Akhirnya Kidex (Kinrara-Damansara
Expressway) di batalkan di atas kehendak parti-parti politik dari Pakatan Rakyat
serta orang ramai yang dipengaruhi oleh parti-parti politik ini. Keputusan
politik ini akan memberikan kesan kepada mereka yang mahukan ‘alternative road’
kerana kawasan yang terbabit sebenarnya memerlukan jalan dan laluan pilihan
bagi menyelesaikan kesesakan dikawasan yang terlibat.
Sekarang kehendak parti-parti dan
pemimpin dari Pakatan Rakyat sudah tercapai, berilah penyelesaian kepada isu kesesakan
lalulintas di kawasan yang terlibat. Puaslah kehendak hati mereka yang
menentang pembinaan lebuhraya ini dan masing-masing bertanya kepada diri mereka
sendiri, apakah keuntungan yang didapati oleh mereka dengan pembatalan ini.
Terutamanya kepada mereka yang
berdemonstrasi menentang pembinaan lebuhraya ini dahulu, mereka sepatutnya
memberikan jalan alternatif kepada Kidex ini kerana yang pasti ialah keperluan
lebuhraya ini amat mendesak. Semakin hari semakin sesak kawasan itu dan
nampaknya rakyat dikawasan ini tidak akan dapat keselesaan seperti rakyat
kawasan lain, semata-mata kerana pertimbangan politik pemimpin kerajaan negeri
Selangor dan pimpinan pembangkang (PR) disetiap peringkat.
Sekarang kita mahu bertanya,
apakah dengan pembatalan pembinaan lebuhraya ini di batalkan ia telah
memberikan keuntungan kepada penduduk kawasan ini? Kita tidak nampak jalan
penyelesaian yang di berikan dan di cadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
setelah membatalkan pembinaan lebuhraya ini.
Jika difikirkan kewajarannya
Kidex sepatutnya diteruskan kerana dalam jangkamasa yang pendek sahaja
keperluan untuk lebuhraya merentasi kawasan ini akan mendesak, tetapi politik
yang menyebabkan isu ini menjadi besar dan akhirnya dibatalkan. Akhirnya nanti
rakyat kawasan ini juga akan merasakan keperluan lebuhraya itu.
Tetapi untuk memberikan sedikit
keadilan kepada pihak kerajaan negeri Selangor, penolakan lebuhraya ini
bukannya kerana ia tidak diperlukan untuk membuat persediaan kesesakan lalu
lintas di kawasan ini. Ia bersebab. Ramai yang berpendapat yang penolakan
projek ini ialah kerana projek ini dipromosi oleh syarikat yang mempunyai
kepentingan orang tertentu yang rapat dengan UMNO.
Di tambah pula dipihak PR juga
menggunakan isu ini untuk menumbangkan Menteri Besar mereka sendiri. Berjayalah
mereka menurunkan MB mereka tetapi yang rugi ialah pengguna lebuhraya yang
menganggap Kidex ini akan menjadi salah satu dari tindakan bagi mengurangkan
kesesakan lalulintas di kawasan ini.
Ia adalah projek UMNO, kerana ia
membabitkan nama-nama seorang peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara. Ini
sahaja negara yang mengakui sebuah negara yang sedang maju dalam mana
bekas-bekas hakim pun menjadi orang korporat dan ahli perniagaan. Ini tidak
berlaku di negara-negara maju yang lain.
Di sini sahaja terdapat
orang-orang yang berkelulusan ‘professional’ mengambil peluang untuk berniaga.
Di negara ini terdapat peguam memohon kompatmen balak dan seorang doktor
memilih untuk memohon kawasan kauri dan berbagai-bagai lagi dari kerajaan.
Mereka tidak kekal dengan kerja professional mereka kerana mendapati menjadi
‘rent seekers’ memberikan mereka peluang untuk menjadi kaya raya, maka segala
yang mereka pelajari di universiti tempatan dan luar negara tidak memberikan
apa-apa makna kepada kumpulan ini.
Hanya di negara ini sahaja pernah
berlaku kumpulan yang terlibat dengan kewartawanan terlibat dalam perkiraan
‘paper shufflers’ dan mendapat keuntungan dari ‘corporate exercises’ pada pertengahan
tahun 1990 dahulu dan mereka menjadi kaya kaya raya dengan saham-saham besar
dalam syarikat-syarikat tersenarai dalam bursa Kuala Lumpur.
Setengah dari ‘journalists’ yang
mendapat habuan kerana meninggalkan etika ‘profession’ mereka duduk mendiamkan
diri walaupun ada yang masih membuat bising menyalahkan orang dan pemimpin
di sana sini. Semuanya ini sudah dibudayakan dan ia tidak salah dan tidak
dianggap ‘unethical’ lagi. Malahan jika kita kritik mereka ini, kita pula yang
dianggap salah dan akan ditekan dengan berbagai-bagai cara secara sistematik.
