Nampaknya PKR akan memecat Khalid
Ibrahim dari PKR kerana Khalid dianggap melakukan ‘insubordination’ terhadap
partinya sendiri. Beliau akan tetap menjadi Menteri Besar sementara ini dan
beliau akan jadi Menteri Besar bebas, tanpa parti. Seandainya PAS bersekongkol
untuk bersama Khalid seperti yang di syaki oleh PKR maka PAS tidak akan bersama
Pakatan Rakyat lagi. Jika itu berlaku kepada PAS maka PAS bolehlah meneruskan
perjuangan asal parti itu tanpa mengenepikan sebahagian dari perjuangannya
semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak rakan kongsinya DAP.
Tidak terkejut jika berlaku
landskap politik baru dalam Selangor dan negara. Jika ini berlaku apa juga
‘consequence’ nya cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya akan
bertambah jauh dari kenyataan. Maknanya cita-cita Pakatan Rakyat untuk meletakkan
Anwar sebagai Perdana Menteri gantian tidak akan dan mustahil untuk di capai.
Tidak kira PAS yang akan kalah atau PKR yang akan kalah kenyataannya Anwar
sudah tidak lagi berupaya untuk menjadi Perdana Menteri, jawatan igauannya
sejak beliau sebelum menyertai UMNO lagi.
Segala usaha telah dilakukan oleh
Anwar sehingga membawa rakyat berarak dan berdemonstrasi di seluruh negara dan
berusaha dengan politiking yang tidak pernah dijangkakan itu hanya akan
membuktikan yang beliau dan penyokongnya selama ini hanya membuang masa dan
waktu sahaja. Kepada penyokong-penyokong setianya mereka akan kecewa kerana
hakikat yang ada beliau amat sulit untuk mencapai cita-cita untuk menjadi
Perdana Menteri.
Mungkin ramai dikalangan mereka
yang menyokong Anwar itu masih berada dalam ‘denial syndrome’ hakikat yang akan
terpaksa mereka terima Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri jika
keadaan sekarang tidak berubah dan tidak mempunyai ‘delineation’ politik yang
baru. Orang seperti saya amat bersetuju jika keunggulan perpaduan hendak di
capai, semua pihak perlu melalui pengorbanan sebenar.
Semua pihak wajar merasakan
nikmat berdemokrasi. Yang saya maksudkan DAP sendiri wajar berada dalam
kerajaan yang berbentuk baru ini. Begitu juga PAS dan PKR. Tetapi adakah
kewajaran ini dapat terlaksana jika masih ada pimpinan yang mahu merebut
jawatan dengan kekerasan demokrasi. Jika Anwar dengan ‘intrigue’ politiknya
sekarang ini berjaya ke Putrajaya beliau tidak akan dapat menyatukan kerana
mengambil kuasa secara ini tidak akan dapat sokongan semua pihak untuk menyusun
semula negara yang sedang bercelaru sekarang ini. Anwar tidak akan mendapat
sokongan semua pihak kerana yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah
tidak akan kalah semuanya.
Sekarang ini adalah masa untuk
menyatukan semua pihak dan semua yang berlumba-lumba ke Putrajaya itu tidak
akan mencapai matlamat perpaduan itu. Kita memerlukan seorang pemimpin yang
diterima oleh semua pihak untuk membawa ke meja perundingan.
Kita mahukan pemimpin, selain
dari mampu membawa UMNO ke meja perundingan tetapi juga mampu untuk membawa PAS
serta DAP dan parti-parti lain, untuk memulakan negara dan siasah yang baru.
Kita wajar di representasikan
secara menyeluruh dari semua pihak termasuk dari parti-parti pembangkang untuk
bersama berada dalam kerajaan dan bersama-sama membangunkan negara baik dalam
siasahnya, mahupun dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Saya
mengimpikan semua pihak bersatu termasuk mereka dari DAP, PKR dan lebih-lebih
lagi PAS untuk menyertai jika ada, gerakan pembaharuan ini. Semua pihak wajar
bersama dan tinggalkan sikap bergaduh diantara satu dengan lain untuk membawa
rakyat menyokong mereka untuk membentuk kerajaan.
Jika tidak diubah pendekatan oleh
pembangkang, mereka tidak akan dapat merasai duduk sebagai kerajaan bagi
membangunkan negara kerana kita akan tetap ditadbir oleh pimpinan lemah yang
ada pada hari ini. Kaedah politik yang ada kini tidak memberikan kesempatan
untuk pembangkang menjadi kerajaan di Putrajaya itu setidak-tidaknya tiga
pilihanraya lagi.
Blog ini tidak pernah jemu
menyebut yang kita memerlukan siasah baru bagi negara jika benar kita mahukan
sebuah negara yang maju yang bersatu melepasi sempadan bangsa dan agama dan
kepercayaan dan cara hidup semua dalam negara ini.
