Najib telah bercakap tentang
darah keturunannya bagi memberitahu semua yang beliau tidak akan mudah menyerah
kalah apabila didesak untuk meletakan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun
Mahathir Mohammed. Beliau berkata beliau berdarah Bugis dan tidak sekali-kali
menyerah kalah. Pantang anak Bugis menyerah kalah, katanya.
Beliau tidak pula memberitahu kita samada orang Bugis itu tetap akan mempertahankan kuasa jika telah melakukan kesalahan moral dan politik terhadap negaranya. Semasa dahulu kita tidak ada kerajaan demokrasi. Oleh yang demikian bagaimana Najib mengukur sifat orang Bugis itu tidak akan menyerah kalah.
Kita bukannya hidup di zaman silam yang peperangan itu adalah peperangan fisikal dan kekuatan Bugis itu mungkin menunjukan yang Bugis tidak mudah mengalah. Tetapi sekarang ini Perdana Menteri yang berdarah Bugis ini seolah-olah menyatakan kepada kita yang Bugis itu tidak mengira samada dia boleh memimpin atau tidak kuasa mesti dikekalkan. Yang penting bagi mereka ialah kuasa semata-mata.
Bagaimana pula dengan ramainya
orang yang berdarah Bugis meminta beliau berundur sekarang ini? Saya rasa orang
berketurunan Bugis juga ramai yang bersama meminta Najib berundur dan
menghormati semangat demokrasi yang kita amalkan. Demokrasi bukan hanya dengan
memenangi undi dalam pilihanraya. Demokrasi itu mesti membawa bersama semangat
dan moralnya. Malahan meminta Najib berhenti oleh pemimpin UMNO itu merupakan
tindakan demokrasi yang cuba untuk mengelak parti yang dipimpinnya terjunam
dalam pilihanraya yang akan dating.
Saya bercakap dengan ramai
sahabat dan rakan yang berdarah Bugis juga. Tetapi mereka terlupa yang mereka
berdarah Bugis dan mahu Najib turun dari kuasa. Mereka mendahulukan keselamatan
Negara dari darah Bugisnya. Tidak perlulah Najib mengecikan perjuangannya.
Setelah memainkan isu bangsa sekarang nampaknya Najib telah memilih ruang lingkup
perjuangannya yang lebih sempit lagi dengan menggunakan isu ‘clan’ yang ada
dikalangan rumpun Melayu itu sendiri.
Bagaimana dengan yang berdarah
Jawa? Bagaimana pula dengan mereka yang asalnya dari darah Minangkabau dan
Mendailing. Bagaimana dengan suku Batak dan yang lain yang ada dalam rumpun
Melayu itu? Mereka juga merupakan orang yang tidak mudah menyerah kalah. Dr
Mahathir mempunyai darah India dan terbukti beliau juga tidak mudah mengalah.
Dr Mahathir yang mempunyai darah India dalam dirinya telah berjuang tanpa
mengaku kalah. Malahan ramai pemimpin-pemimpin berkalibar diperangi beliau dan
semuanya telah kalah. Malahan Dr Mahthir masih lagi berperang kali ini dengan
Najib yang berketurunan Bugis ini.
Kita sekarang bercakap tentang negara
dan rakyat merasakan Najib sepatutnya berundur kerana terlalu banyak isu
peribadi terhadap beliau yang beliau tidak berkemampuan untuk menjawab. Beliau
bolehlah mengaku yang beliau sebagai hulubalang kaum Bugis tetapi beliau sudah
diminta untuk berhenti oleh banyak pihak. Yang suruh berhenti tidak pun sedar
yang Najib itu berketurunan Bugis. Samada beliau ini dari keturunan Bugis atau
India beliau perlu berhenti dan melepaskan tanggungjawab yang beliau gagal
melaksanakannya.
Elok diberitahu Najib yang semua
orang susah untuk mengalah. Baik ia datang dari suku apa sekalipun. Yang
melakukan kebathilan akan berjuang dan tidak mengaku kalah dan yang
memperjuangkan untuk kebaikan pun tidak mudah mengalah.
Yang boleh mengalah kalah ialah
orang yang sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan sanggup berhenti dan
bersara semata-mata untuk kebaikan negara. Kumpulan ini adalah kumpulan yang
baik. Kalau Najib benar-benar memperjuangkan kebaikan beliau patut bersara
kerana beliau sendiri tahu yang beliau telah melakukan perkara yang tidak baik
untuk negara. Hanya kerana ketamakan dan keegoan beliau sahaja yang membuatkan
beliau tidak mahu berhenti.
Bukankah perletakan jawatan
beliau itu boleh memperbaiki keadaan? Bukankah Najib sering berkata yang beliau
berjuang hanya untuk kebaikan? Berjuang untuk rakyat ini bukan semestinya
dengan mengekalkan kuasa, sebaliknya dengan melepaskan jawatan dan kuasa juga
merupakan perjuangan yang baik untuk rakyat jika perletakan jawatan itu akan
memberikan hikmah untuk negara dan rakyat.
Perjuangan yang sebenar-benarnya
ialah memerangi nafsu diri sendiri. Itu merupakan perjuangan dari lahirnya kita
sampailah keakhir kalam kita. Itu merupakan perjuangan yang benar-benar
perjuangan. Tetapi kalau kita berkeras berjuang untuk menyambung dan
memanjangkan kebathilan itu adalah perjuangan yang salah terutamanya kepada
rakyat yang ramai ini.
