16 January 2015

Kalau Najib benar berjiwa besar dan sayangkan negaranya, berundurlah!

Kenapa Najib masih berkeliaran di Putrajaya lagi? Kesalahan yang macam mana yang membolehkan seseorang Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan? Tidak kah cukup lagi dalil-dalil dan sebab-sebab kenapa Najib dan seluruh barisan kabinetnya yang gagal sekarang ini untuk meletakkan jawatan?

Cuba kita sebutkan apakah yang baik yang telah Najib lakukan yang membolehkan beliau kekal duduk di Sri Perdana itu? Najib mempunyai imej seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab kerana beliau tidak mempunyai roh kepimpinan yang betul dan secocok dengan kemahuan negara dan rakyatnya.  Najib telah gagal segagal-gagalnya untuk mentadbir politik dan negara walaupun beliau telah melalui segala-gala laluan dalam kepimpinan parti sejak memasuki politik pada tahun 1976 yang lalu.

Datang dari keluarga yang pejuang pun dan di tambah dengan pelajaran luar negara sekali pun tidak dapat menggilap beliau sebagai pemimpin yang mempunyai roh yang sesuai dan secocok untuk negara yang kosmopolitan ini. Najib tidak mampu untuk belajar baik dari kesilapan sendiri mahu pun dari kesilapan orang lain dan pendeknya beliau hanya mempunyai kulit yang cantik dan kehidupan yang senang dari keluarga seorang Perdana Menteri.

Segala yang dilaungkan dan dilancarkan secara ‘ambitious’ untuk kemajuan negara semuanya gagal dilaksanakan dan beliau tidak dapat menghampiri cita-citanya untuk menunjukan kelainan dari pimpinan terdahulu. Beliau tidak dihormati oleh rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu untuk menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab dan prihatin terhadap kemahuan dan keperluan rakyat pimpinannya dan kerajaan yang diketuainya.

Jika sudah sampai ketahap ini maka tidak ada sebab untuk beliau dan pimpinan dalam kabinet beliau kekal dan masih berkeliaran di Putrajaya melakukan semua yang tidak digemari rakyat. Mereka ini menjadi masalah kepada negara dan tidak tahu bagaimana mereka boleh dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara sedangkan mereka sendiri adalah penyumbang kepada masalah yang negara hadapi kini.

Najib telah gagal dalam segala-galanya dan untuk terus menjadi ketua kerajaan merupakan satu tindakan yang menzalimi rakyat dan dirinya sendiri. Jika Najib bersara ia boleh membuka ruang bagi mencari penggantinya yang boleh dianggap mempunyai 'stature' yang baik untuk meneruskan mentadbir dan membina negara ini ketahap yang lebih tinggi lagi.

Jika Najib bersara tentulah ia diikuti oleh barisan kepimpinan dalan kabinet sekali kerana kegagalan Najib itu juga adalah kegagalan keseluruhan barisan kabinet itu. Itu sememangnya biasa kerana kabinet yang ada itu adalah lantikan Perdana Menteri yang gagal itu. Kegagalan Najib itu adalah kegagalan seluruh ahli-ahli jemaah kabinet itu. Itu adalah ‘collective responsibility’ yang digunapakai oleh kebanyakan kerajaan di negara-negara maju.

Najib sendiri mesti mencari ‘instruments’ demokrasi yang ada jika mahukan perubahan dan ianya perlu dilakukan oleh Najib sendiri jika beliau mempunyai jiwa yang besar dan ingin melihat negaranya maju ke hadapan. Jika beliau mempunyai jiwa yang besar beliau tidak akan membiarkan negara menjadi begini kucar kacir dan membawa kerosakan negara semata-mata kerana tidak mahu berganjak dari jawatan yang disandangnya sekarang ini.