Itu sebabnya saya sentiasa
mengatakan untuk mendapatkan kuasa dengan berkelahi siang dan malam tidak ada
siapa terutamanya dalam pembangkang hari ini akan menikmati kuasa dalam
kerajaan.
Tetapi yang hanya perlu dilakukan
seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menyatukan semua pihak ialah seorang
yang berpengalaman dan seorang yang tidak keluar berucap dan melakukan ‘soliciting’
sokongan melalui demokrasi yang tidak sempurna sekarang ini.
Kita tidak lagi memerlukan
seorang yang seratus peratus ‘politician’ untuk melakukan perubahan ini,
sebaliknya ia perlu dipelopori oleh seorang yang ‘senior’ dan berpengalaman
yang tahap nya sudah menacap tahap ‘institution’
Itu sebabnya saya katakan Anwar
tidak boleh melakukan penyatuan ini kerana beliau masih bermain politik
‘intrigue’ meng ‘intrigue’ yang keterlaluan. Berjaya Anwar mendapatkan sokongan
52 peratus, yang 48 peratus lagi tetap akan menjadi beban kepada beliau tanpa
henti-henti.
pemimpin tinggi PKR jgn tamak...
ReplyDeletepemimpin PAS jgn pentingkan diri...
pemimpin DAP jgn melatah.....
apakah PKR menyangka mereka amat teguh, gagah dan undistructable selama ni ? Lupa kah dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan dalam PR dan rakyat amnya maka Selangor dapat dipertahankan untuk penggal kedua. Apakah PKR menyangka tertumbangnya PAS di Kedah membuktikan kegagahan PKR di seantero malaysia ? Cubalah jangan mengatasi dan mendahalui takdir.. Cuba kita sama-sama renungkan dimana kekuatan PAS, dimana kekuatan PKR dan dimana kekuatan DAP (UMNO tak masuk dalam penilaian ini sebab umum telah mengetahui kedudukan umno pada pandangan dan persepsi rakyat - buktinya setakat dua bulan sudah sokongan terhadap umnoBN setakat 47 % je dan semakin menurun walaupun ada pihak-pihak yang cuba mempergunakan ' kejayaan' (kalau boleh dianggap kejayaan )Najib 'deal' ngan pihak Ukraine dalam isu MH 17 sebagai modal kononnya untuk menaikkan sokongan rakyat)
ReplyDeleteKita boleh nilai kedudukan sesebuah organisasi mengikut ideologi, hala tuju perjuangan dan keteguhan perpaduan dikalangan ahli. Kalau PAS dengan dasar perjuangan ke arah pembentukan Negara Islam (masih tak berubah) begitu juga dengan DAP yang mahukan keadilan dan kesaksamaan untuk seluruh rakyat, tapi apakah dan kemanakah hala tuju PKR ? Yang kami nampak tidak lebih dari sekadar untuk membersihkan nama Anwar je.. bermula daripada Reformasi dulu sampai sekarang kita tak nampak signifikan perjuangan PKR (ini pandangan kami secara peribadi - andainya tersilap kami minta maaf), tetapi setiap kemelut yang di 'pelopori' oleh PKR sedikit sebanyak lebih menjurus kepada untuk mengukuhkan kedudukan Anwar di kacamata rakyat. Kami tak pernah belajar sains politik tapi kami boleh nampak kesan dan akibat setiap kemelut mengikut penilaian kami sebagai rakyat yang mahukan kestabilan di dalam negara kita. Memang kami tak pernah setuju dengan tindak tanduk mana-mana pihak (baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat) yang menjadikan rakyat sebagai 'stake holder' yang menerima beban bagi setiap kekecohan dan kekagetan yang dicipta untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak dan meraih sokongan.
Masalah sekarang yg wujud telah pun dijangka lebih awal oleh presiden PAS. Sebab itu beliau melontarkan idea kerajaan perpaduan (Unity Government). Tetapi pemimpin2 yg berjiwa kecil pd masa itu membuat tohmahan mengatakan PAS dan Umno nak bergabung. Walhal UG itu adalah utk membolehkan PR+BN duduk bersama dlm kerajaan membangunkan negara sehingga pilihabnraya seterusnya. Sekarang apa dapat? yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran....kesian anwar....reputasi semakin terhakis dan kerelevanannnya dipersada politik tanahair pun zero...masyarakat melihat bahawa apa yg mahathir lakukan ke atas anwar dahulu ada benarnya....
ReplyDeleteThanks Khalid for teaching PKR how to be matured politician...walk the talk!
http://rafiziramli.com/2014/08/laporan-kes-kes-bersabit-integriti-melibatkan-tan-sri-khalid-ibrahim/
ReplyDelete