Setiap pihak parti sedang
berbelah dan berbalah-balah menghadapi masalah masalah masing-masing. UMNO
bermasalah, PKR lagi bermasalah, DAP sedang mencari masalah dan tidak kita
ketahui apa terjadi kepada MCA dan Gerakan. Samada MCA dan Gerakan masih ada
masalah atau masih berfungsi kita tidak tahu kerana tiada lagi kedengaran hal
parti-parti itu. PAS sedang bermasalah kerana sebahagian dari barisan pimpinannya lebih
setia kepada parti-parti rakannya dari Pakatan Rakyat dan bukannya kepada
perjuangan dan kepimpinan parti mereka anggotai.
Sekarang semua pihak sepatutnya
sedang melakukan introspeksi dan melihat ke dalam dan bukannya melihat jauh
keluar mencari kesalahan pihak lain. PAS sudah tegas ingin menyelesaikan
masalah mereka dengan serius dan sedang dibantu oleh mereka yang tidak setia
kepada parti itu sendiri secara natural. Dengan kejadian di Selangor parti itu
sudah dapat mengenal pasti mana-mana dikalangan pemimpin mereka yang lebih
setia kepada DAP dan PKR.
Presidennya TGHA telah dengan
lantang berpendirian tegas dalam isu Menteri Besar Selangor dan tidak
menghalang jika ada dikalangan pemimpin parti itu untuk keluar parti. TGHA
telah berkata PAS sudah lali dengan kejadian ini dalam enam puluh tahun usia
parti itu. Malahan blog ini berpendapat yang kejadian seperti ini mempunyai
hiikmah kerana dengan sendirinya toksik-toksik dalam parti itu keluar seperti
toksik seorang yang sedang menghadapi ceret-beret. Selepas ceret-beretnya baik
dan pulih tubuh PAS itu akan kembali bersih dan sihat untuk terus berjuang bagi
mencapai matlamatnya.
Hanya PKR belum lagi sampai waktunya
toksik-toksik itu keluar dan dijangka toksik-toksik itu akan keluar dalam masa
yang tidak berapa lama lagi. PKR juga memerlukan pembersihan dan tidak tahu
siapa dikalangan mereka itu merupakan toksik kepada parti itu. Kalau semasa
kita belum hidup secara moden sekarang ini, kita selalu memakan julab untuk
membersihkan dalaman perut kita dari toksik itu sekarang ini terdapat banyak
cara dan kaedah membuang toksik itu.
Samada toksik-toksik itu
dikeluarkan dengan memakan julab atau toksik itu keluar dengan sendirinya itu terpulang
kepada keadaan semasa. Bagi setengah pendapat PKR adalah parti yang nyawanya
dihujung tanduk. Ada yang berpendapat yang keadaannya akan ditentukan selepas
Mahkamah Persekutuan menentukan nasib Anwar. Ada yang mempunyai kepercayaan
yang PKR akan tamat nyawanya setelah Anwar di dapati bersalah dan mengekalkan
hukuman penjara terhadap dirinya.
Setengah pihak pula berpendapat
yang berlainan pula. Kumpulan ini yakin yang PKR akan lebih kuat dengan
ketiadaan Anwar kerana parti itu nanti boleh menumpukan tugasan dan
perjuangannya tanpa membawa 'baggage' Anwar yang terlalu berat itu. Ada juga yang
menyatakan yang PKR itu hanya mempunyai satu agenda iaitu untuk mempertahankan
Anwar.
Jika Anwar tiada lagi maka PKR
sudah tidak lagi mempunyai perjuangan dan tidak perlu lagi diberikan sokongan. Itu
sebabnya ada diantara ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak melakukan
apa-apa kerana bukan tidak ramai dikalangan mereka percaya yang Anwar akan di hukum
dan hanya menunggu masa untuk mencari dahan dan ranting yang boleh mereka
bertenggek dan berlindung. Hendak mencari perlindungan dari UMNO juga bukannya
pilihan yang betul kerana UMNO sendiri sarat dengan masalah dalamannya sendiri.
Saya sudah tidak lagi menulis
banyak tentang UMNO ini kerana UMNO itu sudah ‘conclusive’ merupakan parti yang
sedang berikhtiar mencari jalan keluar dari kesesatan yang begitu mendalam. Di
sini juga saya mengambil kesempatan menjawab pengkritik yang melabelkan saya
sudah menyokong UMNO semata-mata kerana saya mengkritik PKR dengan keras. Saya
ulangi, yang UMNO tidak perlu dikritik lagi kerana sudah menjadi pengetahuan umum yang UMNO itu sudah sampai ke penghujung perjalanannya.
UMNO hanya akan selamat jika
parti itu dipimpin oleh seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ dan secara relatifnya
mempunyai kejujuran yang jauh lebih tinggi dari barisan yang ada hari ini. Itu sebabnya saya katakan awal-awal tadi,
tidak ada parti yang tidak bermasalah besar. Kini nampaknya PAS merupakan parti
yang paling awal bakal menjani pembersihan dari toksik-toksik yang begitu
menebal mengalir dalam saluran darah parti itu.
Bagi saya yang mempunyai
pemikiran yang tidak sepertinya ini, jika PAS mampu membersihkan partinya dari
kekotoran yang ada didalamnya, maka parti itulah yang akan diterima lebih awal dari
parti-parti lain oleh rakyat, Parti-parti lain itu masih bermain politik sempit
untiuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka.
