Ada yang bertanya kepada saya
kenapa saya tidak berminat untuk membuat komen tentang kematian Lee Kuan Yew
baru-baru ini dan apakah perbezaan di antara pentadbiran kerajaan Malaysia
dengan Singapura, terutamanya perbandingan di antara Dr Mahathir dari Malaysia
dan LKY dari Singapura. Ramai di antara penulis-penulis telah memberikan komen
tentang isu ini tetapi saya tidak melakukannya seperti penulis-penulis
tersebut.
Saya bukanlah seorang yang mempunyai ‘authority’ kuat untuk bercakap tentang perbezaan di antara Dr Mahathir dengan Lee Kuan Yew kerana bagi saya itu adalah topik yang terlalu besar untuk saya yang kerdil ini. Hanya saya sememangnya suka untuk membaca ucapan-ucapan penting pemimpin banyak negara termasuklah negara Singapura, terutamanya ucapan-ucapan Encik Lee Kuan Yew. Dulu-dulunya saya suka membaca apa yang diperkatakan oleh Toh Chin Chai yang suatu ketika dahulu merupakan Timbalan Perdana Menteri Negara itu, salah seorang arkitek yang membina asas kemajuan negara Singapura itu.
Saya mempunyai kepercayaan apa yang dikatakan oleh seseorang itu memberikan peluang untuk memberikan pandangan dan persepsi kita terhadap seseorang pemimpin itu. Dalam komen pendek saya ini, saya akan hanya memberikan pandangan berdasarkan kepada ucapan-ucapan LKY dan jika ada perbandingan dengan Dr Mahathir ia boleh disandarkan kepada apa yang kita lihat diatas segala tindakan dan keputusan-keputusan yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap negara.
Kedua-dua pemimpin ada persamaannya dan tidak boleh dipisahkan persamaan itu walau sekuat mana pun usaha untuk membezakannya. Kedua-duanya mentadbir Negara ala kuku besi dan tidak boleh mana-mana pihak untuk menunjukan tentangannya. LKY yang terkenal sebagai bapa Singapura moden itu sememangnya tidak boleh dinafikan kerana beliau memerintah begitu lama dan berjaya untuk menjadikan Singapura dari sebuah Negara kecil yang miskin kepada sebuah Negara moden yang mempunyai pendapatan per kapita berlipat kali ganda dari Negara kita Malaysia.
Jika itu menjadi ukuran tentang kejayaan LKY, ia tentulah mempunyai kesahihan perbezaan kualiti kepimpinan yang melebihi dari kepimpinan Negara kita. Kalau tidak masakan Singapura telah melebihi dari Negara kita dari sudut kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi untuk ‘city-state’ itu.
LKY telah menunjukan dan
melakukan tindakan yang tegas bagi memajukan Negara itu dengan membina ratusan
anak-anak muda yang tinggi ‘professionalism’ mereka pada awal kemerdekaannya
hasil dari pemecatan Negara itu dari Persekutuan Malaysia. LKY telah memastikan
Singapura membentuk ratusan gulungan yang tinggi sahsiahnya dan melatih
kumpulan yang terbaik bagi menerajui Singapura dalam berbagai bidang yang telah
dirancang.
Dalam satu ucapan mereka dihari kemerdekaan Singapura LKY telah memberitahu rakyat jelata yang Singapura sedang membina dan telah pun berjaya mewujudkan kumpulan yang begitu tinggi sahsiah mereka. Jika ratusan ini berada dalam satu pesawat besar dan terhempas maka Singapura akan jatuh dan tidak akan bangun buat berapa lama. Begitulah seriusnya LKY untuk membina kepimpinan dalam semua bidang bagi meneruskan perjuangan negara itu untuk mencapai kemajuan yang pesat setanding dengan negara-negara maju di barat dan seantero dunia.
Di sinilah terletaknya perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kepimpinan politik negara kita. Pemimpin Negara kita takut dengan rakyat yang bijak dan dalam usaha mengekalkan kuasa terlalu ramai pimpinan Negara yang boleh memberikan keuntungan serta kebaikan kepada negara diketepikan dengan cara politik dan hanya yang tidak berkemajuan dan berkepimpinan yang menguasai teras kepimpinan politik dan pentadbiran negara.
Sehingga sekarang hasil dari budaya dan sikap negatif itu negara sekarang sedang berhadapan dengan kekosongan dan ketandusan kepimpinan. Kita dipimpin oleh kumpulan elit yang hanya mementingkan kepentingan kumpulan itu dan membudayakan budaya ‘factionalism’ serta membina bibit-bibit ‘sycophants’ yang begitu ketara. Negara ini diambil alih oleh mereka yang tidak berkepimpinan selain dari kumpulan elit pengampu dan nepotisma dikalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’.
