Dr Mahathir sudah melangkah
kehadapan lebih jauh dalam usahanya untuk memberhentikan Najib dari memegang
jawatan yang disandangnya sekarang. Jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya
buat masa ini merupakan jawatan yang sangat perkasa kuasanya, boleh memasukkan
sesiapa dalam penjara dan mengeluarkan seseorang dari penjara. Jawatan Perdana
Menteri Malaysia lebih kuat dari Presiden Amerika Syarikat kerana Presiden AS
tidak boleh melakukan apa-apa dengan sewenang-wenangnya.
Itulah sebabnya Najib tidak peka
dengan undang-undang, etika dan moral dalam mentadbir Negara. Bagi Najib
sindiran Dr Mahathir itu tidak membuatkan beliau merasakan apa-apa keperluan untuk
menjawabnya. Najib seolah-olah berfikir yang beliau seorang Perdana Menteri dan
beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau rasakan hendak lakukan. Berbeza
dengan Abdullah Badawi yang juga menjadi sasaran Dr Mahathir dahulu, Najib
lebih terbuka kerana mungkin beliau tidak tahu untuk memberikan reaksi bagi
mempertahankan diri dari kecaman Dr Mahathir itu.
Abdullah Badawi dahulu mengambil
tindakan untuk tidak memberikan ruang kepada Dr Mahathir bercakap dengan senang
kepada media massa terbuka ini. Abdullah bertindak terhadap Dr Mahathir seperti
Dr Mahathir melakukan tindakan menyekat media dari memberikan liputan untuk
Hussein Onn dahulu. Najib pula terbuka untuk dikritik Dr Mahathir melalui media
massa tanpa halangan dan Dr Mahathir mudah untuk menyampai mesejnya kepada
orang ramai dengan lebih mudah lagi.
Najib tidak membalas kritikan Dr
Mahathir di dalam media tetapi beliau mengambil cara bercakap di belakang untuk
mengkritik Dr Mahathir kepada sesiapa yang berjumpa dengan beliau. Apa pun
tindakan Dr Mahathir untuk membuka pekong kerajaan dengan memberitahu rakyat
yang ramai tentang 1MDB itu merupakan pukulan hebat Dr Mahathir terhadap Najib
dan ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan menghalau Najib
dari pejabatnya di Putrajaya itu.
Dr Mahathir telah memberitahu
ramai yang 1MDB yang berumur hanya lima tahun itu telah berhutang sebanyak RM38
billion, satu jumlah yang terlalu besar yang akhirnya akan memaksa rakyat dan
pembayar cukai membayarnya. Jumlah RM38 billion ini lebih besar dari kerugian
semasa Bank Negara melakukan perniagaan pertukaran wang asing pada tahun sembilan
puluhanan dahulu yang telah merugikan rakyat hampir RM36 billion.
Selain dari kerugian-kerugian
yang disebutkan tadi, kita juga telah membayar kerugian yang dihasilkan oleh
tindakan kerajaan pada dekad sembilan puluhan dahulu dalam isu MAMINCO yang
merugikan kita sebanyak RM600 juta. Kerugian dalam isu MAMINCO dahulu merupakan
kerugian yang di sebabkan percubaan kerajaan kita untuk terlibat perniagaan
kerajaan di pasaran timah London dan segala kerugian itu diperolehi dalam masa
beberapa minggu sahaja. Saya telah menyebut beberapa lagi kerugian atau
komitmen yang diambil oleh rakyat untuk membayar hutang keluarga pemimpin besar
kita tetapi saya tidak berselera untuk menyebutnya lagi kerana sudah acapkali
blog ini menulisnya.
Isunya sekarang mampukah Dr
Mahathir mengenepikan Najib dengan isu 1MDB ini terhadap Najib? Yang pastinya
kerugian-kerugian besar yang berlaku semasa Dr Mahathir dahulu tidak mampu
mengenepikan Dr Mahathir dari kuasa. Oleh itu barjayakah Mahathir mengenepikan
Najib kali ini kerana sumbangan Dr Mahathir diatas kerugian negara semasa
beliau mentadbir Negara dahulu pun lebih
kurang sama jumlah kerugian yang berlaku.
Saya berpendapat kalau Dr
Mahathir boleh membuktikan yang Najib telah melibatkan kerugian Negara sebanyak
dua kali ganda dari apa yang dilibat oleh beliau sendiri dahulu, barulah isu
untuk mengenepikan Najib itu akan berjaya.
