Saya mencadangkan supaya UMNO mengadakan perhimpunan seperti yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 11hb Mei yang lepas sekali lagi. Pada perhimpunan UMNO di Bukit Jalil baru-baru ini seramai 100,000 orang telah dapat dihimpunkan oleh Najib untuk menunjukkan sokongan ramai terhadap UMNO dan BN.
Saya kira UMNO perlu melakukannya sekali lagi dan himpunkan seramai 2 juta manusia untuk menyamai ‘equation’ himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri oleh 300,000 orang pada 28hb April yang lalu. Lain-lain perkataan hanya himpunan 2 juta rakyat sahaja boleh menyamai kekuatan 300,000 kehadiran dalam himpunan Bersih itu untuk mendapat ‘legitimacy’ sokongan rakyat. DAN dalam perhimpunan itu nanti bawa bersama rakyat dari kaum-kaum lain untuk menyatakan yang UMNO serta BN iu mendapat sokongan rakyat berbilang kaum.
Setakat 100,000 orang yang mampu dihimpunkan oleh UMNO itu sangat tidak seimbang dengan belanja dan kemudahan yang diberikan oleh UMNO kepada siapa yang datang untuk berhimpun di Stadium Bukit Jalil itu. Seperti biasa UMNO akan memberikan ‘5-T’ untuk menghimpunkan orang ramai.
Pertamanya mesti ada T-shirt secara percuma.; Keduanya mesti ada Tambang; Ketiganya mesti ada Transport jika tidak diberikan tambang; Keempatnya mesti ada Topi dan yang akhir sekali Tempat Tidur. Jika tidak ada ‘5-T’ ini jangan diharap ramai yang akan keluar untuk berhimpun.
Di IOI Golf and Country Resort begitu ramai peserta himpunan dari Terengganu. Tidak tahu berapa jumlahnya tetapi mereka diangkut dengan 80 buah bas untuk meramaikan peserta Himpunan Ulang Tahun UMNO yang ke 66 itu walaupun parti itu telah mati 24 tahun yang lalu.
Hotel-hotel di Kuala Lumpur telah penuh ditempah oleh UMNO seluruh negara untuk menempatkan peserta yang telah diangkut dengan bas-bas yang di tempah dari seluruh pelusuk tanah air. Pada malam sebelum perhimpunan itu saya telah diberitahu oleh peserta-peserta yang saya kenali yang pusat-pusat hiburan seperti pusat karaoke dan kelab-kelab malam begitu sibuk melayan ramai pelanggan yang akan berhimpun di Stadium Bukit Jalil keesokan harinya.
Agaknya ini lah salah satu dari program transformasi ekonomi negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Najib kita.
Berbeza sangat dengan Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April yang lalu. Bersih 3.0 telah menghimpunkan lautan manusia seramai 300,000 yang datang daripada seluruh pelusuk negara. tanpa dibayar. Mereka datang memakai T-Shirt juga tetapi mereka mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli T-Shirt-T-Shirt tersebut. Bersih juga tidak membayar peserta-pesertanya untuk datang dalam perhimpunan mereka.
Perbezaan yang lebih jelas ialah Bersih 3.0 dihadiri oleh setiap bangsa, Melayu, Cina dan India. Buat pertama kalinya Bersih 3.0 disertai oleh rakyat kelas menengah dan ramai ahli-ahli korporat dan eksekutif-eksekutif dalam sektor swasta yang sebelum ini tidak pernah mengambil tahu untuk berhimpun dan memberikan sokongan kepada himpunan Bersih. Yang pasti sokongan terhadap himpunan Bersih itu adalah sokongan yang ‘legitimate’.
Bersih juga mendapat sokongan dari rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan diberitakan himpunan kecil dan besar telah di adakan di lebih dari 60 lokasi seluruh dunia. Itulah sebabnya saya membuat equation 2 juta himpunan UMNO baru boleh menyamai kekuatan sokongan dari 300,000 peserta himpunan Bersih.
Jika UMNO boleh menghimpunkan seramai 2 juta rakyat, barulah Najib boleh memikirkan untuk memanggil pilihanraya umum yang akan datang. Jika himpunan UMNO sekali lagi di adakan dan datang peserta perhimpunan itu seramai 300,000 dengan tanpa ‘5-T’ tadi barulah Najib cepat-cepat mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Baginda bagi membubarkan parlimen.
