21 September 2014

Semua rakyat perlu berhijrah

PKR telah menafikan yang Anwar telah surut dengan kemahuan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan memberikan laluan kepada Azmin Ali. Saifuddin Nasution telah menafikan dengan tegas yang Anwar telah bersetuju untuk Azmin memegang jawatan Menteri Besar itu jika itu yang menjadi kemahuan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam perlantikan Menteri Besar itu,

Kekeliruan ini agak sudah dijangkakan kerana kita sudah biasa dengan cara Anwar mengendalikan krisis seperti ini. Anwar merupakan seorang yang terlalu biasa bercakap lain dengan orang yang lain dan ini sememangnya satu berita yang tidak mengejutkan..

Sikap bermuka-muka dengan rakan-rakan dan sahabat-sahabat nya adalah lumrah bagi pemimpin ini kerana beliau tidak berani untuk berterus terang. Anwar mahu menjadi popular dan bercakap berbeza-beza dengan pihak-pihak yang berbeza diantara pengikut dan orang di kelilingnya itu sememangnya tabiat beliau yang semula jadi. Saya pasti itu jugalah cara beliau mengendalikan masalah diantara parti-parti dalam kerjasama Pakatan Rakyat itu.

Tetapi apa pun keadaannya, yang pasti PKR sedang berhadapan dengan masalah ‘intra-party’ selain dari menghadapi masalah ‘inter-party’ dengan rakan-rakan kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat. Dalam saat-saat akhir penyelesaian isu Menteri Besar Selangor sekarang ini isu nafi-menafikan oleh PKR tentang Azmin Ali telah mendapat restu Anwar sebagai calon Menteri Besar ini. PAS telah membidas sikap parti-parti dalam PR dengan tegas dalam muktamarnya yang baru berakhir Sabtu lepas.

Pendeknya PKR sedang berhadapan dengan krisis yang besar dari dalam dan luar parti itu. Krisis ini sahaja sudah membuatkan secara natural yang PKR bukanlah parti yang ‘viable’ untuk menjadi pilihan kepada yang ada sekarang ini. Dalam PKR terlalu sibuk dengan perkara-perkara kepentingan peribadi setengah pihak. Setengahnya sibuk menonjolkan seseorang dan setengah pihak pula sibuk menyekat diantara mereka untuk mara ke hadapan.dalam politik mereka.

Pada saya sebagai seorang biasa, saya gembira mendengar Azmin mungkin dijadikan Menteri Besar sebagai penyelesaian terhadap krisis yang sudah berlarutan ini. Bagi saya kalau Wan Azizah menghadapi masalah untuk menjadi pengganti kepada Khalid ini, Azmin Ali tentulah pilihan yang sepatutnya otomatik sebagai pengganti kepada Wan Azizah pula.

PAS sememangnya konsisten yang Menteri Besar Selangor itu adalah untuk PKR, hanya PAS tidak bersetuju dengan perlantikan Wan Azizah. Pihak Istana pun tidak berapa gemar untuk menjadikan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid itu. Isu sudah berlarutan, jika Khalid sudah pun bersetuju untuk digantikan, tetapi isunya sudah bertambah rumit, kerana sekarang isu yang baru ialah untuk mencari pengganti Wan Azizah yang belum pun menjawat jawatan idaman ramai pemimpin itu.

Khalid digantikan setelah enam tahun menjawat jawatan MB itu, tetapi Wan Azizah belum pun menjawat jawatan itu, PKR menghadapi masalah untuk menggantikan Wan Azizah pula.

Nyata PKR bukanlah parti yang boleh lagi di pertimbangkan untuk menjadi parti yang ‘viable’ untuk berdiri sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian hari kian uzur itu. PKR telah berjaya untuk Khalid diganti. Pengganti Khalid pula ialah Wan Azizah yang agak tidak bertepatan untuk menjadi ketua kerajaan Selangor dan dikhabarkan akan Azmin lah yang menjadi pengganti kepada Wan Azizah yang belum pun menjawat jawatan itu.

Sekarang pejabat PKR telah membuat kenyataan yang pengganti Wan Azizah juga perlu digantikan dan menolak kemungkin Anwar telah bersetuju untuk membenarkan Azmin mengambil alih jawatan yang menjadi rebutan itu.

Sesungguhnya PKR sedang dalam kegeringan yang sangat berat. Jika jawatan ini dipegang oleh parti yang tidak tahu menyelindungkan masalah dalamannya, ia bukanlah parti yang perlu diberikan perhatian lagi. Parti ini terlalu sarat dengan ‘politicking’ yang ‘robust’ didalamnya, dan masa depan parti ini adalah ‘predictable’.

Sememangnya benar telahan orang-orang yang veteran dalam politik beberapa ketika dahulu, PKR ini hanyalah entiti politik yang bersifat sementara sahaja.

Jika diibaratkan sebagai sebuah tayar, ia hanyalah sebuah tayar celup sahaja. Bersepah-sepah pecahan tayar celup itu dimerata-rata sepanjang jalan dan pecahan itu kadangkala merbahayakan kenderaan yang dipandu laju di lebuhraya itu.

