Pemecatan TS Khalid dari PKR
sememangnya telah di rancang dari awal lagi, sebaik sahaja Pakatan Rakyat tidak
memenangi PRU yang lepas. Ini di sebabkan Selangor sahajalah negeri yang
membolehkan PKR dan Ketua Umumnya untuk berpaut, justeru PKR terpaksa mengenepikan
Khalid untuk memberikan laluan untuk Anwar untuk memperkuatkan ototnya bagi
menghadapi masalah-masalah yang terlalu ‘mountable’ yang beliau sedang hadapi.
Masalah ‘verdict’ mahkamah
tentang isu sodominya menghantui beliau kerana masalah ini merupakan
‘circumvention’ yang terlalu besar baginya untuk mencapai ‘ultimate’ nya
menjadi orang yang paling berkuasa dalam negara ini. Jika beliau tidak terbabit
dengan isu ini tentunya beliau telah menjadi Perdana Menteri sekarang dan
mungkin sedang menghadapi masalah lain dari yang beliau hadapi sekarang.
Untuk menyelesaikan masalah
beliau itu, beliau memerlukan ‘understanding’ dari puak-puak yang menyokongnya
termasuk Khalid Ibrahim sendiri, maka Khalid di berikan dukungan untuk menjadi
Menteri Besar. Anwar mengharapkan Khalid ‘reciprocates’ terhadap sokongan
peribadi terhadap beliau (Khalid) apabila Anwar memerlukan sokongan balas
darinya. Itu sebabnya diatas pengakuan Anwar sendiri ‘kajang move’ itu telah di
rancang dari awal dan Anwar telah pun memberitahu Khalid yang beliau akan di
ambil alih oleh Anwar sendiri sebagai Menteri Besar Selangor itu.
Tetapi malang bagi Anwar, Khalid tidak mahu berganjak
kerana merasakan tindakan itu adalah tindakan yang sangat susah bagi beliau
untuk berkorban untuk Anwar. Khalid tahu yang Anwar memerlukan jawatan itu
untuk menyambung ‘lease’ usia politiknya kerana jika beliau dipenjarakan maka
peluang beliau untuk kembali aktif terlalu tipis kerana beliau akan hanya boleh
kembali bergiat setelah berumur 76 tahun.
Keengganan Khalid untuk
memberikan bantuan terhadap beliau bagi menyelesaikan masalah undang-undang
yang sedang beliau hadapi ini membuatkan Anwar marah, maka ini lah tindakan
terhadap Khalid yang dilakukan oleh PKR, parti yang Anwar kuasai ini.
Anwar telah bersabar agak lama
juga, maka akhirnya beliau mengumumkan yang Khalid perlu meletakkan jawatannya
untuk di gantikan oleh Presiden PKR yang kebetulan adalah isteri beliau
sendiri. Anwar telah mengambil ‘for granted’ yang beliau seperti biasa akan di
sokong oleh PAS, rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat itu seperti yang sentiasa
perolehi sejak pembentukan secara ‘informal’ Pakatan Rakyat itu.
Tetapi PAS mempunyai alasan yang
kukuh untuk tidak menyokong penyingkiran Khalid dan alasannya telah di beritahu
oleh PAS dan tidak payah di ulangi berulang kali. Anwar kecewa lagi dengan
tindakan PAS itu maka beliau terus bertindak dengan menggunakan jawatankuasa
disiplin parti untuk menyingkirkan Khalid dari parti dahulu. Bagi beliau ini
adalah untuk menjaga maruah beliau dan tidak mahu dilihat sebagai seorang yang
lemah dan mengikut sahaja kehendak PAS itu.
Kita tidak tahu apakah tindakan
balas PAS dalam isu ini. PAS boleh menerima tekanan Anwar dan PKR untuk
menyingkirkan Khalid dalam mesyuarat penting mereka besok hari, tetapi jika ini
berlaku ia akan menjejaskan PAS itu sendiri di mata rakyat yang ramai, apatah
lagi keputusan itu di ambil oleh majlis syura parti itu yang di anggotai oleh
ulama-ulama tersohor.
