Nampaknya UMNO semakin hari
semakin parah nilainya, sebagai manusia yang disebut oleh agama kita
sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan. Manusia dari apa keturunan dan agama
sekali pun, mempunyai nilai budaya dan cara dan amalan hidup seharian yang baik,
sejajar dengan kedudukan mereka sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
Masing-masing mempunyai gaya
cara hidup masing-masing dan berlandaskan kepada budaya dan agama
masing-masing.
Apa yang dilakukan terhadap
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di masjid Kampung Sungai Darah,
Ijok, baru-baru ini melambangkan budaya dan adat sebagai bangsa Melayu yang
beragama Islam dinodai dengan terang-terangan. TS Khalid dimaki hamun oleh
penduduk di situ yang merupakan penyokong UMNO tegar serta menghalau TS Khalid
dengan parang dan pisau. Apa yang dilakukan oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini
adalah di luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Adat bangsanya tiada,
agamanya pun tiada.
Tidak sedap jika hendak kita
sebut yang sesiapa yang tidak ada agama dan tidak ada cara hidup seperti
manusia itu adalah haiwan. Yang membezakan manusia dan haiwan itu tidak banyak
unsurnya. Hanya akal fikiran sahaja yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia
diberikan akal fikiran sedangkan haiwan tidak ada unsur itu.
UMNO sepatutnya mendidik
ahli-ahli dan penyokongnya menjadi manusia yang beradap dan bersopan mengikut
batas-batas yang telah ditetapkan oleh bangsa, agama dan bersandarkan kepada
disiplin syarak yang tinggi. Apatah lagi semasa kejadian itu Menteri Besar sedang
berhenti untuk melakukan interaksi dengan rakyat yang sedang mengadakan korban.
Jika sikap mereka yang melakukan
kerja hina itu terhadap Menteri Besar pilihan rakyat itu elok kita bertanya
samada kita boleh nampak perbezaan dengan haiwan yang dikorbankan itu dengan
mereka yang melakukan kerja yang hanya tergamak dilakukan oleh haiwan? Bagi
saya memang tidak ada bezanya di antara mereka yang mengorbankan haiwan korban
itu dengan orang yang mengorbankan lembu-lembu ternakan itu. Pendeknya yang
mengorbankan dan yang dikorbankan itu sama sahaja darjatnya.
Dalam posting saya yang sebelum
ini saya telah menyebut tentang kesihatan pemimpin. Pemimpin yang sihat itu
adalah mereka yang berkemampuan untuk melawan nafsu daripada melakukan kerja yang
ditegah dan dicegah oleh agama dan Rasulnya. Tetapi dengan apa yang dilakukan
oleh penyokong BN terhadap seorang Menteri Besar itu adalah kerja orang yang
sudah tidak sihat pemikiran.
Kita semua tahu orang yang
mengejar dan menghalau orang lain dengan parang serta senjata tajam itu hanya
dilakukan oleh orang yang tidak siuman atau orang gila. Itu sebabnya kita
adakan hospital orang gila di Tampoi dan Tanjung Rambutan untuk menahan dan
mengubati pesakit-pesakit jiwa ini sehingga mereka sembuh. Rakyat telah
berbelanja begitu banyak wang untuk membina pusat-pusat rawatan orang sakit
jiwa ini.
Itulah sebanya kita tidak boleh
berfikir panjang lagi kali ini dan kita sudah berwajib untuk memasukkan mereka
dari penyokong-penyokong parti yang sedang memerintah ini ke dalam wad-wad pesakit
jiwa. Tetapi malangnya tidak ada pula peruntukan untuk membina pusat-pusat ini
di dalam bajet tahun hadapan yang dibentangkan oleh Najib Razak pada penghujung
bulan September yang lalu. Saya mencadangkan supaya setiap negeri di negara ini mempunyai satu cawangan hospital sakit jiwa ini kerana penyokong-penyokong UMNO yang menghidapi penyakit ini ada di setiap negeri. Mereka boleh mengadakan mesyuarat agong tahunan di hospital-hospital ini.
