Isu Memali kembali menjadi
perhatian selepas Tun Musa Hitam, (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada
Dr Mahathir yang juga mengetuai Kementerian Dalam Negeri, pada tahun tragedi itu
berlaku. Isu ini pernah di sebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan
lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang di
berikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.
Saya tidak berniat untuk bercakap
tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak
mengulangi apa yang di sebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas
penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO
semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.
Kami pernah mendapat penerangan
dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa
pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah kehadapan memberikan
penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk
memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius. Negara memerlukan Dr Mahathir ada bersama
dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.
TMH berkata Dr Mahathir tidak
mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum
memulakan lawatannya ke negara China
itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari
sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau kenegara China semasa
itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana
beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang
telah di uruskan terlebih awal.
TMH telah menyatakan yang Dr
Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan
itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab
kepada negara China
kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan
TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan
beliau ke China
itu. Ini lah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang
berkata beliau sudah lupa tentang dimana beliau berada semasa kejadian berdarah
Memali itu berlaku.
Kenyataan TMH di Kota Baru yang
Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau
terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu
berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.
Kalau tidak salah pendengaran saya
semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang
dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga
mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.
Tentunya perkara ini akan timbul
keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya
tercatat.
Dr Mahathir telah berjanji untuk
meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu
terlalu lama untuk di ingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta
yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.
Tetapi setakat ingatan saya Dr
Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada
Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya keluar negara itu, tetapi yang
saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
Tetapi untuk mendapatkan
kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir
nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.