Untuk menarik balik ‘stance’ nya
dengan membenarkan PKR menyingkirkan Khalid bermakna majlis syura itu tidak
mempunyai kredibiliti kerana membuat keputusan yang ‘flip-flop’ dalam isu
Khalid ini. Samada PAS rela menghadapi isu kredibiliti ini kita tunggu sahaja
apa yang akan berlaku dalam mesyuarat penting PAS besok hari. Mesyuarat PAS
besok itu juga akan menentukan kedibiliti PAS dan jika parti itu berganjak maka
PAS akan berhadapan dengan masalah besar iaitu masalah keyakinan dari rakyat
yang ramai.
Tetapi jika PAS kekal dengan
keputusan majlis syura itu, maka PAS akan kekal dengan persepsi ramai sekarang
yang parti itu mampu mengutamakan perjuangan mereka dari hanya setakat untuk
mempastikan kerusi-kerusi yang dipeganginya sekarang.
Besok hari merupakan hari yang
terpenting bagi penentuan samada PAS ada kredibilti atau sebaliknya. Ia juga
penentu samada PAS benar-benar memperjuangkan perjuangan dan bukannya
memperjuangkan nasib individu yang telah menyumbang kepada masalahnya sendiri.
PAS tidak perlu mengambil sikap
‘flip-flop’ kerana sikap itu akan memberikan impak negatif parti itu di mata
rakyat dan amat susah untuk di perbaiki selepas itu. PAS merupakan parti yang
tertua di negara ini dan parti itu telah melalui banyak kali krisis dan parti
itu masih wujud sebagai parti yang tidak mungkin hilang dalam siasah negara kita.
Bumi mana yang tidak di timpa
hujan dan segala yang berlaku pastinya ada hikmahnya sendiri. Sama-sama kita
tunggu keputusan PAS dalam isu membersarakan Khalid ini.
Kalau boleh PAS hentikanlah berjuang untuk keperluan individu yang tidak ada batasnya ini. Kadang-kadang PAS ini di lihat sebagai parti yang 'underestimate' kemampuannya sendiri.
Kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka mampu berdiri diatas kaki mereka sendiri dan masih sanggup mengorbankan perjuangan mereka semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang tidak 'legitimate' dari pihak lain yang akhirnya menyepit parti mereka sendiri.
Dari mendapat 22 kerusi PAS hanya memenangi 21 kerusi dalam PRU yang lalu kerana terlalu rela menjadi lat pihak yang lain.Orang lain seronok berpesta. PAS pula hanya di jadikan penyusun kerusi untuk orang lain berpesta sakan.
Ingat satu perbilangan, 'jangan jadi dahan yang bengkok untuk kera dan beruk bergayut dan menyeberang'
Kalau boleh PAS hentikanlah berjuang untuk keperluan individu yang tidak ada batasnya ini. Kadang-kadang PAS ini di lihat sebagai parti yang 'underestimate' kemampuannya sendiri.
Kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka mampu berdiri diatas kaki mereka sendiri dan masih sanggup mengorbankan perjuangan mereka semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang tidak 'legitimate' dari pihak lain yang akhirnya menyepit parti mereka sendiri.
Dari mendapat 22 kerusi PAS hanya memenangi 21 kerusi dalam PRU yang lalu kerana terlalu rela menjadi lat pihak yang lain.Orang lain seronok berpesta. PAS pula hanya di jadikan penyusun kerusi untuk orang lain berpesta sakan.
Ingat satu perbilangan, 'jangan jadi dahan yang bengkok untuk kera dan beruk bergayut dan menyeberang'
setuju. PAS perlu tegas.
