Sekarang isu Anwar pernah di
tawarkan menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib dengan tambahan 4 kerusi
kabinet bagi membentuk kerajaan camporan atau apa-apa yang hendak dinamakan
kerajaan itu jika ia benar-benar terjadi. Nurul Izzah, Naib Presiden PKR telah
membuka isu ini di Permatang Pauh minggu lepas dan ia mendapat reaksi yang agak
panas terutamanya dari pemimpin senior UMNO. Di antara yang menyangkal
perjanjian rahsia ini ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan
Ahli Jemaah Kabinet yang termuda dalam kerajaan Malaysia itu.
Dimana Nurul tahu tentang
perjanjian rahsia itu, tentulah ia diberitahu oleh bapanya mungkin sewaktu
makan atau wakrtu sarapan pagi kerana mereka adalah dalam satu keluarga. Lagi
pula itu adalah rahsia diantara bapa dengan seorang anaknya dan bukannya dengan
pemimpin atau ahli-ahli partinya. Tentulah bapa akan memberikan anaknya segala
apa yang beliau lakukan samada secara terangan atau secara gelapnya.
Tetapi di antara Najib dengan
Khairy atau pemimpin UMNO tertinggi yang lain, ia tidak seperti perhubungan
di antara Anwar dan Nurul. Khairy bukan ahli keluarganya dan tentulah banyak
yang Najib lakukan tidak akan diberitahu kepada pemimpin UMNO terutamanya
Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya.
Saya tidak terkejut apa yang di
sebut oleh Nurul Izzah itu benar kerana yang berunding ini ialah Anwar.
Memanglah Anwar berkemampuan untuk melakukan perkara seperti ini kerana beliau
pandai bercakap lain dengan pemimpin-pemimpin partinya dengan apa yang beliau
lakukan. Depan lain, dibelakang lain.
Begitu jugalah Najib. Najib tidak
akan memberitahu apa yang beliau rundingkan secara senyap dengan
pemimpin-pemimpin UMNO dan perbuatannya itu pernah di buka rahsianya oleh Naib
Presiden Indonesia ,
Yusuf Kalla.
Bagaimana seseorang itu menafikan
berlakunya perjanjian rahsia yang mereka tidak pun tahu ia berlaku? Kita tidak
terkejut kerana Najib sedang menghadapi masalah krisis keyakinan dan beliau
tidak mendapat sokongan kuat dari Ahli-Ahli Kabinetnya secara kuat serta
mempunyai tekanan dari dalam partinya sendiri.
Najib mahu melakukan apa sahaja
asalkan beliau mendapat sambungan kepada tali hayat politiknya walaupun dari
mereka yang bertentangan politik dengan beliau. Disebaliknya Anwar pun dalam
keadaan desperado untuk menjadi PM negara ini. Kerjasama beliau dengan PAS mahu
pun DAP merupakan kerjasama sementara beliau mendapat apa yang beliau hajati,
dan beliau pun diperguna oleh parti-parti dalam PKR bagi mereka mendapat
sokongan tambahan untuk terus menguasai sokongan dari rakyat yang tidak berkeyakinan
dengan BN lagi.
Saya yakin dengan apa yang
diperkatakan oleh Nurul Izzah itu dan perjanjian rahsia tidak boleh dinafikan
oleh mereka yang tidak ada dalam perundingan itu. Ini politik Malaysia . Lagi pun sememangnya kita
mempunyai slogan ‘the endless possibilities’ dan semuanya ini adalah ‘possible’
untuk berlaku.
Hanya yang terlajak kesana kemari
ialah penyokong masing-masing. Penyokong Anwar begitu tegar membenci Najib dan
Anwar mengarak mereka kehulu kehilir untuk berdemonstrasi tanpa mereka mengetahui
yang Anwar dalam senyap-senyap telah bertemu dan berbincang dengan Najib. Anwar
sememangnya dari dulu seorang yang ‘politically flirtatious’ yang tiada
batasnya. Tetapi ini tidak difahami oleh mereka yang baru hendak bercakap
tentang politik atau mendekati politik negara. Bagi yang lama-lama memahaminya
dengan baik. Bak kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman.