Saya mencadangkan kepada kerajaan
supaya membentangkan ‘supplementary budget’ di Parlimen untuk mendapatkan bajet
membina pusat-pusat orang sakit jiwa ini. Ini adalah perlu kerana di akhir-akhir
ini terlalu ramai manusia yang sedang menghadap penyakit sakit jiwa dan hampir
keseluruhan yang menghidapnya adalah dari penyokong-penyokong UMNO di seluruh
negara.
Kita takut jika terlalu ramai
rakyat yang sakit jiwa ia akan membantutkan pembangunan insan dan manusia
seperti yang disebut setiap ketika oleh pemimpin UMNO, sedangkan hampir keseluruhan
yang sedang menghidapinya adalah dari penyokong-penyokong mereka sendiri.
As Salam Tuan AA.
ReplyDeletePenyokong UMNO tegar/upahan yang bertindak biadap tersebut memang dilahirkan dari "rahim khinzir". Boleh juga ditamsilkan sebagai anjing gila. Mereka ini akan mengigit tangan manusia lain yang akan cuba membantu mereka dari kesengsaraan dan kezaliman.
Sebaliknya mereka akan patuh dan mengikut sahaja apa kemahuan dan kehendak "Tuan" mereka yang selalu menipu dan tidak-henti-henti menzalimi mereka.
Mereka ini langsung tidak sesuai dilahirkan sebagai Melayu atau Islam sekalipun, selayaknya dilahirkan sebagai pengembala lembu di negara Sudan.
- Biasalah parti umno bn, bila tak dapat kertas undi mereka suka penyokong2 mereka ini memaki hamun dan pangkah menggunakan pisau,parang dan sewaktu dengannya.
ReplyDelete- Mengaku negara Malaysia selamat dan maju, bangsa melayu yang bersopan dan berbudi bahasa, islam sebagai agama rasmi dan pencapaian diutamakan tapi keadaan sebenar yang berlaku adalah tak berubah seperti dizaman batu.
- Perangai penyokong2 tersebut mencerminkan mentaliti pemimpin yang memimpin mereka.
- A.B.U
Apapun yang berlaku MEDIA Mereka tetap mengambarkan Parti Lawan mereka sebagai perkauman, anti bangsa, anti agama, kurang ajar, keras dan kasar, kurang sopan, ganas dan hodoh!
ReplyDeleteMEDIA mereka adalah syaitan berupa manusia!
ARA
Salam buat semua,
ReplyDeletePeringatan buat diri saya dan semua.
Teringat di dalam surah Al-A'raf Ayat 179, orang yang tidak menggunakan akal, memejamkan mata dan memekakkan telinga apabila sedang melihat kesesatan, penganiayaan, kezaliman, kemungkaran dan masih terus membelannya selain mempermainkan kata-kata membela, maka inilah golongan binatang bahkan lebih sesat dari binatang. Hati dan jiwa mereka2 ini kosong setelah telah diperhambakan syaitan dan hawa nafsu untuk mengejar yang sedikit berbentuk pangkat, wang walaupun sehebat wang Mahathir/Lim Goh Tong/Naza yang kemudiannya akan merosakkan keturunan dan manusia disekeliling mereka.
Ingatlah bahawa mati itu sewaktu-waktu, azab neraka amat pedih dan janji Allah itu jelas. Janganlah menjadi golongan manusia yang telah sesat dengan menambahkan dosa untuk menyesatkan orang lain.
Baru2 ini seorang penyanyi telah disebab 10 rotan. Pengalamannya menyatakan seperti tercabut nyawa dan seminggu tidak boleh tidur. Mengingatkan diri ini bahawa dineraka nanti, api yang membakar diri berwarna hijau, biru, merah dan hitam. Panasnnya amat panas berganda melebihi kepasan api dunia. Namun kuasa Allah, manusia dan jin yang dibakar tidak hidup dan tidak mati menahan kesakitan sama seperti kita mengalami kemalangan dan cedera walhal kaki telah terkoyak melihatkan isi yang putih(Surah Al-A'laa Jzk 30).
Hidup tanpa pedoman yang hak adalah ibarat bahtera yang tidak bernakhoda, terumbang ambing dipukul badai yang akhirnya hancur berkecai.
