Najib masih menyanyikan lagu lama
dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-katanya
pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata
dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib
terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan
pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan
rakyat.
Najib masih meminta rakyat
memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO
khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau
yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan
kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan
akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini
sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya
tahun 2020 nanti.
Najib mengambil Amerika Syarikat
(AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada
pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini
dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan
pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai
termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau
sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan
perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.
Di antara Parti Republican dan
Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir-gilir mentadbir negara
kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya
tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W. Bush dan George Bush (senior) adalah
dari Republican. Tidak tahukah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama
adalah dari Demokrat? Rakyat
AS telah menukar parti-parti
memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.
Sebaliknya di negara kita, Tunku
Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan
sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah
melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai
contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini
dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.
Rakyat AS ada sebab untuk
mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah
pentadbiran kita di Malaysia
ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua
selepas Clinton
dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali
kedua berturut-turut. Selain daripada itu, setiap Presiden dari parti Demokrat hanya
mentadbir satu penggal sahaja.
Oleh itu Najib tidak perlu untuk
menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan
sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi ‘double Standard' kerana UMNO
selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai
sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita
tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri.
Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden
buat penggal kedua?
Najib patut bergantug kepada
kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk
menjadikan Obama sebagai ‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu
perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan
buah epal dengan bacang.
Di antara buah epal dengan buah bacang
amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh dihidu
dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita.
Najib boleh ke kekalkan kuasa kalo BN menang nanti? Mahadeyy kan dah siapkan anak dia Mukrizz berserta Perkasa mahu halau dia dari kerusi Seri Perdana tu!
ReplyDeleteSejak konvensyen umno (baru) di Johor dua tahun lalu, geng Muhideen sudah cabar dan berlaga dgn geng Ghani-Hisham yg pertahankan Najib! Dan kini poster Muhideen hendak gantikan Najib SEBELOM PRU 13 sudah bersepah hingga ke Kedah!
Nampak sangat Najib akan hancur dihalau oleh juak2 Mahadeyy.
Jib, kat Amarika Obama bole menang sbab kat sana takde mamak laaaa! Kat sini sori laaa yerrr, berlambak! Walau kami melayu, tak larat laaa kami nak bantu kamuuu!
Tobat weii, walau kami melayu tapi kami bukan bernaung dalam parti kuno umnoooo
Jangan marah yeeerr
Hahaha!
Obama was elected by the Americans twice
ReplyDeleteNajib has never been elected by the Malaysian people
The last time Malaysians went to the polls they elected the govt headed by Badawi
Perhimpunan Agung Umno ni kita tengok Round ONE mereka bergaduh!
ReplyDeleteRound kedua bila Najib umumkan nama calun!
Round ketiga lepas keputusan PRU diumumkan!
(Jangan lupa statement budak Mahadeyyy si Musa, akan ada dua letupan tu, angkara kerja2 fanatik agama!)
Aspan, Obama menyerahkan borang menjadi anhli UMNO kepada Najib semasa berjumpa di persidangan ASEAN semalam.
ReplyDeletePerbandingan Najib dan Obama jauh api dari semanggang.Najib dibawah pengaruh Ma'atdeyy tidak boleh menerima 2 parti system.BN mau kontrol segalanya.
ReplyDeleteCakap berapi-rapi di semua TV di Malaysia.Bila Anwar cabar berdebat Najib jadi kecut! Obama berani berdebat tapi Najib ya...rabbbii....lidah Najib kelu.lidah Najib kemerahan-merahan itu pun jadi pucat...Datuk nenek moyang Jib...daeng Parani tentu marah.
Najib terikut-ikut dg bau bacang Ma'atdeyy...selalu mengungkit-ungkit konon kerajaan BN telah menolong rakyat.
Bila ditanya knp Ma'atdeyy selaku penasihat Petronas
memberi projek berbilion kpd anaknya.....Ma'atdeyy senyum dg menjawab ya kah?Perangai Ma'atdeyy mamak ni memang suka mengungkit.Dia ingat itu duitnya.Ma'atdeyy lupa duit itu duit rakyat!.
Gunung Keyang
Quote :
ReplyDeleteBrown's (Gordon Brown) never been elected by anybody. I'm supposed to be in a country where I get the chance to elect someone and I'm around here at the most dangerous of times led by a man who's never been elected. You've gotta be elected. A political party that's in too long is like a piece of meat - if it's there too long it will go rotten and they've gone rotten and they've gotta go.
Michael Caine, Hollywood Star. Acted as batman's butler, Alfred Pennyworth in 'The Dark Knight Rises.
NAJIB SEDANG MEMASTIKAN DIA AKAN DI NOBAT SEBAGAI PM. 100,000 PATI AKAN MENGUNDI.
ReplyDelete- Mungkin kerana pemberian BR1A oleh presiden Obama sebelum pilihanraya telah berjaya mengambil hati pengundi untuk memangkah parti demokrat....ABU
ReplyDelete- Tapi sungguh menghairankan bin ajaib di Amerika kenapa semua parti dapat liputan sama rata media massa....ABU
- Rakyat Amerika tidak kisah kalau negara mereka hendak berperang dengan mana-mana negara didunia ini sebab tahu duit rakyat memang digunakan untuk berperang(duit digunakan dengan betul) dan bukan untuk memakmurkan kroni@pemimpin parti yang memerintah....ABU