Pakatan Rakyat, wujud di atas
kerjasama dan persefahaman di antara parti-parti pembangkang di Semenanjung
ini untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional. Kewujudannya begitu
nyata setelah UMNO terbelah semasa perkelahian diantara Dr Mahathir dan Anwar
dalam mana ia berlaku dalam keterdesakan Mahathir untuk mengekalkan kuasa
dengan tempoh yang lama dengan keinginan yang kuat untuk Anwar menjadi Perdana
Menteri dalam masa yang singkat.
Apabila Anwar dipecat dari parti
dan kerajaan, UMNO menjadi pecah dan akhirnya wujud apa yang di namakan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar dan parti ini hanya memperjuangkan nasib
Anwar yang mereka anggap di zalimi oleh Dr Mahathir. PKR memilih Presidennya
seorang wanita yang juga isteri dan proxy kepada Anwar. Kata-kata Azizah itu
adalah kata-kata Anwar.
Sejak dari itu Anwar berjuang
untuk mendapatkan apa yang beliau idamkan melalui PKR dan berbagai-bagai
perkara yang besar dan kecil berlaku. Keseluruhan perjuangan PKR ialah untuk
membuatkan rakyat berfikir apa yang dilakukan terhadap Anwar itu merupakan
konspirasi politik Dr Mahathir dan UMNO, termasuk tuduhan terhadap beliau dalam
seks luar tabii dan sebagainya.
Maka berkompromilah PKR dengan
parti-parti pembangkang, PAS dan DAP bagi menambah kekuatan untuk meletakkan
beliau dan ‘coalition’ dalam PR itu sebagai pihak ‘alternative’ kepada BN yang
beliau hendak gulingkan itu. Segala tuduhan Anwar dan partinya terhadap UMNO
dan BN itu semuanya tuduhan yang benar, sebaliknya apa yang dituduh oleh UMNO
dan pimpinannya itu semuanya salah dan hanya merupakan konspirasi politik
semata-mata.
Pendeknya tuduhan yang
buruk-buruk bunyinya hanya layak untuk UMNO dan apa yang dituduh terhadap
beliau itu adalah tuduhan yang tidak benar. Di Mahkamah pula jika pihak Anwar
mendapat kemenangan itu adalah keputusan yang baik dan badan kehakiman itu
adalah badan yang adil dan saksama.
Tetapi apabila mahkamah mendapati
beliau bersalah itu adalah mahkamah ‘kangaroo’ dan mahkamah yang mengikut
telunjuk UMNO. Yang layak memenangi kes-kes di Mahkamah hanyalah PKR dan Anwar
dan yang layak kalah dalam perbicaraan itu hanyalah untuk UMNO dan BN.
Yang sedang berlarutan isu
sekarang ialah isu Anwar mahukan TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar pilihan beliau
sendiri, digantikan setengah jalan dan digantikan oleh isterinya Azizah. Apabila
memilih isterinya untuk menggantikan Khalid, itu adalah keperluan untuk
menstabilkan parti. Tetapi yang membuatkan parti itu tidak stabil ialah
beliau sendiri dan menggunakan kesempatan yang di ada-adakan itu untuk
kepentingan beliau juga, melalui isterinya itu.
Itu lah yang saya katakan selalu
apabila timbul kecelaruan itu, mesti pihak Anwar akan mengambil kesempatan
untuk kepentingan beliau dan keluarganya. Anwar banyak belajar dari Dr Mahathir
dan beliau merupakan murid Mahathir yang paling bijak sehinggakan Dr Mahathir
sendiri merasa cemas dengan kemajuan Anwar mengikuti syllabus politik yang di
ajar oleh beliau. Akhirnya Mahathir membuang Anwar ketepi dengan isu sodomy
yang beliau yakin telah dilakukan oleh Anwar sejak beberapa lama sebelum itu.