Kehidupan ini ibarat membina istana pasir yang tidak dapat kita cagarkan untuk melepaskan diri dihadapan Allah nanti. Lihat sahaja taufan sandy yang berlaku diUS. Janganlah kita kata itu fenomena alam untuk mengkufurkan diri kerana sehelai daun kering yang gugur dimuka bumi ini adalah didalam pengetahuan, keizinan dan kehendak Allah SWT.
INSAN YANG ALLAH TERIMA DIAKHIRAT KELAK ADALAH insan yang dibekalkan petunjuk yang benar, ilmu yang benar, amalan yang benar. Semuanya mesti didalam ruang lingkup Al-Quran dan As-Sunnah. Terlepas dua faktor tersebut, maka terlepaslah kita peluang untuk memasuki syurga selama-lamanya walaupun kita menyatakan kita ini Islam, diazab dan kemudian akan dimasukkan kesyurga juga. Ini tidak benar dan pembohongan belaka. Dalilnya adalah Surah Al-Baiyinah. Ingatlah yang masuk syurga itu adalah satu dalam seribu manusia. 1 hari disana bersamaan 1,000 tahun di dunia. Ini adalah benar dan hak. Misi kita amat jauh untuk kita kenalpasti tetapi nyawa semakin hampir kebatang halkum. Dihari2 mendatang, mungkin kita, anak, isteri ibu atau bapa kita akan meninggalkan kita. Boleh harta yang kita miliki itu membeli nyawa japawannya adalah mustahil.
"Anak Turun Adam"
Untuk pengetahuan Tuan Aspan kerajaan telah membina hospital sakit jiwa yg baru di Tampoi bernilai RM1 bilion utk persedian jika BN kalah nanti maka ramailah org umno/bn yg menjadi gila atau mengaku gila dari didakwa dimakamah kerana rasuah, salah guna kuasa dll.
ReplyDeleteHospital ini antara yg tercanggih di ASEAN, siap dgn kondo dan pelbagai kemudahan bertaraf 4~5 bintang utk kemudahan bakal pesakit. Pendek kata bertaraf mewah bukan hospital biasa dan salah satu cara umno/bn perhabiskan duit rakyat utk bagi projek kpd kroni.
Apakah 3~4 juta rakyat Malaysia mengidap sakit jiwa itu benar atau mereka itu semua penyokong umno?
umno & penyokongnya semakin gila?
Kita tolak org yg gila dari terus menghuni Putrajaya.................
Salam..Sdr AA n Sahabat2...
ReplyDeleteBagaimana tingkah laku pemimpin begitula tingkahlaku didikan pemimpin..klu pemimpin yg sakit jiwa memimpin maka x hairanlah hasil didikan sebegitu juga...Maruah bangsa melayu apalagi beragama Islam telah hilang d sbbkan kebendaan dan tipuan pemimpin UBN..sudah x kenal yg mana berpahala yg mana dosa...yg mana moral yg mana noda...Ya ALlah selamatkan lah kaum ku yg x mengetahui ini...berikan petunjuk dan hidayah kpd mereka semoga mereka kembali ke jalan yg lurus AMIN..
-hmkaziz-
itulah mentaliti UMNO.....
ReplyDeleteSape menteri pengangkutan??? Dato' Seri Kong Cho Ha..lu manyak bodoh punye olang...sape pengarah JPJ??? Datuk Solah Mat Hassan..kecik kecik tak mampus..dah besar menyusahkan rakyat malaysia..
ReplyDeletepegi belajar mengenai AES di amerika,new zealand,australia atau jepun..bagaimana mereka lakukan tanpa menyusahkan rakyat..
Saya dah kene saman AES,adik saya pon kene,bapa saya pun kene AES dengan kelajuan 80km di putrajaya..hari pasang camera AES..harini juga pasang papan tanda had kelajuan..kan banggang punye keje..kami sekeluarga seramai 18 org termasuk ipar org berpakat tidak akan mengundi calon BN dlm pru nnti..kasi ajar pada kerajaan..jgn senang senang nk kenekan rakyat...
The political environment is extremely toxic and unhealthy, even for ordinary people.
ReplyDeleteThere are a lot of mentality sick people but they do not know it.
