30 March 2014

Dr Mahathir sudah berada diluar negara semasa kejadian Memali

Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam, (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai Kementerian Dalam Negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah di sebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang di berikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.

Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang di sebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.

Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah kehadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius. Negara memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.

TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau kenegara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah di uruskan terlebih awal.

TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Ini lah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang dimana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.

Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.

Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.

Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.

Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk di ingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.

Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya keluar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.

Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.

26 March 2014

Anwar jangan berselindung di sebalik telunjuk

Anwar Ibrahim berkata di lobi Parlimen yang beliau akan mencari jalan bagi membawa isu yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes sodomi2 yang beliau anggap tidak adil ke Parlimen. Beliau juga akan membawa kes yang mensabitkan Karpal bersalah di Mahkamah Tinggi yang berkait dengan isu ‘sedition’ terhadap Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Bagi Anwar apa sahaja penghakiman yang tidak memihak kepada beliau itu adalah penghakiman yang tidak adil. Tetapi semua penghakiman mahkamah yang memihak kepada beliau semuanya adil. Beliau belum lagi berhenti menuduh yang penghakiman oleh hakim-hakim di Mahkamah di Malaysia ini adalah penghakiman yang mengampu UMNO.

Tetapi begitu banyak agensi-agensi dan badan yang berada di pihak UMNO telah memihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar, tidak pula di sebut dan diakui sebagai satu tindakan penghakiman yang adil. Bagi Anwar mahkamah mesti mengikut telunjuk beliau dan memihak kepada kemahuan dan kehendak beliau sahaja. Jika tidak beliau akan bawa ke Parlimen dan ke jalanraya untuk mendesak dan menekan badan kehakiman untuk menjadi alat kepada kemahuan peribadi beliau.

Mahkamah hanya diakuinya sebagai adil jika ia tidak memihak kepada kepada pihak lawan beliau. Seluruh dunia menganggap tindakan terhadap Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 dahulu adalah tindakan yang sungguh zalim dan tidak adil. Tetapi Anwar merupakan pemimpin yang telah bersama Dr Mahathir dan pimpinan UMNO baru semasa itu melakukan tindakan tidak adil terhadap badan kehakiman negara.

Mahathir pun tidak seteruk Anwar dalam bidasan beliau terhadap Tun Salleh Abas dan empat hakim Mahkamah Agung yang di pecat semasa itu dan tidak ada apa pun tindakan Anwar untuk memberikan simpati terhadap hukuman terhadap badan kehakiman semasa itu.

Anwar bukan tidak tahu yang tribunal yang di tubuhkan oleh Mahathir semasa itu dilakukan dalam tempuh sehari sahaja untuk memastikan yang Tun Salleh tidak sempat untuk mendengar rayuan beberapa ahli UMNO yang telah merayu ke Mahkamah Agung untuk menghidupkan UMNO asal itu. Semua orang tahu yang jika Tun Salleh sempat mendengar rayuan beberapa ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO itu, parti yang menyudahkan perjuangan kemerdekaan itu akan kembali sembuh dan hidup seperti biasa.

Anwar tidak selayaknya bercakap tentang ‘independence of judiciary’ itu kerana kepada mereka yang mengingati sejarah akan mengakui yang Anwar merupakan orang yang paling kuat menyokong Dr Mahathir untuk melenyapkan badan kehakiman sebagai badan bebas dan berintergriti. Anwar merupakan proponen besar dalam penghakisan badan kehakiman yang bebas itu.

Anwar boleh bercakap seperti sekarang ini jika semua manusia yang melihat kezaliman beliau bersama Dr Mahathir terhadap badan kehakiman semasa itu telah mati dan tidak seorang pun yang hidup lagi di dunia ini.

Isu sodomi terhadap Anwar ini juga telah membuatkan badan kehakiman masih dituduh sebagai agen UMNO walaupun badan itu telah banyak membuat penghakiman yang adil termasuk memihak kepada Pakatan Rakyat dalam banyak isu saman menyaman diantara beliau dan Pakatan Rakyat terhadap agensi-agensi berkepentingan kerajaan seperti Utusan dan yang lain-lain.

Semua perlu bertanya kepada Karpal siapa yang menyediakan ‘Statutory declaration’ (SD) terhadap tindakan sodomi Anwar dahulu terhadap Azizan Abu Bakar. Jika Karpal jujur, beliau akan memberikan jawapan yang sejujurnya.

Jika begini sikap pemimpin ini, jika ada yang mahu dan mempunyai masa untuk melakukannya, elok diadakan forum-forum tentang isu sejarah yang masih baru jika disingkap dengan sebenarnya.

Anwar perlu menghentikan sikap bermuka-muka seolah-olah semua manusia dalam negara ini diperlakukan sebagai ‘disuruh pergi dipanggil datang’. Sikap memperlembukan pemikiran manusia terutamanya kepada yang masih muda ini amat tidak jujur sekali.

Buatlah apa sahaja untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri itu tetapi janganlah sampai memperbodohkan manusia lain. Bolehlah Anwar menyorokkan kesalahan dirinya tetapi janganlah menyorok disebalik telunjuk sendiri.

Anwar mesti berfikir yang tidak semua yang mendengar ucapan dan retorik beliau itu melopong mulutnya dan mengambil sahaja apa yang beliau perkatakan. UMNO sangat susah untuk mempertahankan tuduhan liar Anwar ini kerana mereka semua dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti itu semuanya mengikut Anwar mengampu Dr Mahathir membuta tuli semasa itu.

Masing-masing, baik Anwar dan mereka dalam Majlis Tertinggi semuanya satu kelompok pengampu Dr Mahathir semasa itu. Mereka semuanya sama sahaja. Mereka semua ini yang telah menyesatkan UMNO dan rakyat negara.

Dugaan amat besar, tempuhi dengan kesabaran yang kental

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi yang MH370 mengakhiri penerbangan nya di selatan Lautan Hindi. Walaupun tidak ada bukti-bukti ‘organic’ yang pesawat itu terhempas tetapi Malaysia telah mengambil keputusan untuk menerima pencarian melalui satellite dari UK Inmarsat dan AAIB yang telah mengikuti misteri kehilangan MH370 dan telah memberikan keyakinan kepada Malaysia yang pesawat itu terhempas di Selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat itu dapat di turuti oleh syarikat satellite UK itu.

Semua rakyat negara dan juga masyarakat antarabangsa amat merasakan kesedihan dan kepiluan dengan pengumuman Perdana Menteri itu setelah menunggu selama 17 hari untuk mendapatkan berita tentang nasib pesawat tersebut. Sebagai unit kecil dalam masyarakat negara ini, saya tidak dapat tidur lena dengan kemalangan ‘aviation’ yang paling ‘unprecedented’ ini dan situasi ini belum pernah kita rasai dalam sejarah kemalangan ‘aviation’ sebelum ini. Tentunya lebih ramai lagi diluar sana yang merasakan situasi yang sama.

Saya seperti yang lain, tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami oleh waris dan keluarga penumpang-penumpang dan kakitangan pesawat malang itu kerana kehilangan mereka yang tersayang.

Apa yang dapat kita lakukan hanyalah berdoa agar keluarga dan waris mereka yang malang itu sentiasa kuat dan teguh menghadapi dugaan Tuhan ini dan ingat kepada agama yang percaya kesabaran menghadapi situasi dan dugaan ini adalah peningkatan keimanan kita terhadapNya yang Maha Berkuasa dan Pencipta itu.

Orang ramai tanpa mengira miskin atau kaya dan dari apa-apa bangsa dan kepercayaan bersama merasakan kepedihan yang di alami oleh mereka yang kehilangan mereka yang di sayangi.

Yang pergi tetap pergi dan kita sendiri sedang menunggu giliran untuk pergi ke tempat yang sama. Hanya Tuhan saja yang tahu waktu yang dikehendakiNya untuk kita kembali ke alam baqa itu. Tetapi sementara kita menunggu giliran kita untuk pergi, ‘life has to go on’ dan tanggungjawab kita terhadap kehidupan perlu dan wajib kita laksanakan sebaik yang di kehendakiNya.

Setiap yang hidup pasti menghadapi dugaanNya. Jika keluarga yang kehilangan yang tersayang dalam kemalangan pesawat ini, kita pula belum tentu apa pula dugaan yang kita pula hadapi sebelum kita kembali kepadaNya. Malahan ramai yang ada sekarang telah pun menghadapi dugaan masing-masing dan kehidupan mereka tetap mereka teruskan sebagai seorang yang penuh dengan keimanan dan mengakui kebesaran Allah s.w.t. itu tidak ada satu pun boleh dijadikan perbandingan.

Teruskan berdoa untuk mereka yang menghadapi keperitan ini, agar mereka menghadapi situasi ini dengan tabah dalam kekentalan iman seperti yang di tuntutiNya.

Al fatihah.

