Pemimpin utama kita tidak mahu
belajar untuk menjadi pemimpin yang baik seperti pemimpin-pemimpin banyak
negara yang sudah maju. Disebaliknya Najib lebih cenderung untuk mengambil
tauladan dan pelajaran dari pemimpin-pemimpin negara-negara yang tidak senonoh
yang tidak mengambil tahu hal rakyat dan masa depan negara mereka.
Najib mendapati sangat susah
untuk menjadi manusia pemimpin yang baik dan dihormati oleh rakyatnya dan
masyarakat antarabangsa. Bagi Najib membuat baik itu sangat menyusahkan beliau.
Beliau sanggup untuk terus mentadbir negara walaupun beliau sendiri tahu yang
beliau telah merosakkan negara dengan begitu teruk dan tidak sepadan sekali
dengan nama Malaysia yang sebelum ini dianggap sebagai negara contoh dalam
banyak hal dan bidang.
Najib amat susah untuk mengakui
bahawa rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan lagi. Beliau masih tidak
menyedari yang beliau sudah dipandang rendah bukan sahaja oleh masyarakat
Malaysia sendiri tetapi oleh masyarakat antarabangsa sekali. Najib selalu
sahaja hendak melakukan ‘equation’ kemampuan berfikir beliau dengan kemampuan
rakyat berfikir.
Najib masih percaya yang tekanan
untuk beliau berhenti itu sengaja diada-adakan oleh setengah pihak seolah-olah
mereka yang menekan beliau untuk berhenti itu suka hendak melakukannya. Tidak
ada siapa yang bergembira untuk melakukan tekanan terhadap sesiapa untuk
berhenti, tetapi keadaan yang membuatkan banyak pihak mahukan Najib berhenti
sahaja kerana beliau terlalu menyusahkan rakyat ramai.
Tidak juga ada yang mahu mendesak
Ahli-Ahli Jemaah Kabinet untuk berundur tetapi keadaan yang mendesak yang
menyebabkan ramai yang mahu Menteri-Menteri Kabinet berhenti kerana terlalu
lemah dan gagal untuk melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli-Ahli Kabinet
negara.
Kabinet membiarkan apa sahaja
yang dilakukan oleh Menteri Kewangan negara selama ini. Hanya sekarang sahaja
yang ada suara dari kabinet untuk bersetuju yang Najib perlu menjawab persoalan
yang diajukan oleh rakyat, sedangkan mereka jugalah yang bertanggungjawab
kenapa Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan bebas untuk melakukan kemungkaran
terhadap ekonomi dan politik negara. Mereka mendiamkan diri sahaja melihat 1MDB
diperlakukan sebagai syarikat ‘SPV’ oleh setengah pihak yang bertaraf kroni
terhadap Najib untuk menyelongkar semua khazanah negara untuk diperaidkan sesama
sendiri.
Apabila keadaan sudah menjadi
tidak menentu lagi baru lah kedengaran pemimpin dalam Kabinet seperti Muhyiddin
mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku terhadap 1MDB.
Itu pun bercakap disebalik tabir sahaja. Pandangan beliau itu tersebar hanya
apabila ada orang yang tidak dijemput dalam perjumpaan tertutup itu menyiarkan
ucapan beliau dalam media massa alternatif yang menjadi ‘viral’ itu. Dalam pada
tidak bersetuju dengan apa yangb berlaku didalam 1MDB, sebulat suara pula
Kabinet membenarkan untuk disediakan RM950 juta untuk ‘standby credit’ untuk
1MDB itu. Apa semuanya ini?
Sudahlah Najib tidak
bertanggungjawab, Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang bergaya dan glamor semuanya itu
lebih lagi tidak bertanggungjawab dan tidak mahu menerima ‘accountability’
terhadap jenayah 1MDB terhadap negara. Semuanya bercakap terhadap kepentingan
agama, bangsa dan negara, tetapi kita lihat agamanya tiada, bangsanya
kehilangan identiti dan negaranya menjadi kucar kacir.
Sekarang tidak ada siapa
dikalangan Ahli-Ahli Jemaah Kabinet bersedia untuk meletakkan jawatan untuk
menunjukan sikap bertanggungjawab dan menjaga maruah kepimpinan mereka
dikhalayak ramai.