Dengan apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini tidak pula kita ketahui apa yang sedang dihadapi oleh DAP pula. Mereka senyap sahaja akhir-akhir ini dan tidak terperanjat jika DAP sendiri sedang merasakan apa yang berada dihadapan mereka sekarang ini.

PAS sudah menentukan sikapnya melalui muktamarnya yang berakhir semalam (Sabtu) kerana parti itu sudah menyedari yang bersekongkol dengan parti dan pemimpin bermasalah hanya membawa beban yang berat baginya sedangkan matlamat dan ‘ultimate’ nya masih jauh untuk di hampiri.

Mungkin tindakan yang paling wajar bagi DAP untuk lakukan ialah untuk kembali ke pangkal jalan dan lalui kembali perjalanan dari garisan permulaan itu dengan lebih berhati-hati dari dahulu.

DAP has to start all over again. Blog ini selalu mengingatkan semua yang kita perlu untuk memulakan siasah baru dengan bentuk yang baru bagi penyesuaian untuk kehendak waktu dan zamannya.

Keadaan sekarang seolah-olah tidak memerlukan parti-parti untuk memulakan pembaharuan itu. Yang perlu ialah dengan kehadiran seorang pemimpin yang mampu membawa semua pihak ke meja perundingan dan memulakan sebuah negara baru dengan politik yang baru.

Rakyat Malaysia perlu dan wajar berhijrah, bukan dengan meninggalkan negara tetapi meninggalkan ‘ambience’ politik yang sangat menjemukan serta memeritkan rakyat pada hari ini. Kita perlukan ‘ambience’ yang baru dengan semangat yang baru yang lebih jelas matlamatnya.

7 comments:



  1. DAP has to start all over again.

    Perpatah Melayu mengatakan , 'anjing kalau dah biasa makan tahi , kalau tak makan diciumnya pon akan memberikan kepuasan.

    Rakyat Malaysia perlu dan wajar berhijrah.
    Persoalanya berhijrah kemana ?,apakah pilihan yang mereka ada ,bagi orang Melayu UMNO umpama buah yang ditelan pahit dibuang sayang .

    Aden nak ngantar kobou Den hijrah kekawasan rumput yang lobih hijau.

    ReplyDelete
  2. Umno lah yang menjijikan

    ReplyDelete
  3. Alquran dan hadis x menjaminkan keadilan dan nilai sejagat ke? Biar betul....

    ReplyDelete
  4. 1) tak dinafikan pkr dan dap handal disiber. Trooper2 berbyr mereka amat byk. Tak tersanggah fitnah2 dan cacian2 mereka kpd golongan dlm Pas yg tdk mahu bersetuju dgn wawi. Ditambah pula dgn sokongan media alternatif spt tmi dan mk yg terang2an berlagak persis utusan msia bg umno. Ditambah pula lg ‘planted agents’ atau anwarists yg bergerak dr dlm dan dlm ngo. Tghh menyedari hakikat ini dan dlm ucapan dasar ditekankan ttg memperkasakan IT utk menghadapi cabaran mendtg.
    2) mereka bergrk secara cohesive utk menafikan sbb2 knp wawi dinafikan utk menjadi mb selangor. Tidak cukup dgn hujah yg dangkal, mereka turut melabel pihak yg tdk bersetuju sebagai anti pr, pro umno, anti wanita, konservatif, anti progressive, pelahap, gila kuasa, pemecah janji, tiada setiakwn dan pelbagai ucapan yg tdk pernah terfikir boleh dtg dari pihak yg mengaku sebagai teman seperjuang pr. Malah sultan turut digertak dgn pelbagai analisa dari pakar2 yg bermata satu.
    3) adakah ini semua mampu melemahkan golongan ulamak dan golongan yg menyokong penuh kepimpinan ulamak? Adakah ini bkl menyaksikan penyingkiran atau peminggiran mereka didlm Pas? Adakah ini semua akan mengurangkan undi bkn melayu kpd calon2 Pas? Apakah Pas akan menjadi parti pinggiran? Disinilah kesilapan para penganalisa dap dan pkr dlm menilai krisis ini dari mata yg satu.
    4) dikampung2 melayu, ditaman2 perumahan melayu….yes…majoriti org melayu amat jelas dgn sifat pkr berkeras kpd jijah. Walaupun peranan sultan tdk lg sebesar dulu, tetapi institusi raja masih dihormati masyarakat Melayu kecuali bg mereka yg liberal. Tetapi liberal bkn jiwa majoriti Melayu. Anasir2 merosakkan bangsa Melayu sudah cukup byk skrg ini. Hanya mereka yg suka Melayu dilalaikan lg berkehendak kpd Islam liberal. Dan liberal tiada dlm kamus Islam sebagaimana hadhari gagal dilabelkan pd Islam.
    5) ustaz2 yg skrg ini mengajar tiap2 mlm samada disurau atau masjid, samada dibandar atau di kampung akan mencerahkan lg isu percanggahan didlm Pas. Org Melayu akan bertanya dan ustaz2 akan menerangkan situasi ini melalui kacamata Islam. Dan mereka tdk dibyr oleh golongan ulamak didlm Pas. Tetapi mereka akan ikhlas dgn ilmu mereka. Perlu difahami, semenjak pr mengambil alih selangor, masjid2 menjadi meriah krn kekangan dakwah sudah tiada. Pas akan dihukum tetapi Pas dihukum sebagai ‘martyr’ dan golongan yg mendakwa mereka sebagai reformis atau progressif akan dilabel pengkhianat jika tdk munafik. Reformis dan progressif yg konon cuba dibawa golongan ini seumpama Islam Hadhari, manis diluar tetapi busuk didalam. Bercanggah dgn ajaran ahlus sunnah wal jamaah.
    4) bagaimana pula undi bkn Melayu? Adakah akan ada kesannya terutama dimana kemenangan Pas sebelum ini adalah tipis? Yes..short term impak akan ada. Tetapi pru14 masih lg jauh. Again, tidak dinafikan gerakan siber dap dan pkr terlalu kuat sehingga terasa seolah2 keseluruhan kaum bkn Melayu membenci Pas. Sentimen agama dgn menakut2kan pengundi berkaitan undang2 Islam adalah taktik utama mereka utk menjauhkan Pas dari kaum India dan terutamanya Cina. Sentimen perkauman kdg2 diselitkan jua demi mencapai matlamat merekea. Maka Pas harus befikir diluar kotak dgn tidak lagi mengharapkan (kononnya) kwn2 dlm dap dan pkr utk mendekati kaum2 tersebut. Masa utk menggembeleng dhpp atau kelab penyokong bkn Islam. Beri mereka lbh kuasa utk menganjur perbincangan 2 hala dgn masyarakat bkm Islam diserata ceruk Msia. Beri mereka lbh budget. Istiqomah dan perbykkan walauoun yg dtg hanya seorg dua. Pru14 masih lg jauh. Beri mereka penceramah2 yg mampu menarik kedatangan dan mencerahkan. Beri mereka Tgna jika perlu. Walaupun beliau uzur, tetapi sudah pasti beliau rela mati ditgh2 urusan dakwah dari mati diatas katil krn dakwah itu satu jihad yg besar dan mati jihad itu cita2 setiap ulamak. Dan tdk mustahil, kepercayaan mereka dan keyakinan mereka terhadap ulamak akan berubah dgn izin Allah Taala.