Many good, capable and responsible leaders are needed to take the unnecessary mental stress and anxiety off the ordinary people.
Human decency is about letting ordinary people live their ordinary lives.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSepanjang tahun2 2000 sehingga beliau meninggal dunia pada awal tahun 2007, Allahyarham Cikgu Abdul Kahar Ahmad dari Muar banyak memberi saya gambaran para2 pemimpin umno (baru) dan ke mana parti itu menuju. Terlalu banyak perkara kebetulan dan kebenaran yg telah dilihat berlaku!
Bab 'sakit jiwa' ada disebut dan jiwa yg amat tertekan akan bertindak diluar batas kemanusiaan jugak diperkatakan. Inilah yg sebabkan saya rasa meremang bulu tengkok bila ingatkan pengakhiran parti itu dan apa akan berlaku kepada kita jika terheret sama dalam kancah mereka2 yang sakit jiwa ini.
Mereka sudah terlalu hampir dengan lubang gelap lagi hitam kerana kepandaian akibat mainan sendiri!
Sekian,
Gheng lama
Apa yg berlaku di Ijok ke atas MB Khalid, kita boleh bayangkan siapakah gerangan yg baling batu dan sembunyikan tangan?. Bebudak-budak itu budak Kuala Selangor dan Tanjung karang. Siapa MP kawasan itu ? Saya tahu sdra pembaca blog AA boleh menganggak siapa kerja gerangan ni? Dia memang terkenal tektik begini!Perbuatannya tentu mendapat restu dg senyuman dari Mamak Malbari mahadday,Daim dan Najib kita
ReplyDeleteBebudak yg histeria area Selangor akan kembali normal apabila PR mengembalikan modal insan.Percayalah !
bot Noh tersadai
Jgn sampai parang dan pisau ditangan 'makan tuan'!!! Darah tua penuh kesabaran, darah muda penuh gelora... Dulu kat Perlis ada grup Gagak Hitam belaan Ex-MB, tp dah diputihkan... jgn la kat Selangor nak jadi gitu jugak ek!!!
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTerima kasih. Satu lagi pendedahan terkini ... Takziah kepada Tan Sri Khalid; kami begitu simpati dengan Tan Sri, dan semoga mereka yang menzalimimu akan dibalas sewajarnya oleh Yang Maha Segala, insha Allah. Justeru, teruskanlah perjuanganmu serta jemaah PR demi keadilan dan kebaikan bersama kepada agama, negara dan bangsa tercinta ini. Tidak lupa, jutaan tahniah juga kepada rakan-rakan pengulas yang senada bertegas mengutuk kejadian hina sebegini.
Pada kesempatan ini, apa kata, kiranya kita menyelungsuri laman Harakah Daily, dan perhatikan analisa politik Dato' Yahya Lampong: "Sistem politik BN: Komunis atau demokrasi". Semoga kita sekalian akan lebih memahami menerusi analisa itu, punca sebenar segala kerosakan dan kemusnahan yang sedang kita saksikan, insha Allah.
Selamat membaca, terima kasih dan salam jihad.
Saya bukan ahli Umno tetapi kalau saya ada di situ, mahu saya lapah-lapah pelawat pengkhianat bangsa itu.
ReplyDeletenak lapah apa theprofessor??? pengkhianat bangsa??? sapa pengkhianat sebenarnya? dah bg air percuma, dikatakan pengkhianat. tp guna duit rakyat beli cincin RM24juta hang kata pembela bangsa... apa bodo punya orang.
Deletetheprofessor ni sama la mcm professor kangkong-kongkang yang lain. anda kenal ramlah adam atau zainal kling? hang tu setaraf diaorang kot, ilmu dilongkang. buat malu ja mengaku professor.
kalau ada berani mai la lapah... kita tengok tulang sapa kena buat sup, otak sapa kena buat masak lomak cili api resepi kola pilah... mai la!!! C4 pun kami tak takut, ini kan pisau lipat seposen tu... tuihhhhhh
http://www.shoah.org.uk/?s=saudi+crypto+jews&x=0&y=0
ReplyDeleteanwar look so young and hensem back then, in this palestinian blog :-)
Assalamualaikum Saudara Aspan,
ReplyDeleteAset Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi
Tuan Aspan
ReplyDeleteTiada apa yg pelik dengan sikap UMNO ini malahan ianya sudah berjangkit pada parti parti lain. Jika dulu, kita hanya dapat dengar bahasa serta perlakuan kasar dari ahli UMNO namun kini ianya sudah menjadi kebiasaan apabila berbicara bab politik tanpa mengira parti apa yg mereka sokong.