Hakikatnya semua Jemaah Kabinet wajar
berhenti sahaja kerana mereka tidak faham fungsi jawatan yang mereka rebutkan
selama ini. Orang nak jadi Menteri
mereka pun nak jadi Menteri. Apabila sudah jadi Menteri mereka tidak pun
memahami apakah fungsi mereka dalam Kabinet itu.
Sesungguhnya semua mereka ini
adalah pemimpin-pemimpin yang ‘confused’ dan tidak mempunyai harga diri, baik
sebagai orang berbangsa Melayu tetapi juga sebagai seorang yang mengaku sebagai
penganut agama yang suci kita ini. Astagfirullah!!
ReplyDeleteTn AA
Tajuk artikel tuan ini menakutkan saya
Bukan Najib seorang saja patut dipersalahkan, semua menteri dan oemimpin2 umno/bn bertanggungjawab meruntuhkan dan menjahanamjan negara atas dasar tamak dan haloba ingin membincikkan perut dan tombolok anak bini dan kroni, Tidak kurang juga bersalah ialah rakyat2 bodoh dan dungu, terutama orang2 melayu bangang yang memilih parti dan pemimpin2 begini memerintah negara.And sad to say the rot were started by none other than Mahathir, who is languishing to witness the outcome if his undoing. Ustaz Fadzil Noor must be tickling with laughter in his grave (pardon me)knowing Allah has answered his doa and prayers.
ReplyDeleteKalaulah dah jelas atas kesalahan yang dilakukan olih pengarah2 dan penasihat 1IMDB masih lagi orang menyokong UMNO sahlah bangangnya penyokong2 tersebut. Kalaulah polis cabuk ambil rasuah rm500 atau pegawai kerajaan ambil rasuah rm2000 jika salah mereka dipenjarakan dan buang kerja tapi kalau berbilion2 ringgit DIKECUALIKAN. . Apa dah jadi dan apa nak jadi rakyat ooi...
ReplyDeleteRaja Aziz dulu jilat DAP bila dah tak dipilih bertanding terus keluar parti masuk UMNO dan hari dia kata elok siasat kerugian BNM masa TDM sebanyak rm30 bilion. Ini lagi orang bodoh masuk UMNO buat kenyataan bodoh tak tahu the nature and reason Of losses suffered by BNM and 1MDB .
Kalau rugi 1MDB tak dapat dijawab instantly olih Najib terbuktilah kebodohannya .All the figures are end result Of his decision as advisor Of 1MDB that have been translated into ringgit . Where has the money gone can be traced through audit trail. Kalau ditunaikan dibank mana2 pun ada penerimanya .Ngapa Najib tak dapat jawab this very simple and basic...
Kalau duit tu kena rompak atau kena samun atau terbakar tentu dah dimaklumkan dulu . Siasatan olih badan professional Malaysia Institute Of Accountants tak transparent kerana setengah ahli majlis adalah dari KPMG ,Deloitte dan EY dan mereka tu sepatutnya letak jawatan kalau ada maruah .....tapi masih lagi mengemudikan dan buat dasar ...Tony Pua job is part completed will not go anywhere...
Jadi Najib dont waste tax payers money and pack up now and go to Mongolia for good.....but before that make good all the losses Of 1MDB because of your negligence stupid itu arrogant cost Innocent tax payers ...
Saudara AA
ReplyDeleteTwo imperative words are definitely missing in Malaysia - accountability and integrity. Every cabinet member pooh-poohs the 1MDB fiasco.
Tuan AA,
ReplyDeleteSaya amat berharap PRK Rompin hari tu BN lingkup bukan setakat kurang majoriti. Bila harapan saya tak menjadi kenyataan dgn isu 1MDS, GST dll, saya terpaksa angkat tangan dgn gaya pemikiran dan akidah umat Melayu yg mengaku Islam, Allah tuhanku dan Nabi Muhammad SAW Nabi dan ikutan ku.
Rumusan ku, Jadilah Kita Umat Rugi Dunia dan Akhirat.