Setelah Khalid tewas dalam
pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala
Selangor sudah ada suara dikalangan ADUN PKR sendiri meminta beliau meletakkan
jawatan sebagai MB. Suara yang sama telah pun kita dengar dari beberapa orang
pimpinan PKR yang tidak senang dengan kehadiran Khalid sebagai MB kerana
jawatan itu juga diminati oleh pemimpin yang lain dalam parti itu.
Kalau dipandang dari sudut yang
lain adalah susah bagi seorang MB itu kalah dalam pemilihan partinya tetapi
oleh kerana permainan politik yang begitu kuat dikalangan pimpinan parti itu,
maka ia tidaklah menjadi suatu perkara yang menghairankan jika ia berlaku.
Perlu diingat PKR adalah 'anak tut' kepada UMNO setelah Anwar dipecat dari parti
UMNO pada tahun 1998 dahulu. PKR bukannya parti perjuangan tetapi parti yang
tertubuh kerana Anwar terpecat dari UMNO hasil dari permainan politik beliau
dan Mahathir sendiri semasa itu.
Jadi jika wujud elemen berebut
sampai parti mati ini tidak lah suatu perkara yang ganjil berlaku dalam PKR
itu. Khalid sudah dijadikan isu besar kerana pergolakan dan perebutan kuasa
diantara pimpinan parti. Kita masih ingat bagaimana Khalid telah dipuji
meninggi sebagai 'the best MB' dalam negara ini dan ia terbukti telah hampir
melumpuhkan UMNO di Selangor ini kerana BN dan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi
sahaja di Selangor ini.
Malahan ‘performance’ Khalid ini
telah dijadikan testimonial yang begitu hebat dalam pilihanraya yang lalu
sehinggakan ia memberikan pengaruh besar di seluruh negara dan PKR khususnya
serta Pakatan umumnya, telah mendapat sokongan begitu kuat semasa itu. Tetapi
keadaan berbeza kerana jika negeri Selangor itu menjadi kaya raya dibawah
Khalid ia bukannya baik untuk Khalid kerana kejayaan itu, sebaliknya ia akan menjadi isu besar kepada pemimpin yang mencemburui kejayaan Khalid itu.
Dalam PKR yang mempunyai DNA UMNO
yang begitu kuat pemimpin yang baik dan produktif akan dibunuh oleh rakan parti
sendiri. Dalam UMNO sejak lebih dari tiga puluh tahun dahulu telah membunuh
karier pemimpin yang baik-baik dan produktif. Selepas lebih dari tiga dekad
kita telah diwariskan dengan barisan pimpinan yang paling lemah seperti yang
ada pada hari ini.
PKR seperti UMNO telah menjadi
parti yang tidak berjiwa lagi dan untuk mewujudkan atau untuk mengembalikan roh
pimpinan itu buka satu kerja yang mudah dalam negara sedang berhadapan dengan
kepimpinan yang tidak semenggah semuanya itu. Kekalahan Khalid Ibrahim di Kuala
Selangor itu sememangnya sengaja dilakukan oleh musuh Khalid diperingkat yang
tinggi.
Pimpinan PKR itu mempunyai sifat ‘vandalism’ yang kuat dan sifat
itu jugalah yang telah melemahkan UMNO setelah tiga puluh tahun elemen itu mula
wujud dalam parti itu. Kini PKR pula menjadi murid UMNO yang baik kerana parti
itu adalah ‘offshoot’ UMNO. Bagaimana Dr Mahathir yang memainkan politik pecah
perintah dalam UMNO dahulu, begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Anwar dalam
PKR itu.
Jika UMNO memakan masa tiga dekad
untuk hancur hasil dari elemen pecah dan perintah ini, PKR akan hanya memakan
masa empat lima
tahun sahaja dari sekarang untuk pecah kerana itulah satu-satunya hasil dari
parti yang mempraktikkan pecah perintah ini.
Kecelaruan yang sedang berlaku di
Selangor sekarang ini sesungguhnya telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap
Pakatan Rakyat Selangor kerana parti tunjangnya sedang berkrisis yang tidak
mungkin mudah diselesaikan itu.
Apa pun yang orang kata semuanya
ini bersebab dari ketidak jujuran pucuk pimpinan dan barisan pimpinan yang
tertinggi. Seburuk dan sekecil mana seorang pemimpin ini mempunyai pengaruh
mereka dikalangan ahli-ahli dan jika pemimpin berpecah maka tidak hairan
perpecahan itu melintasi garisan dibawah-bawah ini.
Baik UMNO mahu pun PKR pemimpin
yang suatu hari dipuji dan dijunjung akhirnya akan terbunuh politik mereka
jika pimpinan itu menempa kejayaan.. Hanya yang pandai main silap mata dengan
pucuk pimpinan sahaja yang boleh mendapat tempat dalam parti itu.
Bagi saya Khalid boleh kita
jangka kesudahan politik beliau. Beliau sudah tidak diperlukan oleh ramai
kepimpinan PKR kerana ada pemimpin lain yang terkeliur dengan jawatan MB yang
disandang Khalid itu.
ReplyDeleteElizabeth Wonglah testimonial baru PR Selangor..
Nak jadi politikus yg stabil ni agaknya kena jadi sekerat manusia sekerat jin. Nak jadi Mufti atau khodi je yg perlu org yg bersih dan bertestimoni baik.
ReplyDeleteAnwar punya nelit sama macam Mahathir. Sbb kedua2nya mamak.
ReplyDeleteIsu Khalid bukan hanya menjadi kemarahan PKR, malah Dap dan Pas turut menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Khalid. Isunya adalah kerana Khalid sentiasa membuat keputusan sendiri yg membelakangi Pakatan dalam beberapa isu seperti Projek Langat 2, Isu Bible dan terbaru adalah Lebuhraya Kidex. Semakin bayak bantahan dan kemarahan rakyat ditunjukkan terhadap Khalid dalam isu-isu tersebut. Pakatan cuma risau sekiranya kemelut seperti di masa arwah Ustaz Azizan di Kedah berulang. Ini akan menggugat kedudukan Pakatan di Selangor.
ReplyDeleteAdam
Saya pun tak faham kenapa org yg tak suka khalid sering membangkitkan beliau buat keputusan sendiri dlm isu air, kidex, bible. Apa yg beliau buat keputusan sendiri.? Beliau ada exco dan pegawai2 kerajaan utk selesaikan masalah rakyat. Isu air - akhirnya semua pimpinan setuju...apa masalahnya? Bible ....bukan beliau yg suruh rampas tapi jais di bawah mais dan beliau berusha selesaikan. Adakah dgn meletakkan org lain biblee tu jais akan pulangkan? Kidex - kerajaan negeri dah beri penerangan di mana minit mesyuaeat exco pun di beri pd org ramai? Nak ketelusan camne lagi? Cuba sebut apa keputusan mb yg tidak beri untung kpd rakyat selangor secara keseluruhannya?
ReplyDelete