Adalah wajar bagi Najib dan barisan kabinetnya untuk mengembalikan kuasa kerajaan kepada Majlis Raja-Raja  misalnya dan Majlis Raja-Raja memilih sesiapa yang beliau anggap sebagai orang yang di yakini baginda untuk mentadbir negara buat sementara bagi memulakan sebuah negara baru dan akhirnya membawa negara kepada ‘ambience’ politik yang baru dengan semangat yang baru untuk rakyat mengharapkan perubahan dan meninggalkan masalah-masalah yang mereka hadapi sekarang jauh dibelakang.

Mungkin Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh memainkan peranan yang besar dalam perubahan yang amat diperlukan ini. Lupakan cara pemilihan seorang Perdana Menteri secara konvensyen sekarang ini, dalam mana sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu adalah otomatik menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan memperuntukan seseorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti walaupun dengan ‘simple majority’ itu boleh dijadikan Perdana Menteri termasuk yang menjadi ahli UMNO itu sendiri.

Perubahan ini amat diperlukan kerana jika tidak ada perubahan dalam jangka masa yang terdekat ini, ramai merasakan kita akan ditadbir oleh mereka yang tidak berjiwa seperti kita dipimpin oleh hanya jasad yang tidak berjiwa lagi. Kita semua tahu apa yang akan berlaku selepas ini jika tidak ada perubahan itu.

Kita mahu melihat seseorang yang mampu melakukan sesuatu yang tepat dalam kita menghadapi kejatuhan ringgit Malaysia yang sangat mengerikan ini. Kita mahu di pimpin oleh seseorang yang mahir dalam mengendalikan negara dalam waktu kejatuhan harga minyak yang mendadak sejak dua bulan lepas. Kita mahu dipimpin oleh seseorang yang berpijak diatas bumi yang nyata.

Kita mahu dipimpin oleh seseorang yang ‘realist’ dan mengakui kita wajar hidup dalam keadaan aman bersama-sama rakyat berbilang kaum yang saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. Kita mahukan negara menjadi sebuah negara dalam mana ia tetap dengan perjuangan yang ‘ultimate’ iaitu untuk mencapai ‘national unity’ yang abadi tanpa ada sesiapa yang mempersoalkan budaya dan hidup beragama masing-masing.

Yang lebih penting lagi kita mahu seorang yang memimpin negara yang boleh mendidik pimpinan yang rasuah itu adalah satu budaya dan kerja yang amat hina di sisi apa sekali pun lebih-lebih lagi di sisi agama dan budaya kita. Kita mahukan pemimpin yang memahami dalam erti kata yang sebenarnya yang rasuah itu adalah lebih hina dari seseorang yang memakan daging saudaranya sendiri.

Kita mahukan seorang pemimpin yang boleh mengisi kembali roh keluhuran dalam mentadbir negara. Kita perlu mencari pemimpin yang tidak merelakan pimpinan negara di setiap peringkat mengambil yang salah itu sebagai benar dan mengambil yang benar sebagai salah.

Kita perlukan kepimpinan baru yang mampu untuk kembali kepada ‘basic’ kepimpinan. Semuanya tidak ada dalam ‘set’ kepimpinan hari ini dan untuk kembali kepada yang ‘basic’ itu tadi. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dari semua pihak termasuk dari mereka yang sedang enak dengan kuasa dan glamor sekarang ini.

Bagi Najib dan barisan kepimpinan hari ini, mereka hanya ada satu cara sahaja untuk menunjukan yang mereka sanggup berkorban untuk negara, iaitu berundur dan memberikankan kepada yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin negara dan negeri.                                                                                                  

24 comments:

  1. Tolong perincikan pula kehebatan Anwar KETUM membangunkan negara dan memakmurkan rakyat.

    Pernah SiKETUM ini menduduki tempat ke2 hiaraki kepimpinan negara namun jasanya kepada rakyat Ground Zero. Dia menumpang glamor disebalik ketiak Tun.

    Apakah jasa SiKETUM yang terang lagi bersuluh menghina dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia.

