Tindakan Parti Gerakan
menggantung keahlian seorang perwakilan yang memainkan isu ‘pendatang’ dalam
perhimpunan agung parti itu baru-baru ini sebagai satu tindakan yang patut
menjadi contoh kepada parti-parti lain yang masih terlalu bebas menggunakan isu
pendatang dan yang bukan pendatang akhir-akhir ini.
Mana-mana pihak yang menganggap
Melayu juga sebagai pendatang itu merupakan satu usaha yang cuba membuat
‘equation’ yang Melayu dan bangsa lain itu semuanya pendatang. Melayu bukan
pendatang kerana mereka adalah rakyat yang dari dulu adalah rakyat yang dari
‘Malay archipelago’ yang merentasi sehingga ke Filipina Selantan dan Indonesia
dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
Dulu kaum Cina dan India itu adalah pendatang tetapi setelah negara
mencapai kemerdekaan mereka diberikan kerakyatan hasil dari rundingan di antara
pemimpin-pemimpin berbagai kaum yang mendiami negara ini termasuk yang datang
dari negara China dan India . Setelah
merdeka mereka ini bukan lagi pendatang kerana mereka sudah diberikan kerakyatan
oleh negara ini dan bersama-sama mendiami dan hidup dalam negara ini dengan
bersatu padu merentasi cara hidup dan agama serta budaya masing-masing.
Maka adalah tidak wajar ada di antara
kita yang menuduh pihak yang lain sebagai pendatang di negara ini. Itu adalah
pengakuan yang termaktub di dalam Perlembagaan negara kita, malah ada di antara
mereka yang dari keturunan pendatang ini juga menjadi pemimpin negara kita.
Tetapi apa yang masih ada dan
kekal bagi setengah dari mereka yang datang dari keturunan pendatang ini
mempunyai ‘mentaliti pendatang’ (migrant mentality) walaupun mereka tidak lagi
tergulung kepada apa yang disebut oleh setengah pemain politik sempit sebagai
pendatang. Mereka sudah menjadi rakyat bagi negara ini dan adalah tidak
bermoral untuk memanggil mereka sebagai pendatang.
Yang perlu dididik bagi keturunan
dari pendatang ini ialah untuk menghilangkan ‘migrant mentality’ yang masih
jelas wujud sekarang ini.
Apa dia yang dikatakan dan siapa
pula yang boleh dianggap sebagai orang yang mempunyai ‘migrant mentality ini?
Mereka yang mempunyai mentaliti
ini ialah mereka yang sentiasa merasakan yang mereka tidak selamat walaupun pun
Perlembagaan telah menjamin mereka sebagai rakyat negara ini tanpa persoalan
lagi. Mereka akan sentiasa merasa yang mereka perlu untuk persoalkan semua apa
yang diperuntukan oleh Perlembagaan yang memberikan ‘keistimewaan’ kepada
bangsa watan tanpa menyedari ‘protection’ yang diperuntukan kepada mereka itu
lebih kuat dari mereka yang diberikan keistimewaan.
Mereka ini adalah lebih
‘protective’ terhadap bangsanya dan akan melakukan apa sahaja untuk mengaut
segala keuntungan dan tidak akan rela mematuhi apa dasar-dasar yang telah
persetujui bersama dengan melaksanakan ‘parochialism’ dalam segala tindakan
mereka. Apa yang dikuasai oleh mereka, seperti bidang ‘industry’ dan ‘commerce’
misalnya, mereka akan hanya membawa bersama dalam pengurusan syarikat dan
pertubuhan yang mereka kuasa itu untuk bangsanya walaupun sebelum itu mereka
telah bersetuju untuk bersama-sama memainkan peranan untuk memperseimbangkan
penyertaan dari semua kaum terutamanya dengan anak watan negara ini secara
jujurnya.
Banyak syarikat yang telah
mensyaratkan kefasihan dalam bahasa Mandarin sebagai syarat untuk menyertai
syarikat walau pun syarikat yang mereka kuasa itu adalah syarikat awam yang
tersenarai dalam Bursa Malaysia .
Banyak di antara syarikat-syarikat yang dikuasai oleh mereka yang mempunyai
‘migrant mentality’ ini hanya mempunyai sebilangan kecil yang boleh dikira
dengan jari jumlah kakitangan daripada anak watan Bumiputra itu tadi.
