Lim Kit Siang memberi jaminan
Melayu tidak perlu takut jika Pakatan Harapan memenangi pilihanraya yang akan
datang. Pakatan Harapan akan mentadbir negara mengikut apa yang dipandukan oleh
Perlembagaan Negara dan menjaga setiap kepentingan bangsa di negara ini.
Dalam pilihanraya yang lalu
Pakatan Rakyat menjanjikan janji-janji yang sama tetapi Pakatan Rakyat itu
sendiri terkubur, jauh sekali untuk melaksanakan janji-janji itu. Bagi saya
selagi Pakatan Harapan tidak mempunyai satu parti yang mampu mengetuai dan memandu
Pakatan itu janji-janji itu elok kita akui ia merupakan mimpi di siang hari
semata-mata. Kita tidak tahu siapa yang memimpin Pakatan Harapan ini. Adakah
PKR? Atau DAP atau parti serpihan PAS Parti Amanah?
Sebusuk-busuk BN UMNO menjadi
ketuanya, tetapi dalam Pakatan Harapan tidak ada satu parti pun yang boleh
mengetuainya, setakat DAP membuat bising di Selangor untuk membuat tekanan dan
pengaruhnya dan tidak pula membenarkan parti-parti lain untuk bersuara di
Pulau Pinang. Setakat ini Pakatan Harapan belum memerintah kerajaan
Persekutuan lagi pun sudah nampak kekecohan dan keadaan tidak sehaluan di antara
satu parti dengan parti yang lain. Kita bukan tidak mahu Pakatan Harapan memenangi
pilihanraya kali ini tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan akan terkubur
dengan cepat jika mereka mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.
Sesungguhnya inilah dilemma yang
jelas di kalangan rakyat sekarang. DAP tidak akan mampu meyakinkan rakyat yang
parti itu tidak akan berbuat bising dan menjadi buas jika ada kuasa selepas
pilihanraya nanti. Begitu baik dengan PAS, akhirnya PAS dianggap sebagai parti
musuhnya semata-mata kerana mahukan gulungan yang kalah dalam pemilihan parti PAS
untuk menjadi rakannya. Tidak ada salahnya kumpulan ini menubuhkan apa-apa
parti pun tetapi ia ditubuhkan selepas penajanya adalah dikalangan mereka yang
tewas dalam pemilihan parti PAS dan ditambah pula semasa DAP sedang menghimpit
PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Asas waktu penubuhan parti ini tidak
dapat memberikan nilai tambah kepada kewujudannya dan sebab kenapa parti itu
wujud.
Harapan Lim Kit Siang itu saya
anggapkan sebagai pungguk rindukan bulan sahaja atau bermimpi di siang hari. Walaupun
DAP segar dan kuat mendaftarkan pengundi-pengundi di kawasan Shah Alam misalnya
tetapi itu merupakan kawasan yang dipegang oleh rakan kongsinya Khalid Samad.
Itu juga sudah menjadi persoalan oleh banyak pihak.
Bagi sesiapa yang mempunyai
tenaga untuk dibazirkan sememangnya bolehlah meneruskan membina parti Amanah
ini tetapi bagi mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tenaga lagi elok
fikirkan kembali niat untuk membina parti itu yang saya anggap sebagai tindakan
yang membuang waktu dan masa kehidupan kita sahaja.
Akhirnya nanti Parti Amanah akan
hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan
menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP.
Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan semata-mata.
Itulah realitinya. Jika umur
kita panjang, sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti.
Hang jgn pandang rendah pada PR, Aspan oii.. Cuba bagi peluang 4 tahun diorg memerintah. Bukan tak boleh tukaq kan?? masalah nya depa takde peluang langsung utk buktikan kemampuan diorg. BN/UMNO dh lebih 50 tahun. Lama sangat parti ni smpi berkarat & org dh fed up gila. Bagilah can org lain. Kita nak tgk parti lain pulak.
ReplyDelete..tah...cuba,try.test bgi tngok..baru tau lagu mana...x yah dok bekira sngatlah dgn orang tua lalang layu nak reput dah ni...sat2 ketepi...sat2 ketengah...hindu mabuk todi pun ok..straight saja...Aspan¾..
DeleteSemasa di alam kolej dan awal tahun 1990an saya menyokong UMNO. Mulai pertengahan tahun 1990an saya mula berminat dengan PAS. Sekarang di tahun 2015, saya lebih mempercayai DAP berbanding UMNO, PAS dan lain-lain parti politik di Malaysia. Pada pandangan saya DAP tidaklah anti melayu ataupun anti islam seperti digembar-gembur oleh setengah pihak yang buruk sangka dan dengki terhadap kemajuan dan keterbukaan kaum cina. Saya berpandangan mereka lebih jujur dan berprinsip berbanding UMNO, PAS dan lain-lain parti politik di Malaysia. Saya nampak banyak perubahan positif sejak mereka memerintah Pulau Pinang walaupun terdapat beberapa kelemahan-kelemahan tertentu. Saya tinggal di Pulau Pinang sejak tahun 1962 dan saya alami segala perubahan pembangunan Pulau Pinang sejak tahun tersebut. Ini hanyalah pandangan peribadi saya dan ia tidak semestinya betul. Maaf, jika pandangan saya tidak disenangi orang di luar sana.