Jika ramai yang tidak bersetuju
dengan saya itu tidak menjadi hal kepada saya. Yang pentingnya apa yang saya katakan
ini jika di izin Tuhan akan menjadi kenyataan. Bagi mereka yang masih muda
mungkin mereka akan sempat melihat kebenaran pandangan saya ini, tetapi jika
kita dan saya sendiri sudah tiada lagi hanya hadiahkan saya bacaan Al-Fatihah
sahaja dengan jujur.
Masalah yang kita hadapi dengan
bergaduh dan mencarut sesama kita ini bukannya kerana kita. Ia adalah
disebabkan kelakuan pimpinan yang tidak jujur yang hanya memikirkan
kepentingan masing-masing.
Tak tentu pasal kita bergaduh sesama
sendiri.
PKR ni pendek akal sungguh. Kekuatan PAS di Kelantan & Terengganu. Kalau merosot kerusi di Selangor, tak pe. DAP di Penang pun tak terjejas. PKR yang mengharapkan dapat tegak di Selangor. Tapi kalau macam ni, PKR tak akan ada apa-apa lagi nanti. Tan Sri Khalid adalah umpama itik yang menghasilkan telur emas. Yang pegi bunuh itik tu buat apa. Tak ke bodoh tu.
ReplyDeleteSaudara Aspan - teman pernah bertanya kenapa bayi bila baru lahir menangis dan bukan ketawa. Saya jawab utk clear kerongkong dan membolehkan oxygen masuk. Teman kata biologically mungkin betul dan berkomen bahwa itulah cara dunia/tuhan memperingatkan kita sejak lahir kita akan menghadapi dugaan/cabaran/masaalah. Jadi kita tidak akan lari dari dugaan/cabaran/masaalah selagi hidup dan apa yg akan membentuk kita sebagai manusia yg competent ialah bagaimana kita mengatasi semua ni.
ReplyDeleteFrozenthots.
ReplyDeleteSaya jemu dgn kajang move, pembuangan khalid ibrahim serta saya sudah menyampah dengan anwar du asyik memperse ndakan sokongan kami.
Sekarang Anwar boleh jalan. Asyik-asyik memberi masalah kepada kita. Kita jadi kaldai anwar sahaja.
Saya tidak akan mengundi lagi dalam pilihanraya lagi. Apa lagi calon di DUN saya calon DAP parti tungangan pkr.
saya melihat beberapa pimpinan pas peringkat pusat skrg adalah pro anwar iaitu terbahagi kpd dua: satu golongan yg dilahirkan selepas era dsai ( mualaf) dan satu lagi kumpulan professional yg cenderung cara Ardogan. Pas bersabar membawa penumpang2 ini sehingga kesatuan fikrah yg cuba dicanai dlm kerja pentarbiahan diuji. Mualaf umpama orang asli yg baru masuk melayu ( Islam)serba janggal. Darahnya masih biru dan akhlaknya pun berbagai. manakala yg jenih ardorgan pulak mcm anak hyperactive.. byk menyukarkan pimpinan ulama. kami berharap dua kelompok ini dikenalpasti utk dinyahkan nanti.Hrp mrk sedar bahawa mrk sdg diperhatikan, mat sabu, khalid samad,Husam, Abu Urwah (Shaari) dan gengnya yg telah menzahirkan bulu,puak Khawarij di Kedah dll akan direhatkan.... saya minta rakan2 semua lakukan yg terbaik utk melaksanakan operasi menyapu puing2 ini...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSetiap parti politik itu tertubuh dan bergerak atas landasan perjuangan nya sendiri. Andai nya ia memilih untuk keluar dari landasan nya maka akan rosak dan calar balar lah organisasinya yg akhir nya akan menemui kehancuran. Ini lah yg berlaku kpd parti2 politik tanahair kita mutakhir ini. Tiada pengakhiran yg baik buat semua jika meninggalkan landasan masing2 maka timbangkan lah untuk kembali ke perjuangan asal dan bersainglah dgn mengamal budaya sihat. Ramai yg menyebut perjuangan untuk rakyat tetapi usaha keji, tipu daya, kata nista ,fitnah dan sebagai nya jadi alat meraih pengaruh dan sokongan rakyat. Tak mungkin kita akan bertemu kesudahan yg baik. Baik umno mahu pun pas jelas sudah tersasar...kembali lah dan bersainglah untuk kebaikan dan bukan berlumba menuju kehancuran.
Di Dun saya mengundi biasanya pertembungan ialah antara PKR dan BN. Sejak saya layak mengundi, saya undi PKR. Sejak krisis MB dan langkah kajang saya mula merenung siapakah Anwar... siapakah PKR. Akhirnya selagi dun saya masih pkr lawan bn maka saya tidak akan mengundi keduanya.. BN sudah jelas petualangnya now pkr sudah menunjukkan warna sebenar mereka...
ReplyDeleteTuan2 sekalian.
ReplyDeleteKenapa Msia yg cintai ini jadi begini ?.
Jawab nya kita kurang Rahmat ALLAH
Bagaimana nak dpt nya ? Byk kan masa kita di Surau/Masjid walaupun duduk saja di Surau/Masjid.
Sebab nya di Surau/Masjid, kita boleh bercakap hal2 yg Allah/Rasul benar/suka saja.
Berdasarkan tulisan-tulisan tuan, saya yakin bahawa tuan tidak lagi menyokong perjuangan UMNO. Terima kasih di atas kritikan-kritikan tuan yang keras terhadap PR. Seumpama pemain bolasepak, untuk menjadi pemain bolasepak yang tahan lasak mereka mestilah sanggup mengharungi latihan dengan bentesan-bentesan yang keras. Saya yakin bahawa matlamat tuan adalah untuk menjadikan PR lebih mantap dan berdaya saing pada masa depan.
ReplyDelete