26 January 2013

Pembunuhan, penculikan dan rompakan di mana-mana. Benarkah negara kita selamat?

Setidak-tidaknya dua kes yang amat menyedihkan berlaku di negara ini yang melibatkan kematian. Kes yang pertama ialah kes kematian William Yau seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun yang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di Putra Heights minggu lepas. Mayatnya dijumpai di Pelabuhan Kelang dan dikenal pasti oleh ibunya sendiri Goh Ying Ying semalam sebagai anaknya yang telah hilang diculik sejak seminggu yang lalu.

Kes yang kedua ialah kematian C Sugumar yang dikatakan dipukul oleh beberapa orang anggota Polis semasa C Sugumar  tangannya masih digari. Yang lebih menyedihkan ialah C Sugumar telah ditaburkan dengan serbok kunyit di muka yang ini menyebabkan C Sugumar menghadapi masalah jantung dan akhirnya meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Serdang dan dengan kejadian ini ramai yang bertanya samada negara kita ini benar-benar sebuah negara yang aman dan damai.

Setiap hari ada sahaja berita manusia dibunuh dan mayatnya dijumpai merata-rata samada di dalam semak atau di dalam longkang serta di kebun-kebun kelapa sawit dan dimana-mana. Bangkai kucing pun susah untuk ditemui tetapi mayat manusia bergelimpangan di mana-mana seolah manusia ini lebih rendah dari haiwan seperti kucing dan anjing. Jumlah kematian manusia dibunuh dalam tempoh dua tiga tahun ini sahaja mungkin melebihi jumlah kematian di dalam peperangan Iran Iraq dahulu walaupun peperangan itu melibatkan penggunaan senjata berat dan berbagai-bagai alat peperangan yang canggih-canggih. .

Saya berserta dengan semua pihak yang lain meminta kerajaan menubuhkan IPCMC untuk melakukan penyiasatan terhadap perlakuan anggota-anggota Polis yang terlibat dalam kes C Sugumar ini kerana jika Polis menjadi penyebab kepada jenayah yang berlaku kita tidak tahu dimana kah rakyat hendak mendapatkan perlindungan jika mereka berada dalam keadaan bahaya. Kita tidak boleh berdiam diri kerana musibah yang berlaku keatas orang lain itu tidak semestinya tidak akan berlaku kepada diri dan keluarga kita sendiri.

Sesebuah negara hanya boleh dianggap aman damai jika rakyat mudah berjalan dan bergerak tanpa rasa takut dan risau tentang keselamatanm diri kita dan keluarga kita. Hishamuddin Hussein berusaha untuk meningkatkan persepsi keselamatan negara dan persepsi pihak penguatkuasa seperti Polis dan lain-lain tetapi bagaimana persepsi buruk ini dapat diperbaiki jika kematian rakyat berlaku dimana-mana di seluruh negara akibat jenayah yang berlaku dikalangan rakyat itu sendiri.

Kematian ini tidak termasuk kematian yang berlaku dijalanraya akibat kemalangan di lebuhraya dan jalan-jalan persekutuan. Kadar kematian dijalanraya adalah 18 orang sehari dan ini merupakan satu fenomena yang tidak dapat di terima oleh sesiapa yang tinggal dalam sebuah negara dalam mana pimpinannya beriya-iya mengatakan negara kita adalah sebuah negara aman dan selamat didiami.

Kematian dalam peperangan di antara rakyat Iraq dan tentera Amerika pun tidak sampai sepuluh ribu sejak tahun 2003 dahulu. Tetapi kematian di jalanraya kita jauh mengatasi jumlah kematian yang berlaku di dalam peperangan di Iraq itu. Di negara kita ini ada sahaja keluarga yang menghadapi musibah kematian dan kemalangan di kalangan ahli-ahli keluarga mereka.

Kita tidak dapat ‘comprehend’ bagaimana kehidupan kita sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan setiap hari dan waktu? Sampai bila kita hendak merasa takut untuk meminta anak kita pergi ke kedai membeli barang dapur dalam keadaan tertekan dan bimbang tentang keselamatan anak-anak kita itu? Bagaimana kah rasa seorang ibu atau bapa yang menunggu kepulangan anak gadisnya yang balik kerja dan tidak tahu samada anak kita itu akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat.

Sampai bila kita sentiasa dalam kekhuatiran samada isteri dan ahli keluarga kita selamat tinggal di rumah semasa kita keluar mencari rezki dan bekerja setiap hari. Ramai yang mengalami tekanan ini. Ramai yang mengalami keadaan gembira bersama anak-anak sebelah pagi itu bertukar menjadi malang selepas petang hari.