Isu rasuah, jika diteliti dari
pengalaman yang lampau, tidak mampu mengenepikan mana-mana pemimpin kita. Jika
isu rasuah itu isu yang ampuh untuk menjatuhkan kepimpinan seseorang itu, sudah
lama pemimpin-pemimpin UMNO ini telah dihumbankan oleh rakyat. Hanya isu seks sahaja yang boleh membawa impak
terhadap mana-mana pemimpin untuk diketepikan. Ini hakikat dan jika isu rasuah
boleh menyungkurkan kepimpinan negara dan sudah lama negara kita sudah bertukar
kerajaan kerana rasuah ini sudah berlaku lama sebelum Najib menjadi Perdana
Menteri lagi.
Kita sedang memerhatikan tindakan
Dr Mahathir selanjutnya kerana rakyat sedang dalam pencarian. Rakyat sudah
tidak dapat lagi mengenali yang mana satu tangan kiri dan yang mana tangan
kanan. Rakyat sudah tidak dapat lagi mengenali yang mana satu tangan untuk
menyuap makanan dan yang mana satu tangan untuk beristinja’.
Rakyat sudah tidak dapat lagi menilai
yang mana satu pilihan selepas ini. Apabila memandang dan mendekati diri kepada
pembangkang sebagai alternatif, terdapat keadaan di pihak pembangkang pun sama
juga, malahan lebih teruk lagi dari kerajaan yang menyandang sekarang.
Pembangkang hanya mendapat sokongan kerana perasaan tidak puas hati terhadap
UMNO dan BN, bukannya kerana kehebatan atau kerana kemampuan pembangkang untuk
menunjukkan perbezaan.
Pembangkang sudah berjaya mendapatkan mandat di Selangor tetapi hasilnya melakukan
kebaikan pun menjadi kesalahan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat itu. Mereka
sendiri sedang bergelumang dengan noda kepimpinan parti dan kerajaan yang
ditadbirnya di beberapa buah negeri. Belum sempat memanaskan kerusi, mereka
sudah berebut harta rampasan di depan khalayak ramai. Mereka juga adalah
pembawa dalil hari hendak kiamat. Yang baik dikatakan buruk dan yang buruk
dikatakan baik.
Walau apa pun kita berharap Dr
Mahathir mampu untuk melakukan perubahan tetapi kita juga hendak tahu, jika
pilihan beliau masih tidak betul lagi kali ini maka akan terpahat dalam ingatan
rakyat dan penulis sejarah yang pilihan Mahathir selalunya tidak betul.
Jika Dr Mahathir masih mempunyai
kemampuan untuk membetulkan kesilapan beliau, mungkin beliau perlu kembali ke
persimpangan di mana beliau mula melakukan kesilapan itu. Mungkin semasa beliau
mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua kerajaan pada tahun 1981 dahululah
yang beliau melakukan kesilapan itu. Membetulkan kesilapan sendiri itu adalah tindakan yang sangat mulia, bukan sahaja di masyarakat kita tetapi juga di sisi Tuhan yang Maha Esa.
Mungkin ditaja balik dari persimpangan
itu. Terlajak perahu masih boleh di undur.
Hanya terlajak kata yang emas padahnya.
Mahathir is saving his prodogy anwar ibrahim.
ReplyDeleteThat why he is attacking najib to give anwar some space.
That is the truth. Each time najib nailed anwar, mahathir will come to the rescue.
If not why mahathir is doing what he is doing now.
Arent anwar is mahatir no 1 nemesis.
Thats why najib seldom talked back. He wants ever one to see for them self.
When ever najib moves on anwar, mahatir will come out with some thing.
Ya, Tuan Aspan.
ReplyDeleteTun Dr.Mahatdir juga banyak tersilap semasa menjadi PM. Tetapi kesilapan terbesar beliau adalah membawa masuk seorang 'pengkhianat' kedalam Kerajaan. Mungkin Dr.M terpedaya oleh 'chameleon' yang memperagakan watak alim dan warak. Nasib baik chameleon itu kurang bijak menyembunyikan sifat gelojoh, tamak-haloba dan nafsu sex songsang beliau.
Bezanya Tun Dr.M, sebagai PM, dengan pengantinya, Pak Lah dan Najib amat ketara sekali. Sebaik menjadi PM, Pak Lah Dan Najib melantik diri mereka sendiri sebagai Menteri Kewangan. Tun hanya 'memikul' portfolio ini selepas Anwar Ibrahim(1991~98) di pecat dan Tun Daim (1999~2001) letak jawatan.
Jika sebagai nakhoda, Tun Dr.M harus memikul tanggung-jawab diatas kerugian WANG rakyat seketika dahulu, saya rasa beban Pak Lah dan Najib lebih berat, kerana pada masa sama mereka 'memegang' Kementerian KeWANGan.
Dr.M tidak 'simpan' WANG rakyat di Cayman Island.
Dah ada Khazanah, nak buat apa lagi dengan 1MDB? (Apakah beza peranan yang di mainkan Khazanah dengan 1MDB?)
