PKR dan DAP telah memutuskan
untuk tidak mematuhi titah Tuanku Sultan Selangor yang meminta semua parti
dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua orang calon Menteri Besar untuk
menggantikan Khalid Ibrahim. ‘In defiance’ terhadap titah Tuanku Sultan kedua-dua
parti itu tegas dengan hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk
menjadi Menteri Besar Selangor yang dari awal lagi telah ditolak oleh Tuanku.
Mereka memberikan alasan yang
semasa pilihanraya 2008 dan 2013 yang lalu Pakatan Rakyat telah menamakan hanya
seorang nama sahaja, iaitu Khalid Ibrahim dan tidak mendapat tentangan dari
Tuanku. Maka kepada kedua-dua parti itu, 'precedent' ini wajar diikuti sekarang
dengan menerima calon tunggal mereka iaitu Wan Azizah Ismail.
Bagaimana pemilihan seperti 2008
dan 2013 boleh terpakai sekarang kerana keadaan dan situasi sekarang adalah
situasi yang sangat berbeza berbanding dengan situasi selepas dua pilihanraya
yang lalu. Dalam kedua-dua pilihanraya yang lalu, keadaan semasa pemilihan
Menteri Besar itu adalah dalam keadaan yang bersatu samada diantara pemimpin
PKR dan pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan tidak ada pergelutan
dan perebutan untuk jawatan itu.
Dalam kes sekarang ini seorang
Menteri Besar yang telah diterima dengan tenang dan bersatu dan diperkenan
Tuanku Sultan selepas pilihanraya yang lalu telah diperlakukan tindakan
penggulingan terhadap Menteri Besar itu. Justeru telah berlaku krisis dalam PKR
dalam isu ini dan akhirnya memecat Menteri
Besar nya dari keanggotaan partinya. Selain dari itu sudah berlaku perselisihan
jelas diantara parti-parti dalam PR itu khususnya PAS yang tidak sealiran dalam
pemilihan gantian kepada Menteri Besar Khalid.
Takkanlah ini pun tidak difahami
oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin dari kedua-dua parti itu. Sekarang hanya ada satu pilihan bagi
parti-parti dalam PR untuk melakukannya, iaitu untuk menambah bilangan calon
untuk jawatan penting itu kepada kebawah Duli Tuanku Selangor agar dapat
mencari gantian kepada Khalid sekarang yang menjadi ‘care taker’ Menteri Besar.
Jika kedua-dua parti ini masih
berkeras tidak mahu memenuhi titah Sultan maka betullah tuduhan setengah pihak
yang kedua-dua parti ini mempunyai pemimpin yang tidak beradap dan beradat dan
akan menjadi racun kepada institusi-institusi demokrasi negara.
Keadaan semasa memilih Menteri
Besr dahulu adalah berbeza maka cara memilih juga tidak boleh mengikut 'precedent' yang lama itu. Keengkaran kedua-dua parti itu adalah tindakan ‘self
destruction’ kerana menunjukkan marah dan tidak menghormati Tuanku Sultan itu
melambangkan betapa bongkak dan sombongnya parti-parti itu. Tindakan mereka itu
boleh ditafsirkan sebagai tindakan memberontak dan ia samalah seperti menzalimi
diri mereka sendiri.
PKR dari dulu lagi telah
menunjukan sikap ‘arrogant’ yang keterlaluan dan semua orang termasuk Raja pun
hendak dibentaknya. Bagi mereka semua pihak mesti mengikut telunjuk mereka
yang bengkok itu. Anwar dalam usaha gigihnya untuk menaiki tangga politik telah
banyak kali menunjukkan sikap seperti ini dan beliau tidak mahu tunduk kepada
kenyataan yang negara ini bukannya untuk beliau seorang. Dalam 'planet' ini
berbillion manusia lain yang tinggal dan hidup di dalamnya bukannya beliau
seorang.
Kita tidak tahu apa yang perlu
dilakukan selain dari memanggil pilihanraya baru kerana pertembungan diantara dua proponen penting dalam memilih seorang
Menteri Besar seperti yang ditetapkan oleh undang-undang tubuh negeri Selangor
itu.
