Tidak berapa jam sahaja selepas
TS Khalid memberikan kenyataan yang beliau tetap Menteri Besar sehingga
pilihanraya umum yang akan datang, Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang sesuatu jawatan
itu bukan untuk dipegang selamanya oleh sesiapa. Semua jawatan tidak kekal
kepada seseorang itu. Begitulah lebih kurang yang dimaksudkan oleh Anwar
Ibrahim itu dan tentunya yang beliau maksudkan itu jawatan yang dipegang oleh
Khalid Ibrahim sekarang.
Tetapi tidak pula kedengaran
Khalid mahu memegang jawatan itu buat selama beliau hidup. Yang jelas
kedengaran ialah beliau berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar sehingga
pilihan raya yang akan datang, yang akan sampai kurang dari empat tahun dari
sekarang. Selepas itu beliau akan bersara atau bersedia untuk dibersarakan.
Jika bukan hak seseorang untuk
kekal dan dikekalkan dalam jawatan, Anwar juga perlu memahami yang ia bukan
juga hak mana-mana individu yang boleh membuang seseorang dalam jawatan seperti
menukar seluar dalam. Menjatuhkan seseorang bukan mudah seperti meminta
beruk-beruk belaan untuk memanjat pokok kelapa dan menjatuhkan buah-buah kelapa
itu.
Malahan Anwar telah dengan
sistematik berniat untuk menjatuhkan Khalid dari awal lagi. Beliau telah
menggunakan rakan dan kroni beliau yang rapat yang sedang berangan untuk
memegang kuasa sebelum PKR menjadi kerajaan di Putrajaya itu untuk mengkritik
Khalid secara terbuka melalui akhbar dan media massa.
Anwar tidak mahu dilihat hakikat
yang beliau menjatuhkan Khalid. Beliau melakukannya seperti seorang yang membela
beruk untuk mengambil upah memanjat kelapa. Hakikatnya yang menjatuhkan buah
kelapa itu adalah si Mamat tetapi yang memulas tangkai kelapa untuk dijatuhkan
itu dilakukan oleh beruk belaan yang di arah untuk memanjat dan menurunkan
kelapa itu. Yang menebas Khalid itu ialah Anwar tetapi Anwar menggunakan parang
bengkok panjang seperti Rafizi, Zuraidah Kamarudin dan beberapa orang dalam
kepimpinan tertinggi parti itu.
Apabila seseorang itu tahu dan
memahami anologi ini, maka masing-masing boleh mengenali individu-individu yang
diperlakukan seperti beruk atau parang panjang itu oleh ketuanya dalam isu
Menteri Besar Selangor ini.
Pada hakikatnya apa yang di sebut
oleh Anwar kepada Khalid Ibrahim itu membawa makna, ‘yang memilih siapa menjadi
MB itu parti, bukannya kamu Khalid’. Dalam hati Khalid pula menjawab. “bukan
parti yang menentukan, sebenarnya kamu itu yang menentukan. It is not going to
be easy for you Anwar. You have got to run for your money!”
Sesungguhnya Selangor akan
menghadapi krisis perlembagaan dan ia akan menjadi isu yang sangat serius dan
akan menghancurkan Pakatan Rakyat buat jangka yang panjang. Siapa yang mendapat
untung apabila krisis ini berlaku, kita akan akhirnya tahu juga dan pasti
merasa tertipu.
Sebenarnya ada orang yang sengaja
mahu krisis ini berlaku, kerana dia hanya boleh ‘survive’ dalam politik itu
apabila keadaan bercelaru. Orang itu ibarat melukah ditempat yang genting, atau
menimba di air yang keruh. PKR sememangnya parti yang sentiasa ingin melihat
pergaduhan sesama sendiri kerana teras penubuhan parti itu juga adalah kerana
keadaan kucar kacir dalam UMNO dahulu.
ReplyDeleteYang memanjat tu, Shamsul Iskandar, Rafizi, dan beberapa yg lain. Boss mereka suruh turunkan kelapa yang lebat tu.
Pesan kat Pak Sheikh tu... sesekali tengok muka kat cermin tu bila berkata...dah lah dia tu tua ..elok lah sama berhenti dari politik ..buat amal ibadat ...takkan sampai ketua nak jadi pemimpin PKR, bagilah peluang pada golongan muda dan bukan keluarga Pak Sheikh jadi pemimpin pula..
ReplyDeleteNasihat yang sama juga saya beri LKS dan Haji Hadi...berhentilah .. akan aman Malaysia ni bila dia orang berhenti
Berok maarib
ReplyDeleteHarap pembentukan bukan 'Negara Ku' - ada beza k- kecil dan K-besar...
