Anwar bercakap kepada media
sambil memuji Khalid Ibrahim yang telah berjaya menambah nilai tahap kewangan
negeri Selangor dan beliau berterima kasih kepada Khalid. Tetapi beliau berkata
rakyat mahu lebih dari itu dan beliau membayangkan Khalid akan diganti. Rakyat
merasakan masih tidak mencukupi.
Sebenarnya jika ada pun tekanan
dari rakyat ramai ia datangnya dari ahli-ahli PKR yang menyokong pihak yang
berlawanan kepada Khalid. Kata-kata Anwar itu merupakan cakap politik
semata-mata. Hakikatnya ia bukan kemahuan rakyat ramai, tetapi kehendak beliau
sendiri.
Yang masih merasakan tidak cukup
adalah Anwar sendiri. Anwar mahu lebih dari apa yang beliau kecapi hari ini.
Bagaimana kah cara pengganti kepada Khalid nanti untuk menambah nilai dan
memuaskan kehendak rakyat yang dikatakan oleh Anwar masih tidak mencukupi itu.
Anwar telah beberapa lama tidak
menggemari Khalid kerana mengambil keputusan besar tanpa bertanya dan melakukan
‘references’ kepada parti mereka. pengendalian isu air dan pembinaan Langat 2
serta isu lebuhraya Kidex menjadi penyebab kenapa Anwar dan setengah pemimpin
lain tidak selesa dengan Khalid Ibrahim.
Kerjasama diantara kerajaan
Selangor dengan Pusat juga menambahkan rasa curiga setengah pimpinan PKR
termasuk Anwar terhadap Khalid Ibrahim. Bagi PKR yang penting ialah untuk
memperjuangkan parti bukannya untuk rakyat yang ramai. Bagaimana pun itu
hanyalah alasan untuk meminggirkan Khalid
Tetapi persoalannya tahap manakah
penambah baikan boleh di dapati jika Khalid digantikan dengan sesiapa dalam PKR
itu? Malahan jika di lihat dari individu-individu yang disebut untuk
menggantikan Khalid Ibrahim itu ramai yang bersetuju mereka tidak akan mampu
mengatasi usaha yang telah dilakukan oleh Khalid untuk memenuhi janji menambah
baik sebuah kerajaan yang sudah robak rabik oleh pimpinan UMNO dahulu.
Kerakusan merebut kuasa boleh
menghilangkan semua sumbangan seorang Menteri Besar yang baru sahaja dipuji
sebagai Menteri Besar contoh yang perlu diikuti oleh negeri-negeri yang
dipimpinan oleh Barisan Nasional. Tetapi dalam sekelip mata Khalid sudah
ditukar imejnya sebagai seorang MB yang buruk lakunya dan dikatakan akan
menjadi penyebab kepada kekalahan Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU yang
akan datang.
Kerana mahukan jawatan itu ada
pemimpin yang telah melabelkan MB Khalid sebagai seorang yang buruk laku. Pada
pihak ini mereka tidak sempat hendak menunggu waktu yang terbaik untuk
mengambil alih jawatan itu, iaitu semasa pilihanraya umum nanti. Baru sahaja
saya sendiri mendengar pemimpin PR yang bersama saya berucap di merata tempat
menyebut Selangor merupakan negeri yang terbaik dalam negara ini kerana
pimpinan MB nya yang telus dan ‘professional’ dan berbagai ‘superlatives’ yang
lain memuji Khalid Ibrahim ini.
Tetapi nasib bagi PR tidak begitu
baik, tidak dapat menguasai Putrajaya maka apa yang ada, khususnya di Selangor
menjadi rebutan oleh mereka yang tidak berjaya ke Putrajaya itu. Maka
dimangsakan Khalid Ibrahim dan Khalid tidak lagi menjadi orang baik bagi PKR.
Khalid tidak kalah di Kuala Selangor untuk mengekalkan jawatan ketua cabang,
tetapi beliau dikalahkan dengan begitu sistematik.
Bagi mereka Khalid sudah tiada
apa dalam PKR. Jawatan Timbalan Presiden pun beliau dikatakan akan kalah dan di
Kuala Selangor pun beliau hanya merupakan ahli biasa. Khalid telah menyokong
‘kajang move’ kerana beliau memikirkan yang Anwar akan bertanding dan mengambil
alih jawatan MB dari beliau (Khalid). Tetapi ‘Kajang move’ itu tidak memberikan
Anwar bertanding kerana isu perundangan, maka Khalid tidak bersedia untuk
memberikan laluan kepada lain dari Anwar, orang yang menjadi proxy kepada Ketua
Pembangkang Persekutuan itu.
