UMNO sekarang dalam keadaan yang
terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya keatas kerajaan. UMNO
sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam
kegelapan. Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah
tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah.
Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah
dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.
Kita tahu dan yakin, jika ini
jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu
sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka
adalah ‘liability’ besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan
bukannya pemimpin kepada negara lagi. Kita berterus teranglah, Najib dan
kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita
berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita
berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.
Semuanya dan serba-serbinya
diambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka
dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun
dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh
mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ untuk melalui proses memperbetulkan parti
mereka.
Berlagak dan berlakon seperti
pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan
nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar
kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara.
Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja
memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. ‘They are not leaders;
they are just acting like one’
Lagi mereka mengumumkan tindakan
pembaik-pulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut
lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acapkali. Sekarang waktu
untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan
barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai
penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan
sumbangan terbesar mereka kepada negara.
Hanya dengan berundur sahaja yang
membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka
masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang
besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.
UMNO sekarang ibarat telur
dihujung tanduk. Ia juga boleh diibaratkan seperti kapal besar yang sudah
berkarat terumbang ambing di lautan luas tanpa nakhoda. Oleh kerana nakhoda yang
sudah hilang punca dan arah anak-anak kapal dan penumpang dalamnya sedang mabuk
dan muntah-muntah kerana hala tuju yang tidak menentu.
Baru-baru ini terjadi peristiwa
yang tidak pernah terjadi kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini dimana
seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana
Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka. Semua orang tahu apa isi kandungan
surat itu, tetapi yang saya hendak sebut ini ialah ia merupakan tanda dan bukti
yang Najib sudah sepatutnya berhenti dan membiarkan sesiapa yang berpengalaman
dari kalangan tokoh politik dan ‘planners’ untuk membawa negara ini kepada
politik baru yang saya sebutkan tanpa jemu-jemu sejak beberapa lama dahulu.
Najib mesti jaga 'air mukanya
sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang
besar. PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan
hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi. Penghantaran surat secara terbuka
dengan berani ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan
kelemahan kerajaan hari ini.
Semua pemain politik yang
menguasai kerajaan hari ini wajar mengangkat bendera putih dan menyerah sahaja
jika mereka masih ada saki baki harga diri mereka. Mereka adalah dikalangan
yang bernama dan bergelar yang pernah menjadi Ketua-Ketua Jabatan pelaksana
kepada kerajaan kita. Mereka terdiri dari bekas Hakim-Hakim, bekas Duta-Duta
Besar Negara, bekas Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan bekas pegawai
tertinggi angkatan tentera dan Polis dan berbagai-bagai lagi jabatan pertubuhan.
Ini merupakan undi tidak percaya
yang dilakukan secara terbuka dan jika ia diarahkan kepada Perdana Menteri ia
adalah juga arah kepada seluruh ahli-ahli jemaah kabinet yang mentadbir negara
kita sekarang. Ahli-Ahli Jemaah Kabinet sekarang adalah kabinet lantikan
Perdana Menteri, maka mereka juga wajar berhenti bersama PM yang melantik
mereka.
Mereka yang menulis surat terbuka itu juga
wajar memahami hakikat yang merosakan negara tidak mungkin boleh diyakini untuk
memulihkan keadaan negara sekarang ini. Seperti yang disebutkan tadi jika kita
bercadang dan berhajat untuk merosakan lagi negara sahaja baru kita boleh
memberikan tanggungjawab membaik pulih negara itu dilakukan oleh mereka yang
sedang memimpin negara sekarang ini. Mereka hanya berkebolehan untuk meranapkan
segala fabrik politik, kerajaan dan kenegaraan sahaja.
AA, bila cerita pasal umno, kena ingat yg umno ni di tubuhkan dalam tahun 1988. umno yg kami tahu akan perjuangan untuk membela orang2 seperti kami sudah lama mati. kalau ditakdirkan umno 1988 ini mati, ia ibarat seorang yg mati muda, sbb anggota2 penting dalam badan sudah tidak berfungsi lagi.
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSebenarnya yang mendapat mandat memerintah negara adalah PR 52%. Tetapi disebabkan oleh SPR yang curang dan kerajaan yang menipu, inilah akibatnya.Amanah yang sepatutnya di beri kepada orang lain tetapi di rampas oleh kerajaan Bn yang tak bertanggungjawab. Sebenarnya BN sudah kalah sejak PRU 13.Itu bukti nyata,tiada daleh lagi walau apapun alasanya.Hakikatnya Bn yang dapat 48% tak layak memerintah atas dasar apapun, hatta kononnya atas tiket melayu dan islam. Adakah yang mengundi dalam kalangan 52% itu bukan islam dan melayu?
PaK Aspan
ReplyDeleteNajib & Co tidak akan berundur sebab 'there is too much at stake.' Cuba fikir dalam sejarah Malaysia pernahkah pemimpin negara kita berkait akauntabiliti dengan tanngungjawab? Namun, pemimpin yang masih layak ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Cuma dia sahajalah yang mempunyai 'attributes' untuk menjadi PM.