Rakyat tidak kira mereka Bugis atau
Minangkabau dan Jawa, sedang memerhatikan lagak laku pemimpin dari keturunan
Bugis ini. Saya yakin orang Bugis sendiri ramai yang mahu Najib meletakan
jawatan agar semua rakyat yang berketurunan Bugis, Minangkabau, Jawa serta yang
lain seperti Kadazan, Murut dan Iban mahu perubahan.
Kalau Najib lebih mendengar
panggilan yang bathil maka yang mempejuangkan kebenaran pun tidak mudah
mengalah. Kami juga tidak mudah mengalah
dengan permainan mereka yang dipandu oleh nafsu tamak haloba kerana melawan
nafsu dan ketamakan itu adalah wajib bagi mereka yang mempunyai agama.
Apa yang nak dibanggakan
kepahlawanan zaman silam kaum Bugis kerana mereka juga sedang berada dalam
arena politik dan bukannya peperangan fisikal dengan tobak dan pedang lagi.
Dalam politik ini peperangan ialah peperangan mental dan bukannya peperangan
menggunakan tombak seperti yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Bugis atau
jawa dan Minangkabau.
Jika kita bermain kuasa dengan
otot itulah yang menyebabkan ada pembunuhan dan penipuan yang begitu ketara
pada hari ini. Tunjukan keunggulan kaum Bugis itu dengan mengaku salah dan
bersara sahaja dari politik dan tentunya ia memberikan persepsi baik terhadap
orang Bugis itu.
Berdarah Bugis? Apakah jantan Bugis lemah dan tunduk kepada kemahuan isteri, tanpa ada keberanian bertindak sebagai seorang suami? Entah-entah si isterinya berdarah Sunda, yang lebih hebat lagi berbanding Bugis.
ReplyDeleteMahathir berdarah India rupanya, peliknya boleh pula jadi ahli UMNO yang hanya untuk melayu sahaja.
Diapa nak mengamku melayu Tak salah...jangan Tak mengaku melayu....kita pun belum
Deletetentu melayu
Elok jangan nyatakan keturunan kerana tak ada sebarang maana pun dan bolih menyinggung orang lain kerana kelakuan memang dah tak bolih terima .
ReplyDeleteItu pentingnya kalau belajar jangan berhenti setengah jalan supaya kepala bolih berfikir sikit bukan ikut nafsu atau ikut BINI saja . Masa belajar dulu mabuk tunggang langgan yang kita kini sebagai rakyat for nothing pikul segala hutang yang dibuatnya . Masih lagi pemimpin UMNO buta kecuali TDM...teruskan TDM sampai titisan darah terakhir kerana jutaan rakyat dibelakang TDM...
Rupanya keturunan Bugis ini kurang amanah dan korupsi sekiranya diberi peluang memerintah atau menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. Kalau begitu jauh lebih mulia keturunan Ban atau Woon dari Korea Selatan yang terus meletak jawatan setelah didapati mengamalkan rasuah dalam kerajaan. Nampaknya Bugis juga amat liat untuk meninggalkan jawatan dan menggunakan sepenuhnya kuasa Polis dan Mahkamah bagi tujuan menyalah gunakan kuasa terhadap rakyat dan pemimpin parti lawan. Bagaimana seorang pemimpin dari keturunan Bugis boleh melesapkan wang negara sebanyak 27 Bilion dan terlibat dengan kontroversi pembunuhan wanita negara asing masih boleh mendabik dada dan menunjukkan egoisnya sedangkan sekalian rakyat sudah terlalu maklum akan keterlibatan pemimpin berdarrah Bugis itu? Moga Tuan Aspan tidak berdarah Bugis.
ReplyDeleteSaya sebagai orang kampung, hidup pun umpama katak bawah tempurung, rasanya akhir-akhir ni kalau boleh nak meraung kerana harga barang
ReplyDeletekeperluan rata-rata melamBUNG.
Tak pernah PM PM sebelum ni, berkelaku sebegini.
cis betul2 buat malu kaum bugis je,org bugis klu takut ngan bini,nak bangga apa ke benda.....org berdarah bugis ni memang takut bini ke....tapi aku rasa najib ni memang tak takut bini,cuma bini dia yg tak takut kat dia
ReplyDeleteApa istimewanya Bugis tu? Kalau salah tetap salah. Seorang yg berani sanggup letak jawatan kalau fikirkan diri itu dah bersalah, jangan nantikan keputusan mahkamah saja. Sedarlah wahai Najib Melayu tak sanggup merempat di negara sendiri disebabkan oleh keegoan Bugis. Lu fikirlah sendiri?
ReplyDeletememamlukan kerunan Bugis...Bugs tak takut pada bini..Bugis tak pentingkan doro sendiri, bugis tak Tukar Nama ke Nama Cina..Anak bugis sanggup dibunuh jika membuat salah..tak jujur ..ni bugis apa ni..Ooop bugis takit bini..
ReplyDelete
ReplyDeleteSikalang Malaysia manyak susah lea aa , bila isi bolang mau lapat untung .semua tulit (Bangsa Melayu ) bial tatak untung Wa Bugis ,Wa Jawa , Wa minangkabau ,Wa Banjar ,Wa Boyan ,tatak Melayu lea aa.
Cina sama India ,isi bolang tetap Ciana balik lumah tetap cina maa aa .
cina lagi manyak clan... hakka hakki hakko tongsan tongsin tongson kantonis kantonos kantonos bla bla bla
ReplyDelete