Oleh kerana perjumpaan rahsia itu
terbongkar maka ia tidak dapat terlaksana kerana masing-masing terlalu takut
dengan penyokong masing-masing kerana ia belum sempat hendak di muktamadkan.
Jika ia sempat dimuktamadkan
bagaimakah kedudukan mereka dalam UMNO dan Pakatan Rakyat itu? Kata orang lulus
jarum lulus kelendan. Jika Anwar berjaya memenuhi dan melaksanakan apa-apa yang
beliau janjikan kepada Najib, bagaimana dengan pimpinan dalam DAP dan PAS? Atau
reaksi pemimpin-pemimpin PKR yang telah berpeluh dan berkeringat menentang
Najib?
Oleh kerana keadaan sudah berubah
elok tidak disebut lagi apa-apa perjanjian sulit di antara kedua-dua Najib dan
Anwar itu, kerana tidak semestinya sentiasa mendapat apa yang kita hajati.
Anwar kini sedang menjalankan
hukuman di penjara setelah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bersalah dalam
isu sodomi2. Najib pula sedang berhadapan dengan masalah peribadi dan
kepimpinannya yang sangat serius.
Najib sedang menghampiri
persimpangan. Nak terus memimpin pun bermasalah, hendak bersara pun mempunyai
masalah. Seperti juga Anwar, Najib menghadapi banyak masalah kerana sikap dan
kesalahan mereka sendiri.
Assalamualakum Tuan AA
ReplyDeleteSaya menyimpulkan apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah adalah benar, berdasarkan apa yang telah berlaku di Negeri Perak pasca PRU 2008, dimana Najib TPM dan Menteri Kewangan ketika itu berusaha untuk mendapatkan sokongan 2 orang ADUN PKR yang bermasalah serta menyebabkan seorang ADUN UMNO yang menyertai PR buat U-turn, mengakibatkan kerajaan PR di Perak terguling. Dalam isu penawaran kepada Anwar pula, dia ini tidak mudah digula-gulakan kerana dikatakan olehnya sendiri berpegang kepada prinsip perjuangan politiknya. Disini nampak jelas bahawa Najib bertindak lebih desprado demi hayat politiknya. Semua kita faham bahawa Najib tidak memiliki kompetensi sebagai pemimpin ataupun peneraju negara ini, berbanding dengan Anwar. Izinkan saya sedikit berbeza pendapat dengan tuan, iaitu masalah yang dihadapi oleh Anwar adalah kerana berkata benar yang menjadi kepantangan amat besar kepada UMNO dan bukan masalah moral peribadinya. Begitulah juga beberapa pemimpin dalam UMNO yang berkata benar, terbukti mereka telah dimandulkan, cuma untuk survival politiklah yang menyebabkan mereka masih kekal berada di dalam UMNO hanya sebagai tukang angguk sahaja.
Aspan, bacalah sikit kupasan RPK mengenai ni di Malaysia Today. Siapa yang desperado, sebab tampok pemerintahan di tangan Najib sedangkan Anwar pembangkang dan akan masuk mahkamah atas kes liwat. Orang yg desperado akan buat apa saja untuk menyelematkan tengkok termasuklah berbohong
ReplyDeleteAnwar Ibrahim Dipenjara : Perbezaan antara Tahun 1999 dengan Tahun 2015
ReplyDeleteJika tahun 1999 hukuman penjara Anwar Ibrahim berakhir cukup 6 tahun, maka, mungkin sahaja kelebihan yang lebih banyak dimiliki oleh Anwar Ibrahim ketika ini menyebabkan hukuman penjara yang dihadapinya kali ini tidak akan berakhir sehingga cukup 5 tahun, mungkin setakat dua atau tiga tahun atau mungkin sahaja tidak akan sampai setahun.
Artikel Penuh:
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/02/anwar-ibrahim-dipenjara-perbezaan.html
ReplyDeleteAnon 07:50
Bacalah inti pati yg saya sebut dalam tulisan ini. Dua-dua desperate.
Lagi pun pandangan RPK lain dan pandangan saya mungkin lain. Kami berkawan dan banyak perkara berbeza pandangan.
Kamu ada pilihan, untuk percaya pada pandangan saya atau pada sesiap yang lain.
