23 March 2016

Deklarasi Rakyat perlu disokong oleh semua pihak, selamatkan negara, bukan nak selamatkan Dr Mahathir


Deklarasi Rakyat yang diwujudkan oleh rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri wajar mendapat sambutan dan diterima oleh semua pihak untuk menyelamatkan negara ini dari cengkaman Najib yang semakin hari semakin ganas meruntuhkan moral dan kebajikan negara tanpa hentinya itu. Semua pihak dari semua pihak yang berbeza pendapat dan kecenderungan politik serta NGO-NGO yang waras wajar memberikan sokongan kepada deklarasi rakyat itu. Ini sahaja caranya bagi menyelamatkan negara dari terus merudum ditangan seorang pemimpin yang telah gagal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara.

Najib telah gagal dalam membawa obor kedaulatan negara kerana imej yang melekat dan terpahat di diri beliau itu terlalu buruk dan tidak dapat diperbetulkan dan dibersihkan lagi. Bukan tidak ada cara untuk beliau,membersihkan namanya dan negara, iaitu dengan menyaman semua akhbar dan majalah antarabangsa yang melibatkan dirinya dengan skandal terbesar yang pernah di saksikan oleh dunia, iaitu skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion yang menghantui dirinya sejak isu-isu ini diketahui umum ‘globally’.

Tetapi beliau takut dan tidak mempunyai kudrat untuk melakukan saman itu kerana beliau tidak mempunyai kudrat dan moral untuk menghadapi isu ini di mahkamah antarabangsa. Tentulah kita boleh mengagak kenapa beliau mempunyai ketakutan itu. Beliau hanya memberikan reaksi yang ada konspirasi antarabangsa bersama pihak dalam negara ini untuk menjatuhkan beliau terutamanya Dr Mahathir Mohammed tetapi beliau tidak berani untuk kemuka ke mahkamah untuk memberikan bukti tentang konspirasi itu.

Beliau hanya bertindak menggagalkan jawatankuasa penyiasat tentang dua isu mega ini dan membuang serta menamatkan perkhidmatan setengah dari mereka kerana takut dengan keputusan penyiasatan itu. Beliau bertindak dengan mengugut mana-mana individu dan pihak yang cuba untuk melakukan tindakan bagi mencari kebenaran ini. Undang-undang baru digubal untuk menyekat rakyat dari mengetahui isu sebenar dan peranan yang beliau mainkan dalam isu beliau menjahanamkan negara ini. Beliau tetap mahu kekal berkuasa walaupun dalam keadaan beliau sudah hilang kelayakan untuk memegang apa-apa ‘public office’ dari segi moral dan etikanya.

Sekarang rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang terlalu tinggi dan ‘standard of living’ yang semakin rendah. Tetapi disamping itu Najib masih petah berjanji untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tidak ada lagi kata-kata beliau sebagai pemimpin yang boleh diyakini. Beliau terus berbohong dan mengelirukan rakyat tanpa segan dan silu sedangkan rakyat ramai hanya mentertawakan apa-apa yang beliau kata serta janji-janji kosong yang beliau tidak akan mampu melaksanakannya. ‘Once a liar he will remain a liar’ bak kata perumpamaan Inggeris.

Oleh kerana itu semua pihak walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan bemusuh-musuhan telah bersatu dengan deklarasi rakyat untuk bersama-sama menyelesaikan isu negara yang sangat kritikal untuk diselesaikan ini. Masing-masing pihak sedar yang mereka tidak akan dapat membantu membetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya sekarang jika mereka terus dengan perbezaan dan perkelahian tentang isu politik masing-masing.

Kita memerlukan bersepaduan dalam menangani isu Najib dan skandalnya ini. Kita mahukan semua rakyat bersatu tidak kira mereka dari orang awam atau setiap individu dalam ‘uniform units’ dan pemimpin mereka untuk tampil bersama menyokong tindakan rakyat untuk memperbetulkan negara ini secara aman dan damai. Kita mahukan setiap Raja-Raja Melayu memainkan peranan untuk bersama rakyat tanpa takut kerana jika rakyat sengsara Raja-Raja Melayu pun akan hilang dari muka bumi Malaysia ini.

