Ramai diantara yang membaca blog
kecil saya ini bertanyakan supaya saya membuat komen tentang perjanjian TPPA (Trans-Pacific
Partnership Agreement) diantara sepuluh atau sebelas buah negara di dunia ini. Malaysia adalah
salah satu dari negara yang sedang rancak berunding untuk perjanjian yang sangat merungsingkan rakyat yang ramai.
Sesungguhnya saya tidak memahami
apa dia yang terkandung dalam perjanjian yang mungkin ditandatangani diantara
negara-negara TPPA itu selewat-lewatnya pada 31hb Oktober nanti. Bagi saya
tidak ada siapa yang boleh memberikan komen yang tepat apatah lagi saya
bukanlah ahli dalam bidang ini.
Tetapi apa yang saya tahu
perundingan diantara negara-negara TPPA ini adalah rahsia yang diketuai oleh
AS. Diantara negara-negara yang dalam perundingan berhubung dengan TPPA ini
adalah New Zealand, Malaysia, Singapura, Brunei, Peru, Australia, AS sendiri dan
beberapa buah negara yang lain.
Negara-negara ini termasuk negara
kita sedang berunding dan ‘content’ perundingan mereka adalah rahsia. Sedikit
sebanyak yang diketahui sekarang adalah hasil dari risikan oleh berbagai pihak
dan tidak ada yang kita boleh ketahui secara muktamad.
Tetapi yang anehnya kenapa rakyat
tidak diberitahu tentang kandungan perundingan dan yang bakal ditandatangani
diantara negara-negara TPPA ini? Kita diberitahu orang ramai hanya akan
diberitahu kandungan perjanjian itu setelah empat tahun perjanjian itu
ditandatangani. Ia bermakna kita akan hanya mengetahui kandungan perjanjian itu
pada tahun 2018 nanti sahaja.
Tidak dapat kita ketahui apa baik
dan ruginya kita menandatangani perjanjian rahsia diantara ahli TPPA ini. Lagi
pun jika perjanjian itu hanya dijadikan pengetahuan umum setelah empat tahun
perjanjian itu ditandatangani itu adalah perkara yang sangat aneh dan rakyat
mempunyai sebab untuk membantahnya.
Pimpinan kerajaan hari ini mesti
memahami yang perjanjian itu adalah diantara rakyat negara ini dengan
negara-negara ahli TPPA itu, bukannya perjanjian yang hanya eksklusif untuk
pengetahuan Perdana Menteri sahaja.
Kenapa isi kandungan dan
butir-butir rundingan itu dirahsiakan dan jika ditandatangani nanti, kita
terpaksa menunggu empat tahun untuk mengetahui apa yang telah ditandatangani
itu? Bayangkan jika anak perempuan kita telah mengikat perjanjian dan berkhawin secara rahsia dan kita sebagai ibu bapanya hanya mengetahuinya setelah anak kita itu mempunyai anak yang sudah berusia empat tahun.
Sepatutnya kerajaan kita tidak
sepatutnya hampir kepada perundingan seperti ini, apatah lagi untuk menanda
tanganinya. Buat masa ini kerajaan kita hanya memberitahu kita semua, ‘jangan
susah kita tanda tanganinya dahulu, nanti empat tahun selepas kita tandatangani kita akan beritahu anda segala isi kandungan perundingan yang telah
kita persetujui itu’.
Kita berpendapat ini amat aneh,
kepada setengah yang lebih kasar lagi berkata, ini adalah tindakan gila yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya isu ini adalah isu besar dan orang
seperti saya tidak mampu memberikan komen sedalam mana, lebih-lebih lagi mereka
berunding secara rahsia pula.
Biarlah orang ‘pandai-pandai’
memberikan komen tentang isu ini. Itu sahaja yang saya dapat menjawabnya untuk
memenuhi permintaan yang saya terima melalui e-mail saya sejak beberapa ketika
dahulu.
Sesungguhnya saya tidak tahu
apa-apa tentang isu ini secara terperinci kerana tidak mungkin orang seperti
saya tahu apa yang dirundingkan secara rahsia itu. Kenapa ia menjadi rahsia itu
pun saya tidak tahu. Yang saya tahu jika ia rahsia maknanya kita rakyat tidak
perlu tahu…itu maknanya rahsia.
Mungkin dengan bertanya kepada
Najib boleh menyelesaikan kekeliruan yang ada dalam benak anda sekelian itu.
Beliau pun merasakan yang beliau adalah orang yang paling berkepimpinan dalam
negara ini.
Apa yang boleh dirumuskan, perjanjian secara rahsia biasanya ada motif berunsurkan negatif. Sama seperti perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi tol, Petronas dan beberapa perjanjian yang akhirnya rakyat juga akan terbeban. Tidak percaya? Sama sama kita tunggu natijahnya nanti. Perjanjian beli gula misalnya, kita membeli bahan ini yang murah dipasaran dunia pada harga yang lebih tinggi akibat perjanjian masa hadapan. Prospek rakyat akan tertipu lagi amatlah cerah.
ReplyDeleteKepimpinan yang sangat menakutkan rakyat marhaen seperti saya....malang sungguh rakyat malaysia yang terpaksa menelan segala kebodohan pemimpin dan kepimpinan yang tidak bertanggungjawab...asyik kena tipu jerrr.....
ReplyDeletePenjanjian TPPA ini bukan saja aneh tapi GILA !
ReplyDeleteBagi rakyat biasa penjanjian ini penjanjian GILA.
Tapi bagi krjn umno BN , mereka pernah lakukannya macam penjanjian IPP, konsesi lebuhraya dsbnya. Kalau penjanjian IPP, konsesi lebuhraya ialah "cohort" antara krjn umno BN dengan towkey2 maka bolehlah diandai penjanjian TPPA ialah "cohort" antara USA dengan pemimpin2 Negara yg rasuah.
Malangnya majority melayu masih tak paham makna rasuah . Sedih. Tkasih.
Perlakuan tak bertanggungjawab pemimpin negara
ReplyDeleteJika kandungan perjanjian yang dibuat itu adalah 'rahsia', ini menunjukkan kerajaan BN tidak telus seperti yang diwar-warkan. Pastinya ada elemen berat sebelah atau apa saja yang akan mengundang bantahan rakyat, jika diumumkan.
ReplyDelete