06 May 2012

Kebarangkalian UMNO menjadi pembangkang adalah tinggi

Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan dialih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya-raya tetapi disalah tadbir ini.

Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.

Mahu tidak mahu kita mesti terima hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat telah membuat keputusan yang ‘conclusive’; iaitu , untuk menggantikan BN, justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 sabtu lepas memberikan ‘signal’ yang rakyat akan diperintah oleh pihak ‘alternative’.

Sesungguhnya, apa pun yang dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk menyambut PM Najib di sana.

Rakyat tahu yang pimpinan hari ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar ‘mindset’ mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara.

Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah ‘normal’. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan ‘natural’nya akan berlaku sistem dua parti dinegara ini.

Penjawat awam juga tidak perlu runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR.

Saya menyebut ini kerana saya hendak memberi tahu semua pihak yang ‘there is life after the demise of UMNO’. Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika UMNO diketepikan rakyat akan berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka tidak akan terjejas kehidupan walaupun UMNO akan tidak lagi berkuasa.

Peluang untuk UMNO kekal dalam kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. UMNO selama ini hidup di atas kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada UMNO dan BN.

UMNO sekarang sedang dalam kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang saikologi yang dilakukan oleh media massa seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar oleh tingkah laku UMNO dan BN sejak beberapa ketika dahulu.

Segala institusi demokrasi yang telah diporak perandakan oleh pemimpin UMNO sejak hampir tiga dekad dahulu akan pasti dipulihkan imejnya selepas UMNO tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan terjejas.

PDRM sebaliknya akan merasakan yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen ‘provocateur’ dalam perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi.

TV3 juga akan tetap kekal dan tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin berita-berita tentang UMNO yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah mengampu lagi.

Semasa itu nanti kita berharap pendokong UMNO tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama.

Yang terpenting sekarang ini melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara kita ini pada masa-masa yang akan datang.

30 comments:

  1. Asalamualaikum Tuan Aspan,

    Apakah rakyat perlu ubahkan kerajaan hanya melalui peti undi?

    Kerajaan UMNO BN sudah lama ketahui kalau ikut peti undi, sudah lama mereka kalah.

    Sebab itu mereka jaguh dalam penipuan. Apa tidaknya? Walaupun dengan wakil calon memerhati dalam bilik undi, pengundi hantu sudah lama bergiat.

    Kini dengan rang undang baru, apakah kegiatan pengundi hantu dapat dibanteras?

    Tuan menulis BERSIH 3.0 itu berjaya. Adakah SPR sudah respon? Sebaliknya timbalan SPR hanya berkata beliau bukan ahli UMNO, sementara PM dan bekas PM hanya baling tuduhan.

    Pada pendapat saya, UMNO BN akan menunggukan rang undang baru itu digazetkan terdahulu sebelum memanggil PRU13.

    Hakikatnya tuan, UMNO BN sudah pun menambah keahlian pengundi hantunya. Respon mereka pada BERSIH 3.0 ialah menambah lagi pengeluaran Mykad kepada pengundi hantunya. Mereka akan tetap kekalkan timbalan SPR.

    ReplyDelete
  2. Sikap pekak badak dan bodoh sombong terhadap segala aduan rakyat mengenai ‘kejahatan’ dan ‘ pengkhianatan’ SPR membuktikan PRU di Malaysia selagi UBN tidak dihumban ke tanah akan terus menjadi medan buli terhadap mana-mana parti-parti sah yang menentang dasar-dasar dan perangai para pemimpin Umno yang ‘gila babi’ dalam mengurus negara, khususnya dalam mengurus harta dan masa depan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Majoriti rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengundi, cintakan keamanan dan percaya kepada proses pilihan raya dalam amalan demokrasi yang sihat sudah pasti tidak mahu lagi menyaksikan perbuatan songsang seperti ini berlaku.

    Semakin hari semakin banyak kepincangan SPR dan JPN yang berjaya dibuktikan oleh rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

    Pada masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab gagal menyanggahnya.

    Apa-apa pun yang terjadi, keadilan mesti ditegakkan. Tamatkan kemenangan haram UMNO dan BN dengan segera. Bukti sahih yang terbentang depan mata pun mereka nafikan!!!

