07 August 2015

Pelaku rasuah tegar ibarat ulat-ulat tahi (ulat taik)

Rasuah merupakan satu perkara yang sangat menjengkelkan.  Ia merupakan penyakit masyarakat yang tertua dan ia telah banyak membuktikan hasil buruk, baik kepada individu pelaku rasuah dan juga kepada institusi dan negara yang mana rasuah sudah menjadi budaya dan cara hidup mereka.

Rasuah menyebabkan semua tindakan kita tidak teratur dan telus lagi. Pemimpin rasuah tetap tidak akan membuat keputusan dengan betul  dan selalunya negara akan menjadi kacau bilau. Satu ciri perasuah ialah ia tidak akan dapat membuang sifat ‘greed, anger and foolishness’ yang mestinya ada dalam diri seseorang pelaku rasuah itu. Ketiga elemen ini berkait rapat diantara satu dengan yang lain.

Sifat tamak (greed) yang ada di dalam diri seseorang pemimpin rasuah itu selalunya tidak dapat dikawal lagi. Ia disebabkan ia tidak mempunyai ciri-ciri ‘spiritual’ dalam dirinya dan sifat kemanusiaannya amat tipis dan kadangkala tidak wujud langsung. Seseorang manusia yang betul manusia, ia akan mempunyai sedikit sebanyak elemen spiritual dalam diri mereka. Lantaran mereka tidak akan ditembusi oleh elemen ‘evil’ yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyesatkan seseorang (pemimpin) itu.

Pemimpin dan individu yang tamak itu akan mengikut perintah dari bisikan khatir yang sentiasa mahukan kita melakukan kebathilan dan rasuah itu merupakan seburuk-buruk sifat bagi seseorang manusia itu. Kalau sifat itu tidak sehina yang dikatakan, bagaimana agama kita boleh mengklasifikasikan seorang perasuah itu ibarat orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Begitulah pandangan agama terhadap pelaku rasuah itu.

Tetapi bagi yang sudah terjebak dengan rasuah tegar, mereka akan sebaliknya merasa bangga dengan tindakan rasuah mereka dengan menunjuk-nunjuk kepada ramai tentang kehebatan kehidupan mereka tanpa menyedari yang mereka itu amat dipandang rendah dan menjijikan bukan sahaja oleh agama tetapi juga oleh masyarakat yang mereka berada didalamnya atau yang mereka pimpin itu.

Inilah yang dikatakan di akhir zaman ini yang baik itu sudah tidak dianggap baik lagi, malahan yang buruk itu sudah diterima sebagai perkara baik. Sifat tamak yang tidak ada had ini tidak dapat dikawal lagi dan tidak mudah untuk kembali menerima hakikat yang baik itu tetap baik dan yang buruk itu tetap buruk dan hina.

Apabila ketamakan (greed) ini sudah menjadi darah daging kita, maka tidak akan akan ada pihak yang mampu membetulkan sifat mereka ini. Kita boleh lihat dari apa yang kita lalui sekarang, yang perasuah tidak mahu tindakan rasuah mereka diperbaiki dan pihak yang ingin mencari kebenaran akan di ambil tindakan.

Perasuah akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak mahu menerima budaya buruk yang mereka amalkan, malahan mereka mahu semua disekeliling mereka ini untuk membantu menyimpan dan menutupi tindakan hina rasuah mereka. Ini adalah kerana sifat amarah (anger) mereka kerana mereka tidak mahu diganggu untuk  memperjuangkan sikap busuk mereka itu.

Sikap yang melengkapkan sifat busuk ini ialah kebodohan (foolishness) dalam semua tindakan mereka. Mereka tidak akan lagi bertindak rasional dan betul. Segala tindakan mereka perasuah ini, akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri apabila tindakan mereka ini sudah diketahui umum. Mereka tidak akan hidup selesa jika budaya rasuah dan kotor itu dibersihkan dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan budaya kotor dan busuk itu.

Ulat tahi (ulat taik) hanya boleh hidup dalam kekotoran tahi itu. Jika kita keluarkan beberapa ekor ulat taik ini dan dibersihkan, ulat ini tidak akan boleh hidup diluar kekotoran taik itu tadi. Tetapi jika diletakkan kembali ke dalam tahi itu ulat-ulat ini akan kembali hidup dengan selesa.

