If you look closely at the near contract, it clearly shows that the 1% ujrah will be based on RM10,000 (the amount you had left in 2008). And hence the interest charge would be RM100 instead of RM50 (1% of RM5,000) which you thought. Using 2008 as the reference point really does not make sense for those that payback a huge sum in within those 3 years. You actually get charged another 1% on the RM5,000 that you already paid back!!!!

    I have made a general rough calculation, if a person paid diligently the MINIMUM amount monthly under the old 3% scheme (provided you continuously payback during the >June 2008-2011) until you clear the entire amount, the total interest accumulated is not that much compared to the 1% scheme which calculation is based on June 2008 loan amount. Furthermore, YOU CANNOT save on interest if you decided to clear all your loan earlier.

    So for those diligent and law abiding students that regularly & consistently pay back, the 1% ujrah is not beneficial since interest savings cannot be achieved.

    cont.

    ReplyDelete
  12. cont.

    3. With new contract comes new term & conditions inserted. Now PTPTN requires payment to be done through your employer. (hopefully your employer is honest enough to send the amount each month. I am not sure for those that work in big companies, how are they going to explain to the HR finance do this extra procedure or extra task. You are giving people more things to do!!!)

    Secondly, by signing away this new contract, it gives PTPTN the full authority to submit your PTPTN loan information and your personal details to the banking system, EPF, LHDN, etc. This means that your CTOS & CRIS points will be affected if you tend to be slow or negligent in servicing your loan. This is no joke as thru CTOS & CRIS, every bank knows your loan track record.

    And it also gives PTPTN full authority to ask the banks to reject your future loan applications. And any court fees issued to you to demand payment will be bored by you.

    They also can demand full payment from government bodies such as EPF to clear fully your loan, if you are continuing to be a stubborn mule in repayment.

    4. In order to protect their investment (I deemed this is a good reason by PTPTN. Their money is our rakyat's money after all), they will buy insurance takaful on your life. This is just in case you croak and cannot fully clear the remaining loan. But you need to pay for the takaful ( i assume this is cheap compared to conventional life insurance. I remember with RM1 school children can be insured. Now sure how much for an adult) and the premium amount is not stated by the contract.

    So no information on the premium amount and the amount of coverage. (Ambiguity in a contract is a NONO) PTPTN now has the authority to solicit the remaining loan amount not covered by takaful from your family if you say bye bye.

    5. PTPTN has the right to charge another additional 1% (ta'wid or pampasan) on the monthly loan amount that you "forget" to pay. And by right, ask you to pay up the full amount immediately if they deem fit. And immediately, if they discovered that you are a bankrupt or in need of financing help/counselling from AKPK, they can also ask you to pay up.

    So be wise, and DO your own DUE DILIGENCE before accepting this new 1% ujrah. (certain situation may merit you to take the loan!! For those diligent ones that pay extra each month, it is better NOT to take up the new contract) When things look too good to be true, always LOOK for the fine print.

    ReplyDelete
  13. It is a fundamental right for everyone who is charged in court to have a fair trial, and for a trial to be fair, both sides must have competent lawyers. But if the accused can’t afford a competent lawyer, the state must provide one. Of course, those with money can engage good defense lawyers. But for those who can’t, they will just have to swallow the unfairness of the system.

    It is the same with education. Everyone in Malaysia has a right to education. Education is one of the necessities of life and nations which have developed have the best education systems are not surprisingly world leaders in almost every arena. As long as someone wants to get an education and is qualified to attend a certain course, then he or she must be given the right to pursue that knowledge. Is it fair if just because a person does not have the money, he or she is denied education while someone who is mediocre but has the money gets it?

    Therefore providing education to its people is a must for any self-respecting government. It must ensure the right priorities in its spending priorities so that enough funds are allocated for education. The quality of education is also of utmost importance and the subjects taught must be relevant and improved with the times.

    ReplyDelete
  14. Menurut Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS, angka RM43 bilion yang disebut Dato’ Seri Najib Tun Razak itu juga mungkin sengaja disebut untuk menakut-nakutkan rakyat.

    Husam kata kenyataan Najib bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan beliau tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan.

    Lagipun dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan sejak ia mula beroperasi sehingga akhir tahun 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja dan bukannya 43 bilion.

    Husam mempunyai berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan beliau menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan. Menurut beliau jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

    Pakatan Rakyat juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

    Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

    Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu.

    ReplyDelete
  15. Rakyat sudah cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup.

    Ini membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului UMNO-BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.

    ReplyDelete
  16. Aspan,

    i respect you for your thinking that runs far outside the box.

    It's no ordinary to have stand and thinking that you have and it takes real courage to do that bro.

    i shall be with you in the coming GE as i am incidentally a voter in Seremban.

    i shall be praying for you perpetually as the Malays need a leader like you.

    ReplyDelete
  17. Sdr Aspan,

    Kata pemimpin UMNO BN, kalau terus beri biasiswa kepada pelajar, negara akan bangkrap. Makanya PTPTN ini perlu sebagai penyelesaian.

    Ya..kita tak heran bila UMNO BN dan pemimpinnya mempertahankan sangat PTPTN kerana PTPTN adalah antara puluhan kaedah lain untuk parti karat ini memperkayakan diri dan kroni mereka. Nah..tengok saja life style pemimpin UMNO BN, keluarga dan kroni mereka.

    Baik anak Mahathir, Najib, Nazri, Hisyamudin, Taib Mahmud dan berlambak lagi. Tengok saja anak Taib Mahmud pakai apa, anak Nazri berkereta apa, anak Mahathir dikedudukan mana, anak Ramli Ngah talib. Tu belum kira biasiswa khas pada Shahrizat NFC, Ramli MAS, PERWAJA, PKFZ dan terkini..biasiswa jutaan RM pemberian seorang menteri persekutuan kepada sorang artis popular.

    Mana dia orang cekau duit juta2 ini kalau bukan membelit dan auta rakyat melalui pelbagai program termasuklah komisyen itu ini, projek Tol dan pelbagai lagi termasuklah yang Sdr sebut..PTPTN.

    UMNO BN dan pemimpinnya hanya pentingkan poket sendiri, keluarga dan kroni dan terang2 mereka persetankan rakyat dan para pelajar.

    Sedihnya..yang turut berhutang kerana mainan UMNO BN ni ada yang masih megah dengan parti karat ini. Pemimpin mereka sebat berbilion2 RM ,dia orang pula yang megah dan seronok kerana dapat berhutang sambung belajar. Bodoh tahap gaban geng penyokong UMNO BN ni.