24 March 2014

Perjuangan demokrasi barat, dalam amalan seperti politik Korea Utara

Keputusan pilihanraya kecil Kajang memberikan kemenangan kepada PKR dengan majoriti yang lebih mengecil. PKR mengekalkan kerusi N25 itu dengan kekurangan majoriti sebanyak 1,400 undi dan ia tidak memberikan apa-apa perubahan kepada lanskap politik tanahair khususnya di Selangor. PKR mendapat 16,741 dan BN pula mendapat 11,362 undi dan majoritinya ialah 5,379 dan ia jelas berkurangan dari majoriti yang diperolehi CC Lee dalam PRU yang lepas.

Dari awal lagi blog ini telah memberikan tanggapan yang PRK ini merupakan satu tindakan yang membazir dan tidak memberikan faedah kepada mana-mana pihak. Dengan kemenangan PKR dan Wan Azizah ini kita hendak juga mengetahui apakah nilai tambah kepada PKR selepas ini?

Bagi saya ia hanya menambahkan keyakinan rakyat yang PKR sedang mula menghadapi zaman malapnya kerana PRK ini tidak boleh menambah apa-apa kebaikan kepada politik negara dan Selangor khususnya itu.

Pandangan ini tentunya mendapat bantahan dari setengah pihak tetapi masa akan menentukan yang pandangan setengah pihak yang lain yang PRK Kajang ini hanyalah untuk menutup kelemahan parti yang memerintah negeri Selangor itu. Di samping itu ia hanya memberikan nafas kepada beberapa orang individu politik yang hanya akan relevan semasa keadaan yang bercelaru sahaja.

Sekarang kita juga tertunggu-tunggu apakah keuntungan kepada PKR dan rakyat dalam tumpuan untuk menguasai Putrajaya sebagaimana yang di heboh dan di laungkan semasa mula-mula kerusi N25 ini dikosongkan oleh CC Lee lebih sebulan yang lepas.

Jika sebab utamanya ialah kerana perebutan kerusi Menteri Besar Selangor diantara TS Khalid dan Azmin adalah sebab utamanya CC Lee meletakkan jawatan beliau apakah kemenangan Wan Azizah ini akan membuatkan TS Khalid meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk mengetuai kerajaan Selangor itu?

Tetapi yang diketahui umum ialah kenyataan yang TS Khalid adalah anak didik Wan Azizah dan kita mahu juga mengetahui apa yang akan terjadi jika Wan Aziziah benar-benar-benar ditekan untuk menjadi pengganti kepada TS Khalid.

Jika itu yang terjadi dan ia disokong pula oleh Azmin, seperti yang beliau nyatakan dalam kempen seminggu yang lalu maka Azmin akan senyap dan tidak bertindak terhadap Menteri Besar yang baru itu maka sekali gus kita akan memahami sikap Azmin yang hanya mahukan TS Khalid keluar dari kepimpinan kerajaan Selangor sahaja dan siapa yang mendapatnya selepas itu beliau akan sokong asalkan sahaja bukan TS Khalid yang menerajui kerajaan negeri terkaya itu.

Apa pun ‘sequence of events’ di Selangor selepas ini ia menunjukkan dan memaparkan beberapa isu besar yang bakal dan telah pun terbina terhadap PKR ini.

Saya sekarang sudah mula meyakini tuduhan setengah pihak yang PKR ini adalah parti untuk keluarga semata-mata atau sebuah parti yang tidak berkepimpinan. Meletakkan Wan Azizah itu menunjukkan parti itu hanyalah untuk keluarga pemimpin utamanya dan yang lain itu hanya penumpang yang aktif sahaja.

Kalau kita semua mahu mengakuinya PKR lah parti yang membawa isu kronism dan kepentingan keluarga terhadap UMNO sejak PKR ditubuhkan. Saya sendiri mengkritik UMNO sebegitu kuat kerana isu kuasa yang berpindah dari bapa kepada anak didalam UMNO itu. Tetapi PKR sendiri mengamalkan sindrom itu dan elok kita bertanya apa akan terjadi jika PKR menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan semua negeri dalam Persekutuan ini?

Setidak-tidaknya anak-anak atau keluarga terdekat dalam UMNO itu hanya mengambil alih kepimpinan ketua keluarganya setelah ketua keluarga kepimpinan itu sudah tiada dalam kepimpinan atau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Hishamudin menjadi orang UMNO yang kuat dan menjadi pemimpin parti itu setelah Hussein Onn lama meninggalkan beliau dan keluarga beliau.

Semasa Tun Razak meninggal dunia Najib masih lagi bermain karom dan beliau diangkat menjadi PM setelah bapanya meninggalkan kita hampir 40 tahun  kemudian. Dr Mahathir meninggalkan jawatan yang beliau pegang dengan kuat selama 22 tahun itu, hanya melihat Mukhriz sampai ketahap hanya sebagai Menteri Besar selepas 11 tahun bapanya meninggalkan jawatan yang paling berkuasa itu.

Itu pun isu ini sedang menjadi isu hangat dan ramai diantara ahli-ahli UMNO sendiri sudah mual dengan kuasa yang berpindah kepada ahli keluarga pimpinan dalam parti itu. Tetapi perpindahan kuasa dari bapa kepada anak atau kepada isteri dalam PKR dan parti-parti yang bersekutu di dalamnya dilakukan secara ‘direct’ dan cepat. Jika ini keadaannya adakah kemungkinan yang penyakit yang sama akan berlaku jika PKR dan sekutunya menjadi kerajaan di Putrajaya jika diberikan mandat?

Apakah kita akan membudayakan amalan politik di Korea Utara dalam mana kepimpinan dan kuasa politik negara itu akan hanya berpindah setelah pemimpin itu mempunyai anak yang sudah melampaui baligh sahaja? Kenapa laungan demokrasi yang begitu berkumandang, tetapi dalam amalannya, kita mempraktikkan amalan seperti kepimpinan Korea Utara dalam mana kepimpinan negara itu bertukar daripada Kim Jong Il kepada Kim Jong Un, anaknya yang berpendidikan barat itu.

Tidak salah juga jika PKR mahukan cara perpindahan kepimpinan seperti yang berlaku di Korea Utara itu, tetapi janganlah melaungkan perjuangan anti-kronism dan sebagainya pula. Pilihan adalah kehendak parti itu sendiri tetapi mesti tentukan yang cara dan kaedahnya itu mesti selari dengan apa yang diperjuangkan olehnya.

18 March 2014

Kita lebih kecil dari habuk di hujung tunggul di sisi Allah s.w.t.

Anwar Ibrahim berkata beliau merasa sangat ‘disgusted’ dengan pihak yang mengaitkan beliau dengan kehilangan MH370 kerana hubungan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie dengan PKR. Anwar marah-marah kerana beliau dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu sejak 8hb Mach yang lalu dan itu merupakan percubaan UMNO untuk politik parti kerajaan itu.

Saya bersetuju dengan kenyataan Anwar itu, tetapi betulkah apa yang di sebut oleh Anwar itu? Apa yang saya tahu, saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon yang beranggapan kehilangan pesawat itu adalah kehendak Allah kerana membalas kezaliman pihak pemerintah terhadap Anwar. Mereka yang bercakap ini adalah penyokong PKR sendiri. Mereka mengaitkan UMNO sebagai pihak yang berdosa kerana memberikan Anwar penghakiman yang tidak betul 11 hari yang lepas.

Malahan ramai penyokong Anwar berkata dan memadankan muka UMNO kerana kononnya mendapat balasan Tuhan itu begitu cepat setelah tidak berlaku adil terhadap Ketua Pembangkang negara itu. Tidak ada sesiapa dikalangan pemimpidan penyokong UMNO dan orang ramai yang beriman akan mempercayai apa yang dikatakan oleh penyokong Anwar itu.

Sememangnya tidak ada kaitan diantara penghakiman terhadap Anwar itu dengan kehilangan peasawat itu. Yang banyak mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat ini dengan penghakiman terhadap Anwar itu adalah penyokong-penyokongnya sendiri yang kononnya Tuhan telah menyebelahi Anwar dan UMNO sedang menerima hukuman dari Allah s.w.t..

Apa yang diperkatakan oleh Anwar itu tidak benar. Tidak ada siapa dalam UMNO yang membuat andaian yang kehilangan pesawat itu adalah berkaitan dengan ‘kezaliman’ terhadap Anwar. Kata mereka Allah s.w.t. sangat murka terhadap UMNO, maka kehilangan MH370 itu adalah petanda yang Anwar adalah dipihak yang benar.

Saya pun tidak faham bagaimana mereka ini tahu yang kehilangan pesawat itu adalah kerana ‘kezaliman’ terhadap Anwar dan UMNO sedang mendapat ‘retributions’ diatas ‘kezaliman’ mereka itu.

Apa yang Anwar perlu lakukan ialah dengan meminta penyokong-penyokongnya berhenti dari membuat andaian buruk ini. Katakan kepada mereka yang tidak ada apa yang mustahil berlaku jika ia kehendak Allah s.w.t.. Semuanya adalah kepunyaanNya dan tiada apa satu yang kita punyai. Semuanya di alam ini adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Apa sahaja boleh berlaku jika ia kehendak Allah s.w.t..

Jika Tuhan berkehendak ia akan berlaku. Dalam sejarah, tiada siapa yang menjangka yang bumi boleh terbalik kerana noda dan dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Luth a.s. yang engkar terhadap seruan Allah s.w.t.. Kedegilan umat di zaman Nabi Luth a.s. untuk memberhentikan amalan seks diluar tabii semasa itu menyebabkan bumi telah terbalik kerana kemurkaan Allah s.w.t..

