23 November 2014

Kita tunggu hasil Konvensyen Perpaduan Nasional

Saya dijemput menghadiri konvensyen Perpaduan Nasional yang berlangsung di Pusat Islam pagi tadi. Saya berminat untuk menghadiri majlis perasmian yang dilakukan oleh Tun Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara yang menggantikan Tun Mahathir yang tidak berkesempatan hadir kerana sedikit gangguan kesihatan.

Sebagai seorang yang bersama dengan rakyat ramai yang sedang dalam pencarian saya menerima jemputan itu untuk mendengar ucapan-ucapan bagi meneruskan tindakan pencarian yang sedang dilakukan oleh orang ramai dan saya berpendapat acara pagi tadi yang dihadiri oleh perwakilan 85 NGO dari seluruh negara itu. mungkin boleh memberikan input yang betul dan tepat bagi memahami masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat yang ramai ini. Saya mahu meneruskan pencarian saya dalam isu negara yang kita sama-sama cintai ini.

Ucapan utama yang disampaikan oleh Tun Hamid Mohamad bagi saya amat benar, hanya media massa alternatif sahaja tidak menyiarkan segala kata-kata yang beliau sampaikan kerana hendak menyampaikan berita berat sebelah untuk setengah pihak sahaja. Niat masing-masing terpulang kepada kehendak masing-masing dan biarkan sahaja keadaan akan menentukan niat mereka sebenarnya.

Dua asas yang terpenting yang disentuh dalam ucapan utama Tun Hamid, ialah masalah keselamatan dan kedudukan orang Melayu dan dalam masa yang sama Tun Hamid juga mengkritik kelemahan-kelemahan pimpinan sekarang. Bagi Tun Hamid, jika pimpinan sekarang tidak melakukan pengorbanan dan bertindak mendahului orang melayu yang mereka pimpin sekarang ini, mereka sendiri akan berakhir nyawa dan kekuatan politik mereka bersama dengan parti yang mereka pimpin hari ini.

Isu ini sudah pun di sentuh oleh blog ini dalam postingnya semalam dan apa yang dinyatakan oleh Tun Hamid pagi tadi selari dengan pandangan posting saya semalam. Jika di nilai dari isi yang mendalam dalam ucapan Tun Hamid pagi tadi, beliau hanya mahukan pimpinan dan parti yang memerintah sekarang ini berubah dan yang terbaik ialah untuk berkorban dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan orang Melayu dan rakyat negara ini amnya.

Bagi konvensyen itu, pimpinan hari ini tidak ada jalan lain selain dari melakukan transformasi bukan sahaja dengan slogan besar-besar, tetapi dengan menilai kemampuan pimpinan sendiri untuk terlibat untuk dalam perubahan itu.

Konvensyen itu telah membuat satu ‘conclusion’ yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan hari ini ialah masalah imej dan persepsi ramai terhadap pimpinan kerajaan hari ini. Masalah persepsi itu ialah imej rasuah yang melekat terhadap UMNO dan BN yang susah untuk dibersihkan. Imejnya ialah rasuah itu UMNO dan UMNO itu adalah rasuah.

Banyak negara dan pimpinannya merasakan yang mereka mampu untuk bertahan dengan imej buruk itu, tetapi mereka tidak melihat bagaimana banyak negara telah jatuh kerajaannya kerana rasuah yang tidak dapat dikawal. Masa untuk UMNO itu jatuh kerana rasuah ini sudah hampir tiba kerana isu rasuah ini sudah begitu lama melekat kepada BN khususnya kepada UMNO.

Rasuah ini merupakan satu ketagihan yang sukar di ubati. Maka adalah tidak menasabah untuk meminta dan menyerahkan usaha pembaik pulihan itu dilakukan oleh pimpinan hari ini. Ia hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang tidak terlibat dengan rasuah. Ia tidak boleh diganti dari kalangan pimpinan yang lain dalam barisan yang sama kerana mereka dalam kabinet itu juga bertanggungjawab kerana segala keputusan kabinet itu merupakan keputusan bersama atau apa yang di sebut sebagai ‘collective responsibility’.