    ReplyDelete
  5. Maksudnya berhijrah minda kot..
    Saya rasa bukan hijrah fizikal maksud tuan Aspan.
    Kalau dalam konteks manusia (insan) kenalah berhijrah kepada Islam.

    Allah mengingatkan manusia "Adakah kamu tidak berfikir?"

    ReplyDelete
  6. Nelson mandela berkorban dalam perjuangan dengan niat menegakkan keadilan dan bukan berniat untuk jadi presiden. Kejayaan perjuangan nya ialah terhapus nya rejim apartheid dan menjawat jawatan presiden hanya merupakan icing on the cake.
    Berbeza disini, berjuang atas nama keadilan tapi yg di tuntut utama ialah jawatan ketua kerajaan . tiada lansung rasa bersalah dlm proses mencapai cita2 tersebut prinsip keadilan di injak2 asal kan dpt melunaskan kan hajat..
    Apa lagi nilai yg ada pada pakatan rakyat . 'orang telanjang masa kan masih dikatakan berbaju cantik' .

    ReplyDelete
  7. Tn Tn sekalian

    Terima lah fakta ini & seruan ini.

    "Dunia & apa apa yg manusia nampak & nampak semua nya milik ALLAH"

    Jadi ini lah yg punca segala gala nya masaalah yg sedang berlaku di seluruh pelusuk dunia sekarang. Bukan saja di Malaysia.

    Semua nya dah tak betul. Masaalah di mana mana. Semua kata orang ini dan orang itu yg mula kan masaalah

    Hakikat nya semua manusia adalah tak betul. Lebih lebih lagi yg mengata orang lain tak betul. Sebab nya dia akan memanaskan lagi keadaan. Cuba kata saya ni yg sebenar nya tak betul. Tapi berapa orang yg sanggup kata begini ?

    Semua orang akui mereka saja yg betul. Jika kaedaan macam ni sampai Qiamat pun ehwal dunia akan jadi tegang, kusut, cemas & bahaya.

    Ibarat se orang yg ada duit yg banyak dalam semua jenis mata wang. Dalam perhitungan jika ragu ragu tentang berapa dah jumlah nya, maka tak perlu berbalah. Susun balik duit itu ikut mata wang & bilang semula jumlah nya.

    Walaupun perbuatan ini leceh & lambat tapi amalan yg di buat ini betul, adil, telus, aman & menjurus ke matlamat yg pasti tepat & tercapai.

    Jadi utk Malaysia yg di cintai ini. Mari lah kita segera ada kan PRU 14. Kali panggil pemerhati2 seluruh dunia supaya di laksana kan dgn betul, telus, aman & adil

    ReplyDelete