Pendeknya Khalid menjadi mangsa
kepada kegagalan PKR ke Putrajaya walaupun dalam jajahan yang beliau (Khalid)
pimpin telah mendapat kemenangan hampir kepada kemenangan mutlak dengan hanya
meninggalkan UMNO sebanyak 12 kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri
Selangor. Dalam situasi begini, Khalid dijadikan landasan perebutan kuasa
dengan melupakan segala apa rekod kebaikan yang Khalid telah lakukan di Selangor.
Sekarang yang disebut hanyalah
isu pengendalian air dengan kerajaan persekutuan, isu lebuhraya Kidex, rampasan
bible berbahasa Melayu dan isu-isu yang di cungkil dan dicari oleh pimpinan PKR
sendiri. Pimpinan PKR sendiri sentiasa mencari ‘kesalahan’ Khalid, seperti orang
mencari kutu dikepala.
Jika Khalid berjaya diturunkan,
‘consequence’ nya amat besar bagi Khalid secara peribadinya. Pertamanya Khalid
akan menjadi seorang pemimpin yang ‘orphanage’, tiada lagi rakan dan taulan di
sekeliling beliau selepas hari lebaran ini. Semasa itu nanti Khalid akan
menyedari yang selama ini beliau hanya diperguna oleh pimpinan yang bercita-cita
tinggi yang sanggup membunuh karier rakan seperjuangan mereka.
Khalid bakal akan menjadi
pemimpin yang piatu dan tentunya beliau akan merasakan kepedihan dengan kuat.
Khalid akan sedar yang rakan-rakan yang baik dahulu hanyalah rakan-rakan yang
‘superficial’ sahaja. Itulah politik, tiada kawan yang kekal dan musuh yang
kekal dalam politik kita di sini.
Kalau di analojikan, Khalid ini
ibarat seekor kerbau pembajak sawah. Kerbau pembajak sawah akan diperguna oleh
tuannya untuk membajak sawah berelung-relung luasnya. Tetapi apabila sampai
Hari Raya seperti sekarang ini kerbau tadi disembelih dan dagingnya dibuat rending
yang enak-enak oleh tuannya sendiri.
Kita pun telah membaca kenyataan Setiausaha Agung PAS yang nasib Khalid akan ditentukan beberapa hari sebelum lebaran ini. Jika nasib tidak baik menyebelahi Khalid, beliau akan dijadikan korban dihari raya nanti dan mereka ingin melihat Khalid tidak lagi berada dalam politik PKR. Hendak menunggu selepas Hari Raya pun tidak boleh untuk membuang Khalid, ini jauh sekali untuk menunggu selepas pilihanraya.
Kita pun telah membaca kenyataan Setiausaha Agung PAS yang nasib Khalid akan ditentukan beberapa hari sebelum lebaran ini. Jika nasib tidak baik menyebelahi Khalid, beliau akan dijadikan korban dihari raya nanti dan mereka ingin melihat Khalid tidak lagi berada dalam politik PKR. Hendak menunggu selepas Hari Raya pun tidak boleh untuk membuang Khalid, ini jauh sekali untuk menunggu selepas pilihanraya.
Selepas itu nanti Khalid akan
dijadikan sasaran bagi mereka yang ingin meraih pengaruh dikalangan ahli-ahli
PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Khalid akan jadi pemimpin piatu
melainkan ramai yang hendak mengambil beliau sebagai anak angkat terutamanya
dari pihak kerajaan pusat.
Sdra AA,buang Khalid bermakna PR bersiap untuk keluar Selangor.Kajang move akan jadi selangor move-out.Rakyat akan ajar nanti....
ReplyDeleteSelangor bakal hilang tampuk kuasa. Petanda awal BN akan kembali berkuasa penuh menjelang PRU 14 akan datang. Pelik juga bila "kehebatan politik yang berkali gagal" nak diteruskan juga. Yakinlah bahawa PR akan kembali melukut di tepi gantang jika "perampasan kuasa"oleh puak rakus ini berjaya dilaksanakan.