Jika hendak melakukan perubahan ia mesti ‘nothing less than all cabinet members to resign and to give way for new line of cabinet members led by a new viable and a leader with astounding integrity and towering nobility ’. Kurang dari itu tidak ada siapa yang boleh menjamin UMNO itu boleh membersihkan imej kotornya yang telah terabai sebegitu lama kerana rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu sudah dibudayakan dalam sistem kepimpinan kita.

Kerajaan itu sinonim dengan orang dan politik Melayu dan jika kerajaan mempunyai imej buruk itu ia secara ‘direct’ melambangkan orang melayu sebagai kaum yang buruk perangai dan budaya nya yang tidak sesuai dengan kemahuan waktu dan zamannya sekarang ini.

Adalah wajar bagi barisan pimpinan sekarang untuk berunding sesama sendiri untuk memulakan langkah berundur itu. Mereka terpaksa menerima hakikat yang mereka sudah tidak boleh menjaga negara dengan betul dan jika tidak dilakukan ia akan hanya membawa parti mereka bersama tersungkur bersama mereka.

Pimpinan  sekarang sudah lupa yang mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada orang Melayu tetapi juga terhadap semua rakyat berbilang kaum bagi mencapai cita-cita yang ‘ultimate’, iaitu perpaduan kaum dan hidup bersama-sama dalam situasi kasih mengasih di antara satu dengan lain.

Kita sudah sampai merasakan kejemuan dengan masing-masing bangsa mengkritik sesama sendiri dan jika perlu dikekalkan akta-akta yang penting seperti akta hasutan dikekalkan dan mengembalikan kewujudan ISA, ia perlu dilakukan kerana nampaknya permainan isu rasis yang merbahaya sudah tidak ada kawalan lagi.

Konvensyen Perpaduan Nasional wajar mengemukan usul supaya isu ini menjadi asas yang penting dalam membuat keputusan konvensyen ini. Tidak payah gusar dengan apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak kerana kepentingan perpaduan negara adalah lebih penting dari segala-galanya.

Usul-usul yang diterima dalam isu ekonomi, keselamatan dan isu sosial negara juga merupakan isu penting dan wajar disokong untuk negara walaupun ia mungkin tidak memberikan faedah kepada individu yang berkepentingan.

Jika disiplin ini dapat dilakukan barulah boleh dikatakan rakyat didahulukan seperti yang diwar-warkan setiap hari dan waktu.

3 comments:

  1. Salam Tuan,

    Untuk menyelamatkan melayu, rasuah patut di hapuskan besar-besaran tanpa mengira pangkat dan darjat.Baik orang politik, kerabat di Raja mahupun rakyat terbanyak.Yang penting parti yang banyak melakukan kerosakan seperti umno harus di buang dari persada politik negara demi kelangsungan melayu dan bangsa-bangsa lain yang berada di negara ini.Dan pekerja asing harus dikurangkan atau di hapuskan dari bekerja di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Transformasi Najib tidak menoleh kiri kanan. Reformasi Anwar demi memulihkan kredibiliti nya sahaja dengan mengambil langkah terjahan. Tahaluf siasi Hadi menjual bangsa dan agama. Tokoh-tokoh Melayu ini, tiada menyimpan tersirat, demi bangsa dan negara, di hati masing-masing. Itu yang semua pengundi-pengundi nampak. Maka yan beruntung ia lah musuh-musuh Islam yang nyata dan makin ketara berjaya ada nya.

    Tun Hamid, Tun M memang berpijak realiti, keresahan besar majoriti Melayu ! Jika ada Melayu tidak terasa dan merasakan malapetaka masa depan, sesungguh nya mereka bukan golongan Melayu Islam Benar. Mereka bersama laknatullah, merosakkan bangsa nya sendiri !