Ini bukanlah cerita dari saya tetapi itu adalah sejarah yang telah diketahui umum kepada sesiapa yang mengambil tahu tentang insiden-insiden dan dalil-dalil kemurkaan Tuhan terhadap umatNya yang engkar. Jika berbohong kitab-kitab yang saya baca itu, maka berbohonglah saya ini.

Jadi sementara kita dalam debaran menunggu berita dari pencarian yang sedang dilakukan terhadap MH370 ini, kita juga wajar mengakui dan beriktikad yang semuanya ini adalah kehendak Allah s.w.t..

Jika Tuhan berkendak ia tetap akan berlaku dan tiada apa yang mustahil jika ia dikehendaki berlaku oleh Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta itu. Bagi kita sebagai hambaNya, kita hanya mampu untuk memanjatkan doa dan bermunajat secara intensif terhadapNya agar terlaksana afa’alNya yang memberikan munafaat terhadap penumpang dan ahli-ahli keluarga mereka.

Kita sedang menyaksikan betapa kerasnya usaha kerajaan untuk mencari pesawat yang hilang dengan 239 orang yang berada di dalamnya dengan menggunakan kaedah yang benar-benar saintifik itu. Pesawat yang begitu besar dan sedang dicari oleh ratusan kapal terbang dan kapal laut yang canggih-canggih teknoloji dan sainsnya ia masih belum dapat dikesan.

Tetapi akhirnya nanti yang menentukan segala-galanya ialah Pencipta Sains itu sendiri. Sememangnya ada kelihatan kelemahan seperti yang di kritik oleh banyak pihak, tetapi jika PR berjaya menubuhkan kerajaan semasa PRU yang lepas pun belum tentu lagi pencarian pesawat itu akan terlaksana dengan baik.

Tidak kira samada PKR memerintah negara atau UMNO terus berkuasa, jika Allah berkehendak kapal itu hilang terus, atau pesawat itu akan selamat dijumpai dengan semua penumpangnya selamat ia akan terjadi juga.

Kita doakan terus keselamatan pesawat dan mereka yang berada di dalamnya. Mereka perlukan bantuan kita dengan doa-doa yang mustajab dan serahkan kepada Allah s.w.t. segala-galanya.

Tiada kena mengena dengan kehebatan politik sesiapa dalam isu ini, kerana manusia tidak kira yang kuat atau yang lemah, yang miskin atau yang kaya, semuanya lebih kecil dari habuk dihujung tunggul di sisi Allah s.w.t..

17 March 2014

Berjerebu di mana-mana

Kebimbangan orang ramai terhadap keadaan yang berlaku dinegara ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 10 hari lalu sesungguhnya mengusutkan pemikiran rakyat terutamanya kepada ahli-ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu.

Berbagai-bagai teori dan tanggapan terhadap kehilangan pesawat ini kita dengari dan yang terakhirnya kita difahamkan oleh pihak pemerintah yang pesawat itu telah di rampas oleh orang yang mahir mengendalikan pesawat secanggih itu dan kini tumpuan pencarian kehilangan itu di Kazahkstan dan persekitaran negara itu.

Namun belum ada kepastian tentang tanggapan ini dan rakyat terus merasakan kebimbangan terhadap keselamatan nyawa manusia di dalam pesawat itu. Rakyat seluruh negara dan dunia terus berdoa untuk keselamatan penumpang-penumpang dan anak-anak kapal itu.

Selain dari itu kita sedang menghadapi serangan jerebu yang sudah melepasi hampir dua minggu dan tidak ada penyelesaiannya sehingga saat ini. Rakyat merasa resah kerana keadaan ini boleh mengganggu kesihatan anak-anak yang ke sekolah dan mereka yang mudah terganggu kesihatan mereka. Banyak tugas dan tanggungjawab harian tidak terlaksana dengan baik kerana kehadiran jerebu itu.

Politik negara juga berjerebu dan tidak habis-habis ahli dan penggiat parti politik bertengkaran lebih-lebih lagi dengan kedatangan hari mengundi dalam PRK Kajang yang telah di paksa oleh PKR untuk diadakan. Walaupun ia satu tindakan yang tidak jujur tetapi oleh kerana itu yang dikehendaki oleh pemain politik tertentu untuk kekal relevan maka kita ikuti sahajalah kehendak mereka itu.

PRK ini terpaksa mereka lakukan kerana sememangnya setengah pemimpin yang bermasalah, mereka mengambil kesempatan diatas keresahan ramai itu sebagai alasan untuk mereka mendapat perhatian ramai walaupun ia memberi masalah kepada rakyat. Begitulah, masing-masing mempunyai cara masing-masing untuk hidup dalam politik ini. Keadaan sudah terbalik. Selalunya rakyat yang membawa masalah kepada pemimpin, tetapi dalam kes Kajang ini pemimpin yang bermasalah telah membawa masalah mereka kepada rakyat.

Apa pun, ini adalah isu politik dan pihak yang bermasalah pun boleh memberikan sebab dan alasan kenapa PRK itu perlu diadakan. Hanya rakyat sahaja dijadikan alat untuk kepentingan individu yang terdesak untuk mencapai matlamat peribadinya dan ia tidak kena mengena dengan kepentingan parti PKR itu. PKR sememangnya sudah memenangi kerusi itu dalam PRU yang lepas dengan majoriti yang amat selesa.

Jerebu politik ini menyebabkan semakin hari semakin terasa oleh rakyat bahawa mereka (rakyat) perlu melakukan ‘soul searching’ secara intensif kerana pimpinan parti politik sedang mengambil kesempatan diatas sokongan rakyat untuk bermain dengan politik peribadi yang tiada hadnya. Pemimpin seperti ini bukannya mendapat sokongan dari kerja dan jasa mereka yang ‘organic’ kepada rakyat tetapi semata-mata diatas sentimen permusuhan diantara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain.

Isu penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap Anwar dua minggu lepas menjadi isu dan dijadikan penghakiman itu untuk menuntut rakyat berarak untuk mempertahankan Anwar. Mahkamah dikehendaki menyebelahi Anwar sahaja. Jika mahkamah tidak memihak kepada Anwar itu tidak adil, dan rakyat mesti memberontak. Jika mahkamah memihak kepada pembangkang dalam puluhan kes saman termasuk saman terhadap Utusan Melayu, mereka tidak pula meminta orang ramai berarak untuk menentang keputusan itu.

Sekarang Anwar sedang memfailkan rayuan daripada Mahkamah Persekutuan, tetapi tidak pula pihak ini sedar yang Mahkamah Persekutuan itu adalah dari badan kehakiman yang sama. Jika Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada beliau nanti, sekali lagi mereka akan memberontak.

Itu sebabnya ‘attribute’ yang paling penting yang perlu ada kepada seseorang pemimpin, atau yang berhajat hendak menjadi pemimpin, jangan sekali-kali menghampiri kerja dan kegiatan yang boleh dipersoalkan kewibawaan masing-masing. Jangan memberi senjata tajam kepada pihak lawan untuk menikam kita kembali, dan dalam kes ini Anwar lalai dalam menjaga kewibawaan kepimpinannya dan menzalimi dirinya sendiri.

Anwar telah ‘dipatuk sebanyak dua kali oleh ular dari lubang yang sama’ dan itu bukannya mudah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap beliau. Beliau tidak boleh menyalahkan pihak lain diatas nasib yang menimpa beliau itu. Bolehlah diajak orang ramai menganggap itu fitnah tetapi disebaliknya ramai yang lain akan menganggap tuduhan mahkamah berkonspirasi dengan pihak kerajaan itu sebagai fitnah pula.

Rakyat perlukan pembelaan, bukannya meminta rakyat berarak membela individu pemimpin yang bermasalah yang tidak berkesudahan. Sampai bila rakyat disuruh untuk menyelesaikan masalah peribadi pemimpin. Sampai bila rakyat hendak diajak berarak dan memberontak dan kalau sampai pun ke penamatnya apakah keadaan yang akan kita alami?

Rakyat sudah mula merasa jemu dengan tindakan bertempek ke hulu ke hilir melaungkan tuduhan yang mahkamah berat sebelah dan sengaja membuat keputusan untuk menekan politik Anwar. Mula-mulanya rakyat ada yang percaya tetapi akhirnya rakyat akan sedar juga yang tindakan itu hanyalah tindakan seorang pemimpin yang ‘survival’ nya hanya dalam keadaan krisis.

Segala krisis diambil kesempatan. Krisis dalam partinya sendiri pun diambil kesempatan dengan niat mengorbankan pemimpin negeri yang telah mentadbir negeri dengan cemerlang yang dipuji oleh keseluruhan rakyat negeri itu.

Malahan dalam kempen PRU yang lepas kecemerlangan pentadbiran MB Selangor ini merupakan satu testimonial yang mampan dan telah menyumbang kepada kekuatan Pakatan Rakyat di seluruh negara, lebih-lebih lagi di Selangor itu sendiri. BN hanya mampu untuk mempertahankan 12 kerusi sahaja di seluruh negeri terkaya itu.