Begitu maju Singapura membina negaranya walaupun negara itu tidak mempunyai ‘natural resources’ seperti yang ada di negara kita. Kita mempunyai kekayaan ‘natural resources’ tetapi tidak memberikan apa-apa makna kepada Negara kerana ‘natural resources’ yang kaya raya itu sebaliknya memberikan kita kemudharatan kerana kita terlalu kufur kepada nikmat anugerah Tuhan itu.
Keluasan hutan belantara sebagai
anugerah kepada negara telah dikufurkan dan ia telah memberikan impak buruk
kepada negara dengan terjadinya banjir besar kerana kerakusan setengah gulungan
elit negara untuk menggunakan ‘natural resources’ itu secara ‘evil’ baik dari
mereka yang berkuasa politik, mahupun dari mereka yang mempunyai kedudukan sosial
yang tinggi dinegara ini.
Mungkin Singapura tidak mempunyai ‘resources’ besar lah yang menyebabkan pimpinan mereka memberikan fokus kepada kemajuan negaranya tanpa mempunyai peluang untuk menggunakan apa-apa hasil bumi secara kufur itu. Itu sebabnya perpatah ada berkata, ‘jika terjumpa barang yang cantik dan lawa jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya, dan jika terjumpa barangan yang buruk jangan terus dibuang kerana mungkin ada hikmah dan kebaikan disebaliknya’.
Bagi Negara kita untuk menyaingi negara Singapura yang diasaskan pembangunannya oleh LKY dahulu sememangnya amat sukar untuk dicapai kerana kita masih terkial-kial untuk menentukan identiti kepimpinan yang baik untuk negara. Kita terlalu jauh kebelakang walaupun dentuman ucapan kata-kata pemimpin kita sejak tiga dekad dahulu tidak lekang dari memuji kehandalan kepimpinan masing-masing.
Negara kita masih dikuasai oleh kepimpinan yang ‘feudal’ dan ‘warlords’ dalam parti kepimpinan negara masih mahu melihat negara dipimpin oleh mereka yang boleh mereka kuasai dan pengaruhi walaupun tanpa kepimpinan yang sejati dan mempunyai ‘moral’ yang secukupnya untuk diletakkan harapan untuk kemajuan rakyat dan negara.
Blog ini pernah memberikan pandangan yang selagi kita dikuasai oleh ‘greed, anger and foolishness’ selagi itu kita tidak akan ke mana-mana kerana pergolakan dalam pemikiran rakyat akan bertambah mengusutkan lagi dari masa ke semasa.
Kita perlukan penyelesaian terhadap masalah kita yang begitu sulit dahulu sebelum kita hendak membezakan pimpinan kita dengan Lee Kuan Yew. Tangan kita tidak tercapai untuk memeluk gunung dan bukit yang besar. Mungkin kita boleh membuat perbandingan dengan pimpinan banyak negara-negara Afrika.
Ya..sya stuju dgn saudara aspan..1st class facility...3rd class mentality
ReplyDeleteBetul kata Tuan Aspan
ReplyDeleteMana ada sama akal akal Maha Firaoun yang Lahanat sama akal Anak Cina yang susah hidup kerja kuat.
Satu bagai Keldai dan satu lagi bagai Singa.
Bukan semua orang Bahalol nak masok angkat bakol konon.
Saya amat setuju dengan perenggan yang terakhir tu.
ReplyDeletesangat setuju. mungkin para pemimpin di negara ini terlalu banyak "politik"
ReplyDeleteMalaysia dipimpin oleh melayu yg banyak pantang larangnya....
ReplyDeleteMelayu yang banyak tolak ansurnya..
Melayu yang suka memaafkan...
Melayu yang mentaati rajanya...
Melayu yang suka bersantai dek kerana sikap pemimpin/ulamak yang menggunakan agama untuk menakutkan rakyatnya....
Mana-mana pendatang mampu membina kejatian diri dimana mereka berada..
Melayu di afrika selatan maju..
Melayu di Australia juga maju...
Melayu di UK juga maju....
Berapa ramai cina di China merempat...
berapa ramai india di India merana...
berapa ramai indon di Indonisia mengemis
fikirkanlah
Bila cakap pasal rasuah Melayu lah yg jaguh.
ReplyDeleteMelayu juga suka meminta2
Melayu suka d perbodohkan
Melayu suka dgn hiburan
tetapi melayu tak suka pergi ka masjid, cuma hari jumaat, sembahyang raya dan sunat terawih saja sembahyang, hari lain masjid dan surau lengang tak ada orang
Melayu singapore lagi maju...
terima kasih infonya gan.....
ReplyDeletesangat menarik dan bermamfaat......