Mereka yang bermentaliti seperti
inilah yang selalu memainkan isu perkauman dan menuduh pihak lain yang
mempunyai mentaliti perkauman ini dan menggunakan isu ini untuk
memperbesarkannya untuk kepentingan politik mereka. Akhirnya menguasai
politik negara itu sebagai ‘ultimate’ mereka dalam jangka masa yang panjang
nanti.
Kesedaran sebahagian dari anak
watan inilah yang menyebabkan mereka juga terbentuk perasaan ‘defensive’
terhadap bangsa mereka dan akhirnya wujud pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan
kanan seperti yang disasarkan oleh sebahagian dari mereka yang mempunyai
‘migrant mentality’ sekarang ini. Mereka juga mempunyai matlamat politik bagi
mempertahankan bangsanya yang begitu ‘imminent’ akan di kuasai oleh bangsa yang
bermentaliti ‘migrant’ ini.
Sikap rakyat yang masih mempunyai
‘migrant mentality’ inilah yang menyebabkan keadaan rasa tidak mempercayai
wujud terhadap gulungan ini, maka gulungan berhaluan kanan dikalangan anak
watan dan Bumiputra ini bertambah subur dan itu yang menjadi isu politik kepada
gulungan ini. Pendeknya mereka yang mempunyai mentaliti migrant inilah yang membuatkan
keadaan penyatuan kaum ini terbantut kerana mereka terlalu menumpukan kepada
bangsanya sendiri dari berfikir sebagai ‘Malaysian’.
Tetapi mereka jugalah yang
menuduh setengah pemimpin Melayu sebagai tidak ‘Malaysian’ kerana menumpukan
kepada melayu dahulu baru bercakap tentang ‘Malaysians’. Cuba dihazamkan
betul-betul tentang isu yang saya sebutkan ini kerana kita memerlukan
pencapaian penyatuan kaum yang berbagai itu sebagai agenda yang sangat penting
bagi keperluan negara dalam jangka masa yang panjang. Tanpa kerjasama dan penyatuan
kaum yang berbagai ini tidak mungkin kita capai matlamat kita yang ‘ultimate’ iaitu
perpaduan kaum ini.
Pihak ini tidak boleh terus
menerus menuduh pihak lain yang mempunyai pandangan berhaluan kanan ini, kerana
mereka yang menuduh ini pun sama juga sikapnya malahan lebih menakutkan lagi
bagi bangsa-bangsa anak watan yang mendiami negara ini.
Itu sebabnya dari awal tadi saya
mengakui yang bangsa Cina dan India dan yang lain-lain yang keturunan mereka
dari lain dari kawasan ‘Malay archipelago’ tadi telah diterima sebagai rakyat
Malaysia dan tidak dianggap sebagai pendatang lagi, tetapi mereka masih
mempunyai sifat-sifat dan ‘attribute’ sebagai kaum pendatang walaupun mereka bukan
lagi pendatang.
Selagi masih ada perasaan curiga
dikalangan anak watan tadi terhadap rakan yang sudah dianggap sebagai rakyat
negara ini sejak berapa keturunan dahulu lagi, selagi itulah mereka tidak akan
mampu diyakini oleh orang Melayu dan anak-anak watan yang lain untuk
bersama-sama menjamah kuasa politik negara ini.
Kita tidak boleh marah dan sangsi
terhadap mereka yang kita sangsikan itu, kerana kita sendiri mempunyai
‘attribute’ dan sifat-sifat dan mentaliti ‘migrant’ itu sendiri. Kita di negara
ini tidak ada yang ‘migrant’. Yang ada hanya mereka yang mempunyai ‘migrant
mentality’ sahaja.
Siapa yang mampu menyelesaikan masalah ini, itulah pemimpin yang sejati negara.
Siapa yang mampu menyelesaikan masalah ini, itulah pemimpin yang sejati negara.
Inilah langkah2 halus kearah mereka nak menghapuskan MELAYU sehingga akhirnya nanti melayu segan silu dan rasa ragu2 dan malu dgn bangsa dan agamanya sendiri. Semua sudut perang saraf kearah ini dilakukan oleh puak2 yg menyusun massej ini tercapai termasuk isu menyentuh anjing dll lagi. Melayu libral akan merasionalisasikan isu2 ini secara sistematik.