ReplyDeleteAssalamualaikum....Pak Aspan ,
ReplyDeleteKenapa Pak Aspan tidak mengulas akan hutang Khalid Ibrahim yg berjuta2 dan penyelesaian hutang luar mahkamah yg tiba2 berlaku tu? Juga beberapa keputusan2 besar sebagai MB Selangor dibuat oleh Khalid yg membingungkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Tak perlu cerdik politik sangat utk mengetahui bahawa Khalid Ibrahim sudah " dibeli " atau sekonyong-komyongnya adalah membahayakan PR jika Khalid terus menjadi MB . Cuma mohon sedikit keikhlasan dari Pak Aspan untuk mengulasnya secara adil . Terimakasih.
Presiden PKR bukan kebetulan isteri Anwar.
ReplyDeleteDari awal Anwar merancang isterinya sebagai Presiden PKR untuk diperguna.
Anwar memilih untuk jadi Penasihat parti atas sokongan jin tanah dan kemudian hantu raya anugerahkan dia sebagai Ketua Umum.
Jawatan lutsinar yg tidak boleh dicabar !!!!
Sekali lagi Anwar merancang untuk menjadikan Presiden PKR yang sememangnya isterinya yang sah sebagai MB untuk tujuan murni DIPERGUNA.
Apapun pendirian PAS, Khalid sudah bersedia dengan aneka pilihan strategi.. PAS hanya mampu membaiki kesilapan atau metosakkannya lagi.
ReplyDeletePertamanya saya tidak mempunyai masa untuk mengulas tentang isu hutang ini kerana isu terlalu banyak.
Keduanya hutang itu adalah masalah Khalid sendiri dan tidak mengganggu pentadbirang negeri.
Kalau saudara ada banyak masa kenapa saudara sendiri memberikan ulasan untuk membantu saya yang tidak mempunyai banyak masa ini?
Bukankah itumembantu sesiapa yang saudara hendak bantu>
Saya percaya TSKI akan dedahkan penyelesaian hutangnya kpd umum selepas ini. Buat masa ini kita hanya mendengar dakwaan dari sebelah pihak sahaja iaitu PKR. Saya juga percaya isu ini juga yang diceritakan secara peribadi oleh TSKI dalm pertemuan bersama TGHH dan TGNA yang lalu hinggakan satu keputusan dan kenyataan yang menyokong kepimpinan TSKI. Syabas Pak Aspan atas penulisan yang baik.
Delete
ReplyDeleteBolih chaya ka PAS ni, politik mengatasi segala-galanya bagi mereka.
Kerana BONTOT Malaysia menjadi kachau-bilau.
Nasib baik kobou Den tak pandang bontot, kalau tidak susah Den.
Saya mempunyai pandangan yg sama dengan aspan. Betullah tu. Ikhlas dari saya mazlina. Subang bistari
ReplyDeleteSaya pernah kenal seorang orang lama UMNO asal dari Kedah yang meninggal dunia tahun lepas. Beliau tak pernah sombong, sangat merendah diri. Walaupun berpangkat dato, arwah tiada masalah untuk ulang alik dari Kedah ke KL menaiki bas ekspress.
ReplyDeleteSatu hari saya minta pendapat dia tentang Anwar Ibrahim (beliau tidak pernah bercerita tentang politik kepada kami). Dia kata Anwar ini sangat pendendam. Jika ada sesiapa yg akan halang dia dari apa yg dia inginkan, Anwar akan pastikan orang itu menjadi susah.
Dia tambah lagi, UMNO dulu perjuangan bagus. Tiada politik wang. Anwar Ibrahim lah yg mulakan politik wang dalam UMNO.
Pada hemat saya, sekarang UMNO dah rosak dgn wang, tak lama lagi PKR juga akan terima nasib yg sama.
Wallahualam.
Demi kelansungan judi,arak, persundalan, rasuah dan peminggiran Hudud, PAS rela menjadi anjing belaan setia kepada DAP-PKR atas alasan thilaq, wala dan tahaluf siyasi.