Mengambil alih jawatan Menteri
Besar bukan kerja yang kecil padahnya jika ia dilakukan secara ‘hostile’
seperti sekarang ini. Dalam situasi sekarang Khalid tidak lagi menjadi subjek
perbahasan dan pertelingkahan kerana beliau telah pun memohon untuk melepaskan
jawatan sebagai Menteri Besar. Sekarang beliau hanyalah ‘care taker’ kepada
kerajaan negeri Selangor.
Pilihanraya sahaja yang
membolehkan situasi ini diselesaikan. Pilihanraya ini penting kerana kita
hendak bertanya kepada rakyat Selangor samada mereka (PKR dan DAP) telah
melakukan perkara yang betul dan diterima oleh rakyat Selangor.
Dalam kempen pilihanraya yang
lalu PKR dan DAP tidak pernah berjanji untuk menolak Menteri Besar pilihan
mereka sendiri dan tidak pernah berjanji untuk tidak menderhaka kepada Tuanku
Sultan. Parti-parti ini juga tidak pernah berjanji akan menyingkirkan Khalid
Ibrahim untuk digantikan dengan Wan Azizah setelah memecat ahlinya sendiri yang
bernama Khalid Ibrahim itu.
Tentu ada jalan untuk memanggil
pilihanraya negeri. Bagi saya pandangan orang ramai itu adalah penting samada
tindakan pucuk pimpinan PKR yang disokong oleh DAP itu diterima oleh rakyat.
Tetapi ramai yang berkeyakinan
yang penolakan hasrat pimpinan PKR melakukan penyingkiran ini tidak digemari
bukan sahaja oleh rakyat ramai tetapi ahli-ahli PKR sendiri yang telah
bergelumang dengan pergaduhan sesama sendiri semasa pemilihan parti baru-baru
ini. Penolakan Khalid Ibrahim untuk terus memegang jawatan itu perlu diterjemahkan melalui pilihanraya negeri. Pilihanraya itu juga merupakan tali
pengukur samada Wan Azizah benar-benar diterima oleh rakyat Selangor untuk
menjadi Menteri Besar ‘rubber stamp’ untuk mentadbir mereka.
Pilihanraya ini juga akan
memberikan pertimbangan muktamad samada rakyat Selangor sedar atau pun tidak
yang Anwar ini telah menggunakan semua pihak untuk kepentingan politik peribadi
beliau. Kita hendak tahu juga samada rakyat Selangor membenarkan Anwar
menggunakan isterinya sendiri dalam mencapai cita-cita rakus beliau untuk
menjadi Perdana Menteri negara ini selain dari menggunakan PAS dan DAP sebagai
alas untuk membersihkan kaki beliau.
Sekarang ini beliau juga mahu
menjadikan Raja Melayu untuk dijadikan alas kaki beliau. Anwar telah
membayangkan yang beliau sedang menunjukan protes terhadap Tuanku Selangor dan
memberitahu Tuanku, ‘it’s my wife and nobody else’. Beliau mahukan Sultan
Selangor supaya ‘just sign, and that’s it. Just shut your dirty and smelly
mouth’.
Begitulah seolah-olahnya Anwar
memberitahu Tuanku Sultan. Tindakan beliau untuk berhadapan dengan Tuanku
Sultan secara ‘hostile’ itu menunjukkan betapa ‘arrogant’ nya pemimpin yang
bermasalah ini.
Saya amat setuju sekali dengan pandangan Tuan Aspan.
ReplyDeleteSaya pun berpendapat bahawa perebutan jawatan dan crisis perselisihan dalam PR, terutamanya PKR tidak akan selesai selagi tidak dibubar DUN. Hanya rakyat yang dapat menamatkan kemelut ini.
Betul RD. Analisa AA seimbang juga kali ini. Cuma analisa ini sepatut nya berkisar juga :-
Delete1. Ikrar Sumpah Ahli-Ahli Exco yang di lantik. Bilamana mereka ini menentang Sultan, bukan kah sudah derhaka ? Bagaimana boleh mereka menyatakan sokongan pilihan Anwar sedangkan sudah TIDAK SAH. Oleh itu yang berhak memilih hanya Sultan sahaja dari cadangan nama-nama yang di bawa MB sedia ada yang masih mendapat perkenan Sultan memangku Jawatan tersebut. Secara sah nya, mereka (PKR) mesti merujuk kepada MB juga.