    SPR terlalu banyak menipu setelah dijadikan lembu yang dicucuk hidung oleh UMNO.

    ReplyDelete
  4. I agree with you that there is life after the demise of UMNO.

    The fact is whether UMNO will allow itself to be demised?

    UMNO knows very well that it can be replaced. Does UMNO itself willing to be replaced?

    Therefore, UMNO will continue to cheat and plays dirty to the extend of using the police force to brutalize the rakyat. SPR has already been abused. The system has already been corrupted by UMNO.

    So, will UMNO die?

    ReplyDelete
  5. Wanita Melayu yang tidak berdosa ditembak oleh polis

    http://www.youtube.com/watch?v=_o92KNxW0ig&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  6. Lawan Penipuan, Rasuah & Kekotoran Dengan Bersih

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Lv-7A1jgg20

    ReplyDelete
  7. oh..ya ke?
    Boleh ke umno dijatuhkan?
    Kita harus terima hakikat bahawa masih terlalu ramai rakyat Malaysia
    yg anggap umno itu kerajaan, dan kerajaan itu umno.
    Jatuhkan umno bermakna jatuhkan kerajaan...

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan,

    Bukan hanya ustaz yang cakap.

    Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :

    1. Cakap tidak macam biasa
    2. Cakap merapu
    3. Otak tidak berfungsi tepat
    4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
    5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
    dll.

    Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :

    1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.

    2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.

    3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.

    4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.

    5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.

    6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.

    ReplyDelete
  9. Not only there is life after the demise of UMNO but life is definitely better after the demise of UMNO.

    ReplyDelete
  10. Apakah Umno itu perlu ditaati dan di takuti?

    Apakah Umno punca segala kesenangan untuk orang Melayu?

    Apakah Umno itu pemberi rezeki kepada orang Melayu yang beragama Islam?

    ReplyDelete
  11. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. - Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya

    Apa yang terjadi sekiranya SPR tidak lagi mendapat kepercayaan awam?

    ReplyDelete
  12. Siapa yang nak pantau apa yang SPR buat?

    SPR boleh bagi macam-macam jawapan. Kalau rakyat tak mau terima jawapan yang diberikan, rakyat nak buat apa?

    Kalau rakyat sudah berhimpun dan membantah, dan dianiaya oleh polis, dan dituduh pula nak jatuhkan kerajaan, apa lagi rakyat boleh buat?

    ReplyDelete
  13. Kalau nak tumbangkan Umno..kenalah tumbangkan SPR dulu!

    ReplyDelete
  14. Kebobrokan dasar UMNO BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan.

    Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia.

    Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?

    Wang sebanyak 250 juta dapat membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.

    Kalau 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan.

    Apakah masih boleh sokong UMNO BN kalau pemimpin negara sendiri bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar?

    ReplyDelete
  15. Rakyat perlu ingat isu sekarang bukan lagi soal dakwat kekal atau biometrik.

    Isunya adalah kepercayaan kepada SPR.

    Kepercayaan awam kepada SPR kini sudah hampir musnah.

    Keanggotaan SPR mesti dirombak dan dibarisi tokoh-tokoh yang diyakini rakyat.

    ReplyDelete
  16. Khabarnya Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar adalah orang yang paling dipercayai oleh pemimpin tertinggi UMNO BN.

    Beliau diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan UMNO BN dalam PRU13.

    ReplyDelete
  17. Hari ini ramai rakyat sedar mereka telah ditipu oleh Umno BN.

    Mereka sedar Umno BN tipu melalui SPR.

    Rakyat sedar siapa dalangnya juga.

    Rakyat telah bantah dengan berhimpun. Malah dibuli dan dianiaya oleh polis padahal polis yang keluar dari sempadan yang mereka patut menjagai.

    Rakyat telah lihat laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) kematian Teoh Beng Hock pada perenggan 176 : "Kami mendapat bahawa dia (Hishamuddin) seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur ..."

    Apakah masih ada rakyat rela terima pemimpin yang bercakap bohong dan tidak jujur?

    Boleh diandaikan ramai rakyat kini telah sedar tapi masih tak tahu apa nak buat kerana sistem yang ada tidak membenarkan rakyat untuk melakukannya.