Tetapi apabila sampai waktu pimpinan tertinggi parti mahu menyelesaikan masalah kepimpinannya, pemimpin kerajaan negeri yang dipuji selama ini mula dipersoalkan semata-mata kerana kemahuan politik seorang yang lain.

Buat baik pun salah, buat jahat pun salah. Semuanya serba salah. Akhirnya Pakatan Rakyat tidak mempunyai pemimpin yang boleh dijuarakan sebagai pemimpin utama negara.

15 March 2014

Jangan hanya tukar pemimpin, acuannya juga perlu diganti

“Pakatan Rakyat akan bertambah kuat jika ketiadaan Anwar” kata beberapa orang pemimpin PKR sehari dua ini dalam siri kempen PRK Kajang sekarang. Kata-kata ini tentunya untuk memberikan semangat kepada penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya ini.

Jika itu keadaannya maka Pakatan Rakyat tidak perlu membuat berbagai-bagai reaksi terhadap penghakiman keatas beliau seminggu lepas.  Lain-lain perkataan tanpa Anwar Pakatan Rakyat akan bertambah baik dan kuat jika Anwar tidak lagi memimpin PKR dan Pakatan Rakyat itu.. Jika begitu kepercayaan mereka maka Pakatan Rakyat akan lebih mudah mengambil alih Putrajaya bila-bila PRU diadakan.

Tetapi betulkah pandangan yang PKR dan Pakatan Rakyat lebih kuat tanpa Anwar? Dimana datang lojiknya jika tidak dari hanya membuat kenyataan yang bersentimenkan kepimpinan Anwar semata-mata? Sampai bila Pakatan Rakyat mahu bergantung kepada sentimen untuk membenci BN kerana Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes Sodomi 2 itu?

Sesungguhnya PKR dan Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai kepimpinan lagi, maksud saya pemimpin yang mempunyai ‘material’ seorang Perdana Menteri. Pakatan Rakyat sudah hilang dua pemimpin utamanya dalam kes-kes Mahkamah. Seorang lagi ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP dan jika mereka tidak dapat menukar penghakiman di peringkat Mahkamah Persekutuan untuk Anwar dan Mahkamah Rayuan bagi Karpal, Pakatan Rakyat akan menjadi seperti anak ayam tidak beribu lagi.

Sesiapa pun dalam Pakatan boleh membuat ‘political statements’ dengan mengatakan mereka akan lebih kuat tanpa Anwar, tetapi hakikatnya Pakatan tidak mempunyai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk dijadikan juara bagi memimpin negara, sebagai Perdana Menteri.

Mengikut penghakiman terhadap Anwar, beliau dihukum penjara selama lima tahun dan setelah mendapat ‘remission’, Anwar akan dipenjarakan selama tiga tahun setengah sahaja. Anwar akan hanya dibolehkan memegang jawatan politik hanya setelah dibebaskan selama lima tahun. Maka selama lapan tahun setengah beliau akan berada diluar persada politik negara dan selama itulah Pakatan Rakyat akan tidak mempunyai kepimpinan lagi.

Ketiadaan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat itu ditambah pula dengan penghakiman terhadap peguam Anwar sendiri, Karpal Singh yang telah dijatuhkan hukuman denda RM4000 dalam kes ‘sedition’ terhadap Sultan Azlan Shah pada tahun 2009 dahulu. Jika Karpal tidak berjaya mengurangkan jumlah dendanya kebawah dua ribu ringgit, maka beliau sendiri akan kehilangan kedudukan beliau di Dewan Legislatif Persekutuan, Parlimen.

Sudah hampir pasti yang Pakatan Rakyat, khususnya PKR akan menjadi ‘orphanage’ parti yang tidak mempunyai ketua yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin alternatif kepada pimpinan UMNO yang kini sudah begitu ketandusan. Jika kita kira satu demi satu dari Presiden hingga ke pemeriksa kira-kira dalam Majlis Tertinggi UMNO itu tidak ada siapa pun yang ‘viable’ untuk menggantikan Najib sekarang ini. Najib pula sudah sampai keperingkat wajib diganti jika mahu melihat negara mempunyai sebuah kerajaan yang berwibawa seperti yang pernah kita alami dan rasai lama dahulu.

Pendeknya sekarang negara sedang tercari-cari dan wajib dijumpai seorang yang mampu mentadbir dan membuat perubahan terhadap negara ini agar kita dapat keluar dari politik yang tidak menentu ini.

Masalah kita bukan sahaja masalah rasuah dan masalah salahguna kuasa. Dalam keadaan pencarian ini kita wajar mengambil kesempatan untuk membetulkan negara dalam banyak hal yang lain yang sudah terlalu lama memerlukan pembetulan.

Contohnya kita wajar memikirkan usaha untuk kita benar-benar mempunyai sebuah negara yang benar-benar sebuah negara Persekutuan yang berdaulat. Negeri-negeri di dalam Persekutuan perlu diperlakukan sebagai negeri-negeri yang berdaulat sebagai ahli kepada Persekutuan ini.

Penguasaan politik yang keterlaluan dari Persekutuan perlu di batasi kerana tiada kedaulatan Persekutuan itu jika tidak ia tidak datangnya dari kedaulatan negeri-negeri didalam Persekutuan itu. Ini lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya negeri-negeri yang berstatus ‘equal partner’ dalam Persekutuan Malaysia yang terbentuk pada tahun 1963 dahulu. Isu ini merupakan isu tertunggak yang sebegitu lama tidak di berikan perhatian yang setimpal dengan kedudukan mereka sebagai ahli yang mempunyai 'equal status' dengan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Itu sebabnya blog ini tidak henti-henti menyuarakan pandangan yang kita wajar memperbaharui politik negara dengan keadaan dan bentuk yang baru dengan set pimpinan yang baru. Buat permulaannya ia hanya bertugas untuk memperbetulkan keadaan dan situasi politik yang lebih meyakinkan untuk mengekalkan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai asas untuk kemajuan dimasa depan.

Kita memerlukan budaya politik yang diasaskan kepada budaya kita yang berbilang kaum ini. Kita wajar meninggalkan budaya politik permusuhan yang tidak ada kesudahannya ini. Situasi permusuhan yang tidak ada had pada hari hari ini tentunya terbit dari kepimpinan yang telah tertanam tiga 'racun berbisa' dalam kepimpinan dari kedua-dua belah pihak iaitu, “greed, anger and foolishness’ yang pernah saya sebut minggu lepas.

Sememangnya Najib sepatutnya berundur sekarang ini tetapi biarlah pengundurannya itu di sambut oleh kepimpinan yang benar-benar berwibawa supaya keadaan dan situasi seperti hari ini tidak berulang lagi.

Formula untuk menggantikan Najib itu ialah dengan tidak memilih pemimpin yang berada dalam satu acuan dengan yang ada pada hari ini. Perlu difahami yang kita sekarang bukan sahaja perlu mengganti pemimpin sahaja.

Acuannya perlu di tukar sekali.

13 March 2014

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke enam, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita. Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut.

Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu di pandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini.

Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan ‘scale’ penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan. Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak di minta dan yang tidak ditunggu-tunggu.

Yang menghadapi musibah ini ialah negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa. Kerajaan dan penguasa negara kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini.

Krisis kali ini bukannya krisis yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese red army pada tahun tujuh puluhan dahulu juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie. Kita masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan untuk tidak mengelirukan orang ramai.

Dalam krisis itu hanya King Ghaz sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu. Kita boleh memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kaedah mengendalikan krisis ini.

Kita tidak pernah menafikan keikhlasan pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan, kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang ramai. Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan itu perlu dibuat oleh Kabinet Kerajaan.

Dengan mengambil keputusan kabinet, ia akan menentukan ‘accountability’ keputusan ini diambil oleh kabinet sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini. 

Ramai yang bertanya siapa yang kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishamudin atau Ahmad Zahid Hamidi? Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini.

Kita terpaksa menyebut ini semua kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan sekali gus ia menjahanamkan kredibiliti ‘government of the day’. Jika ini berterusan maka persepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah berlaku.

Sekarang kita sudah ‘conclusive’ yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan masing-masing. Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka. Mungkin mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu.

Kita belum lagi mengalami penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman sebagai demokrasi sistem dua parti. Oleh kerana pembangkang belum lagi mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka yang memimpin kerajaan hari ini.

Krisis yang sebesar ini perlu ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan kesempatan untuk mempamirkan diri dimuka media sahaja. Krisis yang melanda MAS kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka.

Kita tidak boleh mengendalikan isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang. Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan diantara calon-calon PRK Kajang yang terhasil dari krisis dalaman PKR. Ini krisis nasional yang amat serius yang melibatkan negara dan masa depan negara dikaca mata masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.

Yang perlu di fahami ialah tidak ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dan seperti yang disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk keselamatan semua penumpang dan anak kapal itu.

Semua mahu melihat kebaikan walaupun sekarang sudah sampai hari ke enam kehilangan pesawat itu. Kita dapat menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat. Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan ‘of this magnitude’ berlaku kepada negara kita.