    Bagi kat artis berjuta RM senang2 jer..tak kan itu pun korang tak faham2 juga. Mana datang berjuta2 RM tu ???

    ReplyDelete
  18. Anon yang komen ni..

    dan minta KERAJAAN SELANGOR HAPUSKAN YURAN UNTUK UNISEL ye.. tunjukkan komitmen dulu ye.. baru nak sembang.

    Tak ada masalah kalau kerajaan Selangor nak selesaikan masalah hutang atau yuran UNISEL tu..ko minta UMNO BN jangan kutip cukai dan segala tax dari semua perusahaan, syarikat serta rakyat yang mendiami Selangor dulu...biar PR dan kerajaan Selangor yang kutip. Boleh ko mintak bapak tiri ko si Najib tu buat tak ?.

    Jangan jadi beruk bodoh laa. Kau kutip cukai dan tax dari Selangor tapi kau tak pulangkan peruntukan yang memadai kepada negeri tersebut dari hasil cukai yang dikutip..apa jenis manusia ni ?. Kalau nak sangat tengok PR Selangor settle masaha yuran UNISEL tu..ha jumpa bpk tiri ko Najib tu cepat2..minta dia jangan kutip cukai apa pun dari Selangor.

    Ini tak...segala cukai mukai disebat UMNO BN Pusat, budget kat Selangor ciput jer peruntukan berbanding masa Si Toyo tu berkuasa dulu. Elok ko sambung ngaji lagi laa sebelumn nak berbahas kat sini !

    ReplyDelete
  19. AA, kau jgn susah. Kami orang UMNO seremban akan bantu kau kalau kau botanding kek seremban.

    Umno seremban pun dah lumat. Tak ado apo laie yg tingga brader. Pulun bang..pulun...

    ReplyDelete
  20. Mahasiswa terpaksa turun ke jalan raya bagi menyuarakan tuntutan ekoran keengganan Datuk Seri Najib Razak menerima pandangan mereka.

    Kalau untuk kroni, pentadbiran Umno BN sanggup berhabis berbilion ringgit sedangkan nikmatnya hanya dirasai segelintir individu berkepentingan.

    ReplyDelete
  21. Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi.

    Sebenarnya semua jalan yang selaras dengan amalan demokrasi mesti digunakan untuk menuntut pemansuhan PTPTN, tidak kira jalan raya atau pilihan raya.

    Jika mahasiswa berdemonstrasi di jalan raya, kerajaanlah yang menyebabkan tindakan itu dipilih oleh mereka.

    Kepada Tajudin Ramli, senang-senang kerajaan hapus kira hutang RM589 juta dan kepada keluarga Shahrizat pula senang-senang kerajaan bagi pinjaman mudah RM250 juta.

    Itu hanya kepada mereka berdua. Bolehkah rakyat percaya pemimpin Umno lain, keluarga serta kroni mereka sanggup tengok begitu sahaja Tajudin dan keluarga Shahrizat mendapat habuan lumayan?

    Mahasiswa tentulah tidak berpuas hati apabila hutang Tajudin dilupuskan begitu sahaja sedangkan mereka diburu dengan keras dan kasar walaupun hutang mereka amat kecil berbanding hutang Tajudin.

    Keluarga Shahrizat mendapat pinjaman mudah sedangkan para pelajar disusahkan dengan pelbagai syarat dan perubahan berkali-kali cara pembayaran balik apabila meminjam dari PTPTN.

    Sebenarnya para pelajar tidak perlu meminjam dan PTPTN pun tak perlu diwujudkan kalau wang negara digunakan dengan betul dan bukan dikenduri-kendarakan kepada kroni.

    ReplyDelete
  22. Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan.

    Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin .

    Apa kena mengena dengan Melayu? Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu.

    Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno.

    Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno. Pasal peminjam PTPTN yang hampir 1.87 juta itu bukan kepentingan Umno ke?

    Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.

    Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit. Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian terakhir Umno untuk menyelamatkan kuasa mereka.

    Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Di tangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir 55 tahun.

    Umno telah merancang sejak dari dulu lagi supaya Melayu susah, maka dengan ini bolehlah dijadikan modal ketika kuasa tergugat.

    ReplyDelete
  23. Wang kerajaan boleh dibelanjakan untuk menaikkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya seperti bayaran kepada Apco Worldwide dan FBC Media (UK).

    Ironinya, wang kerajaan tidak boleh dibelanjakan untuk anak rakyat melanjutkan pelajaran. Negara boleh bangkrap kononnya.

    ReplyDelete
  24. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi.

    Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.

    Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)

    Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

    Pakatan Rakyat sedar dan komited menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

    Insya Allah dengan sokongan dan undi rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat berpotensi melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti serta menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat.

    Gunalah kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni.

    Sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap.

    ReplyDelete
  26. Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa seramai 629,052 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) direkodkan sehingga 29 Februari dan sebanyak RM4.36 billion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak program itu dilaksanakan.

    Berdasarkan angka tersebut kos seorang pelatih PLKN selama tiga bulan adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat Ijazah selama satu tahun.

    Jumlah RM4.36 bilion itu boleh menampung kos pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa Ijazah pertama di IPTA selama setahun.

    Ini ialah kerana kerajaan membelanjakan RM6,931 bagi seorang pelatih yang menamatkan kursus selama tiga bulan di PLKN.

    Sedangkan untuk Ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala untuk Diploma hanya RM5,000 setahun.

    Dengan memansuhkan program PLKN yang setakat ini sudah meragut 18 nyawa pelajar sama ada ketika menjalani latihan di pusat latihan atau selepas pulang ke rumah selepas latihan tamat; kos PLKN sebanyak RM4.36 billion itu sudah cukup untuk menampung kos pengajian mahasiswa di IPTA.

    Walaupun hanya RM3 billion sahaja yang diperlukan tetapi dengan menambah satu billion lagi, ia mampu menampung pengajian pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di IPTA untuk meneruskan pengajian di IPTS.

    Malah dengan peruntukan tambahan RM1 billion yang dijimatkan daripada kos PLKN itu mampu membiayai pelajar bukan Melayu yang sering merungut apabila nama mereka tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat biasiswa.

    Maka isu pelajar bukan Melayu yang tidak mendapat biasiswa juga dapat diatasi apabila kos PLKN ini digunakan untuk menampung biasiswa.

    ReplyDelete
  27. MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion.

    Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini?

    Bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba-tiba mengalami kerugian berskala besar pula?

    ReplyDelete
  28. Pelajar dimangsakan sementara syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

    ReplyDelete
  29. Di bawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang dengan projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini]

    a] Projek Menara 100 tingkat

    b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

    c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  30. Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan.

    PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

    Contoh yang sudah terang lagi bersuluh;

    1. Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)

    2. Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta

    3. Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom

    4. Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

    5. Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang

    6. Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion

    7. Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta

    8. Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation

    9. Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

    10. Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

    ReplyDelete
  31. Najib dan Muhyiddin melatah kononnya negara akan bankrap jika Pakatan menghapuskan PTPTN.

    Tapi Najib dan Muhyiddin menikus apabila Laporan Audit Negara sebelum ini mengesahkan kerajaan kerugian sebanyak RM28 billion akibat ketirisan.

    Najib dan Muhyiddin tidak kisah dalam isu “write off” hutang RM589 juta bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

    Najib dan Muhyiddin tidak kisah memberikan dana besar RM250 juta kepada kroni Umno dalam projek NFC.

    Tapi dalam isu kebajikan pelajar dan rakyat terbanyak, bukan main berkira pemimpin Umno.

    Bukankah RM28 billion itu boleh melangsaikan pinjaman PTPTN setakat hari ini yang sebanyak RM28 billion itu?

    ReplyDelete
  32. Jika Pakatan Rakyat benar-benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

    ReplyDelete
  33. Kenapa sekarang baru kecoh dan bising-bising pasal PTPTN ni.
    Bukanke PTPTN diluluskan dalam Parlimen masa Nuar jadi Acting PM pada tahun 1997?
    Masa itu LKS sokong dan minta start-up allocation of RM100 million be raised to EM500 million.
    Putera kesayangannya LGE pula minta tambah ke RM1 billion.
    Adakah Nuar nampak pemberian pinjaman ni menyebabkan rakyat terutama yang susah be thankful to the government?
    Dah mati punca kerana dah nampak PKR akan tumbang especially in Selangor?
    Lalu diajarnya budak-budak demo sampai pijak gambar Najib.
    Mudah saja. Kalau tak nak PTPTN pulang je duit itu seperti yang dikatakan oleh Khalid Nordin dan Tun M.
    Betul lah kita tak reti mengenal untung. Pinjaman itulah untuk anak orang miskin melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminpin UMNO lah orang yang x tau dek untung. Dari org miskin, melarat rakyat, dilantik jadi adun & menteri..sampai kaya raya sapu duit rakyat. Rakyat suruh jaga duit rakyat, bukan cari akai mcmana nak sapu peruntukan rakyat.Pemimpin UMNO le tak tau dek untung, muka x malu, orang suruh jadi menteri suruh fikir bagi penyelesaian kepada masalah rakyat, aleh2 jadi masalah kepada rakyat, menyusahkan rakyat, pulang kan lah balik jawatan menteri tu...rakyat nak bagi kat pemimpin yang boleh selesaikan masalah rakyat.Pemimpin UMNO le muka x malu & x tau dek untung, dulu masa dekat pilihanraya calonkan diri nak jadi wakil rakyat, mengesel2 muke mcm kerang busuk jumpa rakyat, tersengeh2 terhengehh2 nak mintak undi, dasar tak sedar diri. Woiiii peminpin sedar siri sikit, korang dapat naik BMW tu, sebab rakyat pangkah korang, korang dapat duduk rumah juta2 tu, sebab rakyat pangkah korang. Koarng dapat projek juta2 tu sebab rakyat pangkah korang. Korang tu pekerja, rakyat yang bayar gaji korang. Duit yang ada di Malaysia ni, bukan duit korang! bukan duit UMNO, itu duit seluruh rakyat malaysia. Malaysia ni membangun bukan kerana usaha Mahathir Kutty sorang, usaha semua rakyat Malaysia. Apa pun ya kepala otak la menteri pelajaran, suruh rakyat pulang duit balik...orang suruh selesai masalh rakyat, orang muda keluar universiti hutang banyak...cari le jalan mcmamana nak elak masalah tu. Klu kroni boleh bagi hapus hutang, x kan rakyat jelata yang miskin ni x boleh bagi. diorang ni juga yang sokong korang jadi adun jadi menteri. Sebab tu ler orang lantik jadi menteri, ini bagi jawapan surh pulang balik duit....Kalau dah x mampu nak fikir cari jalan mcmana nak selesaikan masalah tu, jangan ler jadi menteri....pualangkan balik jawatan menteri tu......

      Delete
  34. Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

    Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang.

    Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerja untuk tembolok sendiri.

    ReplyDelete
  35. Pemimpin UMNO BN tahu apa yang berlaku dalam negara dan bagaimana kekayaan negara tidak diuruskan dengan baik dan telus.

    Mahasiswa juga tahu soal ekonomi dan jangan fikir mereka tidak tahu langsung soal pengurusan kewangan.

    Hanya orang yang tidak tahu soal pengurusan ekonomi, kewangan dan tidak mengambil tahu tentang ketirisan dalam pentadbiran negara sahaja yang akan berkata bahawa idea tersebut adalah tidak logik dan tidak boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  36. Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading.

    Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

    a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

    b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

    c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

    1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
    2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
    3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
    4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
    5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
    6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
    7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
    8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
    9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
    10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
    11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
    12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
    13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
    14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
    15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
    16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
    17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
    18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
    19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
    20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

    d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

    Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus.

    Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dan bukan hanya sekerat kroni sahaja.

    ReplyDelete
  37. Kenapa pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup mengelirukan rakyat dengan membandingkan wang pinjaman menuntut pengajian di universiti seperti hutang peribadi di bank dan sebagainya yang wajib dibayar?

    Jawapnya ialah kebanyakan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) kebanyakannya adalah milik kroni Umno (termasuk milik seorang pemuka Umno Pusat), MCA dan MIC yang bergantung nyawa kepada PTPTN.

    ReplyDelete
  38. Pendidikan, kesihatan, perumahan dan makanan dah menjadi bisnes yg bernilai beratus bilion ringgit setahun.

    Semua orang iaitu kroni kapitalis Umno yang selama ini berlumba-lumba bergantung hidup melalui wang rakyat atau dana awam nak semangkuk.

    Cuba periksa syarikat/institusi besar yg terlibat dalam bidang ini, pasti pembaca akan jumpa 'talinya' yang berakhir pada orang politik dan elit masyarakat kita yg well-connected and well-placed.