2. Rakyat atau individu yang derhaka (dalam Selangor) apa hukuman nya merujuk Kuasa Sultan ?
3. Yang di katakan sokongan majoriti hanya bekas-bekas exco. Bagaimana majoriti rakyat Selangor ? Bukan kah satu konflik besar bilamana MB sedia ada tiada kesalahan dalam Jawatan. Bagaimana Anwar boleh mengatasi Sultan. Kita sedia maklum yang kedudukan Sultan itu terjamin dalam dekri politik Demokrasi Raja Berperlembagaan ?
Kita tahu Raja / Sultan tidak boleh terlibat politik. Baginda tidak terlibat kecuali menjaga amanah sebagai Ketua Negeri yang sah dalam urusan Adat dan Adab Pentadbiran Negeri. Dalam hal ini, kenapa parti-parti politik boleh mencampuri Urusan Baginda ?
Anwar........ engkau ni bila tamak tak terkawal datang maka datang pula ketololan dan kebodohan......
ReplyDeleteIngatlah pemimpin-pemimpin PR bahawa kamu masih lagi di dalam tempoh percubaan di mata rakyat..
ReplyDeleteRakyat Selangor telah memilih semula PR di Selangor pada PRU13 yang lalu atas kecemerlangan TSKI dan keyakinan TSKI mengambarkan PR dan sebaliknya.
Rakyat Selangor bersyukur dan mengambil krisis ini sebagai hikmah kerana dapat mengenali parti-parti politik yang ada.
Moga negeri Selangor seperti motonya sentiasa 'Dipelihara Allah' dari manusia-manusia rakus.
Adakan pilihan raya negeri dan kembalikan kuasa mutlak kepada rakyat untuk menghukum mereka yg gila kuasa dan biadap kepada Tuanku.Harapkan pagar,pagar makan padi.Harapkan PKR rupanya mereka sama gila dengan DAP.
ReplyDeleteTindakan DAP dan PKR mencalonkan satu nama bukanlah DERHAKA tapi adalah tepat kerana tak ada calon lain yg sesuai tapi bukan layak. Buat apa bagi dua nama kalau calon nya tak sesuai. Inilah sifat telus yg ditunjukan oleh PKR dan DAP. Hanya yg berakal sahaja yg dapat menilai keadaan ini. Waallahualam.
ReplyDeletePandai x bertempat. Dengan Tuanku Sultan pun korang nak tunjuk lagak ya. Titah mesti dilaksanakan kalau tak derhakalah namanya tu
DeletePandai x bertempat. Dengan Tuanku Sultan pun korang nak tunjuk lagak ya. Titah mesti dilaksanakan kalau tak derhakalah namanya tu
DeleteBijak Tuanku Sultan kerana talian hayat untuk membubarkan DUN masih ada ditangan MB TSKI.
ReplyDeletePersoalannya...knp dap ikut serta...xkan dap segelojoh begitu? Apa yg dijanjikan sehingga dap sanggup swim or sink together? Adakah jawatan tpm? Adakah krn taikun2 cina?
ReplyDeleteGebu cuba kau cerita sikit kenapa hanya DSWA sahaja yang layak. DSAI kata dia layak sebab dia tu Presiden PKR, masa pemilihan tempoh hari dia menang jawatan Presiden pun sebab DSAI tarik diri dari bertanding. Rasanya kalau DSAI tak menyatakan hasrat untuk bertanding ada orang lain akan bertanding untuk merebut jawatan tersebut.
ReplyDeletePeringkat awal pun tak betul, camna kesudahannya nak betul. "Setiap perbuatan bermula dengan niat".
Mula - mula kata Kajang Move bukan untuk tukar MB, pastu bila kantoi tukar pulak, kata Kajang Move memang untuk tukar MB. Bila dah biasa sangat berbohong, seseorang tu akan rasa tidak menjadi kesalahan apabila berbohong.
Assalamualaikum Bang, resignlah dari DAP.
ReplyDelete..he..he..