UMNo hina anwar dan khalid maka marahlah tuan dan rakan rakan tuan. Apabila tuan dan rakan rakan tuan hina najib dan muhyidin maka marahlah org2 UMNO.
Cubalah berbeza dari UMNO. Komen2 rakan rakan pembenci UMNO dalam blog tuan ini saling tak tumpah macam komen2 pendokong UMNO cuma subjek yg dicemuh sahaja berbeza.
Saya setuju dengan tuan tentang sakit jiwa nya mereka yg halau MB Selangor itu. Politik menghancurkan jiwa mereka. Semoga jiwa tuan dan rakan2 sealiran dengan tuan tidak turut hancur angkara politik.
Setuju dengan komen "Ibni Ismail".
ReplyDeleteDah lama tak muncul "tahi sembelit" UMNO ini. Bila terlalu kuat Najib meneran maka terkuncil keluar juga lah ia...
Nak tanya sikit "tahi sembelit" UMNO kat atas tu? Sejak bila Anwar dan PR menjadi parti pemerintah negara dan sejak bilakah mereka ini menzalimi dan menindas kamu?
Nak dilihat "neutral" konon, bercakap biarlah bijak sedikit....
Bezakan mana parti pemerintah (selama 55 tahun) dan parti yang sentiasa membetulkan pemerintah (pembangkang)... Ibni Rosmah#
Ibni Ismail,
ReplyDelete"UMNo hina anwar dan khalid maka marahlah tuan dan rakan rakan tuan. "
Apakah tuan bermaksud penghinaan yang diterima oleh Anwar/Khalid itu sama dengan penghinaan yang diterima oleh Najib/Muhyiddin? Astarfirullah, jika tuan bermaksud demikian.
Anwar dihina dengan tuduhan liwat 1 & 2, dengan disebar video yang dibuat sendiri oleh Dato1 T, dibaling dengan kasut di dalam masjid,dituduh mempunyai hubungan dengan isteri Azmi dsb.
Khalid Ibrahim di halau dengan parang oleh budak-budak samseng UMNO baru.
Seterok mana pula Najib dan Muhyidin dihina? Najib dituduh tidak cekap, terlibat dengan pembunuhan altantuya oleh dua pengawal peribadinya, menerima duit sogokan pembelian kapalselam scopene semasa menjadi menteri pertahanan, dituduh lemah dan tidak cekap memerintah, menanugerah projek MRT kepada kroni beliau George Kent Bhd, mengguna wang kerajaan untuk majlis pertunangan anak beliau...
Muhyidin? Saya tidak ingat apa-apa yang signifikan mengenainya kecuali satu kes bersongkol dengan syed mokhtar semasa menjadi MB johor dulu.
Adalah ini menghina dan tahap penghinaan kepada najib/Muhyidin ini lebih dasyat dari penghinaan yang dibuat keatas Anwar?
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteTrend sakit jiwa berleluasa kini.
Saya teringat kata2 TS musa assan beberapa bulan sebelom dibersara (tak dapat sambung kontrak) dia kata akan berlaku dua letupan di dua kuil, angkara pelampau agama!
Sakit jiwa umno akan terserlah juga saya kira.
Sekian
Gheng lama
Salam. .sudah bosan dengan kebiadapan dan keangkuhan pemimpin atasan terutamaya menteri di atas undang-undang. .bila menteri umno angkuh dan bermaharajalela. .puak2 bawahan dan murahan ini sudah tentu tiada pegangan hidup. .yg di atas hanya gelak berdekah melihat puak bawahan mengila hanya dengan sedikit upah yg barangkali lepas belanja sehari...itulah nasib melayu di hujung episod umno ini. .
ReplyDeleteHospital jiwa utk pemimpin umno bukan penyokong je.
ReplyDelete