17 November 2012

Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk ke Putrajaya

Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU diadakan jika pilihanraya benar-benar akan diadakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk diikuti dan ditarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.

Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dokongan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.

UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah dicuri secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah di peringkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.

TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.

Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.

TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.

UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.

UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar-kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka.

Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara ‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk diselesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.

Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.

Sempena muktamar ini juga telah diadakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di Stadium Sultan Mohamad ke-4. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa diadakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.

PAS yang difahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu ‘ambience’ politik yang baru itu.

PR akan membuktikan yang mereka lebih baik daripada pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik daripada BN.

Seperti yang saya sebutkan selalu, ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional’. Yang ‘perfect’ hanya ada pada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja.

18 comments:

  1. Sauadar AA dan bloggers

    And I say 'Amen' to your comment. God willing, the march to Putrajaya by PR will come true. Let the light prevail over the darkness.

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  2. Allah bersama2 yang yang sabar dan dizalimi.Umno dah tinggal nyawa2 ikan yang berni buat kacau orang upahan saja , kalau orang upahan telah dibayar dan tengok gelombang PR terlalu kuat dan besar mereka akan lari lintang pukang kerana duit dah dapat buat apa susah2 lagi.Menteri2 dah lari dan kroni2 juga dah lari sebelum hari ngundi lagi jadi jangan takut bila pertembungan orang nakkan dunia dengan akhirat orang nakkan akan lari dan kalah.Orang nakkan akhirat kalau mati ianya mati syahid jadi orang umno nakkan dunia sanggup ke mati untuk dunia .Brahim anak lelaki ali dari Perkasa tu suara sahaja bolih harap tapi letakkan barisan depan mampus dia tak berani .Den kona Brahing Ali korano junior den diITM dulu tu nak namo tapi pongocut cuma harapkan cakap berapi2. Cuba lucutkan dia dari Perkasa habislah platformnya dan dia akan tubuhkan Ngo baru asal bolih berucap.Wahai sahabat pejuang dari pas,pkr dan dap jangan goncang menghadapi umno kerana mereka tu ruh dan jasadnya lebih kpd wang ringgit untuk enjoy tak sanggup untukberkorban berhabishabisan?Wallah hu alaam

    ReplyDelete
  3. I like to believe it happen after all these years but it is far fetched.You cannot beat the BN machinery and their past performances. Further within your pr you need to have that solidarity like BN has.Prove me otherwise then i will be with you else i stick to what i know best for the majority rakyat.Different ehh..?

    ReplyDelete
  4. Salam 2all,
    I wish that PR all the best..keep up the fire

    ReplyDelete
  5. Selagi tiada isu yang menggembirakan DS Najib. Selagi itulah dewan tak dibubar. Antaranya isu mykad diberi kepada pendatang asing masih belum mencapai sasaran.

    ReplyDelete
  6. Hati-hati dg UMNO! UMNO is a bad loser! Siapa yg mencipta 13 Mei 69 ? UMNO terdesak.Apa sj boleh berlaku.Jangan terkejut! UMNO boleh mengamuk! Pelbagai tektik akan digunakan org yg desperados.

    Tambahan pula UMNO akan kehilangan POWER.UMNO akan mencipta ahli " Phantom Voter" utk UMNO menang.

    UMNO akan tabur wang bukan sj RM 500 malah lebih dari itu.

    Lebai-lebai UMNO akan menggunakan alquran bersumpah oleh PENGUNDI PRU 13 mengundi UMNO shj.

    Jalan terakhir akan berlaku kacau bilau.Kerajaan akan mengistiharkan MAGERAN.UMNO akan berkuasa semula!

    Sama-samalah kita berdoa kpd ALLAH semuga ditunjukkan jalan benar kpd Rakyat Malaysia!

    Keyang Dot

    ReplyDelete
  7. After seeing those photos of the PAS event, Najib immediately went home and wept uncontrollably on his wife's buxom. He had to be comforted with his favourite soft toy and a cotton candy and of course, his comforter rubber teat.

    ReplyDelete
  8. Wahai anon 16:20 @ Kampong man,

    Saya cadangan guna nama Ainon, ayu gitu!

    Sekian,

    Gheng lama

    P/s - tak bawak angka 140 utk BN? Tulisaa, usah malu bro!

    Ahakks!

    ReplyDelete
  9. Anon 16:20:00 GMT+08:00

    Tak payah la nak switch side. Anda berjiwa BN luar dan dalam. BN lah yang paling sesuai untuk anda.

    BN amat memerlukan setiap sokongan yang ada dalam keadaan sekarang kerana jika anda tidak menyokong BN tidak mustahil satu hari ini, pemimpin No.1 BN adalah melayu keturunan Indon atau Melayu keturunan bangla atau myammar.