ReplyDeleteJika perancangan "politik berkali gagal"ini diteruskan, eloklah PR siapkan kain kapan untuk dikebumikan dalam pilihanraya 14 nanti.Inilah akibatnya apabila bertuankan orang beragenda peribadi, memang keinginan nak jadi PM kekal di hati. Khurafat terus disebarkan bahawa kat Malaysia ni hanya seorang tu sahaja yang layak jadi PM. Takziah terlebih awal dari kami para pengundi.
ReplyDelete
ReplyDeleteSayang, Selangor akan kembali kepada BN kali ini...
Pak pan jgn la over. Ape guna bilion2 tp rakyat tak dpt manafat. Jalan lubang2 tayar cepat rosak. Air tak de rakyat menderita...
ReplyDeleteBerlaku adil kerana Allah mudah2an mendapat petunjuk..
Ulasan tuan aspan cukup tepat menceritakan bayangan nasib t s khalid.
ReplyDeleteCerita politik semua sama. Siapa berkuasa dan siapa lebih berkuasa. Semua nya melibatkan maruah.
ReplyDeleteBila sebut maruah, pemilihan cabang sahaja seperti gangster, kerusi meja plastik terbang melayang-layang...
Terlalu ramai 'little napoleon' mengawal dan ingin menguasai keadaan. Tidak baik nya MEMFITNAH sesama sendiri.
Bagaimana mereka mempersendakan Umno, realiti nya mereka juga menjadi bahan persendaan. Cuma angkuh, hakikat nya nilai-nilai meteka hanya di celah kangkang dan tapak kaki sahaja. Cina Dap kata, jadikan melayu tiada maruah itu kasut mereka pakai belasah harian. Koyak murah saja, tukar beli lain..(melayu senang di perkuda bila 'kepala agong' mengangguk-angguk..)
Sebenar apa ingin di cerita bukan pasal kidex, isu air atau sebagai nya. Melayu itu sudah hilang wibawa nya. Sudah mati 'geruh' nya. Tidak kira dipihak mana, karakter 'pembunuh' tetap hidup membara.
Bila boleh berjaya ?
Muak dengan cerita penukaran mb Selangor. Adakah Pkr fikir Selangor Kubu kuat mereka. Jangan sampai pengundi Selangor gelar dsai dan juak juaknya sebagai ' mat teori ' .
ReplyDeleteLike
yg baik bukan bermakna terbaik,
ReplyDeleteMaka berkeliaranlah hantu2 raya puak2 ampang jaya yang suka menumpul company profile. Kali ni projek akan jadi lebih besar dan lumayan. 3 bilion ringgit sedang menanti
ReplyDeleteTuan, adakah perlu mengumpul berbillion2 dibawah bantal tapi tak tahu membelanjakan wang untuk kesejahteraan rakyat.PR terutama PKR mesti ada sebab untuk singkir Khalid.Antara sebabnya beliau terlalu lembik terhadap penjawat yang masih berpihak kepada umno dan membuat keputusan tanpa bermusyawarah dengan rakan sepasukan.Ingat ini sangat berbahaya kerana membuat keputusan atas kapasiti diri sendiri.Tapi pernahkan Khalid bertanya pada dirinya siapakah yang mengangkat beliau sebelum ini. Musuh macam umno pun pernah berkata pada Anwar,pemimpin datang dan pergi, dan sekarang giliran Khalid pula terpaksa pergi demi kesejahteraan rakyat Selangor.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnon 7:18,
Pilih lagi parti Anwar tu...padan muka
Anon 7.30
ReplyDeleteSorrylah to say,padan muka ni juga ditujukan pada orang seperti awak.Umno dah nak jual Johor pada rakyat asing kau masih jadi pencacai tegar.
Orang yg sentiasa lapar wang, betullah apa yg anon 14:16 tu maksudkan. Wang dlm tabung pun nak dikorek sampai licin. Ekonomi ala UMNO, ada wang kasi habis dah habis berhutanglah pula.
ReplyDeleteAgak mual ada yg masih ungkitkan nama UMNO dalam isu ini.Cuba perhatikan BN Sgor duk diamx,tapi diamx mereka berisi.Politik meraka lebih kotor,dah lebih 50 thn pengalaman.Apa yg kita saksikan skrg. adalah klon politik UMNO dan tak hairan kerana pelakonx nya adalah x UMNO.Kita tunggu dan lihat kejutan dari mereka nanti.
ReplyDelete