Muhyiddin dan Najib telah mengulangi
keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu
terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata
yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti
pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di
setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain
mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi
apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang
ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan
mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di
Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya
semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas
itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat
bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya
bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga
orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil
menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung
parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya
mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala
Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan,
“wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi
dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah
kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita
orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu
sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak
dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi
jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam
ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan
oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar
yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang
sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa
melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk
melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam
pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan
mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam
UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan
pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana
keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan
dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama
kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia
masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat
sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap
seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak
serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit
ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti
juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati
terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan
oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj
parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah
menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah
kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan
perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah
ditentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di
dalam perhimpunan ini, tidaklah saya
ketahui panas mana atau sejuk mana hasil daripada perhimpunan yang terakhir sebelum
pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah,
mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu
UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana
keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan
apa-apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan
pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini
kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa
Perhimpunan Agungnya itu.
"Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke dibandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu".
ReplyDeleteini dah tentu dah... tambahan lagi kat hotel-hotel yang mereka inap tu ada pusat aromaterapi dan spa. faham-faham sendiri dah ler...
Sangat bersetuju, ramai juga yg berjudi diblk hotel. Tidur kerana mlmnya berjaga dikaraoke, night club, club dang-dut. Hotel2 disekitar Jalan TAR dan Chow Kit penuh dgn balaci2 yg dtng ke KL disponsor dan diajar, didedah dgn maksiat. Bila blk ke kg masing2 hebat bercerita tentang hal mlm diKL dari bercerita apa yg berlaku dibPWTC, bahkan ada yg tak sampai pun ke perhimpunan itu. Hidup UMNO...............:))
DeleteAhli-ahli UMNO PAU di PWTC menyanyi lagu UMNO bersatu kerana yg wanita dah berpuas ganyang dan goyang.Pemuda pula mungkin dah puas tibai menibai maka mereka bersatu ahakss......
ReplyDeleteMereka di sponsor datang ke PAU oleh UMNO pusat di mana duit itu dari duit Rakyat!Bukan duit UMNO! tambang pengangkutan,penginapan dan duit poket disediakan....maklumlah Menteri-menteri UMNO yg kesemuanya Ketua bahagian telah dapat peruntukan dari Budget Malaysia!Banyak juga lebihan budget itu pergi ke pokek Ketua bahagian.
Para Perwakilan UMNO diminta menyanyi, mereka menyanyi sajalah.Pemuda mencari Puteri kerana puteri muda!. wanita dah gayut mcm Shahrizat, tua pula tu....pergi ke tepi
Jika tidak terpilih jadi calun PRU, mulalah perang sabotag antara ahli UMNO di peringkat Bahagian."Biar berputik tulang jangan berputik mata"!Penyakit ni sudah menjadi kanker kata org indonesia.
Najib memang tahu keadaan ini di mana dia hampir kalah jika tanpa peti undi sundel malam datang menyelamatkan beliau.Sharizat nak mencuba tapi hantunya telah kena blok dalam PRU 12 yg lalu.Sharizat menangis tersedu-sedu...jaga kau akan aku ganyang dan goyang RM 250 juta!
Tanpa menipu undi dalam PRU tidak mungkin BN menjadi bee End.Fikir-fikirkanlah
BUAH KOTE MAMAK DR GUNUNG KEYANG
Blog ni..pencacai umno tak berani nk komen yer...mungkin nama Aspan Alias yg sering mmbawa hujah2 mantap..so, xberani diaorg nk kacau sebab akan menampakkan kebodohan mereka pula.Apapun saya sokong blog ni!
ReplyDeleteAhakkss!
ReplyDeletehttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14916-ada-orang-di-belakang-deepak-husam-musa
DUA SEPUPU sudah nak kena tibai?
Apa jawab Najib dan Isham??
Aik!
ReplyDeletehttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/29/criminal-elements-present-in-police-and-politics/
dulu2 pulis semua steady? betul ke?
Betul!....pada tahun2 sebelom 1980!
Ahakss!
Sempena PAU yang berlangsung sekarang ini banyaklah wang rakyat yg kena PAU selama ini dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti songsang di ibukota KL hujung minggu ni.
ReplyDeleteSaya juga tertarik dengan komen salah seorang Naib Presiden UMNO dalam progam wawancara malam semalam, yg mafhumnya lebih kurang:
Walaupun muka-muka kami nampak macam ni (macam penyamun dan kaki songlap???) tapi jauh disanubari kami ada tertanam niat suci untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Memang lawak sakan!!!
Oleh kerana UMNO dikuasai oleh golongan feudal-bangsawan maka ucapan dasar Presiden pagi tadi pun macam skrip drama bangsawan, tiada mesej yang jelas menjelang ketibaan tahun wawasan 2020.
wallahualam, terima kasih Datuk.