Apa pun berhubung dengan isu
Kidex ini, kita nampak keputusan itu hanya didasarkan kepada pertimbangan
politik dan bukannya untuk mendahulukan rakyat atau untuk kepentingan orang
ramai.
Hari ini politik dimainkan tanpa
mengira kepentingan ramai. Politik sekarang sarat dengan pemimpin yang lemah
dan cara mereka untuk kekal samada diperingkat parti atau pun individu, jalan
yang terbaik bagi mengekalkan diri dalam politik ialah mengambil jalan populis
walaupun ia akan akhirnya merugikan rakyat.
projek saguhati kpd peguam dan hakim kes perlembagaan perak...
ReplyDeleteKidex Sdn Bhd is owned by Emrail Sdn Bhd and Zabima Engineering Sdn Bhd. Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun is listed as Zabima Engineering's company director and Emrail's chairman while Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, wife of former Chief Justice Tun Zaki Azmi is listed as Emrail's company director.
Salah satu syarat penting yang Kerajaan Negeri Selangor kenakan adalah - Kidex diwajibkan mengemukakan lapuran kajian kesan trafik oleh jurunding yang bebas - independent consultant i.e. Kidex perlu membuktikan bahawa projek itu berkesan untuk memanfaatkan aliran trafik dan kesesakan lalulintas.
ReplyDeleteSehingga kinik Kidex samada gagal atau enggan kemukan kajian yang tersebut. Itu salah satu sebab projek itu dibatalkan.
Bagaimana boleh dikatakan Kidex suatu penyelesaian kepada masaalah lalulintas ?
Apakah Kidex sebenarnya hanya suatu jalan mengaut untung oleh pihak tertentu ?
Setuju sangat2 dgn pak aspan. Parti yg sama tidak mahu toll, tetapi di penang tol akan dikenakan apabila projek terowong bwh laut siap walaupun jambatan ke2 dah siap. Penilaian alam sekitar utk terowong bwh laut apa cerita? Inilah nilai keperibadian ahli politik yg rakus...mempunyai 2 set undang2...
ReplyDeleteSaya setuju dengan tuan AA. Hiway / Xpressway mesti dibina tetapi hendaklah tanpa tol. Hasil minyak kan banyak.
ReplyDeleteSdr Aspan
ReplyDeleteSaya rasa projek ini dibatalkan kerana pihak kontraktor tidak memberi maklumbalas kepada beberapa isu yang kerajaan negeri bangkitkan sehingga 14 feb lalu.
Saya yakin projek ini akan diteruskan oleh kerajaan negeri dengan pengubahsuaian dimana perlu. Tqvm
Azmin sudah mula melalut. Bagi saya ia satu keputusan bodoh.
ReplyDeleteLihat lah kepimpinan nya nanti bakal mengasingkan keuntungan rakyat dengan keuntungan peribadi yang berkuasa dalam parti-parti PR. Siapa yang berkuasa sebenar nya ?
Hairan, Datum Jelatek dengan sombong diri mesti di teruskan. Nilai RM 250,000 boleh membeli harta mewah tersebut ? Jelas sekali siapa membolot kemewahan komersial nya kelak ?
Berpolitik bukan kesempatan untuk meraih kekayaan sendiri dan syarikat-syarikat janaan.
Berpolitik bertujuan demi membela nasib rakyat yang memberikan undi untuk membela yang mengalami 1001 macam desakan hidup yang semakin menghimpit dengan pendapatan di bawah kemiskinan.
Apa masalahnya?.Kerajaan negeri ada hak untuk membatalkan projek dan alasan diberi adalah laporan tidak lengkap.Saya rasa saudara Aspan yang cuba mempolitikan iau ini.
ReplyDeletePatutkah para peguam kena melepaskan tugas profesional mereka apabila menyertai politik. Seakan-akan mereka hidup didalam dua alam iaitu legislatif dan judisiari (walaupun mereka bukan hakim - Peguamadalah juga dikira sebagai pegawai mahkamah)
ReplyDeletePembatalan KIdex hanya perkara politik dan tidak kena mengena kepentingan rakyat ?
ReplyDeleteHaha, let me ask aspan alias then.
Adakah penganugerahan Kidex tu untul kepentingan rakyat ke atau perkara politik untuk bagikan wang rakyat kepada anak syarikat orang orang UMNO.
u cakap saja pembatalan buat apa.
what about the award itself !!!
ReplyDeleteAnon 23:15
Why don't you read word by word the article i wrote first before you open up yr big mouth?
ReplyDeleteYour article yang "senget"...
Aspan Alias JGN DIGEST PEMBATALAN INI DGN SEBELAH MINDA SHJ!
Sifirnya mudah!!!!..., ikut je apa kehendak kerajaan negeri.. apa dia minta (3 Requirements tersebut). Kenapa perlu rahsia bagai? projek ini di tanah kerajaan negeri, mereka ada hak nak tahu... Dan anda kata projek ini baik utk rakyat.. maka apa perlu takot utk disclose? Berani kerana benar.. Jujur kerana ikhlas..