    Kenapa tidak? Kalau nak ubahkan pemimpin melalui sistem peti undi, sistem tersebut sudah tercemar dengan unsur-unsur penipuan. Masakan tidaknya? Dakwat kekal dipersetujui tetapi digantikan dengan 3 rang undang-undang baru pula.

    Rakyat kini terikat dengan undang-undang ciptaan Umno BN.

    ReplyDelete
  18. Salam AA,

    Pemerhatian dan telahan AA benar atas asas dan anggapan AA, TAPI MUNGKIN JUGA MELESET. Aku berpendapat PR mungkin duduk di Putrajaya 2 kali pilihan raya lagi lah, kita sama -sama tengok.

    AA JANGAN MENYALAHKAN pARTI MEMERINTAH, JENTERA NYA JUGA ADA SUMBANGAN NYA. sIAPA MEMIKIR DAN SIAPA MENYEDIAKAN KERTASA DAN HUJAHNYA, Contoh nya siapa meneliti caangan projek besar..besar, tidak kah jenteranya. itu hakikat. Kalau puak AA memerintah , kaedah yang sama terpakai juga. maka serupa saja.


    TK

    ReplyDelete
  19. Jika tanpa penipuan besar-besaran umno akan tumbang..adakah umno akan serahkan kuasa secara gentlemen jika kalah nanti?? adakah polis dan tentera akan ikut perubahan yg rakyat malaysia maukan??? bagaimana sokongan kuasa besar seperti amerika terhadap perubahan kuasa pemerintahan negara??? umno telah teruk kerana pemimpin tua bangka iaitu mahadey yg merosakkan negara..dia la pengkhianat besar negara..

    ReplyDelete
  20. Tuan Aspan,

    Saya sangat berharap setelah PRU13 nanti, janganlah pula Pakatan Rakyat (PR) yang mewakili rakyat berkata 'sepatutnya PR menang tapi BN main kotor...'

    Hakikatnya, umum sudah diketahui BN ini selalu main kotor. Apakah persediaan PR melawan BN?

    Ungkapan basi seperti "...tapi BN main kotor..." janganlah diulangkan lagi.

    Kalau masih diulangi, maka bodohlah kerana tidak mempelajari dari kesilapan dahulu. Even a fool learns from his own mistakes.

    ReplyDelete
  21. wahai ybyb mp seluruh negara yg duduk dibawah bn, marilah ubah kerusi anda dlm waktu terdekat ini. agar satu kerajaan baru boleh dibentuk. masa yg ada ini kita mampu memperbetulkan apa yang mustahil dilakukan jika nak tunggu ge13. anda akan dikenang sebagai wira, kerana dapat menyelamatkan negara dari hancur. jika kerajaan berubah kepada pakatan rakyat bagi tempoh beberapa bulan ini se
    belumm april 2013. keranaan baru ini tumpukan kepada isu utama perbetulkan spr. yg lain tuggu sampai pilihan raya.

    012

    ReplyDelete
  22. Tuan,

    Kalau Dataran Merdeka sudah jadi Dataran Penjajah UMNO ... kita pergi Bersih 4.0 SUARA RAKYAT samada :

    1. Di PutraJaya
    2. Di depan pejabat SPR.

    Dua tempat di atas inilah masih ada zombie-zombie berkeliaran.

    ReplyDelete
  23. kalau tak ada anwar, tak adalah pkr. tak ada pkr, tak adalah pr. masa tu baru tau macamana sebenarnya hubungan antara part2 pr. semuanya pembohongan belaka kerana hendakkan kuasa. sebab itu dap dan pas perlukan pkr hidup. sebab itu anwar berani cakap ikut sedap mulut dia saja. dia tahu dap dan pas perlukan dia.

    ReplyDelete
  24. Next week UMNO celebrates its 66th birthday. Dah tua dah macam Aki kita. Makin tua makin menjadi....kuat!
    Economist Magazine has a write-up that the Bersih demo did not dent UMNO and Najib's popularity.
    Infact it said Anwar has a lot of explaining to do for starting the riot.
    Bak kata Najib jadilah jantan dan lawan kerajaan menerusi peti undi.
    Bukannya jalanan.

    ReplyDelete
  25. To QD @ prejudiced bigot,

    "Next week UMNO celebrates its 66th birthday."