ReplyDeleteya betul umno menunjangi barisan ansional. sebab tu negara jahanam. yang jahanamkan ilaah umno. yang lain diam dan takut
ReplyDeleteTeruskan perjuangan DAP. Saya Melayu sokong dap.
ReplyDeleteSetelah mendengar pendedahan razali (ex.pembantu joseph lim) ternyata masterplan dap utk jdkn msia spt singapore (islam,melayu & raja2 tiada kuasa lagi),kristian agama rasmi kemudiannya,G17, dilatih oleh mossad, kem tentera di PD utk israel..semua ini tdk boleh diketepikan begitu shj..pd masa kini kita dpt lihat dap sgt menentang hudud diklate(blom di seluruh msia lagi)..mereka telah minta wang zakat di perak semasa perintah sekejap..hak sama rata dituntut, mereka yakin melayu msia lebih mudah dibeli kerana melayu singapore yg dilihat lebih cerdik dpt ditipu.
ReplyDeleteLim Kit Siang. Org mimpi malam tapi dia mimpi waktu siang.
ReplyDeleteYeah right LGE...tell this to the Penang people that have lost their villages and the hill that has lost their vegetation. Bugima punya kominis...kharrkkk ptuihhhh
ReplyDeleteTajam dan bernas pemikiran tuan.
ReplyDeleteSuruh je si tua tu bersara la.
ReplyDeleteMeluat tengok org tua ni dengan bahasa pasar dia tu.
Dah lama di Malaysia pun berbahasa pasar.
RETIRE LA LIM KIT SIANG!
Hanya madey aje pemimpin yg sempurna, jadi pujaan admin. Teruslah memuja & mengampu madey. Bertuhankan madey & umno..................
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan pandangan diatas. Tertubuhnya PAN, (asalnya PASMA, kemudian bertukar jadi GHB) dan diterajui President yang tidak punyai apa-apa 'Kerusi', baik di DUN atau Parlimen dan lebih-lebih lagi apabila tersingkir dari pemilihan Party, amat menghairan dan memperbodohkan permikiran kebanyakan Rakyat yang jujur dan lurus-bendung.
ReplyDeletePersepsi bahawa DAP menaja PAN untuk mengantikan PAS, tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Oleh yang demikian, DAP dipandang serong oleh Melayu yang tiada kepentingan 'kewangan' untuk menyokong Pakatan 'Harapan'. Jika menterjemahkan perkataan 'Harapan' ke Inggeris, ia bermaksud 'Hope' yang synonym dengan gerakan Gereja Evangelist di Amerika. Mungkin sebab itu GHB (Gerakan Harapan Baru atau 'New Hope) di tukar ke PAN untuk mengaburi niat sebenar penaja-PAN. Maklumlah, kebanyakan Ahli Politik Tertinggi DAP, adalah Evangelist dan sering dilihat menyarung songkok, berbaju Melayu/kurung dan bertudung, masuk rumah-ibadat untuk meraih undi.
Seburuk buruk Dap tidak mempergunakan agama utk memancing undi
ReplyDeleteSeburuk buruk Dap tidak mempergunakan agama utk memancing undi
ReplyDeleteDAP have failed to attract the malays because the malays don't trust DAP from day one of its formation. Their idealogy is not only notworkable but will cause chaos if implemented without proper study being made. On the surface DAP look very transparent but in actuality they are more dangerous than UMNO. Parti Amanah can not be trusted because everything dependent on DAP.....if Amanah is surviving on somebody's health and wealth it is wrong and immoral to have different stand with their financier.
ReplyDeletethey use PKM..style...just obey your leader..no question ask
DeleteSalam Tuan2,
ReplyDeleteBaru Tuan2 SEDAR bahawa TIADA yang LAYAK memerintah MALAYSIA ini SELAIN UMNO!
Tuan2 FAHAM tak?
HANYA UMNO SAHAJA di jalan yg LURUS; DAP di jalan yg DIMURKAI ALLAH; PAS, AMANAH & PKR DIJALAN orang2 yg SESAT.
Aku naik saksi bahawa tiada parti selain UMNO, dan DS Najib adalah penyelamat bangsa.
Hidup UMNO!!! x 33
PAS is capable of standing by itself. UMNO is dying. What PAS must do is to kill them. One stone can kill two birds remember...
ReplyDeleteMacam ni lah,LKS tak bermimpi,dia bagi vision bagus utk orang melayu, sebab apa jadi mcm ini sebab org melayu dari zaman kesultanan melaka asyik begaduh, asad dengki, khianat dan tak bersatu. Maka jatuh lah Melaka....ape nak heran, kalau perkara yg sama berlalu skg ni...Melayu pecah empat UMNO, PAS,PKR dan PAN...well done. Faktor paling bahaya org melayu ni khianat pastu lupa diri bila berkuasa. So kita bagi pulak kat Kumpulan Lain utk memerintah, cuba2 mana tahu.....mungkin org melayu lagi senang. Bagus Datok LKS...bagi motivasi lagi, kalau melayu tak sedar.....juga...Dato memerintah lah
ReplyDeleteUlasan yang baik.
