Ramai yang meminta saya
memberikan komen tentang tuduhan atau pandangan setengah pihak yang Najib dan
Anwar akan berkompromi dan kompromi itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan
tengkok masing-masing. Saya bukan orangnya yang pandai menelah dan membuat andaian
yang betul dan tepat seperti setengah orang lain, tetapi di dunia ini tidak ada
yang mustahil, apatah lagi apabila bercakap tentang kuasa dalam kerajaan negara
dan negeri.
Anwar sememangnya ketagih untuk
menjadi pemimpin. Jika Najib selalu berkata, ‘at all costs we must retain
Putrajaya’, Anwar juga begitu. Anwar akan buat apa sahaja untuk mendapatkan
kuasa. Perhubungan di antara beliau dengan Pakatan Rakyat itu adalah ‘marriage
of convenience’ dan beliau sanggup bersama parti-parti dan pemimpin yang beliau
musuhi dengan kuat semasa lampau. Bagi politik baru ini, ia adalah satu situasi
yang realistik. Berkawan hari ini bermusuh esok hari.
Najib pula sedang berada dalam
keadaan yang sangat susah kerana beliau bukan sahaja mempunyai terlalu banyak
‘perkara’ yang beliau hendak tutupi, beliau juga tidak mempunyai kekuatan
sokongan ramai lagi sedangkan beliau belum puas untuk berkuasa lebih lama. Mahu
tidak mahu Najib tidak lagi dihormati oleh pemimpin dalam BN dan UMNO, beliau
juga bukanlah pemimpin yang disayangi oleh rakyat yang ramai.
Banyak tanda-tanda yang
menunjukan yang beliau sudah hilang segala sokongan, yang hanya tinggal kepada
beliau hanyalah kuasa eksekutif yang diperguna habis-habisan untuk mengekalkan
kuasa. Secara ‘conclusive’ nya Najib sudah hilang segala-gala yang perlu bagi
seorang pemimpin Persekutuan Malaysia
ini.
Kita wajar memahami yang jawatan
Perdana Menteri Malaysia
adalah jawatan yang boleh memasukkan ke dalam dan mengeluarkan seseorang dari
penjara. PM Malaysia mempunyai kuasa yang lebih besar dari seorang Presiden
Amerika Syarikat (AS). Mahu tidak mahu kita sedang memerhati dan mencari sebab
kenapa keputusan Mahkamah Persekutuan tentang rayuan Anwar dalam kes Sodomi 2
masih tidak dilakukan oleh Mahkamah Persekutuan itu.
Kedua-dua Najib dan Anwar
pendeknya adalah dua orang pemimpin ‘desperado’ dan kebarangkalian mereka untuk
berkompromi semata-mata untuk kepentingan mereka berdua itu tetap ada. Hanya
samada mereka berjaya untuk berbuat demikian sahaja yang menjadi persoalan sekarang.
Mereka bukan mahu memikirkan apakah ‘consequence’ nya terhadap nasib siasah dan
kerajaan negara ini. Yang penting bagi mereka ialah kuasa dan cara berpolitik
sebegini sememangnya ‘attribute’ kepimpinan yang sangat tidak bermoral.
Kalau benar mereka adalah dari
gulungan pemimpin yang bermoral, takkanlah seorang mengalami ‘dipatuk ular dua
kali dari lubang yang sama’, dan seorang lagi sudah menjadi bahan cacian rakyat
di merata-rata tempat. Tetapi tolak lah isu ini ke tepi dahulu.
Bagi saya tidak akan ada
persefahaman di antara Najib dengan Anwar tetapi ramai yang suka untuk melihat
dan mengkaji apakah implikasinya jika teori kompromi Anwar/Najib oleh beberapa
orang pemerhati politik tanahair itu benar? Jika ia benar, maka apa yang blog
ini telah selama ini sudah menjadi kenyataan. Sekarang sudah lengkap
masing-masing pihak ada masalah untuk di tutupi dan masing-masing menggunakan
isu yang sama di antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Apa yang kita
lakukan yang tidak baik ia akan akhirnya timbul kerana jika kesalahan itu besar
tidak ada apa yang boleh menutupinya. Bagaimana 'bangkai gajah hendak di tutupi
dengan nyiru'?
Kalau kita mempunyai pengalaman
tidur di padang
pasir kita akan mendengar dentuman kuat di mana-mana pada tengah malam kerana batu-batu
pejal itu pecah oleh kerana perbezaan dan perubahan suhu yang mendadak di antara
siang hari dengan malam hari. Ia merupakan ‘physic and geographical principle’
yang sangat mudah difahami Apa yang berlaku sekarang ini 'ibarat batu-batu pejal
yang pecah ditengah padang
pasir'. Apabila batu-batu pejal itu pecah maka apa-apa kesalahan yang kita
sangka boleh ditutupi oleh batu-batu pejal itu akan terbongkar akhirnya.