    'Penswastaan' apa-apa yg seharusnya menjadi milik Allah SWT dan Rasul SAW - telah menjadi milik manusia semuanya - adalah langkah pertama menuju perhambaan sesama manusia.

    Ini bukan perkara baru dan kita seharusnya sudah cukup dewasa untuk mengenalinya biar dalam wajah apa-apapun ia muncul.

    ReplyDelete
  39. Tidakkah pendidikan itu merupakan pelaburan masa depan?

    Bukankah pemerintahan negara dulupun mengamalkan biasiswa sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?

    Sekarang sudah terbalik apabila semuanya diswastakan termasuk bidang pelajaran.

    Tidakkah penuntut IPT merupakan aset negara yang akan dikembalikan jasa dan baktinya untuk ditaburkan di negara mereka sendiri nanti?

    ReplyDelete
  40. Tuhan berfirman lagi:

    Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan rezeki yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.

    Tetapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

    Surah al A'araaf : 96

    ReplyDelete
  41. Penghapusan hutang PTPTN bukanlah menjejaskan pelajar-pelajar Melayu, sebaliknya menjadi ancaman kepada kapitalis-kapitalis Umno yang mahu berniaga pendidikan melalui wang rakyat, sebagaimana mereka lakukan dalam bisnes-bisnes lain!

    ReplyDelete
  42. Salam Sdr Aspan;

    Pada pandangan saya PTPTN diujudkan dan dilaksana dengan beberapa matlamat politik yang terselindung.

    Secara tak langsung memberi gambaran kerajaan baik dalam memberi peluang kepada anak muda yang mengejar pelajaran.

    Mengikat dan mengongkong si peminjam, sedar diri sapa bagi makan.Budaya menakut2kan ini telah diburai oleh PR sejak kebelakangan ini.

    Memastikan kroni mendapat habuan selagi"peluang" belajar diberi kepada rakyat melalui pinjaman.Kroni dapat perniagaan(pasti tak rugi)

    Menjamin kuasa memerintah kekal ditangan BN sambil disokong dengan undang2 yang mengongkong dan menindas rakyat.

    Parti yang memerintah mendapat pendapatan yang terjamin secara berterusan melalui akaun yang tidak siapa dapat mensahihkan.

    Di Malaysia selalunya asal nama TABUNG mudak di "PERKOSA" oleh mereka yang berkuasa.

    Begitu juga dengan dana2 yang membantu rakyat, sekarang tak main 1, 2 juta, paling sikit disebut puluhan,ratusan malahan ribuan juta. Bila dipersoalkan,alasan diberi " pembangkang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan"

    Jika rakyat tak sedar juga pada PRU 13 nanti tak tahulah apa nama manusia kita ni. Kadangkala kita disuruh puasa untuk mengajar/disiplin nafsu manusia jadi pada PRU 13 nanti kita ajar BN agar berpuasa sekurang2nya sepenggal atau selama2nya dalam politik Malaysia ini. Jangan kita bagi mereka puasa untuk mengawal nafsu serakah mereka nanti ada pula dalam PR yang baikhati membawa mereka bersama. Jadi, cukuplah, mereka yang memerintah sekarang, najisnya tak dapat di samak lagi.

    ReplyDelete
  43. Salam AA dan bloggers,

    I.
    Kawan saya terkena bisul dibawah lengan kanannya sebesar jari kelingking.

    Dia pergi membuat pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang dan kosnya adalah RM5,000,sedangkan di klinik kerajaan hanya perlu bayar RM1 yuran pendaftaran sahaja.

    Nak tau kenapa kos tinggi?Sebab ianya ditanggung insuran yg melindungi kawan saya.

    Yang nyata ada komplot antara hospital dengan penginsuran!

    II.

    Di Mantin,N.sembilan ada sebauh kolej swasta yang mengenakan yuran RM60,000 bagi kursus2 biasa yang ditawarkan di IPTA dgn yuran cuma sekitar RM20,000 shj.

    Kemudahan dan tenaga pengajarnya samada setanding atau kurang kualitinya drp IPTA.

    Kenapa yuran tinggi sangat?

    Lu pikir la sendiri!

    Surrogate

    ReplyDelete
  44. Quiet Despair @ prejudiced bigot,

    The creation of the system is not the issue here. It's the abuse of the system by UMNO/BN cronies to fatten their own pockets at the expense of our youths that want to climb the corporate ladder for a better future.

    Add that to the rising cost of living and low wages, what do you get? Disgruntled young Malaysians, obviously.

    Don't blame the Opposition. They didn't rule the country, UMNO/BN did. So blame the ruling UMNO/BN for the mismanagement.

    --ziggy

    ReplyDelete
  45. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing19 April 2012 at 04:49:00 GMT+8

    Instead of building more public universities, the public money was parked in one agency, PTPTN, which pretends to finance student’s education but actually ends up in the coffers of IPTS mostly owned by BN cronies.To majority of the students, they end up in debt - with interest.Besides debt, their certificates, diplomas or degrees, are not of any substance or quality.Most of the IPTS came into the picture not for the quality or excellent education but for the purpose of profiting BN elites.This is what we called ‘lintah darat’ where only one side is the winner,that is IPTS owners.

    ReplyDelete
  46. Kalau kerajaan negeri2 PR nak tanggung,no problem lah,peruntukan Belanjawan Negara utk bidang pelajaran dari pembayar2 cukai negeri2 PR beri pada negeri2 PR lah.Kerajaan PR bukan bodoh mcm Lembu2 UMNO lah.Tong sampah punya hujah lah.

    ReplyDelete
  47. Dah lah bagi pelajaran Cap Ayam,kena bayar pulak.Kebanyakan IPTS di mileki oleh UMNO/BN via kronies2 mereka.Kelayakan memasuki IPTS direndahkan supaya IPTS dipenuhi utk menguntungkan elit2 UMNO/BN.Begitu tamaknya mereka sehingga pelajar2 pun jadi mangsa mereka,sedangkan mereka mengetahui majoriti pelajar2 adalah Melayu dari kg2 dari keluarga susah.Tiada hati perut langsung BastardNasional.Slogan2 menolong rakyat adalah propaganda penipuan mengaburi mata rakyat.Akhirnya yg menjadi mangsa adalah rakyat dan elit2 BastardNasional menjadi bertambah kaya

    ReplyDelete
  48. Dalam tahun 1997, rakyat dan pemimpin ditipu hidup-hidup oleh Tun dan kroninya dalam isu PTPTN. Bukan hanya tahun 1997 tetapi semenjak merdeka lagi kerana media dikongkongi oleh UMNO.