Rakyat sentiasa dalam kesusahan kerana takut rumah mereka akan dipecah dan dirompak oleh perompak dan penyamun yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sekarang ini. Rompakan kolar biru ini kita dengar berlaku di mana-mana di seluruh negara. Itu belum lagi di campurkan dengan kesusahan hati kita kerana rompakan terhadap harta rakyat yang tidak henti-henti dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat yang dipimpin mereka.

Di mana-mana ada rompakan. Di mana mana ada samunan terhadap harta orang lain. Manusia yang berpakaian kemas dengan pejabat besar serta mempunyai pengawal peribadi , pemandu dan berpengaruh dalam masyarakat itu juga terlibat dalam rompakan. Bagi perompak berkolar biru mereka merompak rumah-rumah kediaman dan melakukan ragut tas tangan wanita di pasar raya tetapi penyamun dan perompak kolar putih menyamun secara sistematik terhadap harta rakyat yang berada di dalam tanggungjawab mereka melalui pembahagian kontrak dan sebagainya. Jumlahnya bukan seribu dua, tetapi dalam beratus juta malahan ada yang sampai ketahap billion ringgit.

Pendeknya kita sekarang sedang hidup dalam masyarakat perompak dan penyamun. Mereka yang tidak berwang dan berharta pun dirompak nyawa mereka. Bukan sedikit jumlah mereka yang dibunuh oleh perompak apabila mereka dapati rumah yang mereka pecah dan rompak itu tidak mempunyai apa-apa. Hasilnya mereka membunuh tuan rumah itu kerana kecewa tidak mendapat habuan rompakan itu.

Lain-lain perkataan yang berduit dan berharta mereka dirompak harta mereka tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa akan dirompak nyawa mereka pula. Keadaan ini sama-samalah kita telah dan hayati setiap waktu agar kita boleh melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan yang terlalu buruk ini.

Alangkah enaknya hidup jika kita boleh berada dalam negara-negara yang tidak mempunyai isu keselamatan peribadi ini? Kalau kita berjalan di Switzerland misalnya kita akan lihat tiada polis negara itu berkeliaran di mana-mana. Begitu juga dinegara-negara Timur Tengah dan Asia Barat. Di Dubai misalnya amat susah kita hendak ketemu dengan polis di tepi jalan dan di pusat membeli belah dan pusat peranginan.

Negara-negara yang saya sebutkan itu adalah negara yang selamat untuk kehidupan yang sebenarnya. Tetapi kalau kita kaji dengan teliti semua jenayah yang berlaku ini bermula dengan jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan negara. Jika negara kita dipimpin oleh mereka yang rasuah dan menjadikan merompak dan menyamun itu sebagai budaya, ia akan menjadi cara hidup rakyat biasa di bawah ini.

Itulah sebabnya rakyat sekarang memilih untuk menyebelahi sesiapa yang mempunyai usaha untuk melaksanakan cara hidup yang sederhana dan di harap Pakatan Rakyat dapat melakukannya tidak lama lagi.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat hanya kita perlukan mereka untuk mengelak dari menyamun dan merompak seperti yang dilakukan oleh pimpinan sesat yang sedang berkuasa pada hari ini. Jadilah pemimpin yang sebenarnya dan jangan sekali menjadi seperti yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa sekarang ini.

Tunjukkanlah perbezaan selepas pilihanraya nanti. Semoga dengan kepimpinan yang bersih akan seterusnya membersihkan budaya kehidupan rakyat biasa di negara ini.

15 comments:

  1. Bila ada berlaku sesuatu 'yang tidak kena' di dalam masyarakat, pemimpin patut mengkoreksi diri sendiri. Kerana tabiat rakyat dibentuk oleh perangai pemimpim.

    Bolehkah seorang pemimpin itu mahu rakyat menhindari rasuah sedangkan mereka bergelumang di dalamnya? Kiaskan dengan perkara lain.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Aspan...

    Di Negara seperti di Qatar, UAE and kebanyakan GCC jarang terdengar cerita mendengar kes bunuh, merompak, menyamun, meragut dan mengugut . Bayangkan isteri isteri boleh berjalan bersendirian tanpa takut mengeluarkan wang di ATM mesin.

