Pemilihan dalam UMNO adalah medan bagi setengah pihak
memasang perangkap untuk rakan seperti dalam perebutan kuasa. Muhyiddin dan
kumpulannya memasang perangkap untuk Najib dan pihak Najib pula masih lagi
‘terlopong’ tanpa menyedari tindakan halus mereka yang mahu Naib tersungkur.
Diantara mereka yang sedang memimpin UMNO hari ini ada yang tidak sedar
permainan orang disekeliling masing-masing kerana permainan dalam UMNO ini penuh
dengan seni yang kadangkala tidak difahami oleh bakal mangsa permainan itu.
Keadaan ini biasa dalam UMNO dan
siapa yang akan terjebak itu mungkin terkena oleh perangkap dan jebak mereka pasang
sendiri. Pemilihan kali ini akan menentukan banyak perkara dalam politik negara
yang bakal mengubah landskap negara dengan begitu besar.
Pertamanya ia akan menentukan
nasib UMNO dari sudut pandangan ramai terhadap parti itu. Ia akan di nilai
daripada hasil pemilihan itu kerana susunan jawatan Naib Presiden itu nanti.
Naib Presiden merupakan jawatan yang terpenting di dalam parti kerana salah seorang
dari mereka itu akan secara konvensyennya akan dilantik menjawat jawatan
Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri jika salah seorang dari Perdana
dan Timbalan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan atau meninggal dunia.
Yang sering di sebut sekarang ini
kehadiran Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini menampakan satu
permainan politik besar dan sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding
jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar. Mukhriz tidak akan mengambil
keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed.
Jika Mahathir cuba
mempengaruhi segala-gala tindakan dalam UMNO yang melibatkan pemimpin lain
tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil
dari keputusan Mahathir sendiri.
“Mahathir is a rush!” kata
seorang yang hampir dengan pemimpin tertinggi parti semasa beliau menjemput
saya minum petang dua hari yang lepas di Petaling Jaya. “Dia nak tengok Mukhriz
menjadi pemimpin utama sebelum mati” katanya lagi. Mukhriz juga tidak akan
menyertai pertandingan ini jika beliau tiada gandingan yang meyakinkan bagi
beliau dan nyata Muhyiddin merupakan gandingan yang rapat beliau dan jika
Mukhriz memenangi pertandingan ini ia adalah sokongan dari Muhyiddin dan
penyokong-penyokongnya.
Permainan ini adalah permainan
yang sangat mudah untuk di ikuti oleh sesiapa yang mempunyai sedikit sisik
politik dalam dirinya. Lain-lain perkataan perebutan ini adalah perebutan
diantara Mukhriz dengan mereka yang bertahan dan penyandang pada hari ini. Bagi
Mukhriz siapa yang menang selain dari beliau tidak menjadi masalah kerana baiahnya
dengan Muhyiddin itu adalah kuat dan jika mereka dapat mengepong Najib dengan
cepat maka lagi cepatlah Muhyiddin jadi Perdana Menteri sementara untuk
menyiapkan diri Mukhriz mengambil tempat menjadi pemimpin utama negara kita.
Apa pun yang dicakap dan di cakap
oleh sesiapa Mukhriz merupakan projek Mahathir dan Muhyiddin. Bagi kumpulan ini
Zahid Hamidi dan Hishamudin itu adalah pemimpin pelapik untuk mereka, bukannya
pemimpin pelapis. Pemimpin pelapis mereka ialah Mukhriz. Suatu ketika dahulu
Sanusi beranggapan beliau adalah pelapis kepada Mahathir apabila beliau
memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Tetapi sehingga sekarang Sanusi tidak
menyedari yang tenaga beliau hanyalah untuk digunakan sebagai pemimpin pelapik
oleh Dr Mahathir. Zahid dan Hishamudin diharap akan menyedari yang
beliau-beliau ini tidak termasuk dalam projek peralihan kuasa oleh Muhyiddin
Yassin yang merasakan akan menjadi pengganti kepada Najib Tun Razak.
Pendeknya segala permainan ini
adalah untuk memerangkap Najib agar beliau berundur dengan cepat untuk
menyaksikan peralihan kuasa ini berlaku secepat yang mungkin. Jika Mukhriz
memenangi jawatan Naib kali ini, maka usaha menekan beliau (Najib) untuk
berundur akan dilakukan dengan cepat bagi menempatkan Mukriz menjadi Timbalan
Perdana Menteri negara.
Kumpulan ini juga saya lihat cuba
mempengaruhi kedudukan Khairy Jamaludin dan Akramsyah Sanusi itu adalah proxy
kepada kumpulan yang menekan kedudukan Najib. Permainan politik ini amat
merbahaya bagi Najib dan jika Najib masih lagi ‘melopong’ dan ‘terngango’
beliau akan menjadi korban keadaan.
Saya pernah menulis dalam blog
ini Najib merupakan seorang pemimpin yang tidak mengenali siapa musuhnya yang
sebenar. Musuh yang sebenarnya ialah mereka yang paling hampir dengan beliau
kerana hanya mereka yang hampir sahaja yang mengetahui kelemahan Najib dengan
begitu ‘detail’. Orang yang mengkritik secara terbuka beliau anggap sebagai
musuh. Tetapi yang mengkritik secara terbuka ini mudah untuk dikendalikan.
Orang yang mengkritik seperti saya mudah bagi beliau untuk menanginya.
Yang payah dan susah bagi Najib
untuk mengendalikannya ialah musuh yang hampir yang ibarat seperti harimau yang
sentiasa mengendap untuk menangkap beliau. Harimau yang mengendap ini akan
menangkap beliau secara kilat, yang beliau tidak sedar dan tidak sempat untuk
menepisnya. Segala persediaan sedang dilakukan oleh kumpulan yang ingin
mengubah, menganjak dan mengalih kepimpinan dalam UMNO dengan rapi.
Dalam keadaan sekarang ini kita
akan dapat melihat sejauh mana Zahid dan regu beliau seperti Hishamudin, dan
Shafie Apdal dapat menunjukkan kecekapan mereka untuk menolak arus yang sedang
beransur-ansur mengalir dalam UMNO sekarang ini. Zahid dan dua lagi penyandang
ini harus ingat, seperti yang saya katakan tadi, yang mereka hanya dijadikan
sebagai pemimpin pelapik dan bukannya pemimpin pelapis sekarang ini.
Jika Isa Samad dan Ali Rustam
dapat merebut jawatan Naib Presiden ini mereka juga adalah pemimpin pelapik
bagi pemimpin pelapis yang bernama Mukhriz itu. Jika semua perancangan ini
berhasil maka hiduplah legasi Dr Mahathir dalam politik negara kita yang sedang
berkecamuk dan tidak menentu ini.
Tetapi saya juga ada keyakinan yang, 'Mahathir cannot be lucky all the time'.
Tetapi saya juga ada keyakinan yang, 'Mahathir cannot be lucky all the time'.