    Setelah DSAI disingkir (sehingga sekarang masih ada rakyat yang masih percaya fitnah liwat yang diilhamkan oleh Tun) dan mulanya gerakan reformasi, barulah rakyat mulai sedar yang mereka telah dibohongi sebegitu lama.

    Sejak dari itu, setiap hari rakyat mulai sedar tentang kebobrokan dan kemungkaran pentadbiran UMNO yang hanya pandai menipu dan membohong sehingga merompak kekayaan harta negara kononnya dengan alasan kerana pembangunan.

    Sungguhpun rakyat ditipu oleh pentadbiran BN yang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah, malah mereka tetap akan lawan segala kemungkaran ini kerana rakyat bukan jenis yang mudah berputus asa atau dalam bahasa Inggerisnya, "The truth will prevail for those who seek and NOT for those who despair quietly!" ;)

    ReplyDelete
  49. Apr 18, 2012

    A pre-Bersih 3.0 rally last night raised eyebrows when Tamrin Abdul Ghafar, son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, made his debut by urging the crowd to throw their support behind the April 28 sit-in protest to demand clean and fair elections.

    Tamrin took to the stage and declared: “I have a clarification to make, I am still an Umno member.”

    This invited laughter and some jeers from nearly 2,000 people who filled the muddy field in Kampung Baru, Kuala Lumpur.

    “But today, I have decided to come down to the ground with you because I can no longer bear to see the electoral system being manipulated for the sake of maintaining power,” he said.

    “But today, I am saddened to see that our country can simply be sold to foreigners for the sake of winning (the general election),” he said.

    Pointing to media reports that tens of thousands of foreigners were being granted instant citizenship in exchange for votes, Thamrin related that he too, had come across a Pakistani taxi driver, who was in fact a Malaysian citizen.

    “Ku Li has clearly said that he supports what Bersih is doing and he is also supportive of calls by Anwar and allies for PTPTN to be abolished in favour of free education. This is the best investment for our country,” he said.

    Another surprise guest was former information minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir who urged the audience not to allow BN to “steal the election”.

    “I was an Umno member for 56 years and it was a party owned by the members, the leaders were clean. But as time passed, it appeared that it had become their (selected few) fathers’ party.

    “They stole this and stole that, I could no longer tolerate it and quit as a minister at the peak of my career," he said.

    “After I quit, I remained silent but the stealing became worse. Millions were no longer enough, its now in the billions, in the end I could no longer take it and quit the party."

    He said elections cannot be called until the government provides fair access to the media and stops abusing government machinery, the police and the army to give it an upper hand in the polls.

    “Don’t forget that 48 percent of people voted for Pakatan Rakyat in 2008 without media access, half of the country was being blacked out... this is not a democracy."

    ReplyDelete
  50. Apabila Pakatan Rakyat bersetuju untuk hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 11 Mac 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan.

    Perdana Menteri menuduh ini adalah resepi kehancuran negara. Manakala Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin kata ini tidak relevan.

    Inilah jawapan skima pemimpin BN dalam setiap perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Sedangkan kerajaan pimpinan Najib sanggup hapus hutang kepada seorang individu Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta.

    Oh, untuk kroni tidak hancur, untuk 1.87 juta pelajar, hancurnya negara.

    Kenapa zalim sangat dengan setiap pelajar yang berumur 22 tahun yang sudah terpaksa menanggung hutang tidak kurang RM25,000 hingga RM80,000? Malah, peluang kerja kini semakin sempit, perbelanjaan kini semakin tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan...ini semua sebab biz tuan. Xda agenda melayu, jangan ler terpedaya, melayu ni alat je, untuk dpt sokongan. UMNO ni dari dulu cerita dia biz..biz..biznezzzz....aku kaya...rakyat aku peduli apo.

      Delete
  51. Rakyat masih menunggu jawapan dan bukti pembayaran daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran majlis pertunangan anak beliau sebanyak RM409,767 di Hotel Shangrila.

    Sehingga kini Pejabat Perdana Menteri hanya menafi perbelanjaan ini daripada wang rakyat, sedangkan saudara Rafizi Ramli berjaya membuktikan dengan fakta, tempahan ini dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

    Ketika rakyat disuruh ikat perut kerana indeks harga pengguna yang meningkat, subsidi hendak dikurangkan, barang keperluan harian terus melonjak, tiba-tiba Perdana Menteri boleh membelanja sejumlah wang yang begitu besar untuk majlis pertunangan anak beliau.

    Rakyat tidak kisah kalau benar wang ini daripada poket peribadi beliau dengan Datin Rosmah. Memang rakyat sudah maklum mereka berdua ialah suami isteri yang banyak wang.

    Tetapi jika beliau menggunakan harta rakyat untuk kemewahan peribadi maka beliau perlu disiasat hingga ke akar umbi. Lebih-lebih lagi penafian sudah dibuat secara rasmi.

    Jika berlaku sebaliknya maka ini satu pembohongan yang besar dilakukan oleh seorang Perdana Menteri, orang yang bohong tidak layak untuk memegang amanah rakyat dan mesti diturun segera daripada tampuk kuasa.

    Wang sebanyak RM409,767 hanya untuk satu malam majlis pertunangan anak Najib Rosmah. Sedangkan untuk kos seorang siswazah Fakulti Pergigian untuk tempoh empat tahun hanya RM151,208, Fakulti Perubatan untuk tempoh lima tahun RM235,390, Fakulti Farmasi untuk tempoh empat tahun RM56,360.

    ReplyDelete
  52. Kenapa DEB gagal? Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat? Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu. Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.

    Apakah kegagalan DEB suatu yang dirancang dan membiarkan orang Melayu merempat. Dengan ini ia boleh dijadikan modal pemimpin negara memenuhi tembolok mereka dengan alasan untuk mendapat projek bagi membela Melayu. Walaupun hakikatnya projek ini tidak sampai kepada sasaran.

    Apakah PTPTN itu juga suatu yang telah dirancang untuk membiarkan orang Melayu berhutang dari umur yang muda lagi?

    ReplyDelete
  53. UMNO tidak ikhlas dalam apa jua tindakannya semenjak dari dulu lagi.

    Tidakan UMNO semua ala udang di sebalik batu. Hakikatnya, kekayaan dan harta benda yang dicarikan.


