MCA dan Gerakan telah kembali ke kabinet negara seperti yang diumumkan oleh PM Najib semalam. Hishamudin Husein tidak akan mengendalikan lagi isu MH370 yang hilang lebih dari tiga bulan yang lepas kerana Liow Tiong Lai akan memikul isu itu sejak dari sekarang ini. Adakah MH370 akan ditemui jika Tiong Lai mengambil alih Kementerian Pengangkutan kita?
Dua dari tujuh ahli Parlimen MCA yang menang dalam PRU 2014 yang lalu berada di dalam Kabinet Najib. Gerakan pula menempatkan 50 peratus dari dua ahli Parlimen nya yang menang dalam pilihanraya itu dengan melantik Presidennya yang baru memenangi pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini . Dari segi peratusan Gerakan mempunyai penyertaan yang paling tinggi iaitu 50 peratus dan MCA pula mendapat penyertaan dalam kabinet sebanyak lebih dari 40 peratus.
Dua dari tujuh ahli Parlimen MCA yang menang dalam PRU 2014 yang lalu berada di dalam Kabinet Najib. Gerakan pula menempatkan 50 peratus dari dua ahli Parlimen nya yang menang dalam pilihanraya itu dengan melantik Presidennya yang baru memenangi pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini . Dari segi peratusan Gerakan mempunyai penyertaan yang paling tinggi iaitu 50 peratus dan MCA pula mendapat penyertaan dalam kabinet sebanyak lebih dari 40 peratus.
UMNO yang memenangi 89 kerusi
hanya mempunyai 20 peratus dalam kabinet Najib sekarang ini. Inilah ‘cantiknya’
BN. Parti yang berpeluh tidak mendapat penyertaan yang sebegitu besar. Tetapi
ini semuanya kerana kebersamaan dalam BN itu masih wujud.
Kita mesti menerima hakikat yang
BN itu sudah sampai ke penghujung kalamnya. Itu pun adalah hakikat yang perlu
dilalui oleh mana-mana parti yang sudah tua. Asal kelemahan ini ialah kerana UMNO
khususnya dan BN amnya, terlalu leka dengan kejayaan mendapatkan mandat yang berterusan. Mereka
tidak mangambil kegagalan mereka secara serius.
Mereka sudah terlalu biasa dengan
melakukan kesilapan tanpa berusaha untuk memperbaiki kesilapan itu. BN tidak
pernah merasakan yang kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan itu akhirnya akan
menerima padahnya. Kelalaian itu terlalu lama sehinggakan UMNO dan BN itu tidak
lagi mempunyai daya kekuatan untuk memperbaiki keadaan, kerana dalam mereka
lalai dan leka itu, parti-parti di dalamnya sarat dengan pemimpin yang tidak
tahu apa yang hendak mereka lakukan.
Keseluruhan pimpinan parti-parti
dalam BN itu sudah menjadi lemah dari semua sudut. Itu sebabnya blog ini
sentiasa memohon dan merayu kepada semua pihak terutamanya kepada pemimpin yang
berada dalam legislatif negara untuk mempunyai pemimpin yang mungkin boleh
memberikan semangat yang membolehkan imej dan kekuatan parti-parti dalam BN itu
diperbaiki dan ditingkatkan.
Tetapi keadaan itu tidak berlaku
kerana masing-masing pemimpin termasuk yang sudah bersara asyik menumpukan
untuk mewariskan pimpinan negara kepada anak-anak dan keluarga mereka. menjadi
pemimpin di negara ini amat menguntungkan sesiapa yang mendapat kepimpinan itu.
Contohnya Perdana Menteri negara ini boleh memasukkan serta mengeluarkan
sesiapa dari penjara. Dengan menjadi pemimpin mereka boleh membina ‘empire’
kekayaan yang mempunyai modal. Mereka menjadikan parti pimpinan mereka sebagai
modal perniagaan dan bukannya untuk negara.
Serius, jika kita tengok wajah
seorang demi seorang yang memimpin, kita tidak dapat sorokan perasaan tidak percaya terhadap
mereka. Benar kita hidup di akhir zaman. Yang boleh memimpin diketepikan, yang
hanya pandai mengampu dan mengambil hati orang yang paling berkuasa mendapat
tempat walau betapa lemah sekali pimpinan mereka.
Sekali kita pandang wajah-wajah
mereka yang memimpin hati di dalam berdebar-debar dan tidak dapat mengelak dari
menyoal diri kita sendiri, apalah yang mereka ini boleh lakukan untuk menjadi
pemimpin yang di tugaskan untuk ‘nation building’ itu. Bagi mereka membina bangunan
yang tertinggi sekali dalam dunia itu adalah ukuran kepada kepimpinan mereka.
Membina jambatan yang paling panjang itu adalah tanda kekuatan pimpinan dan
membina gong yang paling besar dalam dunia satu ketika dahulu itu adalah tanda
kejayaan negara.
Tiang bendera yang tertinggi juga
dianggap kejayaan kepimpinan. Tetapi roh kejayaan dan membina semangat dan
kepimpinan serta nilai kemanusiaan langsung tidak terbina, malahan apa-apa
kejayaan yang di capai sebelumnya habis berkecai dan tidak lagi mendapat
perhatian pimpinan kita.
Hasil dari kelemahan pimpinan
maka kita telah hilang identiti bangsa-bangsa yang ada dalam negara ini. Budaya
yang luhur dan murni sudah tidak kita lihat lagi. Masing-masing berlumba-lumba
untuk menjadi pemimpin walaupun mereka tidak mempunyai kepimpinan. Mereka
menggunakan segala cara walaupun cara yang haram untuk menjadi pemimpin.
Setelah menjadi pemimpin dan duduk dibarisan kepimpinan mereka tidak tahu apa
yang hendak mereka lakukan.
Maka berlakulah apa yang sedang
kita lihat didepan mata dan kepala kita sendiri sekarang ini. Negara
seolah-olah tidak mempunyai kerajaan lagi kerana rakyat tidak lagi
ditadbir dengan baik.
Nak diulang sekali lagi apa yang
kita lihat sebagai kelemahan ini sudah terlalu acap kita sebut. Hanya saya
ingin mengajak semua pihak untuk mengakui yang kita memerlukan kepimpinan baru
bukan dilandaskan kepada parti, disebaliknya dipimpin oleh seorang individu
yang mempunyai pengalaman dan berjiwa besar untuk mengatur kembali
segala-galanya di negara ini.
Di susun semula politik dan
siasah kita supaya kita masih mempunyai harapan untuk mencapai matlamat dan
‘ultimate’ kita ia itu perpaduan nasional yang sejati.
Sebenarnya kita telah jatuh
terbaring, tetapi masih mempunyai nafas untuk menyambung perjuangan untuk
negara. Kita mempunyai terlalu banyak ‘outstanding’ dalam negara kita. Semuanya
perlu diselesaikan. Rakyat sudah bersabar lama tetapi ia tidak juga mampu
diperbetulkan oleh mereka yang berteriak mengaku diri mereka sebagai pemimpin
yang akan membawa perubahan terhadap negara dalam semua bidang.
Letih sudah kita mendengar
retorik yang ‘bigotry’ baik dari pimpinan BN mahu pun pemimpin pembangkang.
Cukup-cukuplah. Binalah sebuah negara baru.
ReplyDeletePak AA,
Seronok membaca tulisan sdr kerana penuh dengan nilai dan halus yang hanya ada kepada orang yang berjiwa halus dan telus.
Yeap,our nation is at the brink of collapse...unless we can have new fresh and talented government.
ReplyDelete