12 March 2014

Semua berdoa untuk penumpang, waris keluarga dan anak kapal MH370

Hari ini masuk hari ke lima pencarian pesawat MAS MH370 yang masih lagi tidak menampakkan kejayaan pencarian itu. Kita masih tidak tahu dimana pesawat itu berada dan apa yang terjadi kepada nasib 227 penumpang dan 12 anak kapal pesawat tersebut.

Saya seperti juga orang lain sentiasa memanjangkan telinga dan membuka mata dengan luas dalam debaran hati yang kuat untuk mendengar dan melihat apa kesudahan pencarian yang seolah-olah tiada hentinya ini. Dalam pada itu saya juga seperti rakyat negara yang lain berdoa dan mengharapkan sesuatu yang ‘miracle’ berlaku untuk keselamatan nyawa penumpang dan kakitangan pesawat tersebut.

Banyak negara seluruh dunia telah tampil membantu kita untuk mencari pesawat yang telah hilang dari radar penerbangan dan tidak berkomunikasi dengan ATC sejak itu. Seluruh jentera kerajaan dan banyak asset negara telah digunakan untuk pencarian ini, ditambah pula dengan bantuan berbagai negara termasuk AS yang telah menggunakan 7th fleetnya untuk mencari pesawat itu. Namun sehingga saat ini belum lagi kita ketahui apa yang telah berlaku kepada pesawat dan penumpang serta anak-anak kapalnya itu.

Setiap jabatan dan pihak yang terbabit dengan pencarian ini tidak berhenti-henti memberikan ‘up-dates’ kepada rakyat, namun pesawat itu masih tiada dijumpai. Saya mengambil keputusan untuk memberikan komen sedikit kerana sudah ada tanda-tanda pihak yang sudah marah terhadap pihak berkuasa kita kerana kegagalan setakat ini untuk mencari pesawat tersebut.

Sesungguhnya kita memahami apa yang sedang dirasakan oleh phak keluarga penumpang-penumpang baik negara kita dan negara Cina serta banyak negara lain dalam mana rakyatnya bersama berada dalam penerbangan itu. Bagi saya semua pihak sedang melakukan yang terbaik untuk pencarian ini dan tidak ada yang tidak dilakukan oleh penguasa negara kita.

Jika armarda angkatan laut Amerika yang canggih itu pun tidak dapat menjumpai dimana pesawat itu berada, apa lagi yang boleh meyakinkan kita yang pencarian ini adalah satu pencarian yang amat sulit dan payah. Dalam keadaan sekarang tidak ada yang mahu melihat kegagalan pencarian ini. Masing-masing mahukan dan mengharapkan ada ‘miracles’ berlaku kepada penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat itu dan mereka selamat akhirnya.

Yang penting bagi kita sekarang ialah untuk memberikan sokongan moral dan doa-doa yang berterusan untuk semua pihak yang sedang bertungkus lumus bagi penyelesaian isu ini.

Apa yang perlu bagi yang mengikuti perkembangan tentang MH 370 ini lakukan ialah untuk mententeramkan jiwa dan hati keluarga penumpang ini dan tidak memberikan kritikan dari luar sahaja. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pencarian ini dilakukan oleh banyak negara dan ini sahaja sudah menunjukkan yang semua pihak mahukan penyelesaian beberapa segera. Apa pun sebabnya berlakunya kehilangan pesawat ini, kita perlu meneruskan doa dan memohon agar kita akan di hidayahkan dengan sekuat iman seorang yang beragama untuk menerima apa sahaja ketentuan Allah s.w.t. nanti.

Dalam isu seperti ini, kita akan melalui ujian besar, iaitu untuk menahan jiwa kita dari kufur dan sentiasa mengakui yang segala-galanya itu adalah ketakdiran Tuhan yang Maha Esa.

Secara saintifiknya semua pihak sedang bertungkus lumus untuk mencari penyelesaiannya tetapi Penentu yang ‘ultimate’ nya ialah Maha Pencipta dan Pencipta Sains itu sendiri.

Kita memerlukan kesabaran yang lebih dari apa yang ada kepada setengah pihak. Mungkin mereka akan menjawab yang ‘it’s easier said than done’, tetapi apa lagi caranya untuk kita mententeramkan jiwa kita selain dari bersandar sepenuhnya kepada Illahi yang Maha Penentu itu.

Kepada keluarga yang terlibat dengan kehilangan pesawat ini, diluar sini tidak ada yang tidak berdoa untuk mendapatkan ketenangan hati dalam menghadapi peristiwa yang amat menekan jiwa ini.

08 March 2014

Berdoa secara intensif, agar sifat 'greed, anger and foolishness' itu menjauhi kita

(sambungan)

Kelemahan manusia termasuk pemimpin apa-apa sahaja pertubuhan yang mempunyai sifat ‘greed, foolishness and anger’ tidak akan membawa apa-apa faedah kepada masyarakat atau sesiapa yang mereka pimpin. Ketiga-tiga sifat yang sangat negatif inilah yang membawa kepada perbalahan dan perselisihan yang akhirnya membawa kepada kehancuran diri sendiri.

Mereka yang mempunyai sifat ini tidak akan jumpa penyelesaiannya kerana setiap diantara tiga sifat ini merupakan penghalang kepada niat dan motif yang ada pada diri kita itu. Sifat-sifat ini sememangnya banyak diperkatakan dan di sebutkan dalam mana-mana agama sekali pun.

Jika ia bermula dari salah satu sifat yang di sebutkan tadi ia akan membawa seseorang itu untuk berhijrah kepada sifat-sifat yang dua lagi itu dan ia saling sandar menyandar diantara satu dengan lain dan akhirnya akan menggagalkan segala niat dan tujuan kita. Selalunya pemimpin yang termasuk diantara satu dari tiga sifat tadi, atau ketiga-tiga sifat buruk itu akan sentiasa berkata-kata dan bertindak dengan penuh manipulasi. Akhirnya ia akan membawa kelemahan kepada roh dan jiwa perjuangan jika di sebut tentang perjuangan apa-apa sekali pun.

Kesalahan sendiri akan dipindahkan kepada orang dan pihak lain. Segala hasil buruk yang mereka alami akan dipersalahkan kepada orang lain sedangkan kesalahan itu sesungguhnya datang dari dirinya sendiri.

Jika sifat-sifat negatif tadi ada pada dua pihak yang berbalah semua tindakan mereka itu tidak lebih dari usaha mengeliru dan memperdaya pihak yang lain untuk kepentingan peribadi dan kelompok sendiri. Sifat ini sudah sampai keterlaluan dan ia juga ada hadnya.

Ia akan sampai ke kemuncak dan tiada ke mana lagi selain dari menerima kecerahan cahaya yang akan tiba. Masing-masing akan tersedar yang selama ini keadaan yang mereka berada itu adalah keadaan yang akan meruntuhkan mereka sendiri. Keruntuhan mereka itulah yang akan membawa kepada keadaan aman dan berada dalam sinar cahaya yang amat terang. Ini proses biasa secara natural. Seperti yang saya selalu katakan, ‘the darker the night, the nearer we are to the dawn’.

Maka sampailah hajat rakyat untuk hidup dalam sebuah negara yang dalam keadaaan aman dan damai.

Seseorang yang berdoa dengan intensif terhadap Allah s.w.t. untuk terus memberikan dia tubuh badan yang sihat mungkin merasa kecewa kerana beliau jatuh sakit malahan terpaksa di masukkan ke dalam wad hospital selama seminggu.

Mungkin yang berdoa merasakan yang doanya tidak termakbul, tetapi setelah seminggu berada di dalam wad hospital itulah baru di sedarinya yang kemasukannya ke hospital itu telah menjumpai beberapa penyakit yang patut diubati. Selepas mengubati itulah baru dia sedar bahawa itu merupakan proses yang perlu dilalui sebelum mendapat kesihatan yang kekal dan makbullah doanya selama ini untuk mendapatkan kesihatan yang berterusan itu.

Begitu jugalah doa kita untuk mendapatkan negara yang aman dan damai. Bagi saya ini adalah gerakan yang ‘natural’ untuk kita menuju kepada keamanan yang kita doakan selama ini. Mungkin inilah proses untuk doa kita untuk dikabulkan Tuhan semesta alam ini. Satu demi satu yang bathil itu hilang dan diketepikan. Tentunya selepas ini mungkin ramai lagi pemimpin yang terpalit dengan sifat ‘greed, foolishness dan anger’ tadi akan tertewas secara natural.

Itu sebabnya saya mengingatkan diri saya sendiri agar berdoa secara intensif untuk kita mengalami zaman negara yang aman dan sentosa. Kita wajar mengakui segala tindakan kita itu di gerakan oleh satu diantara dua elemen, ia itu elemen yang hak dan yang bathil.

Doa kita hanya satu agar segala tindakan kita itu digerakkan oleh yang hak dan dijauhi dari bisikan khatir yang sentiasa mahu kita melakukan kerja untuk kepuasan yang bathil itu.

Pendeknya setelah semua yang mempunyai sifat ‘greed, foolishness and anger’ tadi tertewas, waktu itulah yang saya yakini, apa yang kita hebuhkan sebagai ‘national reconciliations’ itu akan berlaku, dan akan berjaya.

