18 July 2014

Dunia, terutamanya AS dan Russia serta Ukraine sendiri mesti bertanggungjawab

Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa.

Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban  itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.

Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.

Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka mengenali pesawat itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan ‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu.

Dunia wajar mengambil ‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan ‘blame trading’ diantara satu dengan lain. Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini.

Di sini juga kita harapkan tidak ada ‘blame game’ diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik ini.Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic language’ yang tidak memalukan negara. Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.

Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.

9 comments:

  1. Kenapa Kementerian Pertahanan dan Menteri Luar tidak sensitif pd situasi semasa global? Jika pihak ini sensitif dgn perkembangan semasa dunia tentu nasihat telah disalurkan pd MAS. Sikap ambil mudah dan secara cincai, nyawa yg tidak bersalah diperjudikan.

    ReplyDelete
  2. Penerbangan MAS tidak sepatutnya melalui Zon peperangan.

    Pihak Pengurusan MAS perlu menjawab adakah "safety review" dijalandan untuk memantau samada laluan penerbangan itu harus diubah untuk memastikan keselamatan penumpang and anak kapal.

    ReplyDelete
  3. SEOUL, July 18 ― The Malaysian airliner apparently shot down over rebel-held eastern Ukraine was flying over airspace that a number of other Asian carriers abandoned months ago because of security concerns.

    South Korea’s two main airlines, Korean Air and Asiana, as well as Australia’s Qantas said they all rerouted flights from as early as the beginning of March when Russian troops moved into Crimea.

    “We stopped flying over Ukraine because of safety concerns,” Asiana spokeswoman Lee Hyo-Min said.

    Korean Air re-routed its flights 250 kilometres (160 miles) south of Ukraine “due to the political unrest in the region”, an official for the carrier told AFP.

    A Qantas spokeswoman said its London to Dubai service used to fly over Ukraine, but the route was changed “several months ago”.

    Orang kapir peka tentang keadaan di Ukraine. tapi melayu islam di mas tak peduli keselamatan penumpang dan masih guna laluan tersebut. tak kan tak ada otak sendiri untuk menilai keadaan semasa dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. MAS tidak boleh ubah laluan, kerana jika diubah jarak akan jadi lauh. Sudahlah MAS menjual tiket teramat murah, dengan jarak lagi jauh, akan lebih berat kerugian.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    Terbang diatas Negara berperang...

    ini salah pengurusan & operasi penerbangan MAS . Pilot hanya mengikut laluan yg ditetapkan oleh pihak atasannya.
    difahamkan Ukraine tersangat luas , utk TIDAK terbang melaluinya , maka faktor minyak harus diambil kira. Mungkin MAS terjebak dlm dilemma antara faktor keselamatan & faktor kos minyak atau tarak apa attitude. Tkasih.

    ReplyDelete
  6. Malaysia negara yang undang-undangnya tiada di ambil kisah oleh pemimpinnya.Asal aku senang yang lain boleh pergi mampos.Kisah radar tentera tak peduli MH370 beralih arah tidak diperdulikan.Begitu juga pemerintah tidak mengambil tahu hal2 keselamtan orang ramai seperti yang berlaku di Ukraine,bak umpama aku senang cukup, orangramai terbanyak boleh pegi mampos. Sepatutnya negara ini mengambil contoh negara kuasa besar seperti Amerika megelak laluan seperti itu kerana dari segi logik akal memang berbahaya.Amerika dan sekutu mereka seperti korea selatan dan Australia sejak bulan Mac lagi tidak melalui laluan tersebut.Ini menunjukkan yang pemimpin Malaysia tersangat bodoh tapi perumpamaan seperti aku senang lantaklah kau orang.INi sikap kerajaan yang tak bertanggungjawab dan tak layak mentadbir negara ini.

    ReplyDelete
  7. Dari mula lagi langsung tidak ada penerangan tentang transponder, apa sidah jadi? Transponder yg memberi identiti pesawat pd screen radar disamping merekodkan lain-lain data penerbangan pesawat, membolehkan ia dikenali oleh radar. Setelah mendapat izin memasuki ruang sesebuah negara, pengesanan radar tentu memaparkan id pesawat pd radarnya dan mana mungkin penyerang hendak melepaskan tembakan tidak memenuhi motif untuk menembak itu, buat bazirkan peluru tapi hajat tidak dipenuhi untuk menembak pesawat yg menjadi sasaran sebenar. Apa yg mereka dapat? Kesilapan sendiri lebih menjadi sebab ke apa pesawat itu ditembak.

    ReplyDelete
  8. Buat masa skrg issue nya nak cari siapa yg menembak jatuh MH17. Jgn buat timbul issue lain lagi, nanti berceramuk kita dgn buat begini. Kita pulak berkelahi sama2 kita. Sepatutnya kita bersatu. Dlm ehwal dunia skrg, hakikat nya semua nya di wujud oleh ALLAH bukan nya Yahudi, Amerika, Russia, Najib, Anwar atau siapa saja yg kita benci/dendam/marah.

    Allah nak tengok kita yg sedang di uji ni. Apa tindakan/reaksi kita. Yg paling Allah suka kita bermesyuarat & bersatu berserta dgn bertaubat justeru tunduk pd perintah Allah/Rasul.

    Kekuatan yg paling hebat selepas kekuatan Allah ialah kekuatan kesatuan umat Islam. Kalau kita asyik tuding jari je, pasti sampai qiamat kita tak akan dpt bantuan Allah. Maksud hidup kita ialah utk dpt bantuan Allah. Tiada dlm sejarah dunia, musuh Allah di musnah oleh selain drpd Allah. Allah boleh guna nyamuk je atau burung je tak perlu asbab yg hebat2.

    Justeru itu wahai umat Islam jgn lah sangka yg kamu telah beriman selagi kamu tak belajar Iman.

    ReplyDelete


  9. Salam romadhan,


    Suka tak suka rakyat harus terima hakikat, kita tdk mmpunyai kempinan yg mntab dab bijak. Dari pada trajadi tragidi MH370..hingga yg terbaru ini. Jleas pmimpin msia yg kita ada gagal dan mmbosankan.


    iklas.
    ank msia.

    ReplyDelete