27 January 2015

Rotan itu penting, bukan sahaja untuk kanak-kanak, juga untuk orang dewasa

Jika saya masih kecil (kanak-kanak) dan ibu saya masih muda membimbing dan membesarkan saya dengan cara yang betul pastinya ibu saya akan masuk penjara kerana kanak-kanak seperti saya tentunya akan dirotan kerana berbagai-bagai masalah kanak-kanak. Nasib baiklah saya dilahirkan lebih dari 60 tahun dahulu dan semasa itu merotan kanak-kanak bukan lagi menjadi kesalahan dan boleh dipenjarakan.

Undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan sekarang melarang merotan kanak-kanak itu merupakan usaha yang sia-sia. Itu bukan caranya untuk membentuk nilai keibuan dan kebapaan dan nilai baik untuk seorang anak berhubung  dengan ibu bapa mereka. Agama kita memerintahkan kita mengajar dan membuatkan anak kita mendirikan solat dalam jangka usia kanak-kanak itu tujuh tahun dan jika dia enggan adalah diminta untuk ibu atau bapa merotan anak-anak kita itu secara yang betul.

Ibu bapa bukannya membelasah anak-anak mereka tetapi merotan anak-anak yang engkar mendirikan solat itu kerana adalah tanggungjawab ibu bapa yang menentukan samada anak-anak mereka itu yahudi atau nasrani. Cakap ini bukan cakap saya yang lemah ini, tetapi itu adalah cakap agama kita.

Jika anak-anak tidak takut pada sesiapa kepada siapakah mereka akan merasakan ketakutan untuk melakukan kesalahan?

Saya yang sudah berumur ini sentiasa ingat kepada ibu bapa saya yang kedua-duanya sudah tiada di dunia ini. Saya hanya mendoakan sentiasa tanpa henti-henti agar roh mereka berada dalam kumpulan roh yang terampun dan sentiasa berada sebaris dengan roh-roh aulia-aulia dan syuhada.

Salah satu dari perkara yang membuatkan ingatan kepada ibu bapa saya yang telah pergi itu ialah kerana teguran dan didikan mereka yang salah satunya ialah tindakan mereka merotan saya semasa saya dalam bimbingan mereka setiap kali saya melakukan kesalahan.

Ibu bapa dahulu kala, apabila menghantar anak-anak mereka kepada guru mengaji quran, akan membawa bersama anaknya itu sebatang rotan halus untuk diberikan kepada guru quran itu. Sekarang sudah diamalkan lagi. Semasa menyerahkan anak-anak mereka kepada guru quran, ibu bapa semasa itu akan berpesan kepada guru atau ustaz itu dengan berkata lebih kurang begini; “ sayo sorahkan anak sayo ni tuan haji. Bimbinglah anak sayo ini sehingga pandai mengaji. Kalau dio dogil inilah rotannya. Rotanlah asalkan jangan patah atau pun tiyek”

Begitulah keadaannya dalam mana rotan itu sememangnya tidak boleh jauh dari anak-anak yang sedang dibimbing itu. Saya sendiri bersama dengan rakan seangkatan dengan saya tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan tiada seorang pun yang terlepas dari kena rotan oleh guru-guru sekolah kami.

Merotan itu bukan sahaja dianggap sebagai proses pendidikan seseorang itu tetapi ianya telah menjadi budaya dalam proses pembesaran kanak semasa itu. Guru-guru sudah tidak boleh merotan lagi dan kita lihat perbezaan seorang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dahulu kala. Mungkin saya masih dianggap kuno tetapi itulah yang menjadikan ramai anak-anak seorang ‘menjadi orang’ apabila sudah dewasa.

Malahan sekarang ini orang dewasa pun memerlukan rotan itu. Jika dahulu kala anak-anak memerlukan rotan untuk memperbaiki diri mereka, sekarang ini orang dewasa pun memerlukannya terutamanya yang mempunyai kelakuan dan moral yang tidak baik seperti pemimpin politik yang menganiaya rakyatnya.

Pendeknya rotan ini sangat perlu untuk semua orang, baik yang masih kanak-kanak mahu pun yang sudah mempunyai anak-anak dan cucu. Rakyat kita tahu siapa yang sepatutnya dirotan kerana salah laku terhadap negara kita ini. Itu sebabnya masing-masing menuduh di antara satu dengan lain kerana hendak mengelakkan dirotan oleh rakyat.

Saya sarankan agar niat untuk menjadikan merotan anak-anak atau kanak-kanak itu satu kesalahan supaya dibatalkan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu dilakukan sebelum kita fikirkan untuk menggubal undang-undang menjadikan merotan itu satu kesalahan.

Rotan orang dewasa yang melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti perasuah dan penyalahguna undang-undang itu dahulu. 

4 comments:

  1. btul ckp tuan..sy sbg guru disiplin..apabila mlihat kuasa rotan dikurgkan..bdk2 skrg mkin degil dn tidak hormatkan guru..dn dr sudut agama tiada yg salah merotan ini krn islam telah menjelaskan dgn terperinci cara merotan yg btul..cma sy brsa kesal dgn pemikiran menteri yg nmpk dangkal ttg hukum islam..

    ReplyDelete
  2. Jangan cakap menteri saja. Semua Melayu muslim otak kolot, haprak dan munafik. Sama taraf dengan ilmu dan kefahaman mereka mengenai agama yang mereka anuti. Ajaran Allah yg sebenar melalui Quran telah banyak mereka rosakkan dengan mencampur aduk dengan pelbagai tafsiran dan fahaman ciptaan mereka sendiri. Masih nak berlagak alim dan taat.

    ReplyDelete
  3. Anon 00:37

    Siapa kamu yang berani memmunafikan semua orang dan kamu sahaja yang tidak munafik. Menjatuhkan hukum munafik itu kerja Tuhan. Kerja kamu banyak yang tak kamu buatnak ambik kerja Tuhan pulak.

    aku tak jatuhkan hukum buat kamu tetapi semua mukmin tahu apa hukumnya orang yang menjatuhakn hukum munafik kepada orang lain.

    Sebenarnya kamu itu yang tidak tahu hal agama. Kalau kamu tahu asas agama masakan kamu sanggup memunafikan semua orang Melayu Islam. Yang tinggal tidak munafik hanya kamu seorang sahaja.

    ReplyDelete
  4. Tahniah..saya sentiasa menyukai pandangan bernas AA

    ReplyDelete