Entahlah Aspan...Aspan orang lama dalam politik sepatutnya sekilas ikan di laut dah tahu jantan betinanya, dah tahu perangai Anwar sepatutnya dah masak dengan tindak tanduknya.
DeleteSapa yang lebih pembohong., lebih munafik antara kedua duanya..Saya rasa si banduan Sungai Buluh akan menang tanpa tandingan.
Tuan, Aspan.
ReplyDeleteTuan jangan mengatakan yang penyokong Anwar adalah tegar dan dipergunakan kesana kemari.Kami bukanlah sebodoh itu.Kami sekarang sedang menggunakan platform anwar untuk melihat gelagat umno yang telah lama menipu rakyat.Tak timbul isu di pergunakan.Rata-rata kami berpelajaran tinggi dan kami mahu negara ini lebih maju dari negara maju.
Tuan Aspan ... Anwarlebih ,erasa desperado nak jadi pm sebab kalau tak berkuasa penuh masakan RASUAH bolih dapat di hapuskan atau di kurangkan. 2 perkara telah di capai dan kita patut bersyukur. Satu, penerapan nilai Islam hampir terlaksana. Cuba lihat bank islam, perbankan Islam dan juga universiti Islam. Perempuan mula pakai tudung bila????. Ada ingat tak?
ReplyDeleteYg belum tercapai sedikit pun ialah pencegahan rasuah. Kau orang lihat ada Dsai makan rasuah? Adatak... jawap. Sebab itu dsai amat desperado untuk memeggang PM. Sebab rasuah bolih dikurangkan jika Dsai jadi PM.
Now, najid desprate nak masih berkuasa jadi pm, sebab dia cuba nak cover up segala kesalahan dan kesilapan yg telah di lakukan. Contoh, kes 1MDB... senyap dia. Atantuya ... banyak cover up. Report Ketua Odit negara ... pun senyap. Apa nak jadi. Wallahuaalam.
M.0
Kalau tiada rahsia antara anak dan bapa, tak kan sianak tak tahu sibapa 'bercengkerama' dengan China Doll. Itu semua alasan untuk bagi panas saja.
ReplyDeleteCahaya Al Majid
ReplyDeletePernahkah anda diberitahu atau anda memang sedia sudah tahu bahawa 'mempercayai' sesuatu fitnah itu adalah termasuk dalam golongan fasik? Mungkin anda termakan dengan fitnah jajaan Datuk T dan macai-macainyai, dalam isu yang anda perkatakan itu. Peliharalah pahala amal ibadat yang anda telah kumpul selama ini agar tidak menjadi sia-sia sahaja.
Pak Aspan,
ReplyDeleteMacam mana nak percaya cakap Nurul,rekod dah ada,mengaku berbohong dan memfitnah secara public....sekali,dua mungkin orang percaya,tetapi beberapa kali,sorry la.Sayang,kredibility budak ini dah punah dah.
Adakah Nurul, seorang pemimpin tinggi dalam PKR mahu saja2 cakap kosong mengenai rundingan antara Bapanya dengan Najib. Puak2 PKR akan menafikan dengan sekeras2nya dan dengan segala daya kerana selama ini mereka memburuk2kan TG Hj Hadi kononnya berselingkoh dengan dengan umno dan melebelkan mereka yg menyokong presiden pas sebagai gulongan UG!! ApabilaNaib Presiden PKR sendiri yang buat pendedahan puaj2pkr yang bencikan Hj Hadi jelas terkejut beruk, kerana yang tidur sekatil dengan umno adalah Ketum pkr sendiri!
ReplyDeleteTuan aspan..pertemuan dan tawaran itu memang ada berlaku..tetapi olih kerana ada satu,dua benda yg menjadi penghalang,ia tak dapat nak di meterai..
ReplyDeleteKenapa Anwar sendiri tak cakap dia ditawarkan jawatan TPM tersebut jika benar? sebab Anwar tahu tidak ada siapa yg akan percaya. Adakah dengan mengunakan Nurul orang akan percaya? belum tentu juga. Cuba guna logik akal dan bukan emosi.
ReplyDeleteCiter lama yang melibatkan Yusuf Kalla sejurus sebelum PRU13.... anwar yang mintak jawatan TPM tu., bukan Najib... Sampai bila nak kena tipu
ReplyDelete