Dari awal lagi Azmin patut jadi MB. |
Tuanku Sultan Selangor telah
bertindak menolak dua permohonan dari dua pemimpin hari ini. Pertamanya, Baginda telah
menolak perletakan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan
menitahkan Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar itu sehingga nama
yang sesuai untuk menggantikan beliau ditemui dan dipersembahkan untuk perkenan Baginda. Baginda telah meminta lebih dari dua nama dari Pakatan Rakyat setelah menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.
Tuanku juga telah menolak Wan
Azizah sebagai calon Menteri Besar gantian dan itu telah ditelah oleh banyak pihak
kerana ketidak sesuaian Presiden PKR itu menjadi Menteri Besar Selangor yang
baru. PKR sememangnya dalam keadaan yang amat rumit kerana ‘Kajang Move’ tidak
menghasilkan apa-apa selain daripada perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat.
'Kajang move' dahulu telah dilakukan
oleh PKR tanpa merujuk kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat dan tindakan sendirian
PKR itu menghasilkan apa yang terhasil yang kita saksikan hari ini.
Apa pun PAS tetap bersetuju bahawa
kerusi Menteri Besar itu wajar disandang oleh PKR, tetapi mengemukakan Wan Azizah
sebagai calon gantian kepada Khalid untuk memuktamadkan ‘Kajang Move’ itu tidak
kesampaian. Saya telah dihubungi oleh ramai rakan dan kesemuanya tidak
merasakan kehilangan tanpa Wan Azizah, malahan ramai antara mereka sedang
mendoakan agar ADUN Bukit Antarabangsa itu menjawat jawatan penting tersebut.
Azmin sememangnya pemimpin PKR
yang menghidupkan parti itu dari awal dan tidak ada sebab nama beliau tidak dicalonkan
untuk jawatan itu. Justeru tindakan PAS mencalonkan Azmin dari awal itu
merupakan tindakan yang agak secocok dengan cita rasa ramai rakyat Selangor.
Sebagai Pengerusi PKR Selangor adalah tidak adil jika beliau tidak mengetuai
kerajaan Selangor jika benar-benar Khalid tidak lagi menjawat jawatan itu.
Sikap Anwar mengambil
segala-galanya ‘for granted’ terbukti satu ‘misadventure’ politik yang paling besar
sekali dan sikap ‘domineering’ beliau itu secara beransur-ansur akan membuatkan
sokongan ramai terhadap Anwar akan merudum bukan sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, malahan dari ahli-ahli partinya sedang berpecah itu.
Orang yang sepatutnya belajar
untuk berlapang dada ialah Anwar Ibrahim dan beliau wajar mengakui hakikat yang
tidak semua kehendak kita akan terkabul. Dalam isu ini PAS walaupun menjadi
sasaran parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu beberapa ketika, telah melakukan
tindakan yang betul dan ini tentulah tidak digemari oleh PKR.
Sekarang Tuanku Sultan telah
meminta nama-nama lain selain daripada Wan Azizah maka adalah tanggungjawab
parti itu untuk mengemukakan nama-nama tersebut secepat mungkin jika parti itu
mahukan penyelesaian yang cepat.
Kadangkala kemahuan peribadi
tidak akan termakbul jika tujuan dan niatnya tersasar dari kepentingan dan
kehendak ramai.
Hanya setakat itu ulasan ringkas
dari blog ini buat sementara. Sebelum itu, wajar kita ingat ‘yang menjolok buah
itu selalunya tidak akan dapat menyambut buah yang jatuh itu’. Oleh itu PKR
Selangor wajar membuat keputusan dan sebagai menghormati pimpinan pusat parti
itu elok diberitahu kepada pucuk pimpinan parti itu keputusan untuk mencalonkan
nama yang saya sebutkan tadi.
PAS sememangnya sudah tersedia
untuk menyokong Azmin dan DAP pula harus ingat bahawa Sultan mempunyai peranan
besar dalam keadaan krisis yang mendalam di Selangor sekarang ini.
Pak Aspan,
ReplyDeleteTerdapat dalam enactment Tubuh Negeri sasorang yang neutralize kerakyataannya tidak layak jadi MB di Sgor.Azmin lahir di Spore,begitu juga DSWA.Sila beri maklumat lanjut tentang ini.
Amat tidak wajar jika PAS sekali lagi mencalonkan Azmin Ali setelah Azmin sendiri menolak pencalonan dahulu, suatu "snub" yang bagi saya telah memalukan PAS terutama Presiden sendiri. Mencalonkan lagi Azmin bermakna memang betullah PAS ialah PAK - parti alas kaki.
ReplyDeleteKeadaan sudah berubah. Inilah masanya untuk PAS nencalunkan ketiga2 nama dikalangan adun2 PAS sendiri dan memastikam ia disokong oleh kesemua 15 adun.
Bagi pencalonan Azmin, biarlah pihak DAP dan PKR pula yang membuat U-Turn dan flip-flop dengan menamakan Azmin (yang menolak pencalonan itu) jika itu kehendak mereka. Baru lah PAS boleh dianggap lebih konsisten tegas dan berprinsip dalam isu ini.
Saudara, Cuba terangkan kepada umum yang mmasih tidak mahu menerima hakikat bahawa `overbearing' mendesak dan melanggar tata-susila protokol Istana adalah amat bersalahan, pada adat Istiadat Raja-raja Selangor.