Bagi rakyat yang prihatin terhadap kehendak demokrasi seperkara yang dikehendaki oleh rakyat ialah untuk mendapatkan kerajaan yang dipilih secara ‘legitimate’ oleh rakyat negara ini sendiri , bukannya dari pendatang-pendatang asing. Janganlah hendaknya PRU kali ini menjadi medan diantara pilihan rakyat sendiri dengan pilihan pendatang asing pula.
Jika kerajaan ingin menjadi kerajaan yang benar-benar ‘legitimate’ keluarkanlah nama-nama mereka yang tidak layak mengundi dari senarai daftar pengundi. Dapatkanlah kuasa secara ‘legitimate’. Barulah boleh mengaku sebagai kerajaan yang ber ‘moral’ dan ber ‘intergriti’.
Bila rakyat mendapat kepimpinan yang bermoral barulah rakyat hidup selesa dan menjauhi perasaan was-was yang selama ini menghantui perasaan mereka (rakyat).
Salam Tuan,
ReplyDeleteBagi saya RTM, TV3 adalah stesen TV paling bangang dalam dunia.
Tak guna ambil kursus TV shooting kalau angle shooting pun salah.
Contoh, pada Perhimpunan UMNO 66 tahun, mana kamera TV tunjuk? Dia zoom kat sekelompok orang berkumpul. Kamera TV mahal-mahal pun ambil angle yang salah. Tak dapat wide angle dari ataskah ke seluruh stadiumkah?
Lain pula pada Bersih 3.0. Stesen TV antarabangsa ambil sudut nampak ratusan ribu manusia. RTM ambil ketika nampak orang baju kuning sedikit sahaja. Kemudian shooting kereta terbalik. Ternag-terang polis pukul rakyat mereka tidak nampak.
Dalam YouTube, kamera murah pun boleh ambil perhimpunan ratusan ribu manusia.
Itu maknanya director kamera RTM, buta sebelah mata. Ataupun sebelah mata tutup dengan reben hitam macam lanun.
tipula...kami bukan dapat 5 t....9 t kami dapat...
ReplyDeletet-6...kena Tipu
t-7...Tak solaT
t.8...Tak TuTup auraT
t-9...Tengok pusaT dan payudara....
sori ...lawak jer
Salam Tuan,
ReplyDeleteTerkejut beruk puak UMNO baru :
http://bumiperak.blogspot.com/2012/05/gempar-nizar-muncul-ktika-ceramah-umno.html
Kalau Perkasa Ibrahim Ali jemput Tuan Guru Nilk Aziz lagi bagus.
Boleh juga datang ceramah Mursyidul TIBAI.
300 000 is overrated mr aspan.
ReplyDeleteApa pun saya kira dalam sebulan dua ini mood rakyat untuk menumbangkan barisan nasional dalam peringkat tertinggi. Tidak mustahil melaka, pahang tumbang dan johor kehilangan majoriti dua pertiga. N9 is easy win.
Banyak isu yang belum diselesaikan bn dan harus diguna pakatan sehabis boleh. Tak ada isu cari isu. Isu nasional isu setempat. Jangan kasihan. Hentam selagi boleh.
Kunci kemenangan mungkin terletak pada rakyat berbilang bangsa bersama menolak barisan nasional. Ini harus ditunjukkan secara jelas. In other words 1malaysia is irrelevant and bn need to remind the people of typical peace and stability and the past achievement they have done.
Apa masalah UMNO Aspan ? UMNO ada lebih 3 juta ahli, kenapa tak sampai 3 peratus ahlinya hadir di Bukit Jalil. Mungkin sekarang Najib akan panggil mereka-mereka yang tak hadir ' Haram Jadah '..
ReplyDeleteUmno sekarang ini menghadapi krisis budaya dan moral yang sangat serius akibat penularan rasuah dalam parti itu.
ReplyDeleteKrisis ini sudah menjadi 'open secret', yakni bukan rahsia lagi. Bahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi Umno.
Betulkah dalam Umno kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya?
Tahukah Umno bahawa rasuah itu adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah?
Hakikatnya, tiang (Umno) dan rumah (negara) akan roboh dan porak peranda jika 'anai-anai rasuah' tidak dibunuh dengan segera!
Kenapa Umno yang sudah berkuasa selama 50 tahun masih gagal menyelesaikan masalah ekonomi, perhubungan antara kaum dan pelbagai isu yang boleh menjejas kestabilan dan kedaulatan negara?