Jangan kita lupa untuk menjolok rahmat Allah s.w.t. dan syufaat junjungan Muhammad s.a.w. secara intensif untuk negara kita ini.

07 March 2014

Tiada NRP jika tidak di buang sifat tamak, amarah dan 'foolishness'

Dalam pada orang ramai berbahas dengan berita tentang isu Anwar yang didapati bersalah di mahkamah rayuan, saya masih mahu bercakap tentang isu ‘National Reconciliataion Programme’ yang masih kabur dan tiada nampak kesahihan akan berlaku.

Isu ‘National Reconciliation Programme’ (NRP) kembali sejuk dan seperti isu-isu yang lain ia tetap tidak ada pelaksanaannya secara serius. Sehingga sekarang ini tiada apa yang kita fahami apa yang hendak dilaksanakan dan tiada siapa yang tahu apa kah yang terkandung dalam NRP yang disebut oleh Najib itu.

Persoalan pertamanya, sudah adakah pelan itu tertulis dan hanya menunggu untuk diumumkan kepada rakyat sahaja? Jika sudah ada apakah kandungannya? Adakah ia hanya melibatkan pelan untuk kesatuan rakyat diantara kaum dan agama dan tidak memasukkan banyak isu terbengkalai yang lain yang nampaknya tidak ada usaha untuk diselesaikan?

ATAU, seperti biasa ia hanya janji-janji dan retorik kosong sahaja? Rakyat mesti diberitahu apa yang hendak di ‘reconciliate’ kan itu. Jika sudah ada pelannya, mampukah pimpinan hari ini untuk melaksanakannya? Sejujurnyua saya tidak nampak mana-mana pihak, samada yang menjanjikan NRP ini dan yang dijanjikan itu boleh melaksanakan matlamat NRP ini. Itu pun jika sudah ditentukan matlamatnya setakat ini.

Kita sudah jemu dengan berbagai-bagai pelan-pelan yang diumumkan oleh pucuk pimpinan negara. Pelan itu, pelan ini dan slogan itu dan slogan ini….satu pun tidak membawa apa-apa perbezaan serta perubahan. Semua perancangan dan semua pelan hanya tinggal perancangan dan pelan sahaja. Masa digunakan sepenuhnya untuk merancang sehinggakan tiada masa untuk melaksanakannya.

Kenapa semua perancangan dan pelan itu tidak terlaksana dan gagal direalisasikan?

Pertamanya semuanya itu tidak difikirkan dengan semasak-masaknya kerana tiada diantara kerajaan dan pihak ‘alternative’ yang mempunyai tahap pemikiran yang mampu menjiwai kehendak rakyat mengikut zaman dan waktunya. Pimpinan merasakan mereka faham permasalahan yang dihadapi rakyat tetapi sesungguhnya mereka tidak memahaminya.

Bagaimana pimpinan, terutamanya pucuk pimpinan mampu menyelesaikan masalah sedangkan mereka tidak pun faham masalah rakyat sebenarnya. Jika sesungguhnya mereka memahami apa masalah rakyat itu, masakan perlaksanaan yang di rancangkan itu tidak boleh terlaksana?

Kita tidak tahu apakah pimpinan kita sudah tahu masalah sebenarnya negara ini sekarang? Adakah masalah negara kita sekarang ini hanya tertumpu kepada masalah rasuah dan salahguna kuasa semata-mata? Atau pun jika ada masalah lain yang di lihat mereka hanya kepada masalah perhubungan diantara kaum yang sudah begitu buruk sahaja. ATAU masalah lain jika ada itu ialah masalah ekonomi dan harga barangan yang melambung naik sahaja?

Di peringkat parti-parti politik pula adakah masalah yang besar yang perlu diadakan NRP ini kerana masalah Anwar Ibrahim yang kepingin sangat untuk menjadi PM itu yang memerlukan sangat NRP ini dilakukan? ATAU adakah masalah Najib yang masih merasakan yang jawatan PM itu adalah haknya setidak-tidaknya sepuluh atau dua puluh tahun lagi yang terpaksa diadakan NRP ini.

Dimana letaknya premis yang telus untuk membina landasan untuk NRP ini? Saya nampak NRP ini semata-mata disebut untuk kepentingan peribadi pemimpin tidak kira dari BN atau pun dari PKR dan mereka membawa rakyat berlaga sesama sendiri untuk bersama memberikan sokongan.

Sebenarnya NRP akan hanya boleh dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk melakukannya. Bagi mereka yang mempunyai ‘seriousness’ dalam mewujudkan NRP ini mereka tidak akan melandaskan niat untuk NRP ini untuk kepentingan individu yang berkehendakkan keuntungan peribadi sahaja.

Jika elemen itu wujud sampai bila pun tiada akan terjumpa ‘reconciliation’ itu. Jika masih dilandaskan kepada keuntungan peribadi, kita akan hanya mendengar retorik-retorik buruk sahaja dan kita akan tetap ‘bermimpi disiang hari’.

Kita yakin yang sedang memimpin dan yang sedang mahu memimpin yang kita lihat berkeliaran politik mereka sekarang ini tahu yang mereka tidak layak untuk memimpin. Tetapi mereka menganggap ini merupakan satu permainan yang boleh menang dan boleh kalah sahaja.

Selagi masih ada pemimpin yang dihinggapi oleh elemen ‘greed, anger and foolishness’ selagi itulah tiada akan terjumpa penyelesaian terhadap masalah-masalah yang kita sedang alami sekarang ini. Selagi yang bercakap tentang isu ini masih mempunyai ketiga-tiga elemen yang saya sebutkan ini selagi itulah tiada penyelesaian terhadap isu ini.

Apakah yang perlu ada dalam pelan ‘reconciliation’ yang disebut-sebut itu? Kita sentuh dalam posting sambungannya besok atau lusa.

(bersambung)

06 March 2014

When great evil occurs, great good follows

Banyak sejarah menunjukkan yang kekecuhan politik sesebuah negara akan akhirnya tamat dan keadaan kembali tenang dan rakyat kembali hidup seperti biasa dalam keadaan biasa. Tiada kekecuhan itu berterusan dan tiada keamanan itu kekal buat selama-lamanya. Jika didengar pandangan mereka yang agak ‘spiritual’ segala yang berlaku itu ada hikmahnya, tiada apa-apa kekusutan tidak dapat diselesaikan.

Kehidupan ini sentiasa dalam pencaroba, begitu jugalah dalam politik di negara kita. Kadangkala keburukan yang berlaku ada baiknya kerana kekusutan politik seperti yang kita hadapi hari ini jelas membuktikan hikmahnya amat besar. Itu sebabnya kita selalu dinasihatkan yang jika terjumpa yang cantik-cantik dan nampak elok itu, jangan terus kita terkam, kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Begitu juga kalau kita terjumpa yang buruk itu, jangan terus dibuang dan dicampakkan kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.

Bagi pandangan ahli fikir yang saya berbincang dengan mereka, keadaan sebegini sememangnya akan berlaku sebelum kebaikan tiba. Bagi saya ini merupakan proses yang perlu dilalui sebelum pembersihan politik negara dapat di saksikan dan terlaksana. Proses ini akan menimbulkan dan menampakkan semua yang tidak bersih dan secara ini jugalah eleminasi terhadap perosak-perosak negara itu akan terlaksana, dan kebaikan akan mendatang.

Jika tiada keburukan maka tiadalah kebaikan. Sifat berlawanan dan bersalahan itu sememangnya ada dalam kehidupan dan diyakini siapa yang memahami kehidupan yang asas. Dunia ini belum akan kiamat. Dunia tidak akan kiamat selagi masih ada yang berzikir kepada Allah s.w.t dan itu adalah janji Tuhan. Politik negara ini tidak akan hancur terus-terusan selagi masih ada yag mempunyai jiwa untuk negaranya walaupun seorang.

Kegelapan politik negara kita akan berakhir. Sekarang merupakan keadaan yang paling gelap tetapi kita perlu ingat, ‘the darkest part of the night is just before dawn’. Berakhirnya kegelapan ini akan timbul pula sinar cahaya yang terang benderang setelah hancurnya ‘evil forces’ yang berkeliaran dan berperang sesama mereka semasa kegelapan sebelum datangnya terang tadi.

Kita sudah tidak tahu lagi siapa diantara yang sedang berperang pada hari ini, seperti Anwar, Najib, Muhyiddin, Lim  Guan Eng dan bapanya LKS serta beberapa orang yang sedang bergiat sekarang ini yang layak untuk menerajui negara. Keadaan seperti ini tidak dapat diselesaikan oleh mereka ini kerana yang mana satu yang berjaya menumbangkan yang lain ia tidak akan memberikan kestabilan kepada negara.

Dalam keadaan sekarang kita bukan lagi bercakap tentang rasuah dan salahguna kuasa tetapi kita sedang berhadapan dengan politik yang lebih besar dari isu-isu seperti itu. Kita sekarang sedang berhadapan dengan masa depan politik negara dari sudut ‘big picture’ nya.