    Begitu perit bagi mereka yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa dan agama, tapi hari ini mereka sangat sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  54. Perangai mengkaya-raya anak hingga menjadi jutawan sudah lama berlaku di Malaysia.

    Penyenaraian Mokhzani Mahathir dan Nazir Razak sebagai antara anak Melayu paling kaya di Malaysia membuktikan hanya anak pimpinan tertinggi negara atau kroni Umno Barisan Nasional (BN) sahaja dilimpahi kontrak mewah.

    Di Malaysia, yang kaya raya siapa? Anak Mahathir, adik Najib. Masuk senarai paling kaya di Malaysia.

    Mokhzani yang menerajui Kencana Petroleum menghimpun kekayaan RM1.6 bilion manakala Syed Mokhtar pula memiliki kekayaan RM8.84 bilion.

    Nazir pula yang mengetuai Kumpulan CIMB melonggok kekayaaan RM145 juta turut memasuki senarai orang paling kaya di Malaysia, baru-baru ini.

    Mokhzani sekalipun tergolong sebagai orang paling kaya, baru-baru ini menjadi antara tiga individu yang dikurnia kontrak minyak bernilai RM2.45 bilion.

    ReplyDelete
  55. Pada saya Slogan ‘rakyat didahulukan’ perlu ditukar kepada 'rakyat kena dulu'...

    ReplyDelete
  56. Semasa saya sekolah dahulu, pelajar-pelajar yang datang dari Sabah dibiaya sepenuhnya oleh Yayasan Sabah beserta wang saku yang agak tinggi berbanding pelajar lain yang mendapat biasiswa persekutuan. Kebanyakan pelajar yang layak mendapat biasiswa persekutuan 2 upgrdae kepada biaiswa persekutuan 1 yang lebih tinggi wang sakunya selepas keputusan peperiksaannya dapat baik namun tidak dapat menandingi pelajar yang ditanggung oleh Yayasan Sabah. Apa jadi kepada Yayasan Sabah? Masih menanggung pelajar yang berkebolehan yang belajar di SBP di Semenanjung lagikah?

    ReplyDelete
  57. Pendidikan adalah milik semua dan bukan untuk diperdagangkan.

    Anak muda begitu marah terhadap pimpinan kerajaan pemerintah sekarang kerana gagal melaksanakan apa yang sepatutnya diamanahkan kepada pimpinan kerajaan.

    Teruskan perjuangan demi mendukung jiwa yang adil dalam membentuk Bangsa Malaysia yang tulen.

    ReplyDelete
  58. Kerajaan sepatutnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dengan kemampuan yang ada untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti riba.

    PTPTN ada unsur riba yang sepatutnya diperangi oleh umat Islam dan kerajaan juga sepatutnya membebaskan rakyat daripada amalan tersebut, bukan menekan mereka melalui pinja­man­ itu.

    Pinjaman PTPTN adalah alat Barisan Nasional (BN) untuk menekan dan menindas mahasiswa.

    Apakah ini satu lagi cara selain dari AUKU untuk mengikat dan memasung minda pelajar dengan pinjaman pendidikan supaya pelajar akan sentiasa bimbang supaya mereka tidak berani menegur kesilapan kerajaan?

    Adakah kerajaan menggunakan strateji ugut dan ancam supaya mahasiswa tidak akan aktif dalam memperbetul dan memperbaiki segala penyelewengan semasa menuntut atau selepas bergelar mahasiswa?

    ReplyDelete
  59. Khabarnya sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. (19 April)

    Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

    Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

    Khabarnya juga kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

    Polis pula enggan memberi bantuan walaupun rayuan bantuan dari pelajar. Sebaliknya anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan polis terancam’.

    ReplyDelete
  60. Tuan Aspan dan pembaca blog budiman,

    Sila baca juga kisah panas Beruk Tua UMNO BN yang berani memanjat tinggi demi "pucuk muda" di http://tinyurl.com/7hmwj5k Bukankah ini bukti UMNO BN membela rakyat marhaen yang miskin ?

    ReplyDelete
  61. Berita terbaru dari internet menyatakan kerajaan Selangor akan bayar balik pinjaman PTPTN.

    Samada berita itu satu fitnah atau tidak, peminjam diseru memanggil bilik sekretariat MB di Selangor untuk mendapat kepastian. Diberikan nombor telefon MB.

    Rasa-rasa macam ada sabotaj nak 'jam' talian telefon MB?

    ReplyDelete
  62. Pembangkang sebenarnya xda isu.. PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997. Maknanya ada 3 pilihanraya dah selepas tahun tersebut. Mengapa baru dibangkitkan sekarang? sudah tentu ia hanya sekadar gimik politik pembangkang.

    ReplyDelete
  63. Kisah entot Afdal & Zahida Rafik lebih jelas dibaca di http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/04/skandal-shafie-afdal-zahida-rafik-pada.html

    Inilah antara karektor sebenar pejuang2 UMNO yang diagung2kan penyokong mereka. Wooiii..sekali entot ratus ribu RM. Panjat Afdal..jangan tak panjat. Mana mali duit tu ? Duit biasiswa dari Najib ke ?

    ReplyDelete
  64. Berwaspadalah pada blog yang nampak pro Pakatan Rakyat, terutamanya

    http://suarapakatanrakyat.com/

    Inilah bukti serigala berbulu biri-biri.

    Ini juga bukti tahap penipuan Kerajaan UMNO BN. Wang rakyat sepatutnya dibelanja untuk kebaikan sebaliknya digunakan untuk membina laman web sedemikian.

    ReplyDelete
  65. Ha ! Ha !

    Beruk kalau dah gatal batang..ranting reput ke tak reput, tua ke muda..berani jer dia panjat. Minda beruk2 memang dah macam tu.

    Apa kata pejuang2 Melayu UMNO BN ?. RM juta juta wang rakyat diguna untuk merawat batang gatal ?. Sokong..jangan tak sokong !

    ReplyDelete
  66. POLICE POWERLESS IN MOB ATTACK DATARAN MERDEKA

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Jz7AfYDJ8NM

    ReplyDelete
  67. Respeklah sikit. Orang muda sanggup turun padang.

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ovJOIu8AYqs

    ReplyDelete
  68. Saudara Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad ,

    Sedarkah saudara bahawa rakyat memberi sokongan yang tertinggi kepada BN semenjak merdeka pada PRU11 dalam tahun 2004?

