07 January 2016

Kit Siang masih bermimpi lagi?

Lim Kit Siang memberi jaminan Melayu tidak perlu takut jika Pakatan Harapan memenangi pilihanraya yang akan datang. Pakatan Harapan akan mentadbir negara mengikut apa yang dipandukan oleh Perlembagaan Negara dan menjaga setiap kepentingan bangsa di negara ini.

Dalam pilihanraya yang lalu Pakatan Rakyat menjanjikan janji-janji yang sama tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri terkubur, jauh sekali untuk melaksanakan janji-janji itu. Bagi saya selagi Pakatan Harapan tidak mempunyai satu parti yang mampu mengetuai dan memandu Pakatan itu janji-janji itu elok kita akui ia merupakan mimpi di siang hari semata-mata. Kita tidak tahu siapa yang memimpin Pakatan Harapan ini. Adakah PKR? Atau DAP atau parti serpihan PAS Parti Amanah?

Sebusuk-busuk BN UMNO menjadi ketuanya, tetapi dalam Pakatan Harapan tidak ada satu parti pun yang boleh mengetuainya, setakat DAP membuat bising di Selangor untuk membuat tekanan dan pengaruhnya dan tidak pula membenarkan parti-parti lain untuk bersuara di Pulau Pinang. Setakat ini Pakatan Harapan belum memerintah kerajaan Persekutuan lagi pun sudah nampak kekecohan dan keadaan tidak sehaluan di antara satu parti dengan parti yang lain. Kita bukan tidak mahu Pakatan Harapan memenangi pilihanraya kali ini tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan akan terkubur dengan cepat jika mereka mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.

Sesungguhnya inilah dilemma yang jelas di kalangan rakyat sekarang. DAP tidak akan mampu meyakinkan rakyat yang parti itu tidak akan berbuat bising dan menjadi buas jika ada kuasa selepas pilihanraya nanti. Begitu baik dengan PAS, akhirnya PAS dianggap sebagai parti musuhnya semata-mata kerana mahukan gulungan yang kalah dalam pemilihan parti PAS untuk menjadi rakannya. Tidak ada salahnya kumpulan ini menubuhkan apa-apa parti pun tetapi ia ditubuhkan selepas penajanya adalah dikalangan mereka yang tewas dalam pemilihan parti PAS dan ditambah pula semasa DAP sedang menghimpit PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Asas waktu penubuhan parti ini tidak dapat memberikan nilai tambah kepada kewujudannya dan sebab kenapa parti itu wujud.

Harapan Lim Kit Siang itu saya anggapkan sebagai pungguk rindukan bulan sahaja atau bermimpi di siang hari. Walaupun DAP segar dan kuat mendaftarkan pengundi-pengundi di kawasan Shah Alam misalnya tetapi itu merupakan kawasan yang dipegang oleh rakan kongsinya Khalid Samad. Itu juga sudah menjadi persoalan oleh banyak pihak.

Bagi sesiapa yang mempunyai tenaga untuk dibazirkan sememangnya bolehlah meneruskan membina parti Amanah ini tetapi bagi mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tenaga lagi elok fikirkan kembali niat untuk membina parti itu yang saya anggap sebagai tindakan yang membuang waktu dan masa kehidupan kita sahaja.

Akhirnya nanti Parti Amanah akan hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP. Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan semata-mata.

Itulah realitinya. Jika umur kita panjang, sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti.

06 January 2016

Jika UMNO bertukar barisan kepimpinannya kerjasama dengan PAS akan membawa faedah

Dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal. Oleh itu jika benar ada perbincangan yang sudah jauh di antara UMNO dengan PAS itu tidak lah mengejutkan. Itulah politik ala Malaysia yang unik ini. Ini bukan kali pertama persahabatan politik di antara PAS dengan UMNO. Semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri kerjasama ini telah terjalin malahan PAS berada di dalam kerajaan sehingga tahun 1978. PAS telah keluar atau di keluarkan dari BN kerana berpunca dari krisis kedua parti tersebut pada tahun itu.