    Apakah kita tidak dapat menikmati keadaan begini di negara kita atau polis yang kuasa tidak mampu menjalankan tugas mereka atau hanya menjaga pak menteri kita sahaja,

    fikir-fikir lah

    ReplyDelete
  3. muzium padi gunung kheyang26 January 2013 at 12:55:00 GMT+8

    selamat la,pasai rumah najib dan hisamudin penyamun tak masuk lagi!

    kalau rumah depa kena rompak,baru la terhegeh-hegeh.

    dulu masa kereta menteri langgar lori muatan panjang dan meninggal, jam itu la dikuatkuasakan undang-undang!

    biasala...boleh land!

    ReplyDelete
  4. Sahabudin,,,bodo la ko ni,,,,qatar negara nya mcm mana? Otak lembu rupanya ko ni....

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Jutaan terima kasih di atas artikel terbaru ini. Nah, bukankah ini yang selama ini puak-puak dajjal tu laung-laungkan, konon Malaysia ni selamat belaka? Walhal, hakikatnya, inilah yang sedang kita saksikan. Oleh itu, di mana puncanya? Tak lain dan tak bukan, kerana iman dan taqwa (di pihak UMNO) serta prinsip, moral dan jati diri selaras ajaran agama masing-masing (komponen BN lain) telahpun pupus! Tapi, bila acapkali bincang tentang gejala sosial, balik-balik salahnya diletakkan di bahu rakyat bawahan seperti institusi keibu bapaan, guru-guru sekolah, dan lain-lain. Malah, lebih menyedihkan, kerana fulus, semua lulus; kerana pangkat, suara pun tak berani kasi angkat ... Maksud saya, di kalangan sesetengah cerdik pandai dalam apa juga bidang dan jawatan yang telah disogok lagi ditekan para pemimpin rakus sepertimana yang saudara sebutkan itu tadi, akhirnya terdiam seribu bahasa, malah terdapat juga yang redha terhadap segala kemungkaran itu! Malah, benar sekali ulasan seorang rakan kita: "Kalau rumah Najib, Hishamuddin, Mahathir ... yang kena pecah masuk, dia orang yang kena bunuh, baru nak bikin gempak, kan?"? Oleh itu, marilah kita pertimbangkan sesirius mungkin tanpa emosi dan sentimen demi maruah kita bersama, insha Allah.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  6. Tuan Aspan

    Segalanya bermula dengan contoh & teladan. Pak Menteri Curi & samun (menipu & rasuah) rakyat ikut sebab dia pemimpin. Polis samun & bunuh, rakyat ikut sebab dia orang yang yang menjaga keselamatan, kalau polis boleh buat rakyat boleh buat. Kesimpulanya Harapkan Pegar, Pegar makan padi. Kita berdoa & harap apabila PR memerintah negara semua ini boleh kita ubah.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak,

    Jika mengikut Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekupu dengan menteri kewangan kadar jenayah semakin menurun.

    Tapi bila kita jalan ke Taman-taman, malangnya pondok keselamatan semakin bertambah dan di kawal oleh bangsa myanmar, bangla, indon dan sebagainya, Kawasan Rukun Tetangga semakin bertambah, Anggota rela semakin bertambah, dan semakin banyak rondaan di buat. Tapi sana-sini mati, langar, culik, rompak, bunuh, bakar, bom, C4 dan sebagainya.

    Jadi index kadar jenayah mana yang mereka ceduk untuk menjadikan kadar jenayah semakin menurun?

    Mohd Zuki

    ReplyDelete
  8. negara selamat atau tidak seamat...sila tanya menteri yang jaga keselamatan negara...KDN...pttttuuuuuuiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Ciri jahiliah moden sempurna berlaku dinegara kita yg tercinta ini. Ini semua berlaku kerana pemimpin kerajaan persekutuan malaysia lahir dari jenatik atau DNA penjenayah rasuah. Buktinya semasa pemilihan tertinggi UMNO 'SOP' atau standard operational procedurenya mesti rasuah perwakilan kalau tak rasuah tak layak jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  10. Dalam tahun 60an,70an,80an dan 90an keadaan negara terkawal.Masuk saja era milenium,keadaan negara tidak selamat lagi.kes ragut,pecah rumah,rompakan,bunuh membunuh menjadi-menjadi!Ramai kanak-kanak diculik.

    Keadaan yg menakutkan ni apabila negara diceroboh Pekerja Asing.Pekerja Asing ada yg halal dan haram.Keadaan tambuh buruk lagi bila Megat Junid terlibat membawa masuk Pekerja Asing.Mahathir pula memberi Mykad kpd ratusan ribu orang Filipina,indon,Bangla,Pakistan dan India.