DeleteBila pengundi masukkan kertas undi, tidak semua mereka kenal individu yang dipangkahnya. Pilihan mereka mungkin berlandaskan sokongan kepada parti tetapi tidak kepada individu itu per se.
ReplyDeleteJusteru, apa yang dipilih oleh pengundi tidak semestinya satu pengiktirafan terhadap keupayaan individu tetapi pengiktirafan terhadap parti.
Ini bermakna pihak parti diberikan kepercayaan supaya meletakkan pilihan terbaik untuk memberikan servis kepada people dan nation.
Namun begitu hakikatnya ialah idak ada parti yang "maksum" yakni tidak melakukan kesilapan. Makanya selain parti, harus ada pihak ketiga yang dapat menambah baik pilihan yang dibuat oleh sesebuah parti.
ReplyDeleteSalam Tuan Aspan,
Rasanya tidak perlu lagi kita melayan manusia yang sudah terencat kewarasan pemikiran politik mereka dan sudah terkena penyakit "iseng".
Ahli-ahli PKR yang masih waras perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan bahtera PKR dan PR dari hanyut dan karam akibat dari perbuatan nakhoda yang sudah hilang kewarasan dan "iseng"....
Wallahualam.
Gebu,
ReplyDeleteOtak hang pun dah gebu,dalam 13 ADUN PKR yang paling tak layak ialah Sepat Kering sebab dia lahir di Spore,Sebab apa dia tak layak awak gunakan otak gebu awak untuk mencari buktinya.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya tidak terperanjat dengan kelakuan anwar.. perangai hodoh seperti yang tuan katakan itu adalah kelakuan semulajadi beliau sejak dari zaman masih dalam UMNO. malahan ramai lagi yang berperangai macam beliau dalam UMNO.
Saya juga tidak terperanjat dengan perebutan kuasa dalam PKR sehingga menyebabkan anwar terpaksa mencalunkan isteri nya sebagai MB sedangkan sudah mempunyai azmin.. Kelakuan / fobia mabuk kuasa ini diwarisi dari rumah lama mereka. Selagi PKR masih dipimpin oleh saki baki UMNO, selagi itulah ianya adalah kembar pada UMNO.
Cuma yang memeranjatkan saya adalah DAP. bagaimana DAP boleh mengikut sahaja kelakuan pelik anwar ini..hikmah dari peristiwa ini adalah DAP adalah sama sahaja seperti MCA, bukanlah seperti yg mereka gembar gemburkan.
Terperanjat juga apabila berkesempatan membaca blog tuan ini. Nada berbeza dari sebelum pilihanraya tempohari.
Pak Aspan…..
ReplyDeleteKepimpinan Pakatan ada elemen ‘greed, anger and foolishness’ dsbnya…..parti2 Pakatan yg sombong, bongkak , tidak patuh titah Sultan dsbnya….tulis Pak Aspan .
Ulasan panjang lebar tersebut mengambarkan seolah2…..rakyat kita ni punye banyak sangat pilihan dalam memilih parti pemerintah . Saya nak tanya adakah umno BN , TIDAK greed , TIDAK anger , TIDAK foolishness , TIDAK sombong , TIDAK bongkak…..TIDAK pernah kata Natang pada Sultan ?
Saya mohon sebelum membelasah Pakatan Rakyat semahu mungkin….jgn lupa bahawasanya kita sebenarnya tidak punye banyak pilihan , hanya ada BN vs Pakatan…..sahaja . Maksudnya kalau kedua-duanya roti busuk maka kita terpaksa memilih roti yg kurang sikit busuknya bagi mengelakkan kebuluran . Melainkan kalau kita diberikan roti segar sebagai pilihan ketiga. Tkasih .
Strategi Dap harus dikaji secara mendalam dan kesan kesan seseuatu isu secara jangka pendek dan jangka panjang...Apa yg berlaku disebabkan politik di malaysia,jangan lah merugikan islam dan melayu..
ReplyDeleteJika Pas dan Pkr berbalah..maka yg mendapat untung jangka panjang iailah dap..kerana keahlian nya terbuka kepada rakyat malaysia...skrg ini pun dap giat mengambil ahli..dikalangan melayu..
