Pepatah kita ada menyebut, ‘patah
tumbuh hilang berganti’. Maksud pepatah ini, jika patah, ia boleh diganti
dengan yang lain, tidak kira samada ia dari jenis yang sama atau yang lain.
Tetapi yang patah itu tetap akan berganti. Tetapi pepatah itu tidak menyebut
pula samada untuk mengganti dengan yang lain
yang ada boleh di patahkan. Maksudnya yang patah boleh di ganti tetapi
jangan pula sengaja di patahkan semata-mata untuk mengganti.
Itulah yang berlaku di Selangor.
PKR sengaja cuba
untuk mematahkan Khalid semata-mata untuk di gantikan dengan Wan Azizah.
Sesungguhnya sebab Khalid hendak di ganti ini bukan kerana isu air, Kidex atau
yang lain. Isu-isu ini keluar sebelum ‘Kajang Move’ berlaku. Malahan Anwar
sendiri mengakui melalui media yang Khalid telah di beritahu yang beliau akan
di gantikan dengan beliau sendiri melalui Kajang Move yang mana beliau sendiri
sepatutnya bertanding dan mengambil alih jawatan MB itu dari Khalid.
Semasa Anwar memberi tahu Khalid
itu, tidak wujud pun isu-isu yang kita dengar sekarang yang menyebabkan Khalid
di panggil oleh jawatan disiplin parti untuk menjawab pertuduhan salah laku
beliau sebagai Menteri Besar. Kajang Move itu tidak lain dari agenda Anwar
sendiri. Anwar mahukan jawatan itu kerana sebab yang ‘obvious’ dan di ketahui
ramai. Tetapi ada masalah pula, kerana Anwar telah di sabitkan dengan kesalahan
melakukan sodomi maka kes ini tidak melayakkan beliau bertanding.
Itu sebabnya Anwar mahukan
isterinya untuk menggantikan dirinya untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid
Ibrahim. Begitu rapat beliau dengan Azmin Ali, Anwar tidak percaya dengan Azmin
kerana beliau tahu Azmin bukannya mudah untuk di kawal. Yang beliau boleh kawal
tentulah isterinya sendiri yang juga Presiden PKR.
Anwar tidak mahu apa-apa bentuk
‘circumvention’ terhadap gerakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan akan
menggunakan jawatan MB Selangor untuk menyelesaikan masalah undang-undang yang
beliau sedang hadapi. Sebenarnya kalau dari segi moral persahabatan, Anwar
sepatutnya mengambil Azmin sebagai Menteri Besar dari awal lagi. Tetapi beliau
mengambil Khalid Ibrahim kerana Khalid bukan serapat dengan beliau seperti
Azmin justeru mudah untuk di alih dan di anjak seperti yang mahu dilakukan
terhadap Khalid sekarang ini.
Jika Azmin, beliau ambil dari
awal sebagai MB, untuk menolak Azmin akan menambah masalah pada pandangan
beliau (Anwar) dan Anwar faham Azmin bukan calang-calang orang. Beliau
mempunyai pengaruh besar di akar umbi dan seperti pemimpin-pemimpin dalam UMNO
yang mempunyai kuasa akan sentiasa mencari jalan untuk melemahkan musuhnya
secara sistematik. Ingat Anwar belajar banyak dari tok gurunya Dr Mahathir yang
akhirnya menjadi lawan beliau sampailah sekarang.
Lantaran memilih Khalid untuk di jadikan
‘stop-gap leader’ di Selangor itu gagal dan hasilnya meleset, Khalid
rupa-rupanya bukanlah orang yang beliau percayai lagi. Bagi Anwar kecemerlangan
Khalid mentadbir negeri bukanya kriteria yang baik untuk kepentingannya.
Sekarang ini Anwar hanya ada Wan Azizah sebagai orang yang paling dipercayainya.
Maka Wan Azizah mesti di letakkan di Pejabat Menteri Besar untuk menyandang
jawatan itu. Anwar sejak beberapa ketika dahulu,‘suspects everybody and trusts
nobody’. Azmin yang telah bersama beliau sejak dari dulu sehingga hari ini pun,
tidak mendapat kepercayaan beliau sepenuhnya.
Kita tidak tahu apa yang akan
berlaku selepas hari ini kerana tiada siapa yang nampak sebagai ‘clear winner’
di antara Khalid dengan kumpulan-kumpulan berperang dalam PKR itu. Ini
mewajarkan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat terpaksa berhati-hati
kerana kecundangnya PKR, maka kecundang seluruh anggota dalam Pakatan Rakyat
itu.
PKR dan pimpinannya sedang
berebut-rebut memanjat kuasa dan ini lah satu perkara biasa dalam mana-mana
parti yang sudah hilang punca perjuangannya kerana mereka hanya menumpukan
waktu dan tenaga untuk memenangi dan merebut harta rampasan perang sahaja.
Dengan apa yang kita lihat
berlaku dalam PKR kini, tumpuan untuk membuktikan ia sebagai sebuah parti
‘alternative’ yang terbaik untuk menggantikan BN sudah tidak menyengat lagi,
kerana keseluruhan pimpinannya sedang berpecah-belah. Untuk memenangi Putrajaya
bukan boleh di lakukan oleh Anwar seorang sahaja...‘sebatang lidi mudah
dipatah-patahkan, tetapi segumpal lidi-lidi yang halus itu jika di susun dengan
rapi ia akan menjadi penyapu’ yang mampu membersihkan keadaan. Sekumpulan lidi
penyapu itu payah untuk dipatah-patahkan.
Kita perlu ingat mana-mana parti
atau kumpulan yang mahukan mandat rakyat ia perlu mendapat sokongan sebahagian
besar orang Melayu. Tiada sokongan besar orang Melayu tidak mungkin mendapat mandat
untuk ke Putrajaya itu dan jika masih berangan untuk mendapatkannya dengan
berpecah-belah ia hanyalah mimpi di siang hari. Kepada penyokong-penyokong
Anwar mereka boleh berteriak dan memaki hamun sesiapa yang mereka tidak
bersetuju, tetapi hakikatnya tetap sama, tanpa mendapat sokongan orang Melayu
mereka tidak akan kemana-mana.
Itu sebabnya seperti yang saya
sebutkan awal-awal tadi, jangan dipatahkan semata-mata untuk mengganti, walaupun
setiap yang patah itu akan tumbuh dan berganti. Tindakan terhadap Khalid ini
sebenarnya hanyalah tindakan politik beragenda Anwar, tidak lebih dan tidak
kurang dari itu.
Baru beberapa bulan yang lalu sahaja Khalid itu di jadikan ‘testimonial’ yang hebat sehinggakan Pakatan Rakyat mendapat kemenangan yang begitu besar dalam PRU yang lalu di Selangor. Akhirnya semua penyokongnya termasuk pemimpin seperti Khalid Ibrahim dan yang lain-lainnya sebagai papan landasan untuk menyiang dan menyembelih seiapa yang hendak di sembelihnya.
Syabas..ulasan yang sangat tepat...semua ini hanya lah agenda peribadi.
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya masih menunggu tindakan undang-undang oleh Anwar terhadap keptusan PORU yang lepas. Anwar tuduh BN telah bawa 40000 orang pengundi dari Bangldesh dan saya masih menunggu. Kalau tidak ada sman Anwar tu maka sah Anwar telh banyak membuat fitnah sebelum ini. mampu saya mewnolong PR dalam pilihanraya, rupa-rupanya saya telah ditipu dgn pembohongan Anwar.
Tobat lahom saya tak hormat pemimpin seperti dia ni.