Tun Razak telah memulakan langkah membawa PAS ke dalam BN setelah parti kerajaan Perikatan kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun 1969, tahun terjadinya permusuhan perkauman selepas pilihanraya itu. Semasa Malaysia di bawah pemerintahan darurat yang dipimpin oleh Tun Razak sebagai pengarah (MAGERAN) usaha mencari titik persamaan dengan PAS berlaku dan akhirnya PAS bersetuju untuk menyertai BN untuk mendapatkan kerjasama bagi memperkuatkan Perikatan yang akhirnya menjadi Barisan Nasional.

Parti Gerakan yang ditubuhkan dibawah kepimpinan Syed Husein Al-Atas yang berjaya menguasai Pulau Pinang dari Perikatan telah juga bersetuju untuk menyertai BN dan bersetuju dengan lambang BN maka bermulalah wadah baru dimana BN wujud dengan keahliannya bertambah dengan penyertaan PAS dan Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Pulau Pinang telah menjadi begitu pesat membangun di bawah kepimpinan Gerakan (BN) seperti yang kita lihat sekarang ini.

Berbalik kita kepada isu hangat kerjasama PAS dengan UMNO sekarang ini, ia bukanlah perkara yang terpencil yang berlaku dalam politik negara. Ia bukannya isu yang pelik, malahan PAS itu adalah ‘off-shoot’ UMNO juga.

UMNO dan PAS saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. PAS tidak selesa dengan Pakatan Rakyat yang di sertainya kerana DAP tidak menghormati perjuangan PAS. DAP mahukan PAS bertukar dan membenamkan asas perjuangannya dengan menjadi sebuah parti yang lebih liberal. Tidak usah kita persoalankan perjuangan PAS yang agak konservertif itu tetapi itulah ‘brand’ parti itu dengan memperjuangkan sebuah kerajaan Islam di negara ini. PAS berpendapat jika di pihak Pakatan tidak membolehkan kerjasama dan bergerak diatas ‘attribute’ konservertif nya maka adalah lebih afdal baginya untuk bekerjasama dengan yang kebetulan sedang dalam keadaan nazak dan hampir hilang segala keyakinan rakyat terhadapnya.

Isu yang lebih tidak menyakinkan PAS untuk terus berada dalam Pakatan ialah kumpulan parti-parti pembangkang ini tidak mempunyai ketua yang sahih. Bagi PAS di dalam BN se busuk-busuk BN itu ‘coalition’ itu ada ketuanya iaitu UMNO. Tetapi dalam Pakatan Rakyat tidak diketahui siapa sebenarnya menjadi ketua. PKR jelas tidak mampu mengetuai Pakatan itu, PAS pun tidak mampu untuk menerajui Pakatan itu kerana tentangan dari DAP. DAP pula tidak mempunyai moralnya untuk mengetuai ‘coalition’ itu kerana parti itu belum dapat membersihkan imej nya sebagai parti yang agak chauvinis Cina.

Kemenangan ramai calon pembangkang dalam pilihanraya yang lalu ialah kerana kebencian rakyat terhadap UMNO yang tidak mempunyai nilai perjuangannya dan terpalit dengan persepsi rasuah dan salah guna kuasa yang membimbangkan rakyat. Untuk mengharapkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari BN, dari Pakatan pembangkang adalah ibarat mimpi disiang hari kerana tiada kesatuan di antara parti-parti pembangkang di negara ini. Contohnya DAP lebih benci kepada PAS dari UMNO dan sekarang ini DAP juga tidak berapa sehaluan dengan PKR di Selangor. Itu sebab saya selalu katakan parti tidak lagi relevan dalam memilih pimpinan kerana masing-masing parti tidak mempunyai 'attribute' yang mampan untuk menjadi kerajaan yang benar-benar kuat dan disenangi rakyat.

Itu jugalah buat sementara ini terpaksa memilih seorang pemimpin yang datang dari mana-mana parti sekali pun untuk memulakan politik yang lebih meyakinkan. Isu ini saya tidak jemu mengulanginya selagi ia tidak tercapai. Mungkin ramai yang jemu dengan pandangan dan idea ini, tapi apakan daya ia merupakan satu-satu nya pilihan yang ada jika kita serius untuk memulakan ‘environment’ politik yang baru yang lebih diyakini oleh rakyat jelata.