Dalam proses untuk mendapatkan
apa yang beliau idamkan, Anwar dengan bijak telah membawa bersama PAS untuk
menjayakan cita-cita beliau dan juga DAP yang sebelum ini tidak mempunyai
kemampuan, usahkan untuk mendapatkan kuasa, hendak mendekati kuasa pun tidak
nampak jalannya.
Akhirnya dalam proses ini DAP
telah berjaya mendapatkan kerajaan P Pinang, PAS telah mendapat Kelantan dan
Kedah dan PKR memilih untuk mendapatkan kepimpinannya di Selangor, negeri yang
terkaya dalam Malaysia ini. Sementara PAS telah kehilangan kembali kuasa di
Kedah, PKR dengan menggunakan kecemerlangan Khalid Ibrahim telah berjaya
menempa kekuatan yang paling optima dengan hanya memberikan 12 kerusi kepada
UMNO dan BN di negeri itu.
Selepas pilihanraya umum yang
lepas, hanya Khalid sahaja dalam PKR yang menikmati kuasa eksekutif kerana Anwar
telah gagal untuk mendapatkan jawatan idaman beliau sebagai Perdana Menteri
negara. Anwar memerlukan kuasa dalam kerajaan untuk terus menjadi pemimpin yang
ber ‘consequence’ maka tidak ada pilihan lain selain dari memulakan 'Kajang Move' yang sepatutnya ditandingi oleh beliau dalam PRK Kajang itu.
Nasib sekali lagi tidak
menyebelahi Anwar lantaran beliau di sekat untuk bertanding kerana di sekat
oleh Mahkamah Rayuan dalam kes sodomy 2 beliau. Maka isteri beliaulah yang
menggantikan beliau sebagai proxy beliau yang beliau paling percayai. 'Kajang
Move' itu diteruskan melalui isterinya dan masa untuk menyempurnakan sudah
sampai dengan meminta Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB bagi
memberikan laluan kepada beliau melalui ‘proxy’ nya Wan Azizah.
Kini jalan untuk meletakkan Wan
Azizah menempuh jalan sukar kerana PAS tidak begitu gemar dengan tindakan
meletakkan Wan Azizah sebagai MB dan memancung Khalid yang menyandang jawatan
itu setengah jalan tanpa mempunyai kesabaran untuk menunggu sehingga
pilihanraya yang akan datang.
Selama ini Anwar mengambil segala
tindakan beliau itu ‘for granted’ dan PAS akan menyokong tindakan beliau itu.
Anwar telah tersalah anggap yang PAS adalah parti yang sentiasa bersetuju
dengan kemahuan beliau, dipanggil datang, di suruh pergi. Jika di suruh duduk, PAS akan duduk, jika disuruh memikul yang berat, PAS akan memikulnya tanpa soal.
Anwar sentiasa menganggap
ahli-ahli PAS dan pimpinannya sebagai ‘fixed deposit’ bagi beliau dan PKR.
Simpanan tetap ini boleh dibelanjakan dan boleh di simpan terus mengikut
kemahuannya. Pemimpin PAS di haramkan oleh menggeleng, kerana tugas PAS telah
ditentukan oleh Anwar hanya untuk mengangguk seperti burung balam sahaja.
Tetapi Anwar terkejut apabila
usahanya untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim untuk di gantikan dengan isterinya
sudah tidak mendapat sokongan kebanyakkan pimpinan PAS, khususnya di Selangor
sendiri dan pucuk pimpinannya TGHA.
Kalau DAP menzahirkan rasa tidak
sabar lagi terhadap Khalid Ibrahim, PAS pula mempunyai perasaan yang sama
terhadap Anwar. Ekoran dari kenyataan TGHA yang mahukan Khalid kekal sebagai
MB, PKR melalui Saifudin Nasution telah berkeras yang apa yang dihasratkan oleh
Anwar dan PKR itu tetap akan dilakukan. Ramai di antara yang rapat dengan Anwar
telah mengkritik TGHA kerana Presiden PAS itu sudah merasakan keletihan
mengangguk dalam semua kemahuan Anwar sampai dirasakannya PAS itu tidak lagi
mempunyai maruah.