Itu sebabnya blog ini selalu menyarankan agar wujud satu politik baru yang boleh menganjak politik negara dari situasi sekarang kepada ‘ambience’ politik yang baru agar kita dapat mewujudkan aura politik yang baru dan semuanya baru.

Saya telah menyebut yang mereka yang sedang bersilat dan membuat ‘intrigue’ politik yang ganas sekarang ini tidak akan dapat membawa penyelesaian kerana sistem yang ‘menang ambil semua’ dan yang ‘kalah kehilangan semua’ itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada situasi buruk ini.

Situasi ini hanya boleh diperbaiki dengan membuat penyerahan dan meminta Tuhan menimbulkan seorang yang boleh menyatukan negara di samping melaksanakan penyelesaian terhadap isu-isu lain seperti isu tetang perjanjian Malaysia dan beberapa isu yang masih lagi belum selesai walaupun isu ini adalah isu lama.

Sesungguhnya kita berharap ada suasana baru dalam politik negara. Tetapi kita perlu ingat ini, ‘once great evil occurs, great good follows’.

05 March 2014

Tepat kah kata perbilangan, 'malang itu tidak berbau'?

Akibat pergeseran dikalangan pimpinan PKR terutamanya di Selangor, perpecahan nampaknya begitu ‘imminent’ dikalangan PKR dan ia menjejaskan kredibilitinya sebagai tunjang kepada Pakatan Rakyat. Yang sangat diperlukan oleh PKR ialah kredibilitinya sebagai parti pemimpin utama kepada Pakatan Rakyat yang sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya. Jika kekecuhan dikalangan PR telah berlaku seperti sekarang ini, matlamat ke Putrajaya itu sudah pasti terjejas dan hajat untuk menduduki Putrajaya itu akan terkulai ditengah jalan sahaja.

Politik negara sangat tidak menentu. Dalam pada itu ramai yang berkata BN sendiri sedang bergolak dengan usaha pihak Mahathir dan Muhyiddin sedang mencari jalan pintas untuk meletakkan TS Muhyiddin menggantikan Najib yang sangat lemah itu. Tetapi seratus peratus pilihan Dr Mahathir akhirnya tidak kekal baik kerana semua yang beliau naikkan akan beliau jatuhkan akhirnya.

Dalam sejarah Mahathir dalam kuasa tidak ada seorang pun yang kekal dengan Dr Mahathir. Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan sekarang Najib adalah pilihan hati Dr Mahathir. Beliau yang memilih dan beliau juga yang menjatuhkan mereka dan mangsa yang terakhir sekarang ini ialah Najib Tun Razak. Sekarang dikatakan Mahathir akan memilih untuk menyokong Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin ini juga akan akhirnya tidak digemari oleh Dr Mahathir.

Oleh itu jika Muhyiddin benar-benar menjadi pilihan dan kehendak Dr Mahathir kita boleh membuat andaian awal yang masalah negara tidak akan selesai kerana beliau adalah pilihan Dr Mahathir. Pilihan Dr Mahathir setakat ini belum pernah pilihan yang betul.

Dalam pada itu, Najib pula sedang menyusun ‘alignment’ politik yang baru dan perkhabaran yang kita dengar, beliau sedang mengusahakan untuk membawa Anwar ke kabinet pula. Ini adalah tindakan 'desperate' jika berita ini benar.

Anwar juga dikatakan bersetuju untuk berunding dengan Najib kerana beliau sendiri berfikir yang Najib adalah pemimpin yang begitu lemah dan mudah di kotak katikkan.. Menjadi Timbalan kepada Najib akan memudahkan beliau menyampaikan hajat sepanjang hayat, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata. Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya waimma untuk meninggalkan rakan-rakan dalam PKR dan PR terutamanya pemimpin bukan Melayu dalam PR itu sendiri.

Tidak terkejut jika Anwar sanggup melakukannya kerana matlamatnya ialah untuk menjadi PM ‘at all cost’.  Kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat sedang bergelumang dengan ‘intrigue’ politik yang penuh dengan innovasi dan seninya.

Bagi setengah pendapat jika benar Najib sedang berunding dengan Anwar, tindakan itu semata-mata akan memendekkan jangka hayat politiknya sendiri kerana Anwar akan mentadbir negara pada hakikatnya. Najib sedang mencari rakan politiknya setelah beliau mulai sedar di dalam UMNO itu sendiri ada kumpulan yang sedang melakukan sesuatu untuk memaksa Najib keluar dari Putrajaya itu.

Maka jika perundingan ini merupakan isu yang benar, maka ia jelas politik ini dipengaruhi oleh individu-individu yang berkepentingan sahaja. 'Belah dan retak' ini adalah hasil dari pemainan politik individu yang tindakan mereka tidak ada kena mengena dengan perjuangan untuk mereka (rakyat).

Tindakan Anwar dan kumpulannya adalah berasas kerana kegilaan yang berlaku di dalam kerajaan hari ini dan Anwar telah menggunakan isu kebobrokan dalam kerajaan sekarang ini. Di sebaliknya reaksi gila terhadap Anwar juga ada asasnya terutamanya kepada mereka yang boleh menelaah apa akan terjadi kepada negara jika Anwar mengambil alih. Pihak-pihak dalam UMNO juga tahu yang mereka akan menghadapi kesukaran yang lebih buruk lagi jika Anwar dan sekutunya mengambil alih kerajaan kita ini.

Anwar tidak kira siapa pun untuk ditinggalkan atau digagalkan nya jika mereka tidak memberikan laluan untuknya menjadi Perdana Menteri kerana menjawat jawatan itu adalah ‘ultimate’ bagi beliau. Jika perundingan dengan pihak Najib berlaku beliau sanggup meninggalkan rakan perjuangannya jika rakan-rakan perjuangan beliau itu menjadi beban bagi beliau. Anwar terkenal dengan sikap tidak setia kepada sesiapa asalkan beliau berkuasa. Anwar dalam imej sebagai reformis, beliau juga seorang yang sangat ‘flirtatious’ dan beliau boleh bercengkarama politik dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan ‘political actor’ yang paling hebat yang pernah kita lihat dalam sejarah demokrasi negara.

Walaupun beliau masuk tidur bersama DAP dan PAS, beliau akan bangun bercengkarama dengan pemimpin UMNO diluar sedang PAS dan DAP tidur lena dan akan kembali kebilik tidur PAS dan DAP sebelum siang hari. Besuk harinya beliau akan bangun bersama PAS dan DAP untuk beretorik ke darat dan ke baruh untuk membawa rakyat yang ‘ignorant’ itu untuk menghunus keris pendeknya kepada UMNO dan BN.

Tetapi tindakan menduakan rakyat yang bersamanya itu sudah mula berbaur dan 'permainan kayu tiga' beliau itu tetap akan terbongkar.

Sementara itu beliau masih boleh 'bermain kayu tiga' ini kerana masih ada yang percaya kepada beliau dan merelakannya berlaku. Apabila mereka sudah tersungkur dan tidak boleh bangun lagi kerana mengikut Anwar ini, barulah mereka akan sedar, tetapi di waktu itu sudah terlambat untuk mengelak dari bahana politik Anwar ini.

Ramai diantara pengikut Anwar ini akan kesaorangan sambil 'menjilat luka-luka dan kecederaan' mereka dari hasil begitu percaya kepada Anwar yang boleh berlakon ala Bollywood dan Hollywood itu. Ramai yang telah mengalami keadaan itu semasa beliau ber ‘glamour’ semasa  berkongsi kuasa dengan Dr Mahathir dalam UMNO dahulu.

Bagi saya ‘Anwar is a terrific actor who can mesmerize and fascinates every ignorant being that stands and sits before him. He knows when to sing Tamil or Hindi songs during his campaign trail and the best of it all he knows how to act like Hindi or Tamil hero fabulously and flawlessly’

Tidak tahulah jika kita semua ini masih mahu dirundung malang tanpa kesudahan dengan Anwar kita jadikan Perdana Menteri selepas ini. Jika perbilangan ada memberi ingatan yang 'malang itu tidak berbau', tetapi memberikan kuasa kepada Anwar itu adalah satu 'kemalangan yang sudah lama terbau' dan yang di tunggu-tunggu.

Masa akan membuktikan ketepatan andaian ini.

04 March 2014

TS Khalid perlu memberi penerangan isu air sampai ke akar umbi

TS Khalid Ibrahim akan memberikan penerangan yang sebetulnya bagi menafikan apa yang di sebut oleh  Rafizi Ramli, tentang MoU berkaitan dengan air, dua hari lepas itu  hanyalah andaiannya sahaja. Rafizi telah mengkririk MoU itu dan berkata yang perjanjian itu akan melibatkan kos bagi kerajaan Selangor itu akan mencecah harga RM20 billion dan bukannya RM9.6 billion sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan itu.

TS Khalid berkata beliau akan memberikan penerangan secara besar-besaran dan mengtaklimatkan isu air ini supaya tidak dikelirukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. TS Khalid berkata yang semua pihak akan dapat memahami segala yang telah dipersetujui itu dengan memberikan pencerahan secara terbuka dan tepat dalam masa yang terdekat ini.

