Najib seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang pemimpin yang baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan. Sekarang Najib telah menunjukkan yang beliau seorang pemimpin yang lemah dari awal lagi dan beliau tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Dr Mahathir beriya-iya benar hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri walaupun hakikatnya barisan kepimpinan UMNO sudah kekosongan kepimpinan. Malahan sesiapa sahaja di antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran UMNO yang tertinggi tiada siapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap tindakan yang berkepimpinan.
Sesungguhnya kita semua boleh belajar dari kelemahan dan ketidak-mampuan Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat 'superficial' sahaja.
Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan Perdana Menteri jika sebelum menjadi Perdana Menteri itu terdapat dan kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan negara. Di Britain pada tahun 2006, David Blunkett, Menteri dalam Negerinya telah hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan pun kesalahan yang kriminal. Blunkett telah mempercepatkan proses permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang singkat. Setelah dipersoalkan maka Blunkett telah meletakkan jawatan dari Menteri Dalam Negeri negara itu.
Seorang lagi ahli parlimen di utara London telah dipotong gajinya kerana kesalahannya menggunakan setem kelas satu apabila menghantar surat kepada ramai pengundinya. Setem kelas pertama di London itu ialah setem yang membolehkan surat yang kita kirim itu sampai pada hari yang sama sedangkan seorang ahli parlimen hanya dibenarkan menggunakan setem kelas dua sahaja. Itu pun menjadi kesalahan etika yang besar dan ahli parlimen tersebut telah diambil tindakan disiplin parlimen dan beliau telah didenda dengan memotong elaun dan gaji beliau melebihi dari jumlah nilai setem kelas pertama yang digunakan beliau.
Kenapa negara-negara maju seperti ini mempunyai taraf etka yang tinggi seperti ini? Jawapannya mudah. Ia disebabkan sifat tanggungjawab terhadap wang rakyat dan kedudukan yang mereka pegang itu adalah kedudukan dan jawatan untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mencuri dan mengambil kesempatan terhadap wang rakyat itu. Kereta resmi seorang Menteri tidak digunakan untuk pergi ke upacara-upacara yang tidak resmi seperti acara politik dan sebagainya tetapi jika lihat di sini seorang Menteri itu menggunakan kereta resmi untuk pergi ke acara-acara anjuran parti seperti mesyuarat cawangan UMNO dan sebagainya.
Di negara kita usaha mendidik kepimpinan kita dengan etika yang sangat bersih ini untuk dijadikan budaya dalam kepimpinan tidak pernah dilakukan atau pun dimulakan. Kebanyakan kepimpinan kita tidak tahu membezakan tugas politik dan tugas parti. Tugasan dan jawatan dalam kerajaan itu dijadikan sebagai hiasan diri untuk menunjukkan keangkuhan dan kebesaran diri sendiri dari melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dengan rendah diri dan jujur. Kebanyakan pemimpin kita bukan memegang jawatan itu diatas rasa tanggungjawab dan melaksanakan amanah negara tetapi hanya sebagai memenuhi impian besar sebagai 'social climbers' yang berjaya semata-mata.
'Ultimate' mereka hanyalah untuk berpuas hati dengan kejayaan 'social climbing' mereka sahaja.

Chantik posting ni
ReplyDeleteSalah guna wang rakyat dan abuse harta kerajaan utk kegunaan parti dimulakan oleh amno dan menteri2 mereka.
ReplyDeleteYe ke standard dunia ketiga? Bukan macam zaman Hang Nadim atau zaman Tun Teja atau zaman batu???
ReplyDeleteNajib dan Rosmah memegang teraju kerajaan skrg nie. Tentu lah sukar utk turun dari martabat skrg nie.
ReplyDeleteposting yang boleh dijadikan pedoman kepimpinan negara Malaysia hari ini
ReplyDelete