Pak Lah hapuskan duit syiling 1 sen dan reka duit kertas RM5 baru di Ostolia. Najib tukar duit syiling reka-bentuk dan warna emas baru. Tak ke kelam-kabut pereka mesin penerima syiling?
PM selepas Najib, JANGAN lagi dibenarkan pegang Kementerian Kewangan.
NB: Menghapuskan duit syiling 1 sen adalah tindakan yang paling bodoh. Jepun masih guna duit syiling 1 yen, yang diperbuat dari aluminium.
Mahathir & Anwar help each other till today. That's what I called politicians. Whether u realize or overlooked, pls do ur homework again start from 1985.
DeleteKita tidak perlulah ulangtayang berpuluh kali cerita lama Mahathir..bukan sahaja tidak relevan atau boleh mengubah sesuatu, tetapi juga sudah jemu.
ReplyDeleteFokus kepada Najib.. bukan Mahathir yang mampu mengundurkan Najib,dia hanya ada satu undi.. tetapi pemimpin dan rakyat sekarang... secara satu suara perlu lakukan sesuatu atas apa yang Mahathir telah "buka"...Ini adalah tanggungjawab Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Muhyiddin..
Tetapi kalau mereka juga bermasalah..kita kena lah terima hakikat berPMkan Najib sampai mati..
Aku tak yakin TDM serious marah dgn Najib kerana ada banyak transaksi lagi antara dia berdua ini. Isu2 tanah dilLangkawi contohnya TDM dan proksi2nya maseh dpt tanah atas alasan mengenang budi.Bayaran premium macam tak masuk akal, teramat rendah hingga nilainya yg tak sampai nilai sebiji handphon dgn keluasan pulohan ekar.. Aku rasa ini tak lebih dari permainan politik utk mengekalkan popular .
ReplyDeleteMasaalah mentadbir negara memang banyak. Masaalah rasuah dan boros berbelanja seiringan. Masaalah berkebajikan(motto Pas) atau memulangkan semula hasil negara ( cara Najib) demi permintaan rakyat (undi) ia lah yang paling utama.
ReplyDeletePaling sukar untuk membawa pembangunan apabila sumber kewangan negara tidak memadai. Ini yang selalu di ceritakan pemimpin negara-negara di dunia. Indonesia sudah bertukar Presiden baru, rasuah hendak di bendung, namun harga minyak terus di naikkan demi 'menjaga keperluan fizikal' rakyat melebihi 300 juta. Di US sendiri masih wujud kemiskinan tegar, bekalan air dan tenaga bermasaalah, penduduk kulit hitam masih teroinggir dan kegagalan plan kesihatan Obama mengisi keperluan si miskin. Juga wujud 'bandar hantu' berbilion dolar akibat salah perancangan, terbaru juga di China. Dubai (terlampau kaya) pun tidak lepas dari kesalahan pembangunan (mewah) memacu ekonomi mereka yang di miliki tanpa sumbangan rakyat kerana kemampuan beberapa individu menyedia dan memberi apa sahaja. Tidak seimbang.
Umno, PR atau apa jua parti yang memerintah dan bakal memerintah Malaysia (harap tiada) seperti sdr AA tuliskan, tetap mempunyai kelambu yang sama. Cuma warna sahaja berbeza.
Nyamuk di luar dan yang terperangkap di dalam hanya satu tujuan. Menghisap darah. Jika tidak di bantu dengan ubat nyamuk atau racun serangga, bilamana dapat tidur lena ! Bila masa ada ketenangan merencana kemajuan dan permodenisasian menghampiri taraf negara maju, jika semua di cipta baik di nafikan ?
Kita tunggu bajet yang akan datang tidak lama lagi. Jika Najib itu bijak, selesa lah kita semua nya, tidak kira siapa seperti kehendak percaturan nya.
Jangan menuju sekularima, pluralima atas nama kroni dan nepotisme, sudah lah.
Islam dan Bangsa Melayu itu segala-gala nya. Bukan malasi.
ReplyDeletePenilian saorang mungkin selalu tidak betul ,sejauh mana kemampuan sasaorang hamba itu , sebenarnya sangatlah terbatas.
Sedangkan yang disokong dan didewakan olih ramai orang pon jelas tidak betul ,apatah lagi pengamatan sendiri.
Sebenarnya Najib tak mungkin kisah pon dengan teggoran Tun M ,kerana pada beliau apa pilihan yang rakyat ada ,selain beliau. UMNO nak menukar Presiden ?,semua dalam gengaman Najib ,Nak merubah keajaan kapada kerajaan ,alternative tengoklah apa yang belaku di Selangor sekarang ini ,bagitu menyerlah .
Harapan rakyat sangat tinggi agar langkah Tun M akan membawa kapada sesuatu kebaikan .
Kobou Den pon mengharapkan agar rumput disekelilingnya sentiasa hijau.