    Malang bertambah malang, sedar dalam dakapan, status mereka tetap di tapak kaki pihak menjana kepentingan sendiri. Percaya lah kepada kebenaran ini. Contoh PAS di P.Pinang dan Selangor. Kelantan yang muram

    Keratan artikel - "Kerajaan itu sinonim dengan orang dan politik Melayu dan jika kerajaan mempunyai imej buruk itu ia secara ‘direct’ melambangkan orang melayu sebagai kaum yang buruk perangai dan budaya nya yang tidak sesuai dengan kemahuan waktu dan zamannya sekarang ini" - juga tersembur di negeri-negeri bawah pentadbiran PR yang cuba di sembunyikan !

    Maka terma ini lah susah sangat di benteras oleh Kepimpinan PM Najib dan Melayu-Melayu terlibat politik. Adnan Satem cuba bertegas... tetapi Najib "di anggap" sebagai pemangkin nya dari pandangan luar dan kakitangan kerajaan sendiri yang berkuasa sehingga melibatkan semua peringkat. Persepsi yang terlukis di mana kebenaran nya di sebabkan perlakuan orang-orang yang kepercayaan beliau, WAKIL-WAKIL pemegang OBOR KUASA di miliki seorang PM sebagai senjata kebebasan melaksana polisi dan reformasi Najib, konon nya. Satu petaka kelemahan nyata seorang PM yang mengabaikan teguran rakyat berpusaka warisan terbilang; dan terlalu lambat bertindak di waktu kritikal memerlukan sentuhan Pemimpin Utama. PM Najib, lima tahun, tetap jua selamba...

    Paling terbaru harga minyak. Keputusan menurunkan harga komoditi tersebut sungguh terdesak, mesti secara bijak dan berhemah atau cara "sedikit bertegas" kerana melibatkan subsidi besar dan keperluan rakyat biasa. Di beritakan jua, CAA Resources di Bukit Besi. Salam emas TSKI. Kemewahan yang di bina untuk satu bangsa di P.Pinang dan penubuhan unit keselamatan sendiri ! Meletup nya kejadian banjir lumpur akibat rasuah pentadbiran di Cameron Highland yang berlaku di depan mata!

    Dalam kes ini, pihak pembangkang sepatut nya jua bersama kerajaan, menyokong pihak berkuasa, membentras "kebodohan" nyata ini. Ia melibatkan Maruah Rakyat dalam negeri-negeri yang berNegara! Seolah nya tiada undang-undang terpakai untuk di kuatkuasakan kecuali terpakai kepada rakyat sendiri, melakukan kesalahan kecil !

    Semoga Melayu Islam menilai realiti. Bukan berfantasi lagi ! Naluri dan fitrah kita adab nya serupa, amalan nya sama, berpaksikan Tuhan Yang Satu ! Ini lah kehidupan sebenar kita yang wajib teratas, menjaga haq-haq Sahsiah Nya. Telah di nyatakan berulang-ulang dalam "bacaan" kita lafaz dan hafaz, memperingatkan. Perpaduan dan keharmonian itu memang di tuntut. Apa lagi keunikan Malaysia. Islam itu teratas dan mesti kuat sokong menyokong, bersaf-saf !

    Rasuah itu di kalangan kerajaan dan pembangkang hakikat nya tetap Api Neraka !

    Kita serupa, cuma pilihan jalan nya berbeza. Matlamat tetap satu menuju Yang Satu menjaga Negara kita yang satu. Jihad semua.

    Demi Bangsa dan Negara tercinta Melayu Islam dan Rakyat secara rasmi berwarganegara mesti bersatu membaiki "kelemahan-kelemahan semakin menjadi lembaga mengerikan" kepada semua kita, mainan sihir politikus durjana yang berkeinginan menjadi hantu raya !

    ReplyDelete
  3. Sedarlah wahai pemimpin bangsaku sudah sampailah masa untuk tuan-tuan menilai diri masing-masing adakah tuan-tuan masih releven lagi sebagai pemimpin.Fikirkanlah nasib bangsamu dinegara yang tercinta ini. Jangan sampai mereka jadi merempat di negara sendiri. Pepatah Melayu ada menyatakan "Ayam dikepok mati kelaparan, itik diair mati kehausan" Fikirkanlah wahai pemimpin bangsaku.

    ReplyDelete