    Anda perlu berada dalam Bn terutama UMNO bagi mengekalkan pemimpin No.1 adalah rakyat malaysia atau melayu tulin.

    Lagipun PR tidak memerlukan sokongan dari individu seperti anda.

    ReplyDelete
  10. latest news : Anwar nampaknya akan m enerima hukuman kerana hakim mahkamah berat sebelah.Peguam Anwar minta bukti dan saksi tapi tidak dibenarkan dalam konspirasi politik liwat. Inilah permainan UMNO utk menentukan PR kalah.


    Jerlun Tok Kepak

    ReplyDelete
  11. Semua parti di malaysia berebut untuk menawan Putrajaya...dan bn dalam keadaan nazak,sehingga najib mengistiharkan pru 13 adalah hidup dan mati umno...adakah kita sedar kawasan putrajaya dahulu di kenali sebagai PERANG BESAR..dan apa yg ada di putrajaya?? selain dari pusat pentadbiran negara,putrajaya mempunyai banyak koleksi bangunan berunsur ILLUMINATI..jadi parti di malaysia merebut kelebihan ILLUMINATI..jadi tidak hairan lah hadi awang sanggup menjadi khadam di putrajaya..dan siapa lah Anwar??

    ReplyDelete
  12. Kerabat jin si Anon 13:04 ni sebenar2nya geng kecut telr umno (baru)/BN yg sudah sedar nak kalah dan terlepaslah kuasa pusat di putrajaya.

    Dia sebenar2nya JUAk ILLUMINATI tulin yg memang anti kebenaran dan sebetulnya yg mendapat menafaat dari si penjerut leher dan peminum darah rakyat!

    Sekian

    Gheng lama

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan,

    Bila saya berpeluang berjumpa rakan-rakan dalam UMNO ketua cawangan serta AJK saya akan menasihati mereka jika anda membaca UTUSAN maka baca-lah dengan terbalik. Scenerio ini saya sudah mulakan 15 tahun yang lalu..

    Walaubagaimanapun untuk berlaku adil saya juga menasihati mereka jika membaca keputusan nombor ekor jangan pula membaca akbar itu terbalik..

    Zuki Ahmad

    ReplyDelete
  14. Tuan ,

    PAS akan lebih dominan dari UMNO ? Mendapat setengah dari 70 kerusi pun dah sangat amat baik saya rasa.Man mungkin .Fakta mana yang tuan dapt ni ?.Ramalan saya berbeza pulak.Dengan isu Nurul,isu mendoakan kehancuran sesama ummah kerana terdesak mahukan kuasa ,isu hudud yang belum pun kesampaian hingga ke hari ini.Nah sekarang Hadi pulak mahu menjadi PM.Boleh ke ? Mungkin hanya di Kelantan dan Kedah di negeri lain ELEK !Di negeri kami Pahang jangan haraplah. Nah silakan .

    ReplyDelete
  15. Anon 9:41,

    Umno (baru) sedang terdesak nak guna isu agama terhadap Pas dan PKR dan guna Isu hudud oleh rakankongsi mereka MCA utk laga2kan Dap dengan Pas?

    Umno (baru) sudah terlalu lama abaikan isu agama tetapi nak guna Isu agama dalam keadaan terdesak?

    Anon, ko ingat Allah swt tak perasan kerrrrr?

    sekian

    Gheng lama

    ReplyDelete
  16. Setahu aku umno tak pernah pun terdesak.Cuma fikiran anda yang terdesak hendak menguasai Putrajaya kan ?.Bayangkan muktamar PAS diadakan di Johor bagaimana agaknya PAS boleh menang banyak kerusi di Johor ?.Tak mungkin kan ?.Agak agak berapa lah kerusi pr boleh menang ?.Agak jangan tak agak yer.. Janganlah banyak sangat dok spin gheng lama oii...Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga.Jangan marah .Panas ?

    ReplyDelete
  17. hahahahahahahahahahahha

    Hati manusia siapa yang kuasai? penat lelah umno (baru) duk jaja berbagai cerita, lama kelamaan, umat Melayu sudah buka mata, buka telinga dan akhirnya buka hati!

    Allah swt saksikan kerja2 jahat umno (baru) dan umno lama sudah lama. Cuma Allah swt izinkan mahu lihat berapa cerdik mereka2 ini.

    Penat2 buat kerja, penat2 jaja fitnah, penat2 buat video porno dan edar, penat2 mentekedarah haq rakyat, penat2 makan rasuah, akhirnya rakyat sudah kenal siapa dan apa itu umno (baru).

    umno (baru) = SYAITAN YANG KITA SEMUA SUDAH KENALI!

    ahakss!!

    Gheng lama

    ReplyDelete