ReplyDeleteBeberapa isyarat buruk perlakuan DAP-PKR telah terlihat kini tapi PAS akan membutakan matahati demi ingin melihat kehancuran Islam di negara ini....!
PAS lebih berminat berpolitik dari jadi pemimpin(khalifah) dinegeri/negara
ini.
Pak Aspan...
ReplyDeletesaya hanya tetamu dlm blog Pak Aspan, unlike you I don't have any credentials in our local politics hence nobody like to hear from me. Peoples will listen you when it comes to politics issues.
saya fikir isunya bukan kerana Pak Aspan tidak punye banyak masa utk mengulasnya, tapi Pak Aspan telah terlepas pandang menganalisa isu Khalid,Anwar,PKR,PAS dsbnya dari sudut yg lain. Adakah Pak Aspan hanya bergantung dgn. RTM,TV3, utusan dan seangkatannya dlm memperolehi maklumat? Saya harap tidak.
Masalah hutang Khalid dan kaitannya dgn kerajaan negeri yg diterajuinya hanya masa akan mendedahkanya . Kita tunggu apa next move Rafizi Ramly , beliau sudah pun mencabar Khalid menyamannya tapi hanya dibalas oleh kem Khalid akan melaporkan kpd SPRM...yg kita tahu SPRM dah lama tak boleh di harap.Tkasih.
Suffian,
ReplyDeleteYou are true hypocrate.You said you, know nuts about TSKI hutang and damned lazy to find facts.Do you know who is Pak Aspan,which Political Party he belongs and you have the guts to say he gathered info only from Govt and UMNO mainstream,Opps...no wonder nobody likes to hear from you because you wrote rubbish.
Jika ditakdirkan Khalid Ibrahim tidak lagi MB Selangor, UMNO BN lah yang paling kecewa dan meracau kerana bimbang beberapa MOU mee segera yang sempat diluluskan dengan kerjasama Khalid akan tergendala bila MB baru mengambil alih.
ReplyDeleteKumpulan kedua yang akan terkesima dan frust menungging tanpa Khalid sebagsi MB Selangor nanti sudah tentulah sekelompok pimpinan dalam PAS khususnya Din Ayam dan segelintir pimpinan PKR yang setia dengan Khalid.
Jika Khalid Ibrahim itu dari UMNO BN, apakah PAS akan membela Khalid dan terus berdiam setelah tahu hutang puluhan juta RM MB tersebut dengan Bank Islam tiba tiba langsai sekelip mata umpama Magic David Copperfield dan dalam masa yang sama beberapa projek yang dipertikaikan telah diluluskan Khalid secara diam dan tiba tiba?.
Mohon pimpinan tertinggi PAS dan Dewan Syura parti dapat menjawab soalan ini secara ikhlas dan jujur, setidaknya jujur pada diri sendiri kalau pun tidak untuk pihak lain.
Saya yakin jika Khalid itu UMNO, isu langsai hutang yang luar biasa itu akan pasti menjadi sasaran peluru pimpinan dan penyokong PAS secara bertubi2.. Tak usahlah menipu diri sendiri dan menjadi munafik pada batang tubuh sendiri.
Saya percaya Anwar Ibrahim dan segelintir pimpinan PKR telah mula menghidu perubahan Khalid dan cuba atasi masalah ini umpama menarik rambut di dalam tepung.Memandangkan beliau yang bertanggung jawab membawa Khalid ke dalam PKR. Khalid yang tersepit dengan masalah hutang bank tiba tiba diberi idea oleh pihak di luar sana yang akhirnya membawa kepada kelulusan MOU tanpa pengetahuan dan restu parti sendiri.
UMNO BN yang berkepentingan tentulah tidak ragu ragu mempertahankan Khalid. Lebih menyukarkan bila PAS yang tidak tahu hujung pangkal menyokong Khalid membabi buta yang mempertingkatkan lagi keegoan Khalid untuk terus bertahan tanda terima kasih beliau pada pihak sana yang banyak berbudi kepadanya.