Bagi PAS ia mempunyai hak untuk mempertahankan perjuangannya dari ancaman parti rakan yang bersama dalam pilihan raya dulu. PAS bukannya kali pertama menghadapi krisis seperti ini tetapi ia tetap wujud dalam keadaan yang kuat apabila tiba masanya. Malahan di akhir-akhir ini lebih ramai orang Melayu Islam telah menyertai PAS dan keahliannya bertambah dengan agak drastik.


Bak kata seorang ahli PAS kalau bekerjasama dengan UMNO ada juga bau-bau Islamnya dibandingkan dengan kerjasama dengan parti lain di kalangan parti-parti pembangkang yang begitu tegar menentang undang-undang Islam. Segala yang ada di dalam Islam itu salah bagi mereka. PAS pun ada juga maruah sedikit sebanyak, bukan?

Yang penting nya UMNO itu perlu menukar barisan kepimpinan terlebih dahulu. Barulah kerjasama itu membawa faedah. Kalau bekerjasama dengan kepimpinan hari ini dalam UMNO tidak mustahil PAS akan jatuh bersamanya.

04 January 2016

Najib should not have been the PM, blame the person(s) who put him there

We have left the year 2015 days ago and we are in the new year of 2016. I reckon it is still not too late to wish everyone a very happy new year and may everyone of you in the best of health to go through the new year with more meaningful life in all turfs and arenas. I have not been on this writing machine for almost a month as I was away for about two weeks and compounded by few days of fever and flu and other chores that I had to do.

We have parted the daunting and intimidating year of 2015 just few days ago and we should get together to mend our resolution for the New Year afresh. We were in the worst of situation of 2015 as the people were squeezed and milked by the low resourcefulness leaders of ruling government through taxes and duties which we have not come across during the almost six decades of independence.

Our lives were forsaken by the leaders with the withdrawal of all subsidies and compounded by the hefty taxes of all goods and services while the talk about developing Malaysia in the high income nation has gone nowhere but instead we are still wandering as how and when to take off towards the 2020 target to achieve the status of high income nation by 2020. The year 2015 was impregnated with slogans that crash even before taking off.  No one is paying attention to the words of the current leaders as their words and promises were worthless and do not deserve any devotion or thoughtfulness.

Here come the year 2016 and the outstanding issues remain unbroken. If these concerns persist, there are no other alternate issues other than to continue on fighting for the sake of the nation. We cannot depend on leaders who are not resourceful to fix up the messes created by them. The massive national problems that we faced in 2015 have followed through to the New Year and let us take as a renewal of effort to reconstruct the nation as our New Year resolution.

The non-partisan leadership to lead is the only way for the national correction effort as all political parties has its own complications and defectiveness and it is not viable to choose a party in the building up the national correction processes. The leader who is fit to lead maybe from any party as long as he is viable Malay who has proven a sterling record of successes in the government and having the heart for every Malaysian and must be magnanimous in nature.

By any consideration the people still hold responsibility to change the country and repossess the powers that have been vested to the current leadership of Najib. We must see the clear big picture of the country’s tangible problems. It’s not just about 1MDB, SRC and other related issues. Those issues were just the immediate reasons for Najib to go. There are other important reasons and justifications why the current leadership should be replaced.

We must confess to our own self that the country has not been managed with solid and proper planning as the results out this improper planning has brought the country to deviate wayward that would results in failure to achieve our ultimate i.e. the national unity. The painful death of the middle class is observable and any debacles on the middle class population would turn any nation to political disorder and unstable government. For the middle class the main concern is the economic health of the country and here we are with the leadership which is not resourceful enough to understand the real issue that surrounds our economic problems. Najib should not even think of solving the economic issue with understanding the factual problems of the issue up to specific.

I am very certain that Najib is struggling in attempting to solve the economic issue the country is facing but he is just not the leader who can solve it. The longer he stays the more disrepute and disgrace he will face.

He shouldn’t have been the Prime Minister in the first place. Blame the person(s) who were responsible for putting him up there.