Bagi saya jika kita betul2 nk buat bisnes disamping membuktikan projek ini benar2 membantu/berfaedah kpd rakyat for long term.... dedahkan shj. (baru la telus)
Sifir ini logik klu kita tgk.
Klu kita dh dpt tender.. kita kena cuba la ikut apa yg tuan rumah minta.. Klu tak boleh cuba bagi tau alasan munasabah. JGN DIAM!
Hendak-tak-nak, perkara ini mesti ada impak kepada rakyat!. SESEORANG MB BUKAN HANYA PERLU TGK IMPAK +ve SHJ... BELIAU PUN NK TGK IMPAK -VE KPD RAKYAT (JIKA ADA). Contoh cara kutipan tol berapa lama atau sebagainya termasuk kos projek...
Saya rasa klu KIDEX hantar apa yg Kerajaan Selangor minta.. baru bole kita judge sama ada tindakaan Kerajaan Selangor itu betul/tidak!
Mungkin Kerajaan Selangor nk tgk apa yg terkandung dlm kontrak tersebut. Yer la.. mn la tau berat sebelah ..
Contoh: Ibarat seorang Bos yg baru dilantik ambil alih syarikat, Xkan la dia xbole tau apa yg berlaku ttg sesuatu dlm syarikat dia (ibarat mcmtu la)..
Klu bagus why not terus je kan! betul x? But klu xbagus better stop dlu.. Jika xpenting /not necessary tangguhkan tggu masa yg sesuai bila semua perkara-perkara penting utk rakyat sudah terlaksana.
Saya tidak bersetuju dengan pendapat Aspan Alias. Pertama, tidak dapat dinafikan, trafik semasa di jalan puchong-damansara perlu penyuraian kerana sangat teruk. Tetapi Kidex tidak dapat membuktikan dari segi data yang mereka mampu mengurangkan trafik (sekurang-kurangnya 30% kalau tidak silap saya). kedua, projek ini melibatkan banyak taman2 di laluan tersebut. ini bakal mengorbankan rumah kediaman yang rata2nya di kawasan2 tersebut adalah milik orang yang sudah bekeluarga. ketiga, kerja2 pembinaan akan mengganggu rumah2 kediaman berdekatan. jadi, persoalan saya pula, jika projek ini gagal membuktikan kebolehannya menyuraikan trafik di laluan tersebut, kenapa perlu kita melakukan pengorbanan ke keselesaan sedia ada rakyat setempat? mereka juga rakyat. dan bukankah keselesaan rakyat merupakan salah satu kepentingan bagi sebuah kerajaan? bagi saya ada cara lain boleh dilakukan bagi mengurangkan trafik tanpa perlu mengorbankan sesiapa.
ReplyDeleteProjek ini telah 'terbatal' kerana tidak memenuhi syarat2 termaklum demi menjaga kepentingan rakyat. Keperluannya tidak perlu dipersoalkan. Maka antara alternatifnye ialh 1.Projek ini perlu dikaji semula LALUANnye bg memenuhi kesan2 sosial & alam skitarnya. 2.DiTENDERkan SECARA TERBUKA (khas kepada KONTRAKTOR BUMIPUTERA sahaja) bagi mendapatkan HARGA TERBAIK dipasaran. 3.Dengan kos projek terbaik melalui tender terbuka akan membolehkan kerajaan memberi TEMPOH KONSESI yang singkat & KADAR TOL terendah munkin.
ReplyDeleteWALAUAPEPUN, BUKANKAH 'PROSES TENDER YANG TERBUKA & TELUS' ADALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN & MANFAAT PENGGUNA, RAKYAT & NEGARA?
projek yg dianuherahkan kpd kroni memang patut dibatalkan...adakah projek ini melintasi rumah Zaki Azmi atau Hafarizam? berapa banyak untung atas duit rakyat yang dua orang kuat UMNO ni nak kebas? Kalau Selangor masih dlm kuasaan UMNo, bantahan rakyat ni takkan diambil pot pun. kalau nak buat juga projek, ikutlah syarat syarat kerajaan negeri. Padan muka Zaki dan hafarizam.
ReplyDeletesri hartamas
Perkataan rakyat dalam pakatan hanya gula2 untuk menarik sokongan rakyat je. Hakikatnya mereka cuma nakkan kuasa dan kekayaan peribadi. Rakyat entah ke mana x peduli. Rakyat tertipu dengan janji manis pakatan yang x ditunaaikan. Rakyat tanggunglah akibatnya.
ReplyDeleteTak paham aku kenapa kerajaan pusat beria nak but highway..orang tak nak tak payah la lebih2..pandai2 la kerajaan negeri nak setelkan traffic jam kat PJ
ReplyDelete