    Negara kita tidak bersedia dg kemasukan Pekerja Asing yg tidak berkualiti dr segi pendidikkan.Ramai Pekerja Asing yg buta huruf.Ini tidak termasuk lagi dg pengamal ilmu Hitam.

    Untuk mengembalikan keamanan Malaysia,Pekerja Asing harus diusir keluar dr Negara ini.Malaysia mesti memilih Pekerja Asing yg berkualiti dan bukannya pekerja Asing yg menumpang dan menjadi parasite keamanan Negara


    Kedah

    ReplyDelete
  11. Assalamuaalaikum tuan,

    Benar sekali kata tuan. Saya sekarang sedang menetap sementara di Jepun. Begitu kagum saya dengan keadaan di sini.Gadis2 mereka bebas berkayuh basikal tak kira siang atau malm tanpa gangguan,yang peliknya ini semua tidak berlaku di Malaysia sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang dukatakan Islam.

    ReplyDelete
  12. Apakan daya PDRM kekurangan kekuatan bagi menangani jenayah kerana tanggungjawab atau "priority" utama mereka adalah melaksanakan kerja-kerja politik yang diarahkan oleh Menteri Dalam Negeri. Beribu anggota Cawangan Khas terpaksa memantau pergerakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kerana kegiatan mereka berceramah di sana sini dianggap boleh mengancam keselamatan Mahathir, Najib, Muhyiddin dan seluruh pemimpin BN sekiranya parti pemerintah tersembam ke tanah dalam PRU13 nanti.

    Sementara itu itu, PDRM harus menyiasat beribu-ribu laporan POLIS yang dibuat oleh Pemuda UMNO, PERKASA, NGO-NGO Pro-UMNO dari perkara sekecil-kecilnya hingga ke perkara sebesar-besarnya terhadap isu-isu politik yang difikirkan dapat menyelamatkan mereka dari kehilangan kuasa. Keselamatan rakyat umum kurang tidaklah sepenting laporan-laporan ini.

    Kau orang berilah kerakyatan banyak-banyak kepada pendatang Indon, bangla, Myanmar.....mudah-mudahan makin selamat negara ini.

    ReplyDelete
  13. As long as our Ministers are very busy playing politics for self interest, they will continue to neglect their basic duties and responsibilities to protect the ordinary people and country.

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih Pak A.A!
    Topic ini sangat sangkut-parut dengan berikut:-

    Sebagai mana Malang Petaka menimpa diatas bumi dipijak di-Malauya kita. Its interconnected as they are acuan of made in UMNO-Baru.

    1). Pasal PDRM.
    Ulasan> Polis dibiarkan bermaharaja tanpa teguran yg Tegas dari KDN. Kalau KDN tegas so mana IPCMC dan Nombor-tag dibahu ?

    Kenyataan adalah jelas UMNO-Baru nak sangat Undi dari Polis so lantalah Buat apa lu orang suka asalkan Kamu Undi sama UMNO-Baru.

    2). Pengkhianatan SPR/KDN/JPN atas restuan Perdana Menteri.
    Ulasan> SPR dafter Pengundi Tanpa Izin dan lain, KDN izinkan Pengputihan Warga Tanpa Izin dan Akhirnya JPN bagi My-Kad untuk sempurnakan semua process.

    Kenyataan ini jelas akan mengbahayakan Keselamatan dalam Negeri dan jelas lagi ini menyumbangkan Indek Criminal meningkat tanpa segan-silu.

    3). Kelakusan Kuasa UMNO-Baru.
    Ulasan > Sebagaimana kita tahu, Kerajaan Haram ini telah secara langsung menyumbangkan kesemua Malang Petaka di bumi kita pijak, tidak ada pihak lain bertanggungjawab selain dari UMNO-Baru ini kerana ianya jelas hanya UMNO-Baru yang perintah sejak 56 tahun dan sejak pun Merdeka. Kelakusan Kuasa ini sanggup menlakukan apaapa caranya selagi mereka boleh di tannga kuasa persekutuan.

    Kesimpulannya:-
    Ulasan diatas sangat jelas, oleh UMNO-Baru lah, Negaraku jadi Malang Petaka sedemikian.

    ¤ Pengkhianat mesti dibasmi sebelum terlambat.




    ABU - Anything but UMNO,
    Inikalilah, UBAH.

    #KL112

    ReplyDelete