    Get your facts right. UMNO is dead since 1988.

    Your precious UMNO-Baru is only 24 years old.

    A diehard UMNO-Baru fan like you can even get this basic fact wrong? Definite proof that your lot have all been brainwashed.

    --ziggy

    ReplyDelete
  26. QD,

    UMNO LAMA adalah parti melayu dan keahliannya terbuka kepada semua orang melayu dan Islam. Parti ini telah dimatikan oleh mahkamah dalam tahun 1987 dan terus dibiarkan mati oleh TDM.
    sebanyak manapun spin yang UMNO BARU nak buat sekarang, dengan penguasaan total keatas penyaluran maklumat kepada rakyat, sejarah pasca UMNO BARU akan merekodkan seperti diatas.

    2. UMNO BARU sejak memasuki Sabah di awal 90an telah mengubah syarat keahlian parti. Sejak memasuki Sabah, keahlian parti UMNO BARU dibuka kepada SEMUA BUMIPUTRA, TAK KIRA MELAYU ATAU TIDAK. TAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK.

    Syarat keahlian UMNO BARU sekarang ini serupa dengan syarat keahlian sebuah lagi PARTI BUMIPUTRA KAT SARAWAK pimpinan
    Taib Mahmud. Syarat keahlian parti PBB sarawak juga terbuka kepada bumiputra, tak kira melayu atau tidak, tak kira Islam atau tidak.Sebab itu Timbalan Presiden PBB ialah Dato Seri ALFRED JABU, dari keturunan IBAN.

    Malulah nak tipu orang hidup-hidup QD ...... nak sambut ulangtahun ke 66 parti lain. Dah la itu parti lain, kena bunuh pulak dengan pengasas parti u !!!!

    Bat8

    ReplyDelete
  27. QD ni macam orang pergi Mekah tapi tidak mendapat hidayah..kesian dia.

    ReplyDelete
  28. Salam tuan
    sebenarnya umno ( BN ) dah tewas di 4 negeri di malaysia , wilayah persekutuan pun BN menang 3 kawasan je dalam pru12 , yang uruskan pru12 ialah SPR ni yang BERSIH tuduh penipu , agen umno ( BN ) . Kalau spr ni penipu kenapa banyak kerusi parlimen PR menang dan 4 negeri jatuh ke tangan PR ? Bagi saya BERSIH ni hanyalah alasan untuk menuntup kelemahan PR , kalau PR tewas besar dalam pru13 para pemimpin PR ada alasan untuk di canangkan kapada penginkut fanatiknya bahawa PR tewas bukan kerana tiada sokongan tetapi SPR penipu .

    ReplyDelete
  29. salam gobong,
    sebenarnya PR dah memerintah Malaysia lepas PRU12 lagi dgn adanya pertolongan SPR juga make UBN masih bernyawa.. kalau PR tak bersuara Kali ni pasti lagi bermaharajalela lah puak tu.. kan ke Tim pengerusi SPR tu ahli UBN.. fikir-fikirkan lah.....

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Maaf, agak terlewat mengikuti artikel-artikel saudara terkini. Namun begitu, saya akan cuba luangkan masa, insha Allah, kerana saya yakin, tulisan saudara adalah atas pengalaman dan pemerhatian sekian lama.

    Oh, mengenai UBN jadi "PEMBANGKANG" ... Saya turut bersetuju akan kebenaran kebarangkalian itu. Mana tak? Lihat sahaja akan sebaran maklumat dan berita yang sangat bercanggah antara media arus perdana dan terbuka; dengan keadaan sedemikian pun, setidak-tidaknya yang boleh melihat, pasti nampak perbezaannya yang teramat nyata, kan? Malah, bagi saya sendiri, walaupun hanya mampu mengakses internet seperti yang pernah saya sebutkan suatu ketika dahulu, dengan peralatan dan perisian yang dicipta oleh orang lain, sudah memadai untuk saya mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Oleh itu, bersamalah kita bergerak ke arah perubahan ini dengan semampu kita sehingga Malaysia tercinta ini jadi milik kita bersama, bukan milik puak, kaum atau bangsa tertentu sahaja sebagaimana laungan bermusim UBN selama ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete