Zahid ternampak bayang dan terus
merasa takut. Sebenarnya bayang itu adalah bayang beliau sendiri. Yang sudah
terbukti beliaulah yang tidak setia kepada partinya. Beliau yang menyatakan
yang beliau akan menjadi timbalan kepada Muhyiddin jika Najib mampu diketepikan
akhirnya beliau pula yang menjadi timbalan kepada Najib yang beliau sendiri
tidak lagi merasakan keyakinan. Sekarang beliau sendiri sudah merasakan yang
Najib tidak lagi boleh bertahan dan menuduh ada pihak yang cuba menjatuhkan
kerajaan.
Jika ada peluang beliau akan
bersama Muhyiddin untuk kekal menjadi Timbalan kepada Muhyiddin kerana beliau
telah merasakan yang umur dan usia politik Najib sudah hampir terkubur. Zahid nampaknya
sudah mula melangkahkan silat pulutnya seperti yang beliau sudah lakukan semasa
berpindah kesetiaan dari Anwar kepada Mahathir selepas beliau ditangkap ISA
pada tahun 1998 dahulu.
Zahid sudah merasakan kepanasan
oleh permainan beliau sendiri. Ternampak sahaja bayang beliau merasa panik sedangkan
yang beliau takutkan itu adalah bayangan beliau sendiri. Yang lebih besar
dosanya ialah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jika ada pun usaha
untuk menumpaskan kepimpinan Najib ia bukannya usaha yang menusuk UMNO dari
belakang. Ia mungkin usaha untuk memperbaiki kepimpinan UMNO dan caranya ialah
dengan mengenepikan Najib dengan cara yang halal dan tidak terkeluar dari bidang
undang-undang yang sah.
Sebaliknya Zahid mesti memahami
seseorang pemimpin yang merosakkan kepimpinan
UMNO itulah orang yang merosakkan UMNO. UMNO itu tidak bersalah jika
kita lihat UMNO sudah ditinggalkan oleh ahli-ahlinya dan orang Melayu itu.
Najib telah mencemarkan imej UMNO justeru UMNO itu sudah mula jelas dimusuhi
oleh rakyat bukan kerana bencikan parti itu tetapi oleh kerana
pemimpin-pemimpin yang tidak jujur menempel dan melekat ditubuh UMNO itu.
Menumpaskan Najib itu tidak
semestinya tidak setia kepda UMNO, malahan menumpaskan Najib itu jika dilakukan
oleh pemimpin UMNO itu adalah usaha yang sangat murni bagi pemimpin UMNO yang
ingin menumpaskan kepimpinan UMNO itu. Najib yang disokong oleh Zahid itu
merupakan penyumbang besar kepada keruntuhan UMNO di mata masyarakat. Parti itu
sudah dipandang seperti sampah yang terapung dipermukaan air yang tidak
mempunyai ‘direction’ perjuangannya lagi. UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan
tebing.
Jika UMNO dengan kepimpinannya
sekarang mahukan ‘survival’ nya kekal maka rasuah adalah penyumbang besar untuk
pengekalannya. Disebaliknya rasuah itu tidak akan membesar tanpa UMNO. Itu
sebabnya UMNO dan rasuah itu saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.
Rasuah dan UMNO itu saling sandar menyandar diantara satu dengan lain jika
hendak diulas dalam kata-kata yang mudah.
Orang ramai tidak mendengar usaha
seorang pemimpin dengan isu SD dan sebagainya untuk menumbangkan Najib seperti
yang disebut oleh Zahid yang sentiasa takut dengan bayangan beliau itu. Tetapi
jika pun ada usaha itu yang bermatlamatkan untuk mengekal kepimpinan UMNO yang
luar dari pimpinan yang sibuk melakukan kedurjanaan kepada UMNO sekarang, maka ia
amat patut disokong.
Jika ia dilakukan oleh pemimpin
UMNO maka itu merupakan langkah yang amat baik kerana Najib tidak akan berhenti
untuk menyelamatkan UMNO. Najib sanggup membawa UMNO itu jatuh, namun untuk
beliau berhenti ia tidak akan berlaku. Najib dan Zahid tidak sayangkan UMNO.
Bukannya mereka tidak tahu yang UMNO akan tersungkur jika mereka in terus
memimpin parti itu sehingga pilihanraya yang akan datang, tetapi mereka ini
masih bergayut kepada parti itu kerana kuasa dan rasuah yang tidak akan kekal
itu.
Jika apa yang disyaki oleh Zahid
itu benar-benar wujud, ayuh kita berikan sokongan setidak-tidaknya UMNO itu ada
harapan untuk kekal selepas pilihanraya nanti dan menyelamatkan negara dari
diruntuhkan oleh pepimpinan Najib hari ini.
Pendeknya secara peribadinya saya
berdoa agar apa yang disyaki oleh Zahid itu adalah perkara yang benar dan
sesungguhnya usaha pemimpin yang dimaksudkan beliau itu merupakan seorang
pemimpin yang sedang memberikan sumbangan besar kepada UMNO itu sendiri.
Buat masa ini Zahid elok tumpukan
masa untuk menyusun jawapan kepada keteriibatan adik-beradiknya dalam urusan
membawa 1.5 juta rakyat Bangladesh dalam tempuh tiga tahun ini. Jika Zahid
membolehkan adik beradiknya mendapatkan kontrak untuk urusan memindahkan jutaan
rakyat Bangladesh kenegara ini, kita
boleh menganggapkan itu merupakan tindakan yang bersifat menjahanamkan imej
parti yang beliau pimpin kerana itu adalah tindakan salah guna kuasa yang
terang-terangan merosakkan kerajaan dan UMNO itu sendiri.
Jika sebenarnya ada usaha
dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN seperti yang Zahid tuduh itu mari kita
berikan sokongan moral terhadap pemimpin itu. Jika berjaya pemimpin itu untuk
menjatuhkan Najib, maka UMNO akan bertambah kuat selepas itu kerana yang
melakukan usaha itu adalah pemimpin UMNO sendiri seperti yang dituduh Zahid
itu.
ReplyDeleteKalau dah biasa melompat ,smpai bila ,akan terus melompat.
Nasib baik kobau Den ,hanya pandai meguak.
... menarik
ReplyDeletesedih....Zahid telah terpalit dengan masalah najib. Mungkin zahid terperanjat ada orang melamar dia jadi TPM dan masa utk jadi PM semakin dekat. Tapi Zahid tak sedar Najib hanya mahu gunakan dia utk lindungi dia daripada masalah peribadinya. UMNO diheret najib ke dalam masalahnya sehingga boleh memudharatkan UMNO. Rakyat mempersendakan najib, kini kalau tak diselesaikan isu najib ni UMNO juga akan dipersendakan dan beyond repair. Baik Zahid, Muhyidin, Syafie tak akan merasa lagi nikmat memerintah negara, yang aku takut, kuasa melayu akan hancur untuk selam-lamanya kerana Kristian Evengelist DAP sudah menunggu untuk meratah umat melayu dengan kekayaan bumi ini sekali.
ReplyDeleteBangunlah melayu! Fikirkan nasib anak cucumu! Apakah dosa berdiam kita akan menjadi cacian anak cucu kita yang akan merempat di bumi sendiri???
Kerosakkan oleh umno seribu kali lebih teruk dari perbuatan kristian dap. Nanti jatuhnya umno, baru rakyat tahu 90% lagi kerosakkan akan terdedah habis. Tunggu...
Deletesi zahid ni mcm badut pun ade, sesumpah pun ade..munafik??
ReplyDeleteRupa-rupanya usul undi tidak percaya adalah satu jenayah. Baru sekarang aku tahu.. :-(
ReplyDeleteUmno dah lama mati..yg ada hanya klon saje..klon mana boleh hidup lama..siapa yg bunuh Umno? Sendiri mau ingat la..
ReplyDeleteJangan tegurlah zahid ..kesian dia
ReplyDelete