ReplyDeletekalau semua org dpt berfikir dgn waras spt tuan ini, saya rasa byk permasalahan di negara kita ini akan dpt diselesaikan.
ReplyDeleteMigrant mentality.
ReplyDeleteTerbaru Utusan mendedahkan kajian yang di buat, 604 perserta PLKN dari etnik cina dan india TIDAK BOLEH berbahasa Melayu (kebangsaan). Pelik nya mereka lulus syarat SPM !
Apa hendak jadi ? Ini sesuatu yang amat serius hasil pendidikan vernakular mereka pertahankan, yang memang meloyakan negara-negara lain seperti Indonesia dan di rantau sini. Malaysia ? Sudah tersalah acuan atau acuan Melayu yang hendak di tukar ! Sungguh patetik.
Perkara ini bukan tanggung jawab Umno sahaja malah kesalahan ketara pihak pembangkang (PR) sendiri sentiasa menghidupkan kehendak politik "migrant mentality" dengan perkara-perkara bertentangan dasar Aspirasi Nasional dalam menjulang Perlembagaan Persekutuan.
Itu yang ketara. Apa pula di luar sana? Ratusan ribu, mungkin. Ini lah sikap buruk 'migrant mentality" yang berada di dalam negara ini yang sentiasa mencabar kedudukan Melayu dengan melakukan kebodohan "ethnic-centric" semenjak moyang mereka di bawa dan di paksa menjadi kuli dengan gaji candu, di Malaysia. Kini, warisan mereka lupa diri bukan ? Jika mereka berasimilisasi dari awal, sudah tentu sahaja semua nya beres.
Sama ada mereka berubah, di paksa berubah atau cari sahaja negara lebih sesuai menjadi warganegara negara tersebut (mereka tidak pula mahu) di mana mereka masih mempunyai pilihan. Jika tiada beza, di harap satu dasar TEGAS Kerajaan mesti di kuatkuasakan kelak !
Yang jijik dan tidak berakhlak ialah sikap BERPURA-PURA setelah menjadi warganegara yang masih tidak mengaku bumi di pijak di situ langit di junjung!
Yang peliknya migrant-mentaliti itu amat ketara di kalangan kaum pribumi samada Melayu, Iban, Kadazan dan orang asal!! Kedudukan ekonomi mereka yang tercorot berbanding kaum keturunan pendatang terutama kaum cina menanamkan rasa rendahdiri dan inferior. Dasar kerajaan yang longgar terhadap peluang pekerjaan terutama dim sektor swasta diekploit sehendaknya oleh pegawai2 bukan-bumi untuk menindas dan menutup peluang anak2 watan memegang jawatan2 penting dan lumayan. Sikap tamak pemimpin2 dan pegawai2 kerajaan yang mahu jadi kayaraya tanpa bersusah payah menghidupkan amalan alibaba dan rasuah secara berleluasa; yang menghadiahkan harta dan kekayaan negara kepada kroni2 bukan-bumi sedangkan ramai pengusaha2 dan syarikat2 bumi mempunyai kebolehan sama.Malang sekali apabila pemimpin2 politik bumi suka menjadi barua menipu kaumnya sendiri terutama dalam sektor hartanah. Berapa juta hektar tanah rezab melayu sudah berpindah milik atas perbuatan khianat ini. Dan paling aneh ialah dasar pemilikan rumah. Atas sebab apa dan kenapa majoriti taman2 perumahan yang diduduki oleh bumiputra berstatus pajakan sedangkan taman2 perumahan yang dipenuhi oleh kaum bukan-bumi diberikan status kekal, termasuk kampung2 baru (new-villages) yang nenek moyang mereka adalah penyokong2 komunis dan musuh negara sebelum merdeka??? Adakah kerajaan merasakan selepas 99 tahun penduduk2 bumi perlu dihalau ke bawah2 jambatan untuk hidup manakala kaum lain tidur nyenyak dalam rumah2 mewah mereka yang kekalmilik hingga kiamat?
ReplyDelete