ReplyDeleteIni juga melibatkan ramai orang Melayu seperti Khalid Samad tersilap laku dan biadap!Hari ini seorang Khalid kekal MenteriBessar buat sementara. Tetapi seorang Engineer PAS dihadapkan keMahkamah atas tuduhan `Sedition'. Kes Karpal menghina Tuanku Perak tidak memberi iktibar kepada MP-MP lain.
Dimahkamah sekumpulan hadirin telah mengejek dan memangilnya pengkhianat Melayu dan meludahnya.
Silap besar baginya dan Aziz Bari juga!
Wassalam.
God and His Prophet does not make mistakes. All others do. And he who does so shall be dealt with accordingly.
ReplyDeleteTak do joki..ikut cakap orang Nogori..terimalah hakikat Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDah cuba cuba macam macam tapi tak menjadi. Eloklah bersara dan tumpukan buat ibadat pulak
ReplyDeleteKenapa ,semestinya MB dari PKR ?, kenapa tidak dari PAS ?.
Isaue dalaman PKR tidak akan selesai, seterusnya akan mengheret menjadi masalah kapada pentabiran negeri.
Wal hasil balik asal .
Kobou Den pon dah meluat tengok gelagat PKR.
Tidak ada dinyatakan. Cuma dinyatakan seorang islam dan melayu. Dan dlm naskah inggeris disebut he. Makanya azizah tidak layak.
ReplyDeleteBetulke AZMIN dan WAN AZIZAH lahir di Singapore......
ReplyDeleteSaya berpendapat, biar siapa pun dari Pakatan yang akan dipilih untuk mengantikan Khalid Ibrahim, krisis perebutan jawatan MB akan berterusan. Maklum sajalah, bila KUASA yang mendatangkan WANG dan HARTA, menjadi perhitongan.
ReplyDeleteHanya Pembubaran DUN saja yang dapat menyelesaikan kemelut perebutan jawatan MB ini, secara muktamad.
Yang layak ialah Iskandar Abdul Samad
ReplyDeleteSejak awal lagi saya sealiran pendapat dengan AA. Pepatah orang2 tua Melayu " Dah terhantuk baru nak menegadah; Sebelum duduk dah berlunjur". Malangnya anak2 muda dalam PKR sudah tidak faham peribahasa orang2 dulu yang mereka anggap berfikiran kuno! Lihat apa sudah jadi dengan sikap "membujur lalu melintang patah" mereka.Siapa yang terasa sekarang, PKR atau Pas? Kalau dilihat dari reaksi beberapa pemimpin2 muda PKR pada awal kemelut ini; saya tertunggu2 juga demonstrasi ala "Natang" Trengganu diulang di Selangor.Tapi nampaknya kita cuma menyaksikan belon yang mulai kempis.
ReplyDeleteSultan Selangor tidak tertakluk atau terikat kepada apa saja konsensus antara pkr, dap dan pas. Mereka juga bukan satu pakatan yang sah dari segi undang-undang. Kesepakatan mereka berdasarkan sukarela.
ReplyDeleteJika dileraikan, PAS adalah majoriti. Sewajarnya DAP dan PKR berterima kasih kalau PAS Selangor masih mahu berangkaian dengan mereka dan PAS juga bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selagi menguntungkan mereka.
Campurtangan DAP dan PKR terhadap PAS ada limitasinya dan janganlah sampai ke tahap melampau dan kurangajar.
Dalam politi, musuh dan kawan bukan selamanya - contoh terbaik ialah hubungan dap-anwar-pas dulu dan sekarang menepati maksud tersebut.
Azmin memang layak tapi hanturaya dibelakangnya terlalu ramai sedang menganga menunggu projek
ReplyDelete
ReplyDeletePKR mencalunkan DSWA daripada PKR, PAS mencadangkan Azmin daripada PKR. Tiba giliran DAP pula nak cadangkan siapa daripada PKR.
Semuga PR akan lebih baik permuafakatannya selepas ini. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang amat berguna.
It is dissapointed that DAP follow PKR to act stupidity to appoint DSWA to be sole name for the Selangor MB after the titah from Sultan.
ReplyDeleteStupid to the max... deserve to lose in nxt GE... I won't vote for DUN in coming snap poll in case it happened!
Jika PAS memberikan nama calon dari parti sendiri, PAS akan dianggap tidak berpegang kepada konsensusnya sebelum ini. Pasca peringkat ini, siapakah yang mengusutkan keadaan?
ReplyDeletePerlantikan Azmin akan membelah PKR menjadi dua. Undi yang diperolehi Khalid semasa bertanding jawatan Timbalan Presiden menunjukkan pengaruh beliau agar besar, manakala geng Nasution amat membenci Azmin.
ReplyDeleteNampak gaya lantik Wan Azizah atau Azmin sekalipun, kedua2nya bakal membelah PKR. Apatah lagi DAP tentunya amat tidak menyukai Azmin.
Inilah penyudah Langkah Kajang di Selangor dan tidak lama lagi menunggu Langkah Kubor di Kelantan. Semakin berada Anwar dan Rafizi dalam PKR semakin karam kapal bocor berlubang mereka.
masih menanti apakah ending isu ni..
ReplyDeleteAzmin buat kesilapan besar.sekali dia tolak jawatan MB sampai bila2 sultan selangor akan ingat.maka tidak ada peluang lagi untuk azmin.saya yakin sultan mahu kan calon dari pas untuk jawatan MB selangor kerana semua sudah tahu percalonan DSWA semata mata untuk menjadi proxy kepada Anwar.
ReplyDelete