Masing-masing mempunyai
pengetahuan yang luas tentang diri-diri di antara mereka. Masing-masing boleh
berkata kepada pihak yang bertentangan. “I know what you did last summer”.
Seperti yang saya selalu katakan mereka ini adalah hasil dari acuan yang sama.
Bentuknya sama, rasanya sama, nilainya sama dan isinya pun sama. Kalau tidak
sama masakan mereka berbalah di antara satu dengan lain dengan melemparkan
tuduhan yang masing-masing penyumbang kepada masalah yang negara hadapi
sekarang.
Kata orang 'keruh di hulu, keruh
di hilir'. Kalau tidak ada kesalahan yang dahulu masakan ada kesalahan yang
sekarang. Apa yang berlaku di antara kedua-dua belah yang berperang sekarang ini
bukan tidak pernah dijangkakan. Kita boleh membaca dan mentelaah apa yang
mereka lakukan dengan sengaja, maksud saya kerana politik peribadi yang
mendahului politik bangsa dan tanah airnya.
Apabila telah merasakan bahana
dari politik tidak jujur dahulu maka masing-masing menyalahkan pihak yang lain
sedangkan apa yang dilakukan oleh mereka yang sedang mentadbir poilitik dan
negara sekarang adalah hasil dari acuan yang telah mereka bentuk sejak tiga
dekad dahulu. Tidak adalah yang salah dan yang benar di antara kedua-dua belah
pihak yang sedang ‘berperang’ sekarang ini. Mereka adalah dari kelompok dan
budaya yang sama dan mereka hanya mementingkan apa yang diperlukan oleh pihak
masing-masing.
Itu sebabnya negara perlukan
perubahan drastikdan kita perlu memulakan politik baru dengan situasi yang
baru. Kita terpaksa memulakan negara yang baru, dan jika kurang dari itu kita
tidak akan berjumpa jalan penyelesaiannya.
Kita berkata demikian kerana
tiada apa yang akan kita jumpai yang baik selagi kita terbalut dengan
elemen-elemen ‘greed, anger and foolishness’ seperti yang selalu saya sebutkan
itu.
Kita perlu lepaskan diri kita
dari pengaruh-pengaruh negatif yang saya sebutkan tadi yang telah menguasai
diri pimpinan kita selama ini. Sekarang semua sudah merasakan akibah jika pucuk
lalai dalam membentuk kepimpinan pelapis yang mempunyai roh perjuangan seperti
yang telah dibentuk oleh pimpinan terdahulu. Suara-suara seperti ini telah
diluahkan oleh ramai di antara yang insaf tentang kelalaian ini, tetapi pihak ini
sentiasa diketepikan secara sistematik semata-mata kerana kepentingan jangka
pendek peribadi yang tidak menguntungkan negara.
Akhirnya yang lalai ini jugalah
yang sedang merasakan bahang dari permainan politik peribadi sejak puluhan
tahun dahulu. Blog ini tidak jemu-jemu menyebut isu ini kerana ia adalah isu
yang sebenarnya yang telah melanda kita semua sejak itu.
Tikus yang telah merosakkan labu pendidikan Malaysia tahun 1995-1999 kini cuba membaiki labu ekonomi... Tikus yang sama tentu hasilnya sama.
ReplyDeleteMujur Najib bukan Tok Batin. Jika tidak habis orang asli Malaysia kena jual...hahaha
Kalau guru kencing berdiri...anak muridnya kencing sambil menari. Cita2 untuk membentuk dinasti kodi nampaknya masih kelam...alahai mahatir!!!!!
ReplyDeleteSaya cukup setuju mrk dari acuan yg sama. . Mahathir kata kebusukan umno dh sampai ke usus. . Nah sekarang umno sarat dgn barah sampah sarap. Mrk seolah2 mampu monitor mahkamah dan kuasa trojan boleh buat itu ini. releven lgi kah umno?
ReplyDeletekes kapal terbang kes jual lahat datu pada amerika kes altantuya kes kapal selam kes 1mdb kes cicin kes baju kes filem kes sapu dana negara semua ada ini nak jadi pemerintah.lakhanatullah punya najib bini serta zuriat nye dan juga lupa lakhanatullah pada kroni serta kakkitangan kerajaan semoga kamu dilakhanat oleh allah amin
ReplyDeleteMalaysia semuanya boleh. Jadi APA nak dihairankan.Tidakada yang mustahil bagi orang politik.Ini termasuk undang undang boleh dipiuh ikut kehendak politik iaitu kehendak pihak berkuasa. Inilah yg berlaku di Malaysia..
ReplyDelete