Kita mahukan sebuah negara baru yang dipimpin oleh orang yang berkemampuan untuk membina semula negara yang sudah hancur ini. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang teknokrat dan mempunyai sisik dan kualiti yang tinggi semata-mata untuk membina semua dasar dan pelaksanaannya dengan betul dan tepat. Kita mahu kembalikan institusi demokrasi di berikan nafas baru dan kembali segar melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepada mereka. Kita mahukan negara ditadbir dengan bersistem yang boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang.

Kita mahukan negara memberikan kembali peruntukan perubatan dan pelajaran yang sudah di potong oleh pimpinan Najib ini. Kita tidak mahu peruntukan untuk hospital awam di potong kerana itu adalah tanggungjawab asasi bagi semua rakyat dan manusia yang tinggal dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.

Kita mahukan pemimpin yang tegas dan bukannya pemipin-pemimpin yang garang. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ yang kuat dalam membina rakyat baik dari segi ekonominya mahu pun dari segi ‘spiritual value’ mereka tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan cara hidup mereka.

Rakyat tidak mahu lagi hidup yang sentiasa dihantui oleh ugutan dari pihak polis dan Ketua Polis Negara lagi. Kita mahukan AG yang adil dan saksama sebagai orang yang mengetuai undang-undang negara. Kita tidak mahu lagi menyaksikan undang-undang disalah gunakan oleh perompak dan penyamun untuk menutupi dosa dan noda mereka.

Itu sebabnya rakyat mahukan semua pihak termasuk mereka dan individu dalam unit beruniform dan semua NGO serta parti politik untuk bergabung mengnyahkan hanya seorang pemimpin yang sudah melebihi imej bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos dahulu.

Inilah impian rakyat sebenarnya dan ia memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat yang tegas untuk melihat negara kita kembali segar dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa yang rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan harga diri mereka, dan tidak seperti setengah pemimpin mereka.

Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.

3 comments:

  1. Nampak sangat bodohnya orang UMNO menyokong pemimpin tanpa syarat. Rakyat mengetahui semua fakta rm2.6 bilion jadi sepatutnya sokong TDM untuk dapatkan keadilan kerana wang itu wang rakyat . Kalau ianya bukan wang rakyat mengapa pejuang Bugis tak berdiam diri termasuk penjelasan dari menteri2 bangang yang tak masuk akal.
    Melalui UMNO mungkin tak bolih berjaya kini hakim akan diuji pula jadi kita sama2 tunggu jangan mengelabah macam yang ditunjukkan tiga menteri bangang Umno . Rakyat telah mula buka mata dan bersimpati dengan TDM kerana dialah yang bersedia untuk membela rakyat sungguhpun TDM dah dalam keselesaan. Kita berterima kasih kepada TDM yang kemenangan belian nanti adalah kemenangan rakyat . Sokongan untuk Umno dah lama merudum jadi kalau pilihan raya dibuat sekarang kami yakin calun Umno akan hilang pertaruhannya .Jadi tak perlulah pengampu2 Umno membuat kenyataan bodoh kerana mana orang UMNO dah takut dan malu untuk mengaku ahli Umno kerana mereka tak bolih bezakan pemimpin dengan individu....

    ReplyDelete
  2. Najib siap berhimpun bersama para HUFFAZ di masjid wilayah. Pemimpin muda PAS mesra skli dgn Najib.

    ReplyDelete
  3. Keadilan, amanah dan kejujuran ialah 3 perkara yg teramat-amat mahal dalam Malaysia hari ini dan hampir2 tiada.

    Pembohongan, penipuan, pecah amanah, rasuah, munafik ialah perkara2 seperti air minum dan amat murah sekali di negara ini.

    Apakah Malaysia masih mempunyai maruah seperti dahulu dipuji, dihormati dan disegani dunia luar?? Rasanya sudah hampir pupus seperti Brazil yang berada di tangga pertama korupsi.

    ReplyDelete