12 July 2014

Dulu, 'Melayu tidak akan hilang di dunia', sekarang, 'Melayu akan hilang dunianya'

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baru yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang di rancang. Pelan pembangunan Johor Baru itu merupakan pelan pembangunan yang akan memberikan imej Johor Baru sebagai New York dalam mana akan terdapat puluhan bangunan pencakar langit dengan ‘finishing’ struktur yang mahal-mahal dan akan membuatkan orang Melayu tertinggal kebelakang lebih jauh lagi.

Justeru ‘ultimate’ kita untuk melihat setiap bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tidak akan tercapai dan Melayu akan berada dalam keadaan seperti 'itik kehausan dalam air' dan 'ayam mati dalam kepuk padi'. Bagi orang seperti saya tidak pula saya tahu pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Johor itu mengambil kira isu ini kerana kestabilan politik negara kita besar penggantungannya kepada kedudukan bangsa Melayu yang merupakan bangsa yang terbesar di negara ini.

Najib yang secara tidak langsung telah mengaku dirinya sebagai seorang yang sangat berkepimpinan itu diharap berfikir panjang tentang apa yang hendak dilakukan itu, membuktikan kepimpinan beliau di sini. Pemimpin yang sebenarnya berkepimpinan akan berjaya mengimbangi kemajuan semua bangsa yang berada di dalam negara ini tetapi apa yang akan berlaku di Johor Baru adalah sebaliknya. Orang melayu akan berundur jauh disudut dunia nanti.

Saya ingin menarik perhatian ramai kepada kenyataan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung UMNO pada tahun 1972 dahulu. Perhimpunan itu merupakan perhimpunan agung yang terakhir yang beliau hadir sebelum beliau meninggal pada tahun 1973 dahulu. Orang yang masih hidup dan sihat yang berada bersama dalam Majlis Tertinggi UMNO semasa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sahaja. Dr Mahathir beluim lagi diterima kembali kedalam UMNO dan beliau semasa itu berada diluar UMNO setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

Tun Dr Ismail telah memberikan alasan kenapa kerajaan tidak mahu bertindak untuk membangunkan negara dengan cepat sedangkan semasa itu kata beliau, kita mampu mungkin untuk mencapai pembangunan pesat sehingga sepantas ‘double-digit growth’. Tetapi adalah dalam perancangan kerajaan untuk memperlahankan pembangunan untuk mempastikan sudah ada persediaan bagi kaum-kaum yang ketinggalan dari semua sudut untuk bersama-sama menikmati pembangunan yang bakal kita lalui nanti.

Tun Dr Ismail bercakap dengan penuh kesedaran betapa perancangan yang teliti dilakukan bagi mempastikan negara dibangunkan dengan mengendung sekali matlamat untuk menjadikan kesaimbangan kedudukan semua bangsa yang dikatakan 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah itu'. Pimpinan semasa itu memikirkan banyak perkara dan isu sebelum merancang pembangunan negara agar tidak menghasilkan kecelaruan kepada rakyat yang berbilang kaum ini. Perancangan semasa itu penuh dengan ‘wisdom’. Segala perancangan untuk rakyat dan negara itu telah difikirkan betul-betul dengan matlamat yang jelas dan laluan ke matlamat itu jelas dan telus.

Itu sebabnya dalam era tujuh puluhan selepas kematian Tun Dr Ismail kerajaan sesungguhnya melaksanakan impian kerajaan itu dengan sepenuhnya tanpa banyak memikirkan untuk kepentingan keluarga dan peribadi. Itu sebabnya pimpinan semasa itu mudah melaksanakan segala dasar kerana sifat mereka yang jujur terhadap tanggungjawab mereka yang hanya untuk negara.

Mempertimbangkan cara dan kaedah serta kepantasan pembangunan pun ditentukan dengan semangat dan jiwa untuk rakyat. Di samping membangunkan negara pimpinan semasa itu mengendung sekali tanggungjawab untuk tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap bangsa yang ketinggalan yang kebetulan adalah dikalangan bangsa Melayu dan bumiputra.

Semua syarikat ‘public companies by guarantee’ yang kini dipanggil GLC bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan dan memegang perniagaan itu sebagai 'trustee' terhadap orang Melayu dan bumiputra. Dalam hujung tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan syarikat-syarikat GLC yang maju itu dipindahkan kepada bumiputra yang masih belum berkemampuan untuk melalui saham amanah dan berbagai-bagai cara lagi.

Tetapi kini GLC diperguna oleh mereka yang rapat dengan kuasa untuk kepentingan beberapa kerat yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Malahan GLC tidak pun memberikan munafaat kepada bumiputra sampai kehari ini sejak tahun lapan puluhan dahulu. GLC hanya membentuk dan membina ego sebahagian kecil beberapa kerat individu yang dianggap professional dan dasar untuk memberikan faedah kepada orang melayu dan bumiputra itu diabaikan samasekali.

Sampai sekarang matlamat penyertaan orang Melayu dan bumiputra untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi itu tidak tercapai dan ia tidak mungkin  tercapai sampai bila-bila.

Pimpinan sedang menggila untuk melihat pembangunan sepesat negara-negara seperti AS dan Eropah tetapi anak watan tidak akan merasakan nikmatnya. Percayalah ia tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kaum yang masih ketinggalan.

Sekarang Dr Mahathir yang perencana kepada pembangunan pesat yang telah mengabaikan nasib orang Melayu, merasa resah gelisah dan beliau harus mengakui yang sikap membangunkan negara tanpa perancangan untuk kepentingan rakyat itu bermula dari zaman beliau sendiri.

Sekarang beliau berkata benar dan menyalahkan beliau kerana membina sikap ini kepada beliau itu juga benar. Pembangunan di Johor itu tidak akan membawa orang Melayu dan anak watan kehadapan malahan ia akan mengundurkan Melayu dan bumiputra jauh kebelakang dalam jangka masa yang cepat dan tangkas.

Selepas ini orang melayu akan hanya dapat berkata. Ooh! Ooh! Sahaja setiap hari. Orang melayu apabila diberitahu ini pembangunan yang terpesat dirantau ini mereka akan hanya mampu berkata, ooh! Oh! sahaja.

Apabila diberitahu kepada orang Melayu yang melihat pembangunan itu hanya mampu dibeli dan didiami oleh orang kaya raya dari Singapura dan China sekali lagi orang Melayu akan hanya berkata, ooh! ooh! sahaja kerana itu sahaja yang mereka ada, iaitu 000.

Maka pembangunan pesat di Johor ini nanti merupakan permulaan kepada bangsa Melayu khususnya Melayu Johor untuk beransur-ansur masuk kepinggiran hutan untuk memberikan laluan kepada mereka yang mendapat keistimewaan dari pihak pemerintah kita.

Kepada Dr Mahathir elok kita ingatkan satu perbilangan Melayu yang popular, ‘jika bapa kencing berdiri, anak akan kencing berlari’.

Selamat hari jadi yang ke 89 kepada Tun Dr Mahathir, semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kalau kata-kata semangat ‘Melayu tidak akan hilang didunia’ itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana ‘Melayu akan hilang dunianya’.

14 comments:

  1. Tepat sekali pandangan yang diutarakan ini. Yang menjadi mangsa adalah kaum melayu, bukannya mamak. Sifat mamak ini umpama ular yang pakar membelit dan persis juga seperti biawak, yang bercabang lidahnya. Membujur lalu melintang patah, tapi melayu kekal terpesona dalam kebodohan menentukan hala tuju generasi kemudian.

    ReplyDelete
  2. Memang benar. Tun Mahathir sebagai penggerak pembangunan dan ia berlaku dalam kerangka kawalan bersepadu di mana terdapat keseimbangan.

    Kala ini di bawah PM Najib, tidak terkawal dan gaya pembangunan di nukil Pemandu konsultan beliau dan percaturan berisiko Khazanah Nasional. GLCs sudah tersasar dan paling teruk pemangkin nya Petronas sudah di jadikan syarikat persendirian, menafikan keterlibatan Melayu, dari polisi Melayu yang berjaya di bawah DEB, lantas mendabik dada dengan angkuh, sombong!

    Maka Melayu hanya di jadikan batu loncatan, bakal di hilangkan, seperti Sdr AA tuliskan. Pembangunan terlampau terdorong ketamakan keuntungan yang sudah di beri amaran oleh Tun Dr Ismail.

    Melayu yang bersekongkol dengan musuh tradisi Melayu, lebih hina lagi, membunuh saudara nya sendiri tanpa rasa bersalah. Sesuatu perkara yang tidak di lakukan oleh bangsa lain. Tidak berpendirian dan gagal menghayati tuntutan perjuangan yang kini sudah melanda sebahagian tokoh-tokoh tertinggi UMNO. Halatuju mereka mengelirukan Majoriti Melayu.

    ReplyDelete
  3. benarlah kata hang tuah. melayu takkan hilang didunia. sbb benggali boleh jadi melayu, Nepal boleh jadi melayu, org iban boleh jadi melayu. bila kawin dgn melayu.

    ReplyDelete
  4. Asmkm saudara Aspan.Apa yang nak diharapkan daripada Dr Mahathir yang mudah berbohong tanpa rasa bersalah.Ini yang dikatakan kera di hutan disusukan anak di rumah kelaparan.Namun masih ramai lagi orang Melayu yang memujanya termasuk ahli keluarga saya.Lebih malang lagi tokoh tokoh tertinggi UMNO hanya mengumpul harta masing masing.Olih itu mari kita mendidik anak anak kita dengan berteraskan agama dan mengukuhkan jati diri mereka. Tanamkan sifat berjiwa merdeka tanpa tersasar dari ajaran Islam Ameen.

    ReplyDelete
  5. Agama Orang Melayu telah di rosakkan oleh politik pemimpinan PAS dan sandiwara Anwar Al-Juburi. Kebijaksanaan dan kesolehan orang melayu kampung telah di gantikan oleh kekasaran dan kebiadaban budaya Badui mahupun kemodenan Barat. Orang sekarang tak kenal tokoh dan wali Melayu dulu, apalgi nak cari ilmu yang diwarisankan mereka.
    Tapi dekat-dekat ini, alhamdu lillah ada usaha untuk membangkitkan ilmu hakikat, iaitu buku makrifatullah tulisan Tok Kenali dari Kubang Kerian, Kelantan.

    Sudah terlampau lama kaum muda Wahhabi dok menyelewengkan hati dan akal orang mukmin, sampai yang perkara yang tak pernah tersangka terjadi diKetereh baru ini :-perogolan lelaki ramai atas seorang budak sekolah.

    Kita berdoa supaya Allah Ta'ala Ar-Rahman Ar-Rahim mengasihani orang Melayu dan memberkati kita dengan perkenalan hakikat diri sebagai insan yang beramah dan bijak yang tak pernah terlepas dari hikmat Tuhan dan teladan murni Sayyidina Muhammad s.a.w.

    ReplyDelete
  6. Saya sungguh rasa terganggu dengan perkembangan yang sedang berlaku di Johor.

    hampir 70 peratus tanahnya dimiliki oleh rakyat asing. tekanan kos akan menyebabkan rakyat johor akan terpinggir dan akibatnya mereka akan memilih untuk berhijrah keluar dari johor.

    Melihat kepada fenomena kerabat istana gairah menjual tanah-tanah kepada kenglomerat asing dan labanya masuk ke kantung sendiri.

    Kerabat istana kena ingat adanya raja kerana adanya rakyat yang masih mengiktiraf raja.
    tapi bila rakyat sudah tiada apa mungkin raja boleh memaksa rakyat asing mentaati raja.
    ingat selagi ada melayu maka adalah raja tertapi bila melayu sudah tiada...,
    maka siapa yang akan mendokong raja. jangan sampai raja pupus dengan sendirinya

    ReplyDelete
  7. Singapura di langgar todak. Sekarang todak todak di Singapura telah penuh dan mencari kawasan baru untuk melanggar.

    ReplyDelete
  8. Semenjak Malaysia merdeka, yang menjadi MB Johor adalah orang UMNO dan semua syarat pindah milik tanah memerlukan kelulusan MB. Bagi mana mana pengulas yang meletakkan kesalahan kepada pembangkang, adalah tidak siuman fikirannya kerana orang lain yang makan nangka orang yang lain pula digetahnya. Waraskah akal orang begini? UMNO sendiri yang curang dalam mengendalikan urus tadbir tanah, gelap mata dengan habuan maka generasi kemudian menanggung akibatnya.

    ReplyDelete
  9. Untuk makluman Anon 09:20:00. Berhubung dengan “AGAMA” orang Melayu, benar kah PAS yang menjadi perosak? Setahu saya UMNO lah yang menjadi punca nya kerana tidak mengamal kan keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an, terutama hukum hukum yang di garis kan.

    Berkaitan dengan buku “HAKIKAT INSAN” karangan Tok Kenali, saya memiliki dan sudah beberapa kali membaca nya. Mungkin apa yang Anon faham tidak sama dengan apa yang saya faham kerana keterangan nya begitu abstract sekali. Untuk memahami nya perlu berguru dengan mereka yang benar benar mendalam dan memahami ilmu tasauf nya dan dapat membezakan diantara Hak dan Batil, walau pun ilmu itu bukan dari sunnah Nabi. Kerana ilmu ilmu seumpama itu di reka oleh puak puak Syiah.

    Di dalam upaca nikah khawin dan menanam mayat orang orang tertentu terdapat unsur, Syiah(tiupan nafiri)dan agama kristian. Upaca nikah khawin pula di selaputi dengan adat hindu(tepung tawar, renjisan air, mawar, pulut kuning, tepak sirih dan bersanding.

    Di dalam buku itu tidak di jelaskan sama ada membaca talkin, merhaban, tahlil yang banyak lagi yang di lakukan oleh "AGAMA" orang Melayu tidak di berikan dalil sama ada boleh atau pun tidak. Senang cakap, mengikut syarak ke tidak?

    Perihal Al-Juburi pula ada kah anda merupakan salah seorang dari empat saksi yang melihat nya. Kalau tidak mana anda tau perkara itu benar benar berlaku atau pun tidak. Di bulan puasa ini elok lah muhasabah diri kita. Mana tau kok lebih teruk dari makhluk yang di laknati ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Saadun Sulaiman, dgn bersangka baik anggap saja anon tersebut masih jahil kesedaran agamanya. Kita doakan supaya mereka diberikan petunjuk agar sempat bertaubat dan memohon maaf drp individu yg difitnahnya.

    ReplyDelete
  11. Tuan,sebenarnya ini semua salah orang melayu.Kita ada pilihan setiap 5 tahun sekali.Seperti kata pakar perunding antarabangsa, negara tidak akan stabil dari sosio politik dan ekonomi kalau pemerintahan itu tidak pernah berubah kerajaan.Jalan terbaik mari kita ubah dari mengundi BN ke PR.Kami telah lama berubah dan rasa senang dengan pemerintahan kerajaan PR sebab yang penting bila ada perubahan rasuah dan penyelewengan mudah di bendung. Dengan kejatuhan Selangor dan Pulau Pinang ke tangan pembangkang maka puak2 BN menumpukan usaha penyelewengan seterusnya ke Johor.Selamat berubah,kami dah selesa dengan PR.Bye..bye..

    ReplyDelete

  12. Anon 19:00,

    Masalahnya apabila dapat kat PR di Selangor contohnya kerajaan dan pemimpin-pemimpin negeri itu berebut kuasa dan tidak bersatu..bergaduh 24 jam..

    ReplyDelete
  13. salam ramadan Tuan,

    dalam dunia penuh persaingan islam melayu yg dah kurang lebih 57 tahun, juga alami masa sukar sekarang. malaysia ada bagai bangsa . keciciran ekonomi adalah masalah islam melayu masa mula merdeka dan sekarang ada kesedaran.

    keadaan lintang pukang mengatur kemajuan politik dan arah maju bangsa yang kabur itulah yg ada depan mata kini. dan kelebihan bangsa cina berekonomi yg populasi no. 2 terbanyak adalah faktor penting muncul corak keadaan sekarang.

    singapura yg asalnya berpenduduk melayu majoriti kini maju di perintah bangsa cina. bila en, KYLee tidak lagi perintah, era baru nampak lebih terbuka dan melayu cuba diberi peranan. cina telah dan memang terbukti kuat berekonomi. namun keterbukaan pemerintah pada bangsa melayu adalah langkah baik.baik untuk negara.

    struktur sosial majmuk malaysia dan adanya cina yg ada kelebihan ekonomi, membuat pemerintah negara banyak buat tindakan dan polisi yg tidak tepat.

    bentuk bangsa malaysia yg tidak jelas kesatuannya/acuannya. generasi kini patut maju dengan nilai baik yang tepat. jika tidak keadaan kalut/kabur tak berkesudahan. bagi org muda yg baik perintah negara.

    ruler negeri pun mesti jelas garis sempadan pengurusan kerajaan. supaya mudah rakyat buat kerja mengurus dgn betul.

    nasib lain lain muslim:
    palestin memang tempat bertarung. terus berjuang.
    arab muslim di libya, iraq satu rumpun, kaya minyak tapi sedang kucar kacir.
    egypt corak diktator menjadi trend yg diguna. cuba didemokrasikan tapi tak menjadi.
    afrika muslim somalia,kenya,uganda negeri miskin dan sukar dikawal.
    pakistan juga sesuai dgn diktator buat masa kini.
    afghanistan cuba untuk stabil.
    turki pernah guna cara sekular dan trend kurang sekular nampak bagus.

    kesimpulannya terus usaha yg baik.

    salam
    sy

    ReplyDelete
  14. zubirr

    UMNO bergaduh berpuluh tahun berebut kuasa nak kaya tanah bagi cina. Tanah rezab Melayu dari 3 juta eka tinggal 1.8 juta ekar di jual murah nak cepat kaya, bangsa tergadai.

    ReplyDelete