    Waktu itu sokongan padu untuk Abdullah Badawi.

    Agaknya kenapa rakyat bangkit menolak Abdullah Badawi setelah 4 tahun? Itu baru saja 4 tahun.

    Sebaliknya setelah lebih 10 tahun PTPTN ditubuhkan, baru rakyat sedar mereka telah tertipu.

    Tahukah saudara sebagai seorang rakyat, anda telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini sebenarnya lambat sedar?

    Kalau 50 tahun masih bukan lambat, berapa tahun agaknya saudara masih perlu untuk sedarkan diri?

    ReplyDelete
  69. Kamarul darling,

    Tahukah darling tentang rungutan yang sangat ketara terhadap sistem pengurusan PTPTN yang tidak sistematik?

    Darling tak tahu ke ada kalangan peminjam yang telah membuat bayaran tetapi tidak dinyatakan dalam penyata, seolah-olah mereka tidak membuat sebarang bayaran.

    Darling kesian tak pada peminjam yang telah membuat bayaran tetapi nama mereka masih disenarai hitamkan?

    Yang best sekali, mereka yang tidak langsung membuat bayaran tidak pula disenarai hitamkan. Malah, terdapat tawaran Ujrah iaitu penurunan caj perkhidmatan daripada 4% kepada 1%!

    Darling, khabarnya tawaran Ujrah hanyalah helah PTPTN untuk mendapatkan maklumat terkini mereka sahaja dan cara halus untuk mendapat labah yang lebih untung.

    Peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh PTPTN tidak layak mendapat tawaran Ujrah. Darling ada nampak tak unsur double standard kat sini?

    Hakikatnya, PTPTN sedang menghadapi masalah pengurusan. Darling kata bila PTPTN ditubuhkan? Kini sudah ada masalah, darling.

    Darling tahu tak PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM37 bilion sejak 13 tahun yang lalu dan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% dan sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman?

    Tindakan itu darling, sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada peminjam. Jumlah peminjam adalah seramai 1.7 juta orang. Kini sudah terdapat 191,262 orang peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman dan angka ini kian bertambah!

    Darling, kalau rakyat muda sekarang dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran, apa akan jadi pada masa akan datang?

    ReplyDelete
  70. Puak umno ni semua depa tibai.

    Siapa pengerusi Felcra? Siapa milik Kolej TAJ? Tahun lepas Felcra umum geran pendidikan 1 juta untuk TAJ college.

    Itu yg simple Pak Aspan.

    Kewujudan ratusan IPTS beberapa tahun dulu, di zaman siapa?

    Kesian orang melayu pak.

    ReplyDelete
  71. Ello Wan Kamarul,

    Katanya BN tak boleh beri biasiswa macam dulu, takut negara bangkrap. Sebab tu PTPTN diperkenalkan. Betuk tak ?.

    Tapi apa ke jadahnya menteri UMNO boleh belanja duit berjuta RM untuk entot artis Zahida Rafik tu ? Cakap tak der duit ! Aku rasa hanya kaki entot saja yang menyokong pemimpin penggemar entot artis. Betul kan ? Kan ? Kan ?

    ReplyDelete
  72. Kenyataan bodoh seperti kenapa semasa Anwar menjadi menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM, beliau tidak fikir atau rangka satu formula bagaimana untuk menanggung kos pendidikan tinggi tanpa pelajar perlu membayar balik?

    Itulah sebabnya beliau terpaksa meringkuk dalam penjara untuk sedarkan diri atas perbuatan beliau selama jadi menteri UMNO.

    Alhamdulillah, beliau kini insaf atas kesilapan dan kemungkaran beliau sewaktu jadi pemimpin dalam UMNO.

    Kini, beliau terpaksa menebus kembali segala kesalahan beliau kerana meluluskan pelbagai kesilapan semasa dalam jemaah kabinet UMNO.

    Bukan beliau sahaja, kini lebih ramai ahli UMNO dan menteri UMNO kini sudah mulai sedar dan insaf tentang kebobrokan dan kemungkaran yang berlaku dalam UMNO.

    Insya Allah, dengan izin dan berkat Allah, perjalanan sistem negara ini dapat diperbetulkan semula.

    ReplyDelete
  73. Tuan Aspan,
    Isu PTPTN ini sebenarnya memang menjadi duri kepada pentadbiran dan pemerintahan BN/Umno.Memanglah dah jadi adat meminjam mestilah bayar balek.Yang menjadi masalah sekarang ini jumlah pinjamam yang perlu dibayarbalik adalah tinggi di mana seorang pelajar yang biasanya akan berhutang sebanyak antara RM25 Ribu hingga 28 ribu bagi yang mengambil sarjanamuda.Ini belum masuk lagi riba yang dikenakan 3%atau ujrah 1 %.6 bulan tamat pengajian dan belum dapat kerja aktiviti yang tidak diingini pun bermula, mula lah surat2 tuntutan berjalan hinggakan dibawa ke mahkamah dan disenaraihitamkan dari pergi keluar negeri.Kesian rakyat Malaysia baru berumur dalam awal dua puluhan dah berhutang beribu rm.Nak kerja kerajaan pun susah sejak JPA memanjangkan umur bersara wajib ke 60 tahun.Umur pun panjang2 lambat mati jadi peluang nak bekerja tu sukar.Kesian,kesian susah jadi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  74. Keputusan SPM 2012 menunjukkan 468,808 calon dengan 1,609 calon mendapat 9A yang pasti ditawarkan skim pelajar cemerlang dibawah tajaan MARA atau JPA.

    Baki tinggal 467,199 calon. Katakan baki 90% atau 420,479 ingin memohon PTPTN.

    Setiap calon yang memohon PTPTN dikehendaki membeli pin e permohonan di BSN berharga RM5.00.

    Maka, pada peringkat awal PTPTN menjana RM2,102,395.00 di atas penjualan PIN.

    Tapi hanya 148,500 akan ditawarkan ke IPTA dan bakinya sebanyak 271,979 akan ditawarkan ke IPTS.

    Kos ijazah sarjana muda di IPTA ialah RM30K untuk 6 semester.

    Kos ijazah di IPTS pula ialah RM50K.

    Dengan kos di atas, pinjaman PTPTN oleh calon IPTA ialah RM 4.5 bilion dan calon IPTS ialah RM 8.5 billion. Jumlah pinjaman PTPTN oleh calon ialah RM 13 bilion.