Anwar kecewa kerana PAS tidak
mahu menjadi ‘conduit’ kepada kemahuan beliau terus-terusan. Kalau begini
keadaannya maka tiada jalan lain selain dari mengemukakan ‘usul tidak percaya’
terhadap Khalid Ibrahim, dan Khalid sendiri menyatakan yang undi tidak percaya
kepada beliau itu boleh dilakukan kerana ia di benarkan oleh Perlembagaan Negeri dan Negara.
Sementara menunggu usul tidak
percaya terhadap beliau, Khalid akan terus melaksanakan tugas beliau sebagai MB,
dan beliau telah berjanji kepada Ke Bawah Duli Tuanku untuk menjalankan tugas
beliau seperti biasa.
Dalam masa yang sama yang
bercita-cita untuk menjadi MB itu juga patut berbuat seperti biasa dan mengesat
dahulu air liur yang sedang meleleh itu dan rayakan Aidilfitri dahulu. Lepas
lebaran ini usulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri terhadap Khalid
Ibrahim.
Settle this issue once and for
all.
Nasihat kepada PKR/PR - buat tinjauan pendapat rakyat Selangor yang memberi kemenangan lebih 2/3 dalam PRU13 lepas.
ReplyDeleteNasihat kepada MB TSKI supaya percepatkan program mengrakyatkan ekonomi Selangor supaya rakyat yang memberi sokongan padu dalam PRU13 lepas dapat merasai nikmat kejayaan pimpinan PKR/PR memerintah. Dana sudah ada dan perlu dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk laba kepada pemimpin parti.
Semenjak Tun Salleh Abas dipecat dari jawatan Ketua Hakim Negara, diperlihatkan dengan jelas iaitu sistem kehakiman tidak lagi bebas. Bagaimana pula dengan pertembungan Team A dan Team B dulu? Apakah hakim benar-benar bebas menentukan keputusan berkaitan isu politik?
ReplyDeleteGabungan pembangkang mula diasaskan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang hampir berjaya menumpaskan BN, jika tidak disekat oleh keputusan mahkamah dan jentera kerajaan.Hanya ketika itu kesedaran politik rakyat baru mencelikkan mata mereka. Semua peluang Semangat 46 khususnya dan Barisan Alternatif amnya disekat dengan menggunakan mahkamah yang telah dilacur itu. Mahkamah sudah hilang intergritinya. Rasanya tuan Aspan dapat menyelami isu ini dalam memperkatakan penglibatan keputusan mahkamah, mengenai kes perbicaraan berunsurkan kepentingan politik BN terutamanya UMNO.
Ras Abu.
ReplyDeleteRssanya program merakyatkan ekonomi selangor memang sedang berjalan (Rujuk selangorkini)
Mungkin adun2 yg tidal aktif...sebab tu ada audit sedang dijlnkan....huhuhu
Tuan, saya rasakan PAS perlukan Anwar dan Anwar juga perlukan rakan PAS dan DAPnya.Kalau semua berkaitan Anwar adalah negatif saja,saya rasa Malaysia akan terus mundur jika umno masih memerintah.Mahukan kita melihat cucu-cicit kena di buli oleh kerajaan sekarang?Cukuplah.Kalau pun kita tak suka individu tertentu,tetapi hasil usahanya dapat memecah kebejatan yang banyak dilakukan umno.Maka dengan itu umno tak boleh cakap besar lagi.
ReplyDeletePlan A "Wayang Kajang" nampak ada justifikasi politik di dalamnya dan kalau berjalan lancar sokongan akan bertambah.
ReplyDeleteApakan daya bilamana pelan A tersekat di pertengahan jalan dan penggantinya...plan B...dilihat seumpama 'bidan terjun'.
Rakyat teleh bersuara iaitu pelan B tidaklah sebaik pelan A menerusi majoriti undi yang lebih rendah.
Pas memiliki sokongan bukan sedikit di Kajang. Sokongan ini tidak berkurangan dan tidak boleh diperjudikan dengan Pelan B.