    Najib! Teruskan tugas anda sebagai PM.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:26

    Anwar pun sama. Dia tidak boleh darti segi moral dan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. He's worst than Najib

    What make you think that I choose Anwar to take charge?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aspan be realitic, bro! If najib and team and all the rest in BN are incapable who else if not the team from PR which has been endorsed by the rakyat? I think PR is the only alternative that we all rakyat can put our hope on, unless if you can line up others. But who? Put up your proposal, Aspan, in order to be fair!

      Delete
    2. Indeed. If not PR, of which majority rakyat and MP (considering PAS Clerics vote against) has chosen Anwar Ibrahim as their PM in waiting, who else you would suggest to lead the nation? Perkasa + Isma + Jati? Make sense Sir!

      Delete
    3. Anons 16:19 & 20:22 might be the same person. Unfortunately, your perceptions are wrong understanding to the admin's writing above. Read again and digest it very carefully.

      Delete
  3. To anon 12:26 - Jangan terlalu taksub dengan pemimpin/parti.

    Tak sokong BN, tak semestinya saya sokong PR. Baik BN atau PR, sama je.

    ReplyDelete
  4. To everyone,

    If we want BN to rule, please do not take anyone from the current set within the cabinet.

    If we want PR to rule, please don't take anyone from the current top leadership.

    They are the same, no less and nothing more.

    ReplyDelete
  5. Sememamngnya Najib mmg banyak salah, dan 99% saudara mmg betul. Tapi ada 1% Najib elok. Najib tak malas dan tidur siang malam selalu.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera semuanya, cuba berfikir seketika, daru lontaran yang saudara-saudara lemparkan, apa kena Nhwar dalam hal ini, orang tu dah teruk kena fitnah, dimalukan, dihina sekeluarga, saudara-saudara tolong tambah lagi, biarlah Anwar yg percaya dengan perjuangannya. Masalah pandangan mencari pengganti, biarlah keadaan nyang menentukan, sebab kalau pun membuak-buak semangat nak tukar PM sedia ada, buat solat istiharah, minta petunjuk..ni tidak ikut akal masing yg kecil, tidak ada roh apa lagi dipandu oleh keimanan. Cukuplah jaqdi melayu yang suka menabur fitnah, takutlah pada Kesaksian di depan Allah di MahkamahNYA kelak. Sebenarnya kita semua yg patut dipersalahkan kerana membiarkan sistem sedia ada berterusan dan termakan dengan janji-janji HIDUP MELAYU. Berapa byk melayu di Pusat Serenti, di Penjara, penghisap dadah, buang anak, Status Islam tetapi tak sampai 1% tahu tentang Islam, harap masa lahir kena Bang/Ikamah, Masa Nikah dan Masa Mati saja. Sedarlah wahai Hamba Allah yang dijadikan dari setitis air mani dibaluti dengan tanah. Wassalam

    ReplyDelete
  7. Begini ajelah...

    Kalau BN tak bagus, PR pun TAK BAGUS, anda ada TIGA pilihan yang TAK BAGUS -

    1. Bertanding atas tiket parti baru - TIDAK AKAN MERUBAH APA2 atau;

    2. Berkokok siang & malam - JUGA TIDAK AKAN MERUBAH APA2 atau;

    3. Duduk diam2 - JUGA TIDAK AKAN MERUBAH APA2.

    Ada faham?

    ~ Musuh LAWAN kita, adalah KAWAN kita.

    ReplyDelete
  8. Pak Aspan

    The most suitable candidate with PM-material is Tengku Razaleigh Hamzah. Period.

    ReplyDelete
  9. Bukan setakad set BN atau PR. Set badminton, set sepak takraw, set bola sepak, set ping pong semua kena tukar jika nak tengok sukan negara maju.

    Cuma buat masa ini set pinggan mangkok boleh tangguh dulu.

    Lepas raya cina boleh tukar baru.

    OK! on your mark get set goooo....