ReplyDeleteAku cukup hairan,bencinya kpd DAP mengalahkan segala gala,walhal kuasa ditangan,haramkan saja,jangan biarkan ia ujud lagi.ini tidak dok pok pet
ReplyDeletepok pet tak habishabis..
ATAU ada ajenda lain?
Tahniah kpd ejen ejen umno/bn yg telah berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat dgn kos yang sangat sedikit, tanpa menghabiskan dana 2.6billion....
ReplyDeleteYa..DAP tu jahat, menyamun duit rakyat, berpecah dgn PAS lepas tu sokong Amanah pulak tu. PAS jauh lebih baik dari Amanah. PAS tak mahu menang pilihanraya. Hanya mahu menasihati Umno saja.. Itu sudah cukup bagus. Lebih bagus dari APCO.
ReplyDeleteTak payah susah2 sokong atau bantu Amanah dan PH. Biar saja Umno BN memerintah. Umur panjang, lihat dan alamilah kemakmuran yg Umno BN bawa kepada agama, bangsa dan negara.
Pakatan Harapan kena ada ketua macam Umno. Baru lah senang nak lulus GST, MKN, Sosma dan TPPA sebab ahli parlimen sokong je, takde pakai otak. Otak semua letak kat bawah perut.
Tahniah tuan, kata2 tuan bijak sekali. Penuh semangat dan harapan.
sokong 100% tulisan tuan
Deletebiar je jgn di usik PM sekarang dan biarkan pengganti PM sama pandai mcm PM atau mesti dikalangan umno yg tegar penyokong PM.
Dap belum apa2 dah mintak wang zakat di Perak...buas betul...
ReplyDeleteMarah Pas apabila Pas membantah pesta arak di Selangor. Alasan dap senang, kita masyarakat majmuk berbilang kaum... yang menghairankan ada pula segolongan taik dap dalam Pas yang setuju dengan hujah dap ini. Nasib baik golongan ni dah terkeluar daripada Pas. Pelik bila mereka2 ni boleh setuju dgn hujah kurang ajar dap yang tidak hormat sensitiviti Islam. Klu masyarakat berbilang kaum adalah alasan untuk pesta arak dibolehkan, maka alasan yang sama jugak boleh la digunakan akan datang untuk membolehkan pesta seks pula... So jadilah sekular....baik haram atau tak haram semua dibolehkan dimana terpulanglah kepada masyarakat samada nak ikut atau tak...slowly but surely jadilah mcm Singapore klu puak dap ni ada kuasa memerintah...
Dalam bab main wayang pun bukan main lagi dap ni...dalam ceramah dibaca surah tu surah ni demi hasrat memancing hati orang Islam terima mereka...bukan untuk memahami dan menyelami Islam tapi cuma dijadikan surah-surah suci itu sebagai sebahagian daripada strategi memancing...siap jadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola lagi...Kalau nak ikutkan ni bukan memancing dah ni, ini dah kira main jala...teringat pulak kata2 komunis dalam filem Bukit Kepong yang dibenci oleh mat sabun, "Lu mesti ikut itu orang kampung pergi surau sembahyang...lepas tu baru pelan2 cerita pasal parti"...hmmm
Jadi moralnya disini....asas perjuangan Pas ialah ISTHIQOMAH dalam usaha mempertahankan Islam...Akhir zaman ni jangan cakap perjuang, dapat mempertahan sudah cukup baik. Matlamat Pas tidak sama dengan golongan Parti Amanah Rakyat yang terlalu gilakan kemenangan dan kuasa...jadi kesannya tak kisahlah walau apa sahaja yang keluar daripada mulut dap semuanya akan jadi emas buat mereka... wbp alhamdulillah syukur dengan kuasa Allah telah tersingkir golongan ini daripada Pas. Mereka2 ini perlu diingatkan bahawa orang yang Isthiqomah adalah merupakan golongan yang paling MEMENINGKAN yahudi....hidangan2 seperti kemenangan (kemenangan yang tidak ikut landasan Islam dan yang Allah tidak redha)serta kemewahan dunia sememangnya tidak boleh menipu mereka. InsyaAllah dan mudah-mudah kekuatan ini berterusan didalam Pas.
Apa dah jadi saudara Aspan? Kak Ros dah shopping ke?
ReplyDeleteKenapa semua kena mirip BN? Bagaimana pula di negara-negara lain? Bukankah di negara negara maju ketua parti dan ketua kerajaan orang yang berbeza? Adakah Obama ketua parti Democrat di Amerika? Bukankah ketua kerajaan kini dan kerajaannya sangat rasuah kerana konsep pimpinan UMNO? Keluarlah dari tempurung...aspan oii....
ReplyDeleteTuan, nape lama senyap? Rindu tulisan tuan.
ReplyDeleterasanya dap dan pan akan menemui kegagalan dlm politik tanah air...tengoklah nanti.
ReplyDelete