Kali ini hendak sentuh tentang
isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang
selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang
perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu
serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak
melakukan perubahan itu.
Tidak siapa yang menentang
pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika
tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk dipetak
pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila,
UMNO tidak akan bangun lagi,
sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk
ditepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang
memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO
Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut ditepi gantang.
UMNO di Selangor 'diibaratkan jika
ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli
walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada
siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing
sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.
Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar
keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan
berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan
oleh pimpinan UMNO itu.
Tetapi ia tetap dengan tahap
lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa ‘consequence’ terhadap retorik
besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan
kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang
mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang
dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.
Pucuk pimpinan UMNO terutamanya
sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak pernah dialami oleh parti itu
selama ini. Dari segi moral dan teknikalnya UMNO sudah hilang segala-galanya.
“UMNO is finished and done with” kata seorang perwakilan UMNO ke perhimpunan
parti itu yang tamat pada Sabtu lepas. Katanya lagi UMNO hanya tinggal tubuh
yang besar dan gemuk tetapi rohnya sudah mati. UMNO itu sudah tidak ada rohnya
lagi. UMNO itu sudah tidak UMNO lagi pada hakikatnya. Ia wujud hanya pada
zahirnya sahaja.
Parti ini sudah mengenepikan
semua pimpinan yang berpotensi dan yang baik dan sekarang ia sedang sarat
dengan mereka yang telah bersama-sama bertanggungjawab membawanya ketahap yang
kita rasakan hari ini. tetapi kumpulan ini jugalah yang sedang melakukan
segala-galanya untuk memperbaiki keadaan tetapi sentiasa menemui kegagalan.
Kita tidak tahu bagaimanakah cara
kumpulan pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan ini boleh memperbaiki
hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka adalah kumpulan perosak parti dan jika
kita masih mahukan mereka melakukan perubahan, ia hanya akan menjadikan keadaan
dan situasi lebih buruk lagi. Memberikan mereka tanggungjawab untuk memperbaiki
keadaan serupalah seperti tikus memperbaiki labu.
Mengekalkan tanggungjawab ini
kepada mereka akan hanya mengekalkan persepsi yang kali ini merupakan penggal
terakhir UMNO itu mentadbir negara. Jika ini kemahuan UMNO, pimpinan hari ini mesti
berhenti menyalahkan sesiapa atau pihak-pihak lain jika UMNO sampai
kepenghujung usianya dalam masa yang singkat ini. Yang pentingnya pimpinan
parti ini jangan sekali-kali menyalahkan mana-mana pihak jika ia terjadi dan
hanya mengambil dan mengakui yang kesalahan itu letaknya kepada mereka.
Selagi imej dan persepsi rasuah
serta politik rasis dan extremis agama masih terlekat kepada parti ini, selagi
itulah pimpinan hari ini tidak akan kekal lebih lama dari sekarang. UMNO
mahukan imej baru dan imej baru ini hanya akan boleh diperolehi dari pimpinan
baru, ‘and nothing less’.
Pimpinan Najib mesti mengambil
kefahaman yang dimarahi rakyat sekarang ini ialah sifat menyalahkan ahli-ahli
mereka sendiri dan pihak-pihak lain apabila menghadapi krisis keyakinan ini.
Mereka tidak mahu menerima hakikat yang kesalah-kesalahan itu terbit dari
kekosongan roh pimpinan dan kelemahan daya pemikiran mereka sendiri.
Mereka tidak mahu menerima
kenyataan yang mereka sudah tidak patut memimpin parti dan negara lagi. Jika
mereka menerima hakikat kelemahan itu datang dari mereka sendiri dan membawa
parti itu menghadapi zaman malapnya nanti, maka kita tidak payah
bertanggungjawab terhadap segala yang buruk menimpa kita semua.
Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ketahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ketahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.
Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ketahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ketahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.
Kita akan lebih bersedia untuk
menerima hakikat yang akan menerima bencananya ialah orang-orang dan
rakyat biasa seperti kita semua ini.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteTiada yang kekal didunia ini,tiada parti akan kekal memerintah selama-lamanya.Sejarah telah membuktikan,sampai masa parti Umno akan tinggal nama sahaja dan diabadikan dalam buku sejarah.
Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya tidak akan menangisi pemergian UMNO.Lagi cepat pergi lagi bagus..
Umno adalah satu2 parti yang terbaik
ReplyDeletepada masa ini untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Yang melemahkan Umno sekarang adalah pemimpinnya. Presiden Umno sekarang adalah Presiden yang paling lemah dalam sejarah Umno. Saya menyeru kepada pemimpin2 Umno kalau masih sayang kepada Umno berkorbanlah. Mengundurkan diri dari memimpin Umno adalh satu pengorbanan yang besar! Berkorbanlah wahai tuan-tuan demi kesejateraan orang Melayu!