Begitu juga perasuah tegar ini. Jika negara dibersihkan dari kekotoran tahi atau taik ini, mereka tidak akan senang, kerana mereka akan hanya selesa hidup di dalam kekotoran budaya rasuah itu tadi.

Justeru jika kita berhadapan kepayahan dalam usaha membersihkan negara dari budaya kotor ini, itu tidak memeranjatkan. Ulat-ulat taik ini akan tetap berkuasa dan bergembira selagi kawasan yang bertaik tadi tidak dibersihkan. Ulat-ulat taik ini akan mati apabila taik itu dibuang atau ditanam dalam-dalam.

Kita perlu mengambil kefahaman bahawa ‘greed, anger and foolishness’ ini merupakan perjuangan yang bathil kerana yang bathil senantiasa berjuang untuk meletakkan manusia hidup seperti ulat taik tadi dan ia akan berterusan sehingga dunia ini kiamat.

Sememangnya perjuangan puak ini adalah perjuangan untuk mempercepatkan proses kiamat itu tadi. Sesama ulat-ulat taik tadi mereka akan bersatu untuk menutupi segala kekotoran itu dari diketahui umum.  Itu sebab kita kedengaran masih ada yang bercakap mencari jalan untuk mempertahankan ulat-ulat taik itu sekarang ini.

Tetapi Tuhan ada berjanji, ‘selagi masih ada manusia yang berzikir terhadap ku, walaupun seorang, dunia masih belum kiamat lagi’.

3 comments:

  1. Tuan mohon dapat kiranya buat satu post yng menceritakan negara dan Ketua nya yg paling banyak rasuah.kalau boleh termasuk negaraku diranking ke berapa.semoga anak cucu cicit dpt tahu apakah sebab sebab rasuah ini dikaitkan dengan keturunan yg dulu dulu(saperti atuk nya meluluskan lesen judi atau lesen arak atau bapanya buat maksiat kuat minum arak.kerana amal amal yg berbentuk maksiat akan terus menerus menjerumuskan cucu cicit nya kepada amalan yg berbentuk jua maksiat.harap jangan di hampakan harapan netizen

    ReplyDelete
  2. Setuju anon 10:49. Cadangan terbaik.
    Senaraikan ikut susunan. Sapa paling banyak rasuah letak no. 1. Cadangan: kedudukan/ nama pemimpin/ nama negara/ jumlah rasuah.
    Jadi senanglah kita membuat analisis.

    ReplyDelete

  3. "Pelaku rasuah tegar ibarat ulat-ulat tahi (ulat taik)"

    Salam Tn Aspan,

    Look at this picture:

    http://www.1mdb.com.my/press-release/rm18-billion-strategic-partnership

    I believe in the end, all the answers will be found in that one photo...

    http://malaysiaflipflop.blogspot.com/2015/08/so-called-donor.html

    About time Bolehland's SHEEPLES "Wake-Up"...

    Just to share this...

    Aug 3 2015 - The ringgit will suffer for your 'BLATANTLY STUPID' claims: Slain banker's son warns Najib on MACC 'whitewash' - http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/08/the-ringgit-will-suffer-for-your.html

    Aug 6 2015 - Ringgit leads Asia declines as reserves seen below US$100 billion - http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/08/ringgit-leads-asia-declines-as-reserves.html

    "...This powerful series will attempt to not only show the deception that has been taking place, in the past and currently, as many documentaries have covered this topic before.

    Rather, this series will attempt to uncover the key components that will hopefully empower each one of us, to regain control of our lives, freedoms, rights and dignity, just by using the same matrix that we're currently living in to our advantage, rather than leaving it in the hands of those who are currently calling the shots.

    The NWO will not only be exposed, but hopefully dismantled. Those who keep complaining about the system, but are not willing to educate them selves, so they're able to stand up for them selves, and others, end up empowering the same system, they're trying to reject..."

    Bolehland's SHEEPLES are presently exposed to this...

    How government enslave you in Usury debt - https://www.youtube.com/watch?v=y9h1iURWkLI

    Usury War on Humanity - https://www.youtube.com/watch?v=FEheU28ea3c

    You be the judge.

    ReplyDelete