Masihkah rakyat terutama orang Melayu mempunyai keyakinan kepada kepimpinan Umno?
my first view . hehe
ReplyDeleteUMNO hanya mendapat sokongan melalui merasuah rakyat sudah pasti tidak akan kekal lama apabila ahlinya mulai sedar.
ReplyDeleteUMNO tidak mempunyai seruan perjuangan Alif Ba Ta ( Agama , Bangsa dan Tanah Air). Perjuangan UMNO hanya adalah kepentingan peribadi dan kelompok pilihan.
UMNO tidak akan herhenti dari menipu bangsa Melayu. Hingga sekarang UMNO menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majority nya Melayu, tapi mengapakah royalty minyak tidak diberi secara langsung kepada rakyat kedua negeri itu?
Rakyat Kelantan dinafikan hak mendapat royalti hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang UMNO sendiri tidak percaya kepada kepimpinan UMNO dalam negeri untuk mengendalikan pemberian wang royalti minyak. Orang UMNO tak percaya kepada orang UMNO sendiri kerana mereka tahu, jika royalti minyak Terengganu dikendalikan oleh Mat Said dan geng, wang tersebut akan masuk ke dalam poket orang lain.
Dasar yang diamalkan oleh UMNO ialah dasar BUMI-PUTERA yakni PUTERA selepas perkataan BUMI akan mengaut dan memonopoli segala hasil perjuangan iaitu putera2 pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT UMNO dan putera2 yang berkuasa.
ReplyDeleteAnak Bumi ketinggalan di belakang PUTERA (sungguhpun perkataan BUMI berada di depan PUTERA) tanpa apa apa selain dari memegang telur sendiri.
Ish ish...
ReplyDeleteBayangkan sebuah parti yang membina kekuatannya di atas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi - Adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu? Bersatu itu lagu Umno, tapi apakah itu hipokrit kerana menyanyi lagu sedemikian padahal realitinya dalam parti sendiri tidak bersatu?
Kononnya Najib Umno sudah berjaya transform. Sebaliknya dikeluarkan dari fakta sahih oleh Transparency International (TI) bahawa di bawah pentadbiran Najib, indeks rasuah negara, terjerumus ke tahap yang paling rendah.
ReplyDeleteFakta ini amat memalukan Najib Umno, kerana jelas laungan transformasi mereka hanya omongan kosong. Hakikat sebenarnya, kerajaan yang ditunjangi Najib Umno mencapai tahap prestasi terburuk terus-menerus.
Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh TI, ia menggariskan kegagalan Najib Umno untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini, membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020.
Mohd Rashidi Hassan
Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah. Elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
ReplyDelete~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
~ kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
Bacaan selanjut tentang Kekayaan Anak-Anak Menteri Umno..
http://addin77.blogspot.com/2012/05/nah-ini-bukti-kekayaan-anak-anak.html
Perancangan licik UMNO memburukkan agenda rakyat
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Wbb5CHK-Acw
BUKTI SPR BUKAN BADAN BEBAS
ReplyDeletehttp://muslimeen-united.blogspot.com/2012/05/bukti-spr-bukan-badan-bebas.html
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteAllahu akbar! Creative bin Innovative! 5t! Tepat sekali! Agaknya, sanggup tak para tauke besar tu berbelanja setengah mati macam saranan ni? Setahu kita semua, yang mereka tahu hanya menipu, mengampu dan merapu, kan?
Juga, macam yang saudara sebutkan, perhimpunan mereka tu, kalau tak berdondang sayangkan karauke, kelab malam dan sebagainya, guarantee tak sah, ya tak? Dah tu, ucapan penuh berapi konon UMNOlah segalanya; siapa pilih lain daripada UBN, akan tersesat jalan ... Nah, bukankah itu simulasi ucapan Fir'aun? Untuk itu, tepat sekali bila rakyat katakan kepada mereka, "Dahlah! Kau orang ni semua, tembok besar China depan mata pun buta, dentuman bom 911 pun pekak, tapi, kuman sehalus mungkin dalam jasad orang mati, bukan main lagi nampak, dan suara ghaib dalam perut bumi, bukan main lagi terdengar kuat, kan?" (diubahsuai daripada peribahasa "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, ...").