Waras atau rasional kah pimpinan PAS menerima cara Khalid melangsaikan hutang yang puluhan juta RM itu secara tiba tiba?. Pernah kah pimpinan PAS bertanya Khalid dan memibta MB itu jelaskan semuanya secara terperinci bagaimana hutang tersebut boleh dilangsaikan beliau secara cepat begitu?. Jika PAS tidak pernah bertanya dan tidak pula mendapat penjelasan yang konkrit dari Khalid, atas alasan apa pula pimpiban PAS dan Dewan Syura parti mati matian mempertahankan Khalid?. Adakah kerana faktur Din Ayam yang menyebabkan Presiden PAS sanggup mendahului yang lain mempertahankan Khalid hingga lupa untuk menyuluh secara menyeluruh?.Jangan sampai menanggung dosa membabi buta mempertahankan seorang yang bersalah mengkhianati rakyat krn kepentingan peribadi.
Melihat kepada rekod rekod lepas, salah laku dan penyelewengan pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan UMNO BN banyak didedahkan oleh pimpinan PKR dan DAP, pimpinan PAS hanya banyak menjuarai isu isu berkaitan agama saja. Maka saya tidak hairan kenapa dalam soal Khalid ini, PAS sekali lagi ketinggalan keretapi.
Goldbullet
Salam.
ReplyDeleteBila kita berhutang untuk apa jua amount kita telah punya punca pembayarannya. Pihak bank juga sudah pastinya berpuashati dgn financial capability kita sebelum pinjaman itu diluluskan. Begitu juga dgn TSKI. Sampai masa dia buat bayaran.....why the hoo haa?
Sdr Peluru Emas,
ReplyDeleteMasih dalam sindrom Denial,apa kena mengena dengan UMNO,lagi lagi nak kait dgn UMNO.Saya ini buaknlah suka dengan UMNO ni sangat,tapi apa yang saya perhatikan di dalam krisis MB Sgor tak ada pun sebarang komen dari UMNO.Krisis ini hal dalamam parti PKR.Tentang kes hutang kalau tak tau cerita jangan tembak sebarangan walau pun ada peluru emas.Siapa yang rugi kalau MOU yang telah dementerai batal,fikirlah betul,mungkin sdr dari golongan atasan ,tapi golongan yang duduk di flat sanggup ke sdr tengok rakyat angkat air ke tingkat empat dengan baldi dan sentiasa mengharapkan hujan untuk ditadah.Saya rasa sdr lagi risau sekarang sebab kalau snap election diadakan ,PKR akan frust menunggeng kerana ia adalah parti yang terlemah di antara komponen PR di Sgor.DAP saya rasa akan kekal status quo dengan pengundi Cina,PAS sokongan akar umbi agak padu,UMNO kalau kalah tak rugi apax sebab memang dah jadi pembangkang dan ahli dan sokongan ada kemungkinan tidak berubah malahan akan bertambah,sekarang tinggal PKR...agak situasi bagai mana dengan kemelut pemilihan parti,tikam menikam dari belakang antara ahli,samam menyaman sesami sendiri,sdr fikir rakyat tidak menilai kepincangan ini apabila mengundi.Menyalah PAS adalah satu kesilapan besar dan PKR akan terima padahnya saperti peluru emas sdr menjadi peluru pasir.
Anom 17:47
ReplyDeleteSape Kate Khalid settle hutang? Dia kena bayar rm 10 juta. Apasal Khalid tak kasi settle jer? Kenapa Khalid Masih kena bayar rm10juta? Bukan 5 juta 3 juta atau zero? Kalau aku jadi Khalid baik settle kosong juta terus..
Bukalah Mata hati...dengar penerangan azrul azwar. Lagi satu , Pergi la Tanya ke bank islam camne boleh kasi discount ke Khalid?
Kalau x cage ke sprm, buat apa caye spr jugak. Spr kan penipu, so jgn masuk pilihanraya