Aku sokong pendapat hang. Nk tau sape yg paling untung kalau wan azizah jadi mb selangor? jawapannya Singapork. .sbb tu dap sokong je apa yg nuar buat.kenapa nuar tunjuk keras kepala dgn sultan plk ialah supaya akhirnya sultan yg disalahkan kerana x hormat demokrasi dan rakyat membenci istana.diorang dh rancang lame benda ni dgn kes 2 seperti mais supaya rakyat bodoh selangor akhirnya ingin kuasa sultan selangor di haposkan. Dgn itu abang besar diorang seberang tambak akan lempang muka tongong 2 kt selangor terutama me layu. Tengok la kt johor akan datang benda 2 cmni pon akan jadi dgn adanya kit siang di gelang patah. Anak sultan pulak di beli dgn bola.Fandi Ahmad sempat tabur bakti yg akan datang perlu di balas body. .Sekian.Ada OTAK Fikir.
Delete
ReplyDeletesuffian,
So sorry that I have to take you as bodoh. AA has been saying that there is no point to talk about Umno as it's conclusive the party is beyond repair and has destructed itself.
AA has been saying that so many times and that was why he feels that PR should be the alternative.
But then again, PR is equally as bad. If the Terengganu once called their Sultan 'natang' it does nor mean DAP and Pakr can do the same.
Now PKR is doing worst than the Terengganu incident, so where is the difference between PKR and Umno then?
There is no such thing as PKR is a lesser sinner than Umno. Both are sinners.
suffian, can you just stay away from the forum. You are just a novice who wish to sound like a man of wisdom.
Stop participating in the forum and just do some introspection in you...so that you don't like a foolish man in the dark.
Sorry suffian. The more you talk the more you look stupid.
Ini bijak ke?
ReplyDelete"Tindakan DAP dan PKR mencalonkan satu nama bukanlah DERHAKA tapi adalah tepat kerana tak ada calon lain yg sesuai tapi bukan layak."
1. Wan Azizah tak layak, sebab mengikut konvensyen MB Selangor adalah lelaki dan anak Selangor.
2. Dalam seluruh Pakatan cuma ada seorang perempuan yang pernah dulu meletak jawatan tanpa sebab selain "nak jaga cucu"? Nampaknya Pakatan lebih ketandusan pemimpin daripada BN!
Of course kita tak percaya sansidwara ni semua. Hanya orang berakal yang tak akan percaya sandiwara ni semua. Pusing lah kot mana kau nak pusing. Yang nyata, Anwar telah halau semua ikan Pakatan masuk bubu. Dah tak bolerh nak konar mana-mana lagi dah melainkan defend dengan alasan yang semakin menunjukkan kebebalan para penyokong tegar Pakatan.
boin,
ReplyDeleteMr AA and Mr Suffian are giving their argumentation with facts that they possessed, but contradict each other but you didn't give any fact regarding the issue.
Behave yourself before accusing other person or otherwise the accusations will be redirected to you.
You hit the nail smack on the head Boin. With people like him Malaysian politic will never mature. He goes to a school where two wrongs make a right. Need I say more!
ReplyDeleteTeringat pulak Dr. Hasan Ali...... Dia ni cepat sangat buat ragam cuba sabar dulu kam cantik situasi sekarang baru ada outcome kalau buat ragsm. Dia tu anak selangor sangar layak jadi MB selangor. Gopoh dan merasa diri terlalu kuat boleh menyebabkan kita kehilangan segala2nya.....
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePak Aspan;
Kedua dua PEMIMPIN PKR dan DAP terdiri dari GOLONGAN ORANG ORANG YANG BIADAP DAN KURANG AJAR. Baru jadi pembangkang dah tunjuk sikap yang biadap. Jikalau mereka memerintah Malaysia maka Negara kita akan jadi kucar kacir. Saya TIDAK KATA UMNO/BARISAN baik, tapi sekurangnya sedikit baik dari PKR dan DAP...Tidak ada apa yang bolih di banggakan dari PKR dan DAP. Harapnya kita punyai pemimpin seperti JOKOWI....
Setuju anon8.47 ..... Gopoh adalah penyakit psikologi yg sangat besar melangar manusia yg telah memunahkan banyak manusia.
ReplyDelete