Yang penting, bersamalah kita saling nasihat-menasihati agar keterlanjuran kita selama lima setengah dekad lalu tak terjadi lagi, sekaligus membuka ruang seluas mungkin untuk kita bertaubat. Akhir kata, cukup sudah dan jangan sesekali kita mempercayai dakyah palsu mereka, kononnya mereka penegak agama dan bangsa, walhal merekalah sebenarnya virus-virus yang, maaf, kalau tak melampau unuk saya simpulkan, lebih merbahaya daripada H5N1, HIV, dan sebagainya, lantaran kekeliruan dan kesesatan yang mereka bawa, khasnya di era UMNO palsu 24 tahun ini. Memang, UMNO asal punya kelemahan tersendiri, tetapi umum mengakui masih punya sumbangan besar terhadap kemerdekaan dan kemajuan negara, tetapi, menjadi tragis bilamana UMNO palsu nan mungkar ini berjaya berrselindung di sebalik nama UMNO itu untuk mengenyangkan tembolok sendiri dan kroni dengan cara "halal, haram, kasi hantam" ...
Terima kasih.
Tuan Aspan jangan berlagak. Apa ada dengan 300,000 orang. Sekarang ni orang main juta-juta.Pada 23 hingga 27 Mei 2012, jutaan belia akan datang ke Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Pak Ajib.
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan hujah 'unknown'.
ReplyDeleteUMNO sudah diberikan pemimpin kuat dan masa yang begitu lama seperti Mahathir.
Kemudian Rakyat memberikan mandat yang begitu memberangsangkan pada tahun 2004 di mana BN menang 198 kerusi daripada 222.
Apa yang sudah berlaku kepada UMNO dan presidennya setelah Rakyat memberikan mandat 90% yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia?
Bekas presiden UMNO iaitu Mahathir pula yang bergaduh dengan Pak Lah angkara semua kerana projek punya pasal.
Seperti mana 'unknown' komen, cukup sudahlah dan jangan sesekali kita mempercayai dakyah palsu UMNO lagi, kononnya UMNO penegak agama dan bangsa, walhal UMNO lah sebenarnya lebih merbahaya, lantaran kekeliruan dan kesesatan yang UMNO bawa, khasnya di era UMNO kepalsuan selama 24 tahun akhir ini.
Oleh itu, jangan tak nampak tembok besar China depan mata dan janganlah berpekak dengan dentuman bom.
madeyyyyyyyy dah kata.....
ReplyDeletePRU lepas RAYA!!!....najib kena dengar!.....
gheng lama
Anon 10:27,
ReplyDeleteItu aje komen kome? Nak masuk berbahas tapi dalam kepala kome kosong! Umeno..Umeno!!!
Mahkamah sudah memperakui bahawa kerajaan UMNO BN pada hakikatnya adalah bodoh sehingga boleh ditipu oleh Tun Ling Liong Sik yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.
ReplyDeletePada masa itu kerajaan diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini terkenal sebagai GODFATHER Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan Muhyiddin Yassin juga berada dalam kabinet waktu itu.
Ini telah memberikan implikasi bahawa mereka semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri.
Jadi jangan masih berpura pura tak nampak tembok besar China depan mata dan janganlah pulak berpekak dengan dentuman bom mahkamah, ok?
Masih ingat perlantikan Abol Hassan sebagai “appointment of convenience”? Abol dilantik Mahathir semata-mata untuk dijadikan ‘pak tonggok’. Tugas si Abol cuma setakat jadi tukang pikul bakul sampah oleh Mahathir.
ReplyDeleteKhabarnya Mahathir menyapu apa juga dokumen yang berkait dengan ‘bail-out’ dan penyelewengan yang direkodkan di Bank Negara, dan Abol lah orang yang kuat memasukkan sampah-sarap ke dalam bakul sampah. Begitulah Abol Hassan tolong ‘delete’ segala rekod jenayah kewangan Mahathir di Bank Negara.
Rakyat tidak tahu bahawa semua aliran wang masuk dan keluar melibatkan negara ini dengan sistem perbankan mana-mana negara dunia akan direkodkan di Bank Negara. Rekod-rekod itu dirakam dalam komputer Bank Negara.
Sebarang dasar dan pengurusan kewangan negara adalah di bawah kawalan dan kelulusan Bank Negara. Dalam keadaan ekonomi meleset diperingkat paling kritikal dulu, berbagai-bagai masalah kewangan dialami oleh korporat milik Daim dan Kroni Mahathir dan anak-anaknya.