    ReplyDelete
  10. sya amat yakin n percaya jika pm najib d bebaskan utk mentadbir Negara n bersedia mempertimbangkan saranan n pandangan kumpulan bijaksana, insya'allah scenario yg amat lebih positif akan terujud.dia hanya perlu rajin sikit berfikir.begitu juga d sri azizah.jika beliau mengambil keputusan utk memupukkan perpaduan bangsa melayu tanpa d pengaruhi sesiapa, maka besar kemungkinan ianya akan menjadi keyataan kerana beliau tlh d ikhtiraf sebagai ikon yg mempunyai banyak pengikut terutama d kalangan umat melayu.

    ReplyDelete
  11. melayu memang bangsat dah hancur negara pun dia tak peduli janji dia mudah sapu duit

    ReplyDelete
  12. Siapa lah agak nya idola Tuan aspan yg ingin dimartabatkan sebagai pm Dan kabinet tu.anwar ke atau mat sabu ke atau nik Aziz ke atau yg sewaktu dgn nya.jgn lah segan nk bagitu Rakyat yg marhaen.

    ReplyDelete
  13. If any one from the top leaders of respective sets of either BN or PR is considered not qualified, then who will be the most appropriate person to be the PM. I offer myself to take the job. I am a very clean person in all aspects according to my own judgment and appraisal.

    ReplyDelete
  14. Pak Aspan nie kalau dengar nama Anwar , meroyannya tak habis-habis.Sudahsudahlah AA bercakap pasal moral Anwar.Rakyat Malaysia bukannya bodoh.Dengan sistem pendakwaan terpiih dan berbagai.Bayangkan ketika hukuman dijatuhkan orang kena tuduh ada diluar negara...pelik ke tidak.Pak Aspan, 52 % rakyat Malaysia tak kisah samada Anwar atau siapa pun jadi PM, ASAL BUKAN UMNO. Hidup ini ada pasang dan surutnya Pak AA.Andai kata ditakdir Tuhan Anwar jadi PM nanti, mungkin selain Braim ali ..agaknya AA yang akan mencium tangan Anwar...Sudah-sudahlah berhenti mengutuk Anwar

    ReplyDelete
  15. Anon 21:19

    Don't equate your ,mentality with mind.

    ReplyDelete
  16. Anon 20:22

    Anwar PM in the waiting? He can wait and wait. No harm done to wait, but until when? Please tell him to keep on waiting.

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan..satu tulisan yg berjejak dibumi nyata. Tapi melihat respon2 tulisan ini, saya sedikit sangsi , adakah mereka2 ini faham akan maksud tulisan ini atau mereka ini sememangnya tidak pernah kenal siapa pemimpin yg layak dari kalangan mereka sendiri? Kata org tua ...kalau kamu masih tidak berjumpa, maka cari lah.. cari sehingga jumpa.

    ReplyDelete
  18. Sukar untuk mencari pengganti. Lapisan yang ada tidak menyakinkan. Yang benar berpengalaman memimpin negara adalah seperti Tengku Razaleigh

    ReplyDelete
  19. Tuan

    Apa kata tuan buat satu undian dlm blog tuan d antara tokoh2 berikut siapa yg patut dpilih sbg
    PM Malaysia :

    1) Najib
    2) Anwar
    3) Tenaku Razali

    ReplyDelete
  20. Mr aspan
    Najib is too strong whithin umno and bn frame. He will never ever relinquish his current position which he is on top of the world. Looks like we have to wait for another few more long years but then again he might be replace by another nightmare PM.
    I think that Malaysia had been cursed for don't know how long. Someone resolved that umno has to die then we might see new horizon. Its probably true.

    Can

    ReplyDelete
  21. masalah pemikiran hampir semua macai macai politik bila kita tidak setuju dgn pemimpin mereka. terus beranggapan kita menyokong pihak lain. berapa ramai rakyat yang tidak memihak kepada parti ...

    ReplyDelete