    Untung PTPTN atas nama kos pengurusan ialah 1%. Maka, untung asas ialah RM13 juta (RM13 bilion x 1%) campur dengan kos pembelian PIN sebanyak RM2 juta. Dari situ untung awal adalah sebanyak RM15 juta!

    Hakikatnya, PTPTN adalah satu mesin menjana wang kerajaan bagi memastikan setiap pelajar di Malaysia ini akan terikat dengan beban hutang disamping dengan secara halus menunjukkan kepada masyarakat Malaysia kononnya kerajaan BN amat perihatin dengan menyediakan pinjaman kepada para pelajar.

    ReplyDelete
  75. ahukum rasuah sama dgn mencuri. Bayangkan semasa perhimpunan UMNO di PWTC mejoriti perwakilan tangannya kudung jika Undang2 islam dikuatkuasakan.MT kat atas pentas sorang dua je yang tak kudung.

    ReplyDelete
  76. Aku nak keluar berkemah di dataran merdeka kerana hutang menunggu kerja belum pasti boleh dapat dan kakitangan kerajaan 60 tahun baru dipencenkan, peluang kerja tertutup .

    ReplyDelete
  77. Poning bang kojo tak ado .. belajar tingi2 takkan nak jual burger pulak malu dgn kawan2 . kelulusan sarjana muda pentadbiran awam. awek saya bising ajak kawin..poning.. poning ...poning.. saya mengundi kat Tampin conform Pakatan Rakyat yg akan saya pangkah.

    ReplyDelete
  78. En Aspan,

    Beruk dah turun ke bawah. Malam tadi kat Dataran Merdeka lebih kurang 40 ~ 80 beruk2 UMNO BN turun cari makan kat situ.

    Pandai pula beruk2 tu serang orang yang ada hp dan kamera. Ini namanya beruk2 yang diajar dan di didik oleh tuannya agar pandai buat, pandai tutup.

    Apa pun maafkanlah beruk2 tu. Memang namanya pun beruk, akal tak macam manusia.

    ReplyDelete
  79. Saya setuju PTPTN dikekal seperti sedia ada kerana ianya memberikan semangat berlawan2.Tetapi bila PR memerentah saya cadangkan yang semua individu dalam parti pemerentah dan kakitangan kerajaan disiasat setiap kehidupan mereka semenjak merdeka dan semua yang dapat itu digunakan untuk hapus kira PTPTN dan saya percaya lebih pada cukup.Cadangan bolih melonjakkan sokongan rakyat kepada PR termasuk sokongan dari umno bawahan.Pinjamam PTPTN seterusnya diubah suai tetapi bukan pinjaman hangus.Kalau tak cukup pakar kita impot pakar untuk cari semua yang menyeleweng dan bayar mereka atas kejayaan.Apa pandangan....

    ReplyDelete
  80. Salam Tuan Aspan & bloggers

    Hope you enjoy the theme to ABU

    YouTube London Olympics 2012 - Olympic Song - Flame (radio edit)

    ReplyDelete
  81. QD..QD,
    aku ingat masa bapak ko berancuk dulu tak baca bismilah la..

    orng cita pasal mansuk PTPTN..
    mansuh tau tak..

    yg ko sebok nuar..nuar jadah bende.
    tak rira la sapa yg lulus.. najib ke nuar ke.. yang penting mansuh.

    goblok la ko..
    tu cakap kat bapak ko lain kali nak berancuk baca bismilah... faham

    ReplyDelete
  82. Analisis tepat kes serbuan di Dataran [Antara konspirasi dan beruk upahan]

    http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/04/analisis-tepat-kes-serbuan-di-dataran.html

    ReplyDelete
  83. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Maaf, agak terlewat mengikuti isu ini. Namun begitu, saya akan tetap luangkan masa bersama artikel-artikel saudara; bukan hanya sekadar kehebatan penulisan, tapi, yang lebih penting, saudara bertutur atas keikhlasan. Terima kasih sekali lagi.

    Memang tepat benar tajuk ni. Malah, penampilan kenyataan para pemimpin didikan doktor, juga kenyataannya sendiri yang bangang tak bertempat tu, mencerminkan, maaf, kalau saya katakan, mereka tu sebenarnya dah lama menikmati khinzir dan kalbi (babi dan anjing), walau kelihatan mereka makan yang halal. Mana tak? Dapat duit rakyat dengan cara haram, berbelanja pun halal haram tak kira ... Kan sama aja, malah lebih buruk lagi daripada mereka yang belum kenal Islam? Bukanlah saya sengaja nak kutuk sampai macam tu; tapi, sememangnya saya perhatikan, sejak pentadbiran doktor yang tak ada agama ni, memang Malaysia kelihatan gah, tapi, kosong ... Pandai kutuk orang aja, sendiri tu, macam mana? Yalah, kerugian pra kroni boleh lepas senang aja, hutang mereka yang sedang bertungkus-lumus berjihad untuk keuntungan agama, negara dan bangsa, macam mana? Tak kan kalian dalam UMNO ni Muslim bodoh sombong benar? Kalau gitu, di manakah Al-Quran kalian selama ni; hanya guna masa Ramadhan dan raya aja?

    Untuk itu, bersamalah kita teruskan perjuangan, lebih-lebih lagi, di alam "cyber" ini, kerana sekuat dan sehebat mana pun mereka ni nak guna media, mereka tetap tak akan mampu mengejar kita, alhamdulillah! Gunakanlah kurniaan-Nya ini untuk kita terus perangi mereka yang dah kenyang mabuk ni agar tersungkur dan terkambus dalam tanah suatu masa nanti. Akhir kata, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara berkongsi pendapat, dan ampun maaf atas ulasan "emotional" sebegini. Apapun, teruskan menyatakan kebenaran; insha Allah, Dia bersama kita.

    ReplyDelete
  84. HAHAHA...tergelak besar aku baca komen2 pakar2 pendidikan & ekonomi kat sini...IPTA were subsidize by the govt..IPTS are a business driven & self funding institution..kau ingat kos belajar tu sekadar buku & gaji pensyarah je ke?..kroni la,songlap la..kalau x de kolej swasta ni..mana budak2 ni nak belajar...bergelandangan la dijalanraya diorang ni..kalau x de PTPTN nak bayar dgn apa?..bulu ketiak ke?..bercakap memang senang bai...mudahnya mcm ni la..kau bukak tadika...caj mak bapak RM20.00 je sorang..aku nak nengok kau berjaya...mmmuehehehe...

    ReplyDelete