Selain daripada menyanyi lagu Bersatu, kerja kami adalah:
ReplyDeleteCucuk mencucuk
Laga melaga
Guna mengguna
adu mengadu
picit memicit
balun membalun
komplot jatuh menjatuhkan
...........kami hanya ikut ajer pe'el tuan punya parti boss. Kalu tak nanti sendiwi kena!
merana gitu!
hehehheheh
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya juga sms beberapa rakan dalam perwakilan PAU, jawap mereka ' sedia maklum bro..masyuk, tak datang tak masyukkk'
Takkan dia nak kata dia kenal Musa dan Deepak!
ReplyDeletehttp://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=44489:umno-stronger-in-high-spirit-at-2012-assembly-dr-m&Itemid=2
Typikal Dr M and his games......
Berucap berapi2 tapi masaalah tak terjawab pun.Apa guna menghentam pembangkang sedangkan kes NFC ,kes Skorpene ,kes Altantuya, berbagai2 tak terjawab .Saya dah sejuk sikit tapi bila nampak Shahrizat berucap langsung confirm takkan saya dan seluruh keluarga pangkah umno. Mana yang bermasaalah eloklah menyuruk dulu supaya rakyat lupa tapi Shahrizat berucap nampak sangat yang umno dah ketandusan pemimpin kena gunakan old stock .Pemimpin UMNO macam jaguh kampung berani berucap yang berapi2 sesama mereka tetapi orang tak percaya terbukti bila ceramah tak ada orang nak dengar kerana rakyat tahu bahawa semua itu berlakun dan mempunyai kepenting dan masaalah bertimbun2 yang bolih diselesaikan jika BN kekal memerentah.Jadi eloklah kita ramai2 tumbangkan UMNO kerana mereka dah pentingkan perut dari melaksanakan amanah....Wallah hu alaam.
ReplyDeleteSaya peminat setia blog pak aspan.hujah2 bernas dan mamtap.saya doakan semoga pak aspan sihat sejahtera dan dbrkati Allah.
ReplyDelete'bila izrail datang memanggil
ReplyDeletejasad terkujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil..(sila sambung yee)
Lagu ini adalah yang paling relevan dinyanyikan oleh semua perwakilan dan pemimpin umno di pwtc..
Bila Izrail datang memanggil
ReplyDeleteJasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )
( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung
( 2X )
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )
( ulang 2 )
Ini full lirik lagu selimut putih..memang seswai sgt utk semua perwakilan dan pemimpin umno dlm PAU..kah kah kah...
Entahlaa terasa tenang jer. Mata pun tak sakit. Sedap jer rasa hati. Kalo tak nampak jer puak2 tu berselirat, berkeliar sana sini. Kat kedai makan mereka bertumpu!
ReplyDeleteOh lupa, mereka2 semuanya takde kat sini, mereka bertumpu kat PWTC
Aman dunia bila setan2 takde! Best laaa
Bang,
ReplyDeleteNak tanya sket. Masa abang berjuang dalam umno dulu pernahkah abang dengar kata2 atau ucapan2 atau bualan2 para pemimpin dan juak2 umno berkata bahawa Allah swt telah memilih umno secara mutlak utk tadbir Malaysia? Orang lain tak boleh ambil alih?
Juga nak tahu adakah pemilihan umno oleh Allah swt berserta dengan pemberian satu 'CEK KOSONG' bagi mereka2 ini buat FITNAH, BUNOH, HINA, CACI, CUCUK, LAGA, RASUAH, MAKAN HAQ RAKYAT, SALAHGUNA KUASA dan buat serta edar VIDEO PORNO??? Ada tak Abang?
Kalau ada bagitau yer....
Bang,
ReplyDeleteTerlupa la, nak tambah sket lagi. CEK KOSONG yang Allah swt beri umno untuk tadbir negara Islam Malaysia ni turut babitkan penipuan tak?
TIPU dalam Daftar Pemilih
TIPU dengan bawak warga asing ke Pekan dan Terengganu
TIPU dengan daftar pemilih punyai maklumat tak lengkap seperti di Selangor
TIPU dgn SPR tentang banyak perubahan kepada cara dan kaedah mengundi yang baru
TIPU dalam urusan persempadanan semula tetapi beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu tak berubah!
Bang, SPR ni anak syarikat umno ker bang? Hebat diorang, semuanya melayu yer. KUAT TIPU!!
nanti bagitau yer bang. Saya tunggu!
Nyanyi lagu Bersatu nk rompak rakyat pulok lps pru13. Puok yg pergi PAU ni kebanyakan kontraktor. Ramai kwn kta yg kuat nanyi dpt class A punya projek. Ramai jd Kaya Giler. Class D.E.F. Pakat jd jkkk dpt r tender majlis bandaran. Bila Kaya Belagak nk mampus. Umno leni bkn mcm dlu. Semua Acuan BN xleh pakai. Kayakan Keluarga dan Kroni. Rakyat hidup MELARAT. MISKIN. MERANA. Cukup dh 55thn jaga Melayu x jd ape. Melayu Merempat di bumi 1MAlAYSia... Xpyh ckp lg baik.Buat Malu Bangsa je. INSAFLaH......
ReplyDelete