Peranan Bank Negara adalah “vital”. Beberapa ‘bail-out’ telah dilakukan oleh Mahathir dan Daim. Mereka berdua tidak mempedulikan konsep lumrah dalam konteks “Monetary policy dan Fiscal Policy” yang wajar. Pelbagai perbuatan yang tidak beretika dilakukan secara manipulasi.
Satu sebab kerana Anwar disingikirkan waktu itu adalah kerana beliau terlalu menyebelahi ‘kepentingan rakyat’.
Berlakulah percanggahan antara ‘profesionalisma’ cara Anwar (atas nasihat pakar Bank Negara) dengan Teori ‘Ikut Nafsu’ cara regu Mahathir-Daim yang menyebabkan ‘pertarungan belantara’ berlaku antara “Anwar dan regu Mahathir-Daim”.
Maka ‘dikukus’ lah oleh Mahathir dan Konspirator terpilihnya ‘pulut santan lemak berlada’! Kononnya, Anwar disingkirkan kerana terlibat dengan kelakuan aib!
Inilah rahsia penyelewengan wang dan harta rakyat yang selama ini cuba dikaburi dari pengetahuan rakyat.
JEMPOL,
ReplyDeleteYang tersirat ialah UMNO dan parti lain pun terlibat.
Maka, terpaksalah berlakon jadi bodoh untuk seketika waktu bagi meluangkan masa.
Yang diperbodohkan ialah rakyat. Masakan mereka dalam kabinet itu semua bodoh?
anon 12.43,
ReplyDeleteSetuju. UMNO BN ini memang hipokrit dan sangat pandai berlakon.
Rakyat sudah lama diperbodohkan dengan agenda lakonan UMNO BN.
Semua institusi dalam negara telah dilacurkan bagi memuaskan nafsu serakah UMNO BN.
Mana ada GODFATHER yang bodoh? Biasalah sandiwara mahkamah...
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteKasihan, bekas wira-wira negara jadi lembu tua jual punggung. Lembu tua ini telah disuap dengan rumput basah busuk dari UMNO.
http://www.youtube.com/watch?v=1zVUeqY5Bm0
Tidak ada lain penyangak UMNO ni, selain menari unsur lucah. Nak muntah dengan perangai busuk.
Suka hati fatwa 100 Plus Haram. Ini kes fitnah. Bolehkah syarikat 100 Plus ambil tindakan undang-undang?
Bagus lagi mereka bersenam di Dataran Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.
Apakah kita sudah lupa pendedahan oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini tentang kegiatan rasuah Umno waktu pilihan raya yang lalu?
ReplyDeleteJangan juga lupa pendedahan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid, sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang SPR melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU-12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno-BN.
Rakyat tidak harus ditipu lagi demi meneruskan kelangsungan Umno-BN.
Seorang TOK GURU Kata WAJIB Sokong UMNO
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CIfWjJve4sc
The Conspiracy
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=FPZxX9Z5rE8
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeletePertama, jutaan terima kasih di atas kesudian saudara menyiarkan ulasan-ulasan saya selama ini. Namun begitu, saya juga tak nafikan, adakalanya ketika menulis, saya begitu "emotional" ... Tak tau-la, rasa sedih dan kecewa teramat dengan segala musibah yang menimpa kita saban waktu, dan akan terus kita rasa sepanjang tempoh virus-virus ini tak dihalau keluar dari singgahsana mereka. Juga, terima kasih di atas sokongan rakan-rakan di atas ulasan ini; apapun, saya hanya mengutarakan pendapat, justeru, jutaan ampun maaf andainya kedapatan yang tersinggung. Harus kita insafi, kita boleh jadi terlanjur dalam apa juga tindak-tanduk, khasnya tutur kata, sehingga kedapatan seorang jahil sanggup menuduh seorang ulama soleh "bapa kafir", tapi masih tak insaf juga ...
Dalam hal ini, suka saya fokus kepada dakyah golongan anjing kejar bayang-bayang ini akan nasib rakyat bawahan yang terdiri daripada orang kurang upaya (bukan orang kuat UMNO), fakir miskin, anak yatim, saudara baru dan mereka yang dilanda hutang lantaran dasar kapitalis melampau ini. Tak payah banyak cakap: Umpamanya, dari perspektif golongan kurang upaya penglihatan sahaja, majoriti kami, khasnya yang tinggal di KL, masih menderita dengan terpaksa berjaja dijalanan menjual "tissue paper", menjadi pemuzik jalanan, malah, di kalangan geraduan kami aja, masih belum lagi diberi layanan sewajarnya. Balik-balik, jadi "telephonist". Kalau ada pun yang dapat jadi cikgu, berapa kerat benar; apatah lagi beroleh jawatan setaraf kelayakan seperti pensyarah ... Nah, transformasi apakah ini? Bagaimana pula dengan penguatkuasaan berat sebelah sesetengah agensi agama di bawah naungan kerajaan yang semberono memotong bantuan bulanan Baitulmal dan kedapatan yang melengah-lengahkan pemberian zakat kepada asnaf, konon atas sebab-sebab yang mereka pandang menasabah? Terbayang tak kita semua, hari ini, gaji di bawah RM1,000 serupa dengan golongan yang hanya dapat gaji berpuluh aja suatu ketika dulu, atau petani di kawasan pedalaman? Malah, kadang-kala para petani dan nelayan itulah yang jauh lebih mewah, sedangkan menteri dan keluarga boleh enjoy suka hati kat luar negara, angkut intan permata dan disalutkan pada isteri dan anak perempuan tanpa tutup aurat, kemudian tabur sekian jumlah supaya kita "bersyukur" kepada mereka sebagai "penguasa yang maha segala"?
Lantas, atas rasa prihatin dan sebagai seorang yang juga sedang diuji-Nya dengan kesempitan, marilah kita bersama lupakan trillionan macam perbezaan pendapat yang remeh-temeh demi menyelamatkan agama, negara, masyarakat, bangsa, keluarga dan maruah diri daripada terus dicabuli lagi diperkosai. Ingatlah, sejarah kerajaan Saba' Yaman pernah mendapat jolokan dalam Al-Quran sebagai "Negara Berkebajikan Dan Beroleh Ampunan-Nya". Oleh itu, insha Allah, tak mustahil ianya akan terjadi walau memakan masa, kerana setiap perjuangan, kalau dapat menang mudah, tak sedap; ibarat makanan, kalau tak bergaram, berasam, bercili, ..., tawar hambar, kan?
Terima kasih.
Uncle Aspan Alias,
ReplyDeleteSaya ini mahasiswa UPM. Saya berada bersama 65,000 orag himpinan di Bukit Jalil 11 mei lepas. Kami diangkut dengan bas-bas yang telah disediakan untuk kami. Saya pergi walaupun saya akan ikut keluarga saya mengundi PR dalam parlimen Bukit Katil, Melaka. Adik saya di UITM juga datang bersama. Saya penyokong PAS dan adik saya penyokong DAP.
'unknown',
ReplyDeleteBahasa yang digubalkan begitu lunak dibaca. Mesej yang ingin disampaikan begitu mudah meresap. Tahniah!
Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat perjuangan kepada kami yang membaca.
Insya Allah, dengan usaha daripada setiap hati yang tergerak, Negara Berkebajikan akan beroleh ampunan Nya dan menjadi realiti.
sknb UPM,
ReplyDeleteminta maaf kerana mencelah. hukum bersekongkol oleh Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CIfWjJve4sc
UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM ISLAM
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=DfW-P6ZROHs&feature=related
Kenapa masih ada ahli UMNO masih tetap sokong UMNO?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=CgSO7INI7c8
org melayu tidak akan bersatu..selagi ada UMNO..kerana nama umno itu sendiri mencerminkan perpecahan melayu..
ReplyDeleteUMNO..United Malay.....NO
Melayu Bersatu...TIDAK
Ada makna ..apa erti itu UMNO
Bristish tidak Bodoh..sedarlah melayu..tinggalkan UMNO
Kerajaan yang membenarkan arak dan judi, kerajaan itu syaitan!
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=xHrgzdC8Ofk&feature=related
Akibat Islam terhina, Allah hantar askar selama 15 minit
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=PfSOiy-Bl00&feature=relmfu
Saya setuju UMNO buat perhimpunan sekali lagi. Kalau boleh semua ahli dan penyokong UMNO Yang hadir perhimpunan tu nanti semuanya buat senaman punggong. Bontot elok hala ke rumah Ambiga. Kalau boleh warnakan bontot tu ala ala lubang meriam..mesti dahsyat dan gempar punyer.
ReplyDeleteWow..hidup UMNO! Hidup UMNO! UMNO BOLEH ! UMNO BOLEH SENAMAN PUNGGUNG!! Uhuk uhuk uhuk! Pemenang Anugerah Filem lucah terbaik tahun ni pasti dari UMNO BN !