ReplyDeleteApa-apa kita tidak mahu lagi 'pencatur dan pakar strategi politk nya' mengikut acuan sendiri. Rakyat memilih, biar rakyat mengatur. Selangor bukan untuk individu. P. Pinang semakin di miliki... konsep salah dalam politik sempit pembangkang !
Jika ini di amalkan, percaya lah, hanya kelompok yang berkuasa sahaja akan menikmati segala-gala nya..... ia sudah terjadi, punya bukti dan segera lah menjauhi. Keintelektualan menipu rakyat ! Kesempatan yang di manipulasi dan memulas pengundi sepenuh nya ! Tiga(triniti) badan hendak di jaga yang dongeng nya hanya di momokan menjadi satu ! Hakikat nya setiap badan terlalu mengidam kuasa yang jitu !!!
Boleh ke menjelma jadi satu ? Realiti, jawatan MB pun hendak di kuasai...
Apa lagi mimpi ingin jadi PM, TPM dan anggota kanan ! Lain nya 'go to hell'
Politik-neo, Politik-isle, Politik-evangelista(tiada terma ini dalam biblikal) di baptiskan triniti 3in1....
ReplyDeleteAs I have known for 40 years......he is manipulative and deceptive being. It will take another while for anyone to understand him more.
ReplyDeleteMy whole family are members of PAS but just do not have the appetite to vote in the last general election.
I realized that PAS is led my Anwar...simple as that
Pak Sheikh bukan saja pandai suruh orang panjat pokok kelapa, panjat orang pun dia pandai. Dia suka pokok yg lembut, senang grip. Harem jaddah
ReplyDeleteyang menariknya tentang Anwar...beliau tidak kayaraya, isterinya pun sama, anak2nya pun sama, adikberadiknya pun sama, adikberadik isterinya pun sama, saudara maranya pun sama ,beliau ada peluang buat duit masa dlm krjn dulu.
ReplyDeletepada ketika lulusan U zaman Anwar mudah menjawat jawatan tinggi dalam krjn macam Pak Lah...Anwar memilih utk buka sekolah private & jadi guru utk budak2 drop out. Utk melihat keperibadian seseorang, harus bermula melihat zaman mudanya dulu. Tkasih.
ReplyDeleteJika anwar dapat kuasa dia akan jadi galmor dan tidak akan menerima teguran.
Saya melihat dia ni tidak boleh ada perbezaan pendapat. Sepupu saya Zainab Abu Bakar Ahli Parlimen dari Johor, anak kepada Umno founder di pecatnya dari Umno kerana dia anggap zainab ini tidak menyokong dia.
Dia menggunakan kuasa sebagai pengerusi jawatankuasa displin Umno dan memecat Zainab tanpa rasa peri kemanusiaan.
sekarang ini dia pulak yg hendak cari kuasa. Fikir-fikirlah!
ReplyDeleteSuffian, benar kata-kata anda yang Anwar ini menarik orangnya. Walaupun imejnya diburukan dia tetap telah melakukan yang baik.
Teringat saya kepada Botak Chin, walaupun jahat tetapi banyak memberikan bantuan kepada orang susah di sekeliling jinjang itu.
Setiap orang ada baik dan buruknya. Mungkin dari sifat negatif Anwar itu, beliau tidak boleh dijadikan pemimpin...
Betul Suffian, saya share pandangan saudara, tetapi saudara share jugalah dengan pandangan saya.
Betul ke Awnar anak beranak tak kaya raya.Buka mata sikit,Istana Segambut tu apa hal....terlampau gian kena sondol.Dia buka sekolah private sebab kelulusan dia walau pun pada tahun 70an senang dapat kerja tapi tak layak diterima olih manax jabatan kerajaan sebab dah ada rekod anti establishment.
ReplyDeleteanwar dah tak relevan. dia nampak lebih sbg seorang desperado yg marah khalid tetiba lebih popular dirinya.
ReplyDeleteOrg Melayu ni, kalau kaum mereka jadi pemimpin dia selidik sehalus2nya supaya perfect 100% dari semua aspect. Tapi kalau kaum bukan Melayu yg jadi pemimpin mereka, mereka sikit pun tak berani nak jatuh kan pemimpin tu. Kalau mampu pun cakap2 je d belakang. Tak tau lah apa nak jadi dgn kaum Melayu ni !!!
ReplyDeletePak AA.
ReplyDeleteSila verify & komen
http://sakmongkol.blogspot.com/2014/07/khalid-ibrahim-pkns-dan-pj-sentral.html?m=1