Bagi saya, rakyat yang biasa dibawah ini, wajar mendapat penerangan dengan baik. Penerangan itu boleh dilakukan dengan mengembalikan tindakan memberikan penerangan kepada rakyat Selangor seperti kurusus sivik yang lazim dilakukan oleh kerajaan dahulu. Proses penerangan itu wajar dilakukan diperingkat kampung melalui penyelenggaraan setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, JKKK, di setiap kampung di Selangor.

Penerangan melalui JKKK ini amat perlu kerana setiap rakyat ditadbir oleh JKKK dikampung-kampung dan desa. Penerangan perlu dilakukan oleh Jabatan Penerangan Daerah setelah semua pagawai-pegawai penerangan daerah diberikan taklimat dan memahami segala apa yang terkandung dalam MoU kerajaan Selangor dan Persekutuan dan setiap kampung perlu diberikan penerangan itu.

Setelah memberikan taklimat kepada pegawai-pegawai penerangan dan pegawai-pegawai daerah, penerangan wajar diberikan secepat yang mungkin yang dianjurkan oleh JKKK setiap kampung itu. Jika ada 150 orang sahaja kehadiran dalam sesuatu penerangan sivik itu, ia sudah cukup bagi kerajaan negeri mendapat perlindungan dari fitnah dan permainan politik sesuatu pihak terhadap kerajaan Selangor terutamanya dari ahli-ahli parti dan pemimpin dalam parti yang memerintah kerajaan Selangor itu.

Sesungguhnya inilah yang sudah tidak dilakukan oleh kerajaan sejak hampir tiga puluh tahun dahulu. Dulu-dulunya segala projek dan tindakan kerajaan persekutuan atau negeri, rakyat akan diajak untuk bersama-sama melaksanakan sesuatu dasar itu dengan memberikan mereka penerangan yang jelas dan salah satu caranya ialah dengan mengadakan kursus sivik untuk berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat bawahan. Melalui kursus sivik itu rakyat akan merasakan yang mereka dibawa bersama untuk melaksanakan sesuatu tindakan kerajaan itu.

Itu sebabnya dahulunya rakyat tidak banyak membuat ‘complain’ terhadap kerajaan kerana mereka merasakan seolah-olah mereka adalah bersama-sama melaksanakan sesuatu tindakan itu. Mereka akan mempertahankan semua tndakan kerajaan, dalam isu kini, tindakan kerajaan Selangor menandatangani perjanjian air yang telah lama tidak selesai itu.

Saya berharap TS Khalid akan melakukannya secara pantas kerana tindakan kerajaan negeri mengenai air ini telah menampakkan unsur-unsur ‘insubordinations’ dikalangan parti PKR itu sendiri.

TS Khalid mempunyai rakyat untuk mempertahankan tindakan beliau itu. Maka rakyat ramai wajar diberikan penerangan itu secepat yang mungkin sebelum ada pihak memecahkan kesatuan rakyat Selangor kerana kepentingan politik mereka sendiri.

Tindakan TS Khalid Ibrahim melakukan penerangan ini amat baik, tetapi ia perlu mencari jalan yang terbaik untuk mempertahankan tindakan beliau itu dengan berhadapan dengan rakyat melalui penerangan yang jelas di setiap kampung dan desa ini, kerana disitulah letaknya benteng pertahanan TS Khalid sebagai Menteri Besar negeri yang paling maju terutamanya dibidang perindusrian ini.

Saya sendiri menaruh minat yang amat besar untuk mengetahui perkembangan tentang apa yang berlaku dalam Selangor pada hari ini. TS Khalid tidak perlu gusar dan bimbang untuk memberikan penerangan secara terbuka kerana akhirnya kebenaran diantara TS Khalid menghadapi mereka yang 'tidak sebulu' dengan beliau dalam PKR itu akan terjelas juga akhirnya.

01 March 2014

Pelan rekonsiliasi untuk yang terdesak sahaja, bukannya untuk rakyat

Pandangan sepintas lalu rakyat tentang ‘National Reconciliation Programme’ (NRP) itu hanya khayalan, walaupun ia sedang serius dipertimbangkan oleh semua pihak yang sedang berperang politik. Anwar memulakan isu ini pada bulan Januari yang lepas dan Najib memberikan respons yang positif dari sudut bunyi kata-katanya. Tetapi jika ditanya rakan-rakan yang berada dalam UMNO termasuk dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri, tidak ada siapa yang tahu. Maka adalah jelas yang ada atau pun tidak program itu, ia hanya diketahui oleh Najib sahaja, dan mungkin seorang dua yang hampir kepada beliau.

DAP yang begitu terkeliur dengan program ini mahukan Najib membuka secara terbuka apakah yang telah beliau rancang dan di tulis tentang program ini. Apa yang menyebabkan DAP begitu terkeliur dengan program ini tidak dapat diketahui oleh sesiapa.

Tetapi pemerhati politik yang bercakap dengan telus dan terang beranggapan yang DAP sememangnya berkehendakan berada dalam kerajaan kerana parti itu sudah merasakan keseronokan sebagai kerajaan di Pulau Pinang. “DAP has tasted blood, and they want to taste more” kata seorang pensyarah dari Universiti tempatan semasa minum petang dengan saya sehari dua yang lepas. “Now DAP is saying that MCA has no integrity by joining the government, as DAP wants to replace MCA if the NRP succeeds” katanya lagi.

Untuk melaksanakan NRP ini ia memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan bukannya pemimpin yang mengetuai kumpulan yang sedang berperang politik. Tidak mungkin Najib dan Muhyidin boleh melakukannya. Begitu juga bukan Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim melakukannya. Sememangnya yang Anwar berperang politik selama ini ialah untuk berada dalam kerajaan atau kalau boleh beliau hendak mengetuai kerajaan. Anwar begitu ‘frustrated’ dengan Dr Mahathir kerana memecat beliau dari UMNO sedangkan beliau mahu menjadi pemimpin utama diperingkat Presiden dalam parti itu.

Anwar telah mengarak rakyat ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mendapatkan kuasa itu. Malahan memaksa diadakan PRK Kajang ini merupakan salah satu dari strategi beliau untuk menuju ke Putrajaya. Dalam proses itu Anwar telah mewujudkan perpecahan dalam PKR khususnya di Selangor kerana dalam masa yang sesingkat itu, Khalid sudah dianggap sebagai pemimpin yang tidak baik dalam PKR khususnya kepada pemimpin-pemimpin muda yang 'menggeli pundi-pundi' Anwar sekarang.

Kumpulan ini sanggup berubah haluan dari menghina UMNO kepada berpelukan dengan pimpinan UMNO asalkan sahaja Anwar mendapat tempat dalam kerajaan. Jika ada kompromi diantara Anwar dengan Najib, maka akan wujud banyak pihak yang terpaksa 'menjilat ludah' masing-masing dan tunduk kepada penyatuan Najib dengan Anwar itu.

Mereka terpaksa melatih diri mereka untuk bersetuju dengan Najib pula. Itu sebabnya saya selalu berkata supaya jika marah jangan lebih-lebih supaya senang untuk bersatu, dan jika sayang pun jangan lebih-lebih supaya senang hendak mengambil keputusan jika terpaksa melakukannya. Tetapi yang muda-muda terlalu seronok berpolitik dan sanggup menjadi kaldai kepada seseorang pemimpin mereka, bersikap garang dan bisa mulut mereka. Kata orang anak muda 'julung berkeris, batang pisang pun disanggah'nya.

Kita hendak juga tahu apa yang difikirkan oleh Najib tentang NRP ini. tetapi setakat ini ramai dikalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi pun berkata yang mereka tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran Najib itu. Ada seorang yang hampir dengan saya berkata, “biarkanlah Najib bersatu seorang diri kerana kami tidak tahu apa yang beliau hendak lakukan. Dan kalau beliau beritahu pun saya jangka cadangan itu akan mendapat bantahan keras kerana kalau nak bersatu bukannya dengan pengacau seperti Anwar. Ini perkara serius” katanya.

Jika ada pun usaha Najib dan Anwar untuk berkompromi itu adalah hajat dua orang yang 'desperate' kerana apa pun yang mereka akan lakukan diatas nama NRP itu ia tidak akan berjaya. Niat itu akan terbengkalai begitu sahaja. Mungkin ada seorang dua yang akan mendapat faedahnya. Tetapi pihak yang dibawah yang telah berperang politik dengan melemparkan kata-kata kotor terhadap sasaran masing-masing akan kantoi dan akan merasa malu diatas perbuatan pemimpin mereka yang menyebabkan mereka berperang itu. 'Muka berpandangan, budi kedapatan', kata orang-orang tua dahulu.

Bagi pandangan yang realistik dalam isu NRP ini jika ia hendak dilaksanakan, yang utama sekali mereka-mereka seperti Anwar, Najib, Muhyiddin serta pimpinan kanan UMNO, LKS dan LGE sepatutnya berundur. Mereka tidak akan memberi sumbangan untuk kompromi itu dan mereka semua wajar menarik diri dan berehat dan bersara sahaja selepas itu. Dr Mahathir dan Daim pula elok berhenti dari masuk campur dalam urusan politik negara ini dan jangan lagi menggunakan UMNO dan kerajaan